Noorsyamimi Khalid STUFF
� AGENT INAI REPUBLIC
� Seller 3M � Block
02/04/2022
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak🌻🌻
Semoga Ramadhan kali ini adalah Ramadhan lebih baik, sebagai hamba yang terbaik, dengan amal ibadah menuju Allah.
Doa menyambut Ramadhan:
اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي،
وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا
Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”
Hadis Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Du’a (913)
Semoga kita semua mendapat kekuatan untuk menjadi usahawan akhirat yang berjaya dunia akhirat. Amin. 🤲🏻
17/03/2022
MALAM INI ADALAH;
✅MALAM KEPUTUSAN ,
✅MALAM DOA MUSTAJAB ,
✅MALAM ANUGERAH
“ANTARA MALAM DOA MUSTAJAB ADALAH MALAM NISFU SYA’ BAN” - IMAM AS-SYAFI’I rhm
Orang yang FAHAM akan menghidupkan malam NISFU SYA’BAN ini bagi merebut Keistimewaan & Anugerah yang besar yg Allah akan berikan pada mereka yg meminta malam ini.
Hidupkan malam ini dengan menonjolkan diri didepan Allah & merintihlah...
Mintalah! Submit segala hajat dan impian. Submit segala target dan permintaan.
Semoga Allah kabulkan dan murahkah rezeki kita seluasnya. Amin.
Salam Nisfu Sya'ban 1443h dari Inai Republic HQ
19/02/2022
Masalah perempuan yang pakai tudung 😚
Pin tudung kalau beli satu guni pun mesti hilang dan akhirnye tinggal 3 bijik.
08/02/2022
STRESS nak marah , serabut ? Jium amalkan 👇
لّا إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ، سُبْحَانَكَ، إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Laa ilaaha illaa Anta, subhaanaka, innii kuntu minadz-dzaalimiin
Artinya :
"Tiada tuhan yang berhak diibadahi kecuali Engkau. Maha Suci-lah Engkau. (Aku mengakui) sesungguhnya aku termasuk golongan orang-orang s**a berlaku dzalim)."
29/11/2021
Salam Maghrib semua ☺️
Firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan (menunaikan) solat.” (Surah Al-Baqarah: 153)
Allah SWT menjelaskan bahawa cara yang terbaik untuk meminta pertolongan Allah dalam menghadapi pelbagai musibah (di antaranya kesulitan dalam hidup dan wabak penyakit serta apa jua bencana) adalah dengan bersabar dan solat.
Moga dipermudahkan segala urusan 🌻🌻
APA INAI REPUBLIC DAH BUAT NI?!
Alamak Inai Republic buat apa pulak ni. Kenapa makin kerap pakaii, makin cantik pulak ku,ku 😩 Tak sangka pakaii Inai Republic kuku makin nampak cantiik dan siihat
Haaa uols yang nak ku,ku cantiik dan sihat meh dapatkan sekarang 💋💋
Link Di Bio 😉
Salah satu tanda inai Mesra wuduk
Memudar secara semulajadi ✅
Yang X pudar² Tu check balik taw 🥰
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Berikanlah kami kekuatan, berikan kami keampunan, berikanlah kami petunjuk jalan yang kau redhai. Ya Allah, kuatkanlah iman kami, kuatkanlah agama kami untuk kami terus taat dan sujud kepadaMu melalui ujianMu ini Ya Allah.
Amin Ya Rabb 🌻🌻
Katakan pada KEGAGALAN ,
Aku X pernah menyesal !
Kerana Allah ,
Yang mengizinkan Ku GAGAL .
🌻Dan setidaknyer Aku pernah BERJUANG 🌻
❤️ 'tGiveUp
Ya Allah,
Berikan kami kekuatan, kesihatan dan keberkatan untuk terus berkhidmat dan berjuang di dalam tugas yang Engkau amanahkan ke atas bahu kami.
Ya Allah Ya Baari’,
Kami mohon Engkau permudahkan segala urusan buat kami pada hari ini. Uruskan keluarga kami, uruskan pasangan kami, uruskan anak-anak kami, uruskan bisnes kami, dan urusan di dunia serta di akhirat. Hanya kepadaMu kami berserah Ya Allah.
Aamiin YRA 🌻🌻
17/09/2021
Ya Allah, di pagi Jumaat ini kami mohon kepadaMu,
Bukakanlah untuk kami pintu-pintu kebaikan,
Pintu- pintu keselamatan,
Pintu- pintu kesihatan,
Pintu- pintu kenikmatan,
Pintu- pintu keberkatan,
Pintu- pintu cinta sejati,
Pintu- pintu kasih sayang,
Pintu- pintu rezeki,
Pintu- pintu ilmu,
Pintu- pintu keampunan dan pintu- pintu ke syurgaMu.
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang kabulkanlah segala hajat kami dan Engkau Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam hati kami.
Amin Ya Rabb 🌻🌻
15/09/2021
Jauhkanlah malapetaka dari menimpa kami, ampunilah kesalahan kami, berilah ketenangan kepada kami, perbanyakkanlah rezeki yang halal ke atas kami ya Allah.
Amin Ya Rab 🌻🌻
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Kepala Batas
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 21:00 |
| Tuesday | 09:00 - 21:00 |
| Wednesday | 09:00 - 21:00 |
| Thursday | 09:00 - 21:00 |
| Friday | 09:00 - 21:00 |
| Saturday | 09:00 - 21:00 |
| Sunday | 09:00 - 21:00 |