Perubatan Al Hikmah Ilahi Sejati

Perubatan Al Hikmah Ilahi Sejati

Share

Iktiar Rawatan & Penyembuhan Saraf Serta Rawatan Melayu Tradisional

21/07/2026

Faedah-faedah (amalan) dari Syaikh Ali Jum‘ah


Syekh Ali Jum'ah (lahir 3 Maret 1952) adalah M***i Besar Mesir periode 2003–2013 dan ulama besar Al-Azhar yang sangat dihormati. Beliau dikenal sebagai pakar fikih bermazhab Syafi'i, ahli ushul fiqh, dan tokoh sufi yang memadukan keilmuan klasik dengan realitas modern.

Semoga Allah menjaganya, merawatnya, memberi manfaat melalui beliau, ilmunya, dan ilmu seluruh orang-orang saleh di dunia dan akhirat. آمين

Disebutkan dalam program dan pelajaran beliau sebagai amalan-amalan yang telah dicoba (al-mujarrabāt):

1. “Hasbunallāhu wa ni‘mal wakīl”
Dibaca 450 kali sebagai doa, zikir, dan perlindungan.

2. “Yā Laṭīf”
Dibaca 129 kali untuk terkabulnya hajat, kelapangan dada, dan hilangnya kesusahan.

3. “Laysa lahā min dūnillāhi kāsyifah”
Dibaca 313 kali untuk terkabulnya hajat.

4. “Yā Wārith”
Dibaca 1000 kali antara Magrib dan Isya untuk mengatasi rasa futur (lemah) dalam ibadah.

5. “Yā Qawiyy”
Dibaca 116 kali saat minum kopi; akan muncul semacam semangat/energi, tidur sebentar namun bisa melakukan banyak aktivitas, dan mendapatkan keberkahan besar dalam tidur.

6. Agar tidak lupa Al-Qur’an:
Khatamkan Al-Qur’an setiap 10 hari sekali, berarti 3 kali khatam dalam sebulan.

7. Membaca Surah Yāsīn 7 kali berturut-turut — insya Allah berpengaruh dalam terkabulnya hajat.
Ini yang kami terima dari guru-guru kami, di antaranya Syaikh Zakiuddin Ibrahim, dengan sanad kepada para pengamal (bukan dari Nabi).
Adapun 41 kali, kami tidak menerimanya dari guru-guru kami.

8. Orang yang berzikir dengan Asmaul Husna, bila terkena demam, jangan berzikir dengan nama-nama itu, karena demamnya bisa bertambah.

9. Setelah zikir dengan Asmaul Husna, jangan langsung minum air; tunggu sebentar dan beri waktu bagi warid (pengaruh spiritual).

10. Untuk menghidupkan hati:
Mengulang “Yā Ḥayy Yā Qayyūm” 100 kali.

11. “Yā Wāsi‘”
Dibaca 137 kali pagi dan sore ketika merasa sempit dan tertekan.

12. Untuk menghentikan keburukan keadaan dan menolak kejelekan:
“Allāhummaṣrif ‘annā as-sū’a bimā syi’ta wa annā syi’ta wa kaifa syi’ta”
Dibaca 7 kali.

13. Untuk perlindungan (tahṣīn):

Ayat Kursi 11 kali

Semua surah yang diawali “Qul” masing-masing 7 kali

Al-Fatihah 7 atau 9 kali

14. Untuk menguatkan daya ingat:
Membaca 6 ayat pertama Surah Al-A‘lā sebanyak 7 kali, lalu membaca Surah Al-A‘lā lengkap 1 kali.

15. Untuk menambah rezeki, melunasi utang, dan menjauhkan kesedihan:
Perbanyak membaca Surah “Alam Nasyraḥ Laka Ṣadrak” (Asy-Syarḥ) setiap hari beberapa kali.

16. Untuk bermimpi melihat Nabi Muhammad ﷺ:
Dibaca sebelum tidur:

Surah Al-Qadr 21 kali, atau

Surah Al-Ikhlash 70 kali, atau

Surah Al-Kautsar 1000 kali, atau

Surah Al-Muzzammil 41 kali,
serta bershalawat kepada Nabi ﷺ dalam satu majelis 1000 kali,
dan membiasakan membaca sirah Nabi hingga seseorang membaca 40 jilid kitab sirah lalu bermimpi melihat beliau ﷺ.

17. Untuk mengusir mimpi buruk dan bangun tepat waktu untuk shalat Subuh:
Membaca 4 ayat terakhir Surah Al-Kahfi.

18. “Yā Qahhār”
Dibaca 306 kali terhadap musuh.

