En. Fuad Dimensi Bumimas

En. Fuad Dimensi Bumimas

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from En. Fuad Dimensi Bumimas, Health/Beauty, 1741, Jalan Pongsu Seribu, Taman Pokok Sena, Kepala Batas.

Photos from En. Fuad Dimensi Bumimas's post 16/11/2021

(BUKIT SELAMBAU)
RAWATAN PERCUMA - KINI DI LOKASI ANDA.
INSYAALLAH MEMBANTU PELBAGAI PENYAKIT.

Allhamdulillah ramai yang telah dapat perubahan, anda bila lagi.. jangan lepaskan peluang untuk mencuba.

Jom pi try

Isnin - Jumaat ( 9.00 pagi - 5.00 ptg )
Sabtu - ( 9.00 pagi - 1.00 ptg )
Ahad - Cuti

DIMENSI BUMIMAS SDN BHD
No 5, Rumah Kedai Pekan Bukit Selambau,
08010 Bukit Selambau, Kedah.

24/10/2021

MENGKUANG T**I - RAWATAN PERCUMA.

KAMI DAH BEROPERASI SEMULA 😃 JOM BUAT TEMU JANJI INSYAALLAH MEMBANTU PELBAGAI PENYAKIT.

Allhamdulillah ramai yang telah dapat perubahan, anda bila lagi.. jangan lepaskan peluang untuk mencuba.

🟢 DATANG UNTUK BUAT TEMU JANJI.
👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻
DIMENSI BUMIMAS SDN BHD.
DESA HOMESTAY MENGKUANG T**I
DEWAN HOMESTAY

🟢 HARI & WAKTU RAWATAN
Isnin - Jumaat ( 9.00 pagi - 3.00 ptg )
Sabtu - ( 9.00 pagi - 1.00 ptg )
Ahad - Cuti

06/11/2020

RAWATAN PERCUMA - KINI DI LOKASI ANDA.
INSYAALLAH MEMBANTU PELBAGAI PENYAKIT.

Allhamdulillah ramai yang telah dapat perubahan, anda bila lagi.. jangan lepaskan peluang untuk mencuba.

Jom pi try

Isnin - Jumaat ( 8.30 pagi - 5.00 ptg )
Sabtu - ( 8.30 pagi - 1.00 ptg )
Ahad - Cuti

DIMENSI BUMIMAS SDN BHD
No 1741, Jalan Pongsu Seribu, Taman Pokok Sena, Kepala Batas.

Photos 02/07/2020

Omega-3

Tubuh manusia boleh menghasilkan kebanyakan jenis lemak, namun bukan Omega-3. Omega-3 adalah sangat penting pada tubuh badan dan hanya boleh didapati dari sumber makanan seperti kekacang, ikan dan lain-lain.

Omega 3 dikenali sebagai mineral yang membantu tumbesaran otak kanak-kanak dan beberapa fungsi tertentu termasuk kawalan penyakit jantung, diabetes, penurunan berat badan dan kesihatan kulit.

Satu kajian NIH mendapati pesakit jantung yang mengambil 1 gram Omega-3 setiap hari dapat mengurangkan risiko serangan jantung atau strok kali ke dua sebanyak 50%.

Photos 02/07/2020

GULA JEJASKAN SARAF KAKI

RISIKO kehilangan kaki sesuatu yang sangat ditakuti oleh kebanyakan pesakit diabetes atau kencing manis,

lebih-lebih lagi sekiranya mereka mengalami luka teruk pada mana-mana bahagian kaki dan sukar disembuhkan.

Hal ini terjadi kerana lebih separuh daripada pesakit diabetes ini tidak menyedari bahawa mereka menghidapnya sehinggalah penyakit tersebut berada di tahap teruk.

Begitupun, sekiranya dikesan awal, risiko pemotongan kaki boleh dielakkan dan pesakit mampu menjalani kehidupan secara lebih sihat.

Photos 02/07/2020

GULA, KENCING MANIS & KESAN MATA BUTA

Kesan masalah buta akibat penyakit diabetes sangat besar. Kebanyakan pesakit tergolong dalam peringkat usia yang produktif dan mempunyai tanggungjawab besar menyara hidup serta keluarga masing-masing.

