Pembantu Kesihatan Awam Kemaman
Pembantu Kesihatan Awam Awam PKD Kemaman
12/08/2026
*ZIARAH KEBAJIKAN KETUA PKA TERENGGANU*
12 OGOS 2026
Sekretariat Pembantu Kesihatan Awam Kemaman yang diketuai oleh Pengerusi PKA Kemaman PKAK En Adi Safuan bin Zakaria, turut hadir PKAK En Abdul Hadi bin Deraman, Bendahari PKA En Zulfaezi bin Azmee, AJK Kebajikan PKA En Ahmad Shawal bin Ali serta sahabat-sahabat lain meluangkan masa mengadakan ziarah kebajikan ke kediaman PKAK Tuan Wan Rosmadi bin Haji Wan Embong
Ziarah tersebut diadakan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral kepada Tuan Wan Rosmadi yang sedang menjalani proses pemulihan kesihatan. Untuk makluman, beliau sebelum ini telah selamat menjalani pembedahan mata dan masih bercuti rehat
Pihak sekretariat juga bertanya khabar mengenai keadaan kesihatan beliau serta memberikan kata-kata semangat agar terus tabah menghadapi ujian dan memberi tumpuan kepada proses pemulihan, Kehadiran rakan seperjuangan ini mencerminkan komitmen sekretariat dalam merapatkan ukhuwah dan menjaga kebajikan ahli
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang berpanjangan, mengangkat segala kesakitan, mempercepatkan proses pemulihan, serta mengembalikan penglihatan yang baik seperti sediakala.
"Syafakallahu syifaan 'ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqama."
Maksudnya: Semoga Allah mengurniakan kesembuhan kepada Tuan dengan segera, kesembuhan yang tidak meninggalkan lagi sebarang penyakit.
Aamiin Ya Rabbal 'Alamin.
09/08/2026
Tahniah kepada wakil pasukan bola tampar PKA Kemaman atas penyertaan dalam Pertandingan Bola Tampar Sekretariat Pembantu Kesihatan Awam Terengganu. Semoga penyertaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus cemerlang, memperkukuh semangat berpasukan, dan mengharumkan nama PKA Kemaman. Terus maju jaya dan syabas atas usaha yang terbaik!
09/08/2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, berakhir sudah tugas dan amanah saya di Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman, khususnya di Unit UIP.
Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga PKD Kemaman atas segala tunjuk ajar, ilmu, bimbingan, kerjasama, bantuan serta persahabatan yang telah diberikan sepanjang saya berkhidmat. Sesungguhnya, segala kebaikan yang saya terima adalah nikmat daripada Allah SWT yang dipinjamkan melalui insan-insan yang hebat di sekeliling saya.
Di kesempatan ini juga, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkenalan dan bertugas, ada kata-kata yang mengguris hati, perlakuan yang kurang menyenangkan, atau sebarang kekhilafan sama ada yang disengajakan mahupun tidak.
Saya juga memohon agar dihalalkan segala yang pernah termakan, terminum atau terambil daripada hak sesiapa, sekiranya ada yang terlepas pandang atau berlaku tanpa saya sedari.
Akhir kata, terima kasih atas segala jasa, kenangan, gelak tawa dan ukhwah yang terjalin sepanjang 2,446 hari bersama. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan kalian dengan sebaik-baik ganjaran serta mengurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan kepada kita semua.
Semoga kita dipertemukan lagi di bawah rahmat-Nya. π€
Terima kasih semua. π«Ά
Setiap penat lelah dalam perkhidmatan adalah ibadah dan sumbangan bermakna. Teruskan melangkah!
04/08/2026
Pembantu Kesihatan Awam
Di sebalik setiap kejayaan dan kelancaran operasi sesebuah organisasi, ada individu-individu hebat yang menjadi tulang belakang tanpa menuntut sebarang pengiktirafan. Terima kasih atas kerja keras anda!