19. Untuk memudahkan urusan dan rezeki:
Membaca Surah Asy-Syarḥ sebanyak 40 kali dalam satu majelis, dengan basmalah.

Wallāhu a‘lam.

Diterjemahkan dari post fb. Syekh Ali Jum'ah

Photos from Perubatan Al Hikmah Ilahi Sejati 's post 17/07/2026

Makanan Basi Tanpa Sebab Bila Pinjam Kereta Sahabat...!!!!

18/7/2026
12.46 Pagi
Batam, Indonesia
Gangguan & Sihir.

Alhamdulillah.

Buat semua yang sedang menunggu giliran rawatan, tok ingin memohon sedikit kesabaran.

Sekarang tok berada di Batam atas urusan yang telah dijadualkan. Insya-Allah, awal bulan nanti tok akan kembali ke Perlis dan akan menyambung semula sesi rawatan seperti biasa.

Tetiba tengah Santai nk rebahkan diri ,tok Dapat w.app Dari Sahabat tok Di perlis...

Untuk kes ini, pesakit telah mengalami kemalangan apabila terlanggar kura-kura sebanyak tiga kali. Selepas kejadian kali ketiga, keadaan berubah dengan mendadak. Jasad menjadi lemah, sukar untuk berdiri dan bergerak, malah hilang banyak kekuatan sehingga simptomnya kelihatan seakan-akan pesakit strok.

Insya-Allah, apabila tok p**ang nanti kita akan lakukan pemeriksaan dan ikhtiar rawatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti puncanya. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan kesembuhan.

Segala ikhtiar adalah usaha, dan segala kesembuhan hanyalah dengan izin Allah SWT.

08/07/2026
07/07/2026

KUALA LUMPUR

RAWATAN & URUTAN TRADISIONAL MELAYU

24 – 29 JULAI 2026

Perkhidmatan:
✅ Urutan Seluruh Badan
✅ Masalah Urat Saraf
✅ Sakit Pinggang
✅ Sciatica
✅ Ikhtiar Sokongan Pesakit Barah
✅ Ikhtiar Gangguan Saka
✅ Ikhtiar Gangguan Santau
✅ Ikhtiar Masalah Perniagaan
✅ Ikhtiar Masalah Rumah Tangga

📌 TEMUJANJI ADALAH WAJIB

Slot sangat terhad sepanjang berada di Kuala Lumpur. Tempah awal bagi mengelakkan slot penuh.

Hubungi / WhatsApp untuk Booking:

📞 Tabib Zamel 011-2983 1396
📞 Tabib Zamel 011-2983 1396
📞 Tabib Zamel 011-2983 1396

"Kesembuhan Milik Allah, Ikhtiar Adalah Tanggungjawab Kita."

07/07/2026

KES TAHUN 2025
CUBAAN KIANAT MELAKUKAN SIHIR MENGANIAYA PERNIAGAAN DAN TUAN KEDAI

Kisah ini diceritakan sendiri oleh seorang tuan kedai yang menghubungi Tok selepas berlaku satu kejadian yang disifatkannya sangat mencurigakan.

Menurut beliau, selepas selesai menunaikan solat Zohor, tiba-tiba timbul rasa tidak sedap hati. Tanpa berlengah, beliau terus menuju ke kedainya.

Sebaik tiba di hadapan kedai, beliau ternampak seorang pemuda sedang duduk di atas motosikal dalam keadaan mencurigakan. Di tangannya terdapat sekeping wang RM10, sambil mulutnya terkumat-kamit seperti sedang membaca sesuatu.

Tuan kedai menegur pemuda tersebut beberapa kali, namun pemuda itu seolah-olah tidak menyedari kehadiran beliau.

Tidak lama kemudian, selepas selesai melakukan apa yang sedang dibuatnya, pemuda itu terus mencampakkan wang RM10 ke tanah. Ketika itulah dia tersedar bahawa dirinya sedang diperhatikan. Wajahnya berubah pucat dan kelihatan gelisah.

Bagi mengawal keadaan, pemuda tersebut cuba mengalih perhatian dengan bertanya arah jalan ke suatu tempat.

Selepas perbualan itu selesai, tuan kedai terus mendapatkan pekerjanya yang berada hanya kira-kira tiga meter dari lokasi kejadian.

Apa yang menghairankan, pekerjanya berkata dia langsung tidak menyedari kejadian tersebut. Malah, apabila ditegur beberapa kali, barulah dia seperti tersedar daripada keadaan yang terpinga-pinga. Sedangkan kedai itu terbuka tanpa dinding, hanya bertiang dan berbumbung.