Kehilangan penglihatan pada peringkat ini boleh menyebabkan mereka kehilangan kerja kerana tidak mampu melakukan tugas dengan berkesan. Ini seterusnya akan menjejaskan ekonomi dan dinamik keluarga pesakit.

Impak negatif ini juga secara langsung membantutkan pembangunan dan ekonomi negara, terutamanya dengan kehilangan tenaga kerja di peringkat paling berpotensi dan produktif dalam hidup mereka.

Kerajaan p**a terpaksa menanggung kos perubatan dan kebajikan pesakit ini.

Oleh kerana impak negatif ini, kebutaan akibat diabetes perlu dicegah!

Pencegahan boleh dilakukan dengan memastikan pesakit diabetes menjalani pemeriksaan mata secara berkala.

Pengesanan masalah mata di peringkat awal membolehkan doktor mata memberi rawatan sewajarnya mengikut keadaan pesakit.

Photos 02/07/2020

13 PUNCA UTAMA ANDA BOLEH DAPAT KENCING MANIS

1. Pengambilan gula dan makanan/minuman bergula yang tinggi
Memang tidak dapat dinafi pengambilan gula boleh menyebabkan penyakit diabetes. Namun begitu, ia tidak semestinya gula semata-mata. Ia juga termasuk madu, raisin, gula-gula, pastri, pisang, kurma dan anggur merah iaitu makanan yang mempunyai glisemik indeks yang tinggi. Semua makanan ini mengandungi gula yang dibebaskan dengan cepat di dalam darah. Ia dipanggil “fast-releasing”. Kebanyakkan minuman di pasaraya telah dimaniskan dengan menggunakan glukosa atau sirap jagung yang mempunyai fruktosa yang tinggi. Bukan lansung tak boleh ambil semua makanan ini, cuma jumlahnya perlu dipantau.

2. Pengambilan “refined carbs” yang banyak
Ini termasuk pengambilan roti, cereal, pastri, pasta dan beras putih yang banyak. Proses untuk mendapatkan “Refined carbs” telah mengurangkan mineral seperti kromium.

3. Tidak beraktivivti
Individu yang tidak aktif, tidak buat senaman berisiko untuk dapat berat berlebihan dan kencing manis.

4. Tekanan yang kronik dan masa tidur yang tidak cukup
Apabila kita tertekan atau stress, ia akan meningkatkan kortisol. Hal ini menyebabkan insulin tidak dapat
digunakan di dalam badan.

5. Peningkatan saiz di bahagian tengah tubuh (pinggan dan perut)
Gula yang berlebihan dalam darah “dibuang” oleh insulin ke dalam hati, yang kemudian bertukar menjadi lemak. Lemak-lemak ini mudah disimpan di sekitar pertengahan. Jika anda dapati lilitan saiz pinggan anda semakin bertambah, ia menunjukkan petanda yang buruk.

6. Merokok
Orang yang merokok juga berisiko untuk mendapat diabetes

7. Tidak mengambil sayur dan buah yang mencukupi
Individu yang kurang mengambil sayur dan buah berisiko untuk dapat kencing manis.

8. Tidak mengambil ikan dalam pemakanan
Pengambilan ikan yang kurang menyebabkan kurang Omega 3 dalam tubuh. Ini kerana minyak ikan boleh mebantu untuk melindungi kita dari kencing manis

9. Tidak mengambil supplemen
Ramai yang menyangka pengambilan supplemen adalah membazir. Namun dalam buku Say No To kencing manis, mengatakan mengambilan supplemen mampu mengurangkan risiko kencing manis.

10. Pengambilan ubat-ubatan
Ramai yang tidak sedar, pengambilan ubatan-ubatan sebenarnya boleh meningkatkan risiko kencing manis. Ini termasuk “corticosteroid drugs”. Ubatan “Corticosteriod” biasanya untuk mengurangkan keradangan kerana ia berfungsi untuk mengurangkan bengkak pada laluan udara di paru-paru. Ubat ini selalunya diberi kepada pesakit asma dan arthritis. Pengambilan dalam tempoh yang panjang boleh menggangu keseimbangan hormon dan kortisol iaitu sejenis hormon adrenal yang mempunyai kaitan dengan kawalan gula dalam darah. Thiazide diuretic yang digunakan untuk tekanan darah tinggi juga meningkatkan risiko untuk dapat kencing manis.