Tulang belakang organisasi bukanlah mereka yang paling lantang bersuara di depan, tetapi mereka yang paling konsisten dan tekun memastikan semuanya berjalan sempurna di belakang
04/08/2026
Terima kasih KPKASM atas inisiatif yg memudahkan anggota untuk menyemak keahlian masing-masing, yang belum mendaftar ayuh daftar sekarang sebagai ahli KPKASM
ππππππππππ πππππ πππππ πππππππ ππππππππ ππππππ
Dengan penuh rasa syukur, Kesatuan Pembantu Kesihatan Awam Semenanjung Malaysia (KPKASM) hari ini melancarkan Laman Semakan Keahlian KPKASM, sebuah platform digital yang dibangunkan khusus bagi memudahkan urusan semakan maklumat keahlian secara dalam talian.
Pelancaran laman ini merupakan salah satu manifesto kepimpinan baharu KPKASM yang berjaya direalisasikan dalam tempoh 10 bulan pertama pentadbiran. Kejayaan ini membuktikan kesungguhan kepimpinan untuk menunaikan janji serta membawa perubahan yang memberi manfaat secara langsung kepada seluruh ahli.
Melalui laman ini, ahli kini boleh membuat semakan status keahlian dengan lebih mudah, cepat dan sistematik tanpa perlu melalui proses semakan secara manual. Laman ini dibangunkan dengan antaramuka yang mesra pengguna dan boleh diakses menggunakan telefon pintar, tablet mahupun komputer pada bila-bila masa.
Bagi membuat semakan, ahli hanya perlu melayari https://kesatuan-pka.web.app/, memasukkan nombor kad pengenalan yang telah didaftarkan dengan KPKASM, kemudian menekan butang "Semak". Maklumat keahlian akan dipaparkan sekiranya rekod telah tersedia dalam pangkalan data kesatuan.
KPKASM percaya bahawa penggunaan teknologi digital merupakan langkah penting dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan kepada ahli. Justeru, kepimpinan semasa akan terus komited membawa pembaharuan, memperkenalkan inovasi serta menambah baik perkhidmatan dari semasa ke semasa demi memastikan kebajikan dan kepentingan ahli sentiasa menjadi keutamaan.
Pelancaran laman semakan ini hanyalah permulaan kepada pelbagai inisiatif yang sedang dan akan dilaksanakan. Kepimpinan KPKASM akan terus bergerak ke hadapan dengan idea-idea baharu yang mampu memperkukuhkan kesatuan, meningkatkan kecekapan pengurusan dan memberikan pengalaman perkhidmatan yang lebih baik kepada semua ahli.
Kepada Pembantu Kesihatan Awam yang masih belum menyertai KPKASM, marilah bersama-sama menjadi sebahagian daripada sebuah kesatuan yang sentiasa progresif, berwawasan dan komited memperjuangkan kebajikan, kepentingan serta masa depan profesion Pembantu Kesihatan Awam. Semakin ramai yang bersatu di bawah KPKASM, semakin kuat suara kita dalam memperjuangkan hak dan masa depan profesion ini.
"Bersatu Memperkasa Profesion, Bersama Membina Masa Depan."
Setiap servis, hadangan, dan rejaman bermula dari peluh di gelanggang latihan. Teruskan berusaha! π―
Kita belanja la sikit team kemaman, coming soon guys nantikan aksi PKA kita dalam kejohanan Bola Tampar Sekretariat PKA Terengganu 2026
Syabas tuan YDP kita
14/05/2026
ZIARAH KEBAJIKAN DAN SERAHAN SUMBANGAN
14 Mei 2026 - Baru-baru ini kami warga Kelab telah menerima berita bahawa sahabat PKA kita iaitu En Hj Tajuddin bin Muhamad telah diuji dengan masalah kesihatan serentak itu inisiatif ahli ahli telah membuka tabung sumbangan yang turut dipanjangkan kepada warga anggota Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman
Ziarah kebajikan ini diketuai oleh Ketua PKA Daerah Kemaman PKAK En Mohd Adi Safuan bin Zakaria, Bendahari kelab En Zulfaezi bin Azmee serta bersama Setiausaha Kelab En Wan Muhammad Zainur Ariffin bin Wan Mohamad menyerahkan sumbangan beserta bertanya khabar perkembangan keadaan semasa hj din
Kami semua sentiasa mendoakan hj din kembali dalam keadaan sihat dan semoga sedikit sebanyak sumbangan ini dapat meringankan beban dan mohon semua turut mendoakan Kelab kita agar sentiasa beristiqamah dalam menjaga kebajikan anggota
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kemaman