Menurut pekerja itu, dia tidak nampak apa-apa berlaku dan merasakan semuanya seperti biasa.

Selepas kejadian tersebut, tuan kedai segera menghubungi Tok untuk memaklumkan apa yang berlaku. Tok kemudian meminta beliau melakukan beberapa ikhtiar dan langkah bagi merungkai ikatan yang disyaki menjadi punca gangguan terhadap perniagaannya.

Wallahu a'lam. Segala yang berlaku hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Sebagai orang Islam, kita berusaha dengan ikhtiar yang dibenarkan syarak, memperbanyakkan doa, zikir, dan bertawakal kepada Allah SWT.

05/07/2026

Situasi kesihatan rakyat Malaysia semakin membimbangkan apabila data menunjukkan 110 individu disahkan menghidap pelbagai jenis kanser setiap hari, dengan golongan wanita mencatatkan jumlah kes tertinggi.

Menurut Institut Kanser Negara (IKN), antara kanser yang paling kerap dihidapi rakyat Malaysia ialah kanser payudara, kolorektal, prostat, paru-paru dan rahim.

Pada 2024, sebanyak 18,240 kes baharu direkodkan dalam kalangan lelaki, manakala 21,958 kes baharu melibatkan wanita, menjadikan keseluruhan kes sekitar 110 sehari.



Sumber
https://www.facebook.com/share/p/1C3Lz4AqKD/

Photos from Perubatan Al Hikmah Ilahi Sejati 's post 02/07/2026

DISYAKI MENJADI MANGSA GANGGUAN BERTAHUN-TAHUN, KELUARGA INI HIDUP DALAM KETAKUTAN... !!!

2/7/2026
Kangar
Gangguan & Ikhtiar Rawatan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Segala kesembuhan adalah dengan izin-Nya, manakala usaha dan ikhtiar hanyalah asbab.

Petang ini tok menerima WhatsApp daripada pesakit memaklumkan bahawa tok akan turun ke rumah mereka bagi meneruskan ikhtiar rawatan.

Sebelum ini, tok telah mencadangkan agar dipasang Paku Alam sebagai ikhtiar untuk dijadikan pagar kawasan rumah. Setelah pemerhatian dan diagnosis dilakukan, terdapat tanda-tanda yang pada pandangan tok menunjukkan kemungkinan wujud gangguan yang berpanjangan terhadap keluarga ini. Wallahu a'lam, hanya Allah Yang Maha Mengetahui hakikat sebenar.

Menurut cerita keluarga, mereka juga sering berasa seperti diekori oleh individu tertentu tanpa sebab yang jelas. Pada masa yang sama, mereka pernah berdepan pelbagai konflik, termasuk pertikaian berkaitan tanah milik keluarga serta fitnah dan adu domba yang berlarutan sehingga memberi tekanan kepada kehidupan mereka.

Tok juga dimaklumkan bahawa sebelum ini pernah ada perawat lain yang dihubungi untuk membantu, namun memilih untuk tidak meneruskan kes ini atas sebab-sebab tertentu.

Insya-Allah, dengan izin Allah SWT, tok akan berusaha sedaya upaya membantu merungkaikan segala kekusutan yang dihadapi keluarga ini melalui ikhtiar rawatan yang dibenarkan. Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan, melindungi keluarga ini daripada segala keburukan, serta mengurniakan kesembuhan, ketenangan dan keselamatan kepada mereka.

Segala kesembuhan hanyalah milik Allah.

02/07/2026

TANGISAN 2 HARI YANG MEMBINGUNKAN..!!
DISANGKA SAWAN TANGIS RUPANYA ADA MAKHUK HALUS YANG MENGGANGU CUCU..!!!

29/6/2026
Beseri, Perlis
Gangguan

Alhamdulillah, segala kesembuhan adalah dengan izin Allah. Segala usaha hanyalah ikhtiar.

Setelah beberapa hari Tok berada di Langkawi, ramai pesakit telah menunggu untuk menyambung sesi rawatan.

Kali ini, Tok dipanggil ke sebuah rumah untuk mengurut seorang pesakit strok. Ketika tiba, ahli keluarga turut meminta Tok melihat cucu mereka yang baru berusia lebih kurang 3 bulan.

Menurut mereka, bayi tersebut sudah 2 hari menangis tanpa henti, siang dan malam, sehingga seluruh keluarga menjadi buntu. Pelbagai cara telah dicuba untuk menenangkan bayi, termasuk usaha dan bacaan doa, namun keadaan masih belum berubah.