11. Sejarah keluarga
Jika ahli keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis, risiko anda untuk mempunyai kencing manis adalah tinggi. Jika ibu anda mempunyai diabetes type 2, anda mempunyai 40 % peluang untuk mempunyai kencing manis dan jika kedua-dua orang tua anda mempunyai diabetes, risiko anda adalah 80 %. Namun begitu penyakit kencing manis ini boleh berbalik, Maksudnya, boleh kembali normal semula

12. Umur
Tidak dapat dinafi, semakin usia meningkat, semakin tinggi risiko untuk mendapat kencing manis. Namun, bukanlah kerana usia, anda mendapat kencing manis. Ini kerana orang muda pun ada yang dapat kencing manis.

13. Kerintangan insulin
Rintangan Insulin terjadi apabila struktur membran sel yang telah dirosakkan dan ini menyebabkan resepto insulin menjadi kurang sensitif terhadap insulin. Insulin tidak boleh merangsangkan pembukaan Laluan Glukosa lagi. Glukosa yang tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan akan dilantun balik ke dalam saluran darah dan menyebabkan kepekatan gula dalam darah meningkat dan akhirnya menyebabkan kencing Manis. Kesan dari rintangan insulin boleh menyumbang kepada “sindrom metabolik”. Sindrom metabolik ini adalah satu kluster yang hadir bersama dan meningkatkan risiko kencing manis juga masalah jantung dan strok.

Kesimp**annya, hidup dengan cara hidup yang sihat. “Life is too short to waste time in this suffer disease.”

Photos 02/07/2020

Malaysia kini memenangi ranking teratas Kencing Manis (Diabetes Mellitus) di Asia!
Anda tahu apa komplikasi yang akan datang selepas tu?

1. Kaki busuk & mati (Diabetic foot). Ini berlambak kat wad Ortopedik. Anda boleh datang wad saya. Kebanyakkannya datang dengan kaki busuk & bernanah. Ada yang jari kaki mati. Kami terpaksa buang. Benda mati tak akan dapat hidup kembali.

2. Mata rabun & buta (Diabetic retinopathy)

3. Rosak buah pinggang (Diabetic Nephropathy). Ramai yang menyalahkan ubat hospital kalau bab buang pinggang rosak ni. Hakikatnya anda malas makan ubat dan tidak menjaga kadar gula & tekanan darah anda. Inilah sebab utama buang pinggang rakyat Malaysia rosak! Manusia memang asyik nampak salah orang lain.

4. Lemah ketahanan badan terhadap jangkitan (immnunopathy). Kencing manis menyebabkan luka lambat sembuh & ketahanan badan terhadap kuman menjadi lemah. Anda akan mudah mendapat jangkitan kuman tau.

5. Kerosakan saraf (Diabetic Neuropathy). Kaki anda akan menjadi kebas. Bila berjalan anda rasa kulit menjadi tebal. Terpijak paku atau kaki pun anda tak sakit. Anda menjadi kebal! Bagus ke? Sebenarnya TIDAK! Tau-tau sahaja kaki anda sudah berdarah & bernanah kerana anda tidak sedar ia luka. Tuhan buat rasa Sakit itu for a reason - ia menjaga anggota badan kita.
Buat pemeriksaan berkala jika anda berusia 40 tahun ke atas. Jika anda buat lebih awal lebih baik. Sekarang ni umur 20 tahun pun dah ada yang kencing manis, darah tinggi & mendapat serangan jantung tau!
Elakkan kencing manis!
Jaga pemakanan anda!

Photos 02/07/2020

OBESITI - Dari Lemak Atau Gula ?

Dimana Rasionalnya

Saya nak berkongsi satu kajian yang menarik dari luar negara tentang punca obesiti atau gemuk. Ia diterbitkan oleh Akhbar Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Bulan Apr’13. Menurutnya, pakar kesihatan kini membuat kesimp**an bahawa nasihat “lemak adalah buruk” pada tahun 80an tidak membantu menurunkan berat badan. Patutlah ramai masih gemuk walaupun telah bersenam dan mengurangkan makanan berlemak. Kerana ada sebab lain yang merupakan punca kepada obesiti atau gemuk.