Seperti biasa, Tok tidak terus membuat kesimp**an. Diagnosis dan pemerhatian dilakukan terlebih dahulu bagi membezakan sama ada ia sekadar sawan tangis atau ada perkara lain yang perlu diberi perhatian.

Hasil soal siasat, keluarga memaklumkan bahawa sebelum kejadian mereka membawa bayi keluar bersiar-siar dan singgah di sebuah gerai makan. Di situ, seorang individu menegur serta menyentuh anggota badan bayi tersebut. Berdasarkan pemerhatian dan ikhtiar rawatan yang dilakukan, Tok mengesyaki bayi mengalami gangguan yang menyebabkan dia sukar tenang.

Dengan izin Allah, selepas kira-kira 15 minit Tok membacakan doa dan melakukan ikhtiar rawatan, tangisan bayi mula reda. Tidak lama kemudian, dia terus tertidur lena kerana keletihan selepas dua hari sukar berehat.

Alhamdulillah, selepas selesai membantu bayi tersebut, Tok meneruskan p**a sesi urutan ikhtiar rawatan untuk datuknya yang mengalami masalah strok.

Segala kesembuhan adalah milik Allah. Kita hanya berusaha, berikhtiar dan berdoa. Semoga Allah mengurniakan kesembuhan kepada semua yang sedang diuji. Aamiin.

Photos from Perubatan Al Hikmah Ilahi Sejati 's post 30/06/2026

Kesembuhan Milik Allah Kita Hanya Iktiar Dan Usaha Serta Doa Dan Tawakal Kerana Setiap Sakit Itu Ada Penawarnya Melainkan Mati...

30/6/2026
Arau
Sihir & Gangguan

Alhamdulillah diatas Izin Allah Kesembuhan Buat Keluarga Pesakit Tok..

Kes ni tok Iktiar rawat pada 26/6/2026 hari Jumaat Minggu lepas,

https://www.facebook.com/share/v/1Ba7zE2wUS/

https://vt.tiktok.com/ZSC5jTj5T/

Dimana hari ni Perkabaran gembira Diatas Izin Allah Sekian lama iktiar Maka dipertemukan tok diatas iktiar yang Allah Berikan Kesembuahan untuk Pesakit tok lebih kuat Melaksanakan Ibadah Sebagai Hamba Allah..

gembira bila pesakit ni juga dah Dapat kerja dimana disekitar rumah..

30/06/2026

"Dibuang Kerja Tanpa Sebab & Disisihkan Di Tempat Kerja... Hasil Ikhtiar Diagnosis Menemui Tanda-Tanda Gangguan Yang Perlu Dirawat"

26/6/2026
Jejawi, Perlis
SIHIR & GANGGUAN

Alhamdulillah, segala kesembuhan adalah milik Allah SWT. Tugas kita hanyalah berikhtiar, berusaha, berdoa dan bertawakal kepada-Nya. Dialah Pemilik segala kesembuhan.

Kes kali ini melibatkan seorang pesakit yang datang mendapatkan ikhtiar rawatan setelah melalui pelbagai kejadian yang dianggap pelik dalam kehidupannya. Antara ujian yang dialami ialah dibuang kerja tanpa sebab yang jelas, selain beberapa perkara lain yang memberi kesan kepada emosi dan kehidupannya.

Maka tok cuba membantu sekadar termampu dengan melakukan diagnosis serta ikhtiar rawatan seperti yang diamalkan.

Seperti kebiasaan, perkara pertama yang tok tekankan bukanlah terus kepada rawatan, tetapi memberi kefahaman kepada pesakit tentang apa yang dimaksudkan dengan sihir, bagaimana gangguan boleh berlaku, serta perjalanan proses ikhtiar rawatan. Apabila pesakit memahami tujuan setiap langkah yang dilakukan, insya-Allah mereka akan lebih tenang dan tidak mudah dipengaruhi rasa takut atau salah faham.

Apa jua bentuk ujian yang dihadapi, jangan terus membuat kesimp**an bahawa semuanya berpunca daripada sihir. Setiap masalah perlu diteliti, diselidiki dan didiagnosis dengan sebaiknya sebelum sebarang ikhtiar rawatan dilakukan.

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan, mengangkat segala kesulitan, serta mengurniakan kesembuhan yang sempurna kepada pesakit ini dan kepada semua yang sedang diuji.

Kesembuhan milik Allah, ikhtiar adalah tanggungjawab kita.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kangar
01000

Opening Hours

Monday 09:00 - 00:00
Tuesday 09:00 - 00:00
Wednesday 09:00 - 00:00
Thursday 09:00 - 00:00
Friday 09:00 - 00:00
Saturday 09:00 - 00:00
Sunday 09:00 - 00:00