Antara puncanya ialah gula kerana tubuh mampu menukar gula pada lemak badan. Apabila kandungan gula dalam badan berlebihan, badan kita akan menghasilkan lebih banyak hormon insulin. Tujuan utama insulin ialah menyingkirkan gula supaya kandungan gula dalam darah menjadi stabil. Tetapi sebenarnya insulin menyingkirkan gula dengan cara menukarkan gula kepada lemak pada badan kita. Inilah punca kenapa anda masih gemuk atau obesiti walaupun telah mengurangkan makanan berlemak.

Satu lagi kajian menunjukkan tubuh badan akan membakar gula terlebih dahulu daripada lemak. Selagi badan masih ada kandungan gula ia akan membakar gula dan tidak membakar lemak. Malangnya keupayaan tubuh untuk membakar adalah rendah. Gula yang tidak sempat dibakar akan ditukarkan kepada lemak. Dengan kata lain, walaupun anda kuat bersenam, tubuh tetap tidak membakar lemak tetapi membakar gula terlebih dahulu.

Sekiranya anda telah berusaha mengurangkan lemak dan bersenam tetapi masih lagi gemuk. Maka gula adalah punca obesiti atau gemuk yang anda alami.

Photos 02/07/2020

Tahukah anda?

Segelas kecil TEH TARIK (180ml) yang menggunakan empat sudu makan susu pekat manis akan membekalkan sebanyak 140 kalori tenaga, protein dan lemak, nilai kalori tersebut menyamai kandungan gula di dalam minuman berkarbonat (Minuman Tin).

Photos 02/07/2020

GULA OH GULA.. PENYAKIT JANTUNG, KEROSAKAN GINJAL & MATI PUCUK

Inilah salah satu sebab anda tidak sepatutnya mengabaikan kadar gula dalam darah - apabila darah anda mengandungi kadar gula yang terlampau tinggi, ia boleh menyebabkan kerosakan pada pembuluh darah yang membekalkan darah kepada organ-organ penting dalam tubuh anda.

Ia boleh menyebabkan pelbagai masalah. Pertama sekali, anda akan rasa lebih penat, daya penglihatan anda akan menjadi kabur dan ia juga akan menjejas 'mood' serta tumpuan anda. Ia kemudian boleh menyebabkan penyakit jantung, serangan jantung, angin ahmar, kerosakan buah pinggang dan bagi kaum lelaki p**a, masalah mati pucuk.

Photos 02/07/2020

BAGAIMANA GULA MENYEBABKAN PENYAKIT KRONIK !!!

Paras gula dalam darah yang kekal tinggi untuk jangka masa yang lama akan menyebabkan kecederaan kepada salur darah di dalam saraf dan juga salur darah kecil.

Kecederaan salur darah akibat daripada produk akhir metabolisma gula berlebihan ini dapat menyebabkan penyakit salur darah koronari, yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit jantung seperti serangan jantung akut dan juga kegagalan jantung.

Selain itu, paras gula yang tinggi dalam darah secara kronik boleh menyebabkan badan menjadi rintang terhadap insulin. Kerintangan terhadap insulin adalah proses penting dalam keterjadian penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus Type 2).

Tuntasnya, diet yang tinggi gula perlu dielakkan khususnya untuk gula yang terdapat dalam minuman. Ini kerana majoriti daripada kita tidak menganggap suatu minuman itu sebagai punca kalori dan gula yang besar, dan cenderung untuk memandang enteng impak minuman tersebut terhadap perubahan metabolisma dalam tubuh badan.

Anda boleh merujuk kepada panduan Pinggan Sihat Malaysia yang telah pun menggariskan penyediaan makanan yang sihat dan rendah kalori. Amalkan diet seimbang yang rendah gula, rendah kalori dan lakukan aktiviti fizikal secara berkala bagi memastikan anda kekal aktif, sihat dan tidak diperlahankan oleh berat daripada gula lebihan.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kepala Batas?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


1741, Jalan Pongsu Seribu, Taman Pokok Sena
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 13:30