Irra Radzwan
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Irra Radzwan, Health/Beauty, Klang.
21/01/2024
PRE ORDER BISKUT RAYA‼️
Orang kata awal tak kalut. Raya awal p**ak tahun ni, dah sediakan biskut raya belum tu. Ni irra open pre order biskut raya boleh la akak2 join skali.
Liga biskut raya 2024 Muazzin Bakery dah bermula. Nak join pre order, roger ja irra ye. Macam-macam jenis kuih ada.
Bestnya kuih raya dari Muazzin Bakery ni
✅ Produk muslim
✅ Menggunakan 100% pure buter
✅ Homemade cookies
✅ Diadun dengan bahan premium
✅ Bekas kuih pun sangat premium
Select je mana yang berkenan di hati. Semuanya sedap² belaka sebab kami guna 100% pure butter 🤤
Untuk yang order min 5 bekas dan order sebelum 28.02.2024, korang berpeluang dapat duit raya guys.🥳
Roger irra sekarang untuk PRE ORDER🥳‼️
www.wasap.my/601139176103/preorderbiskutraya
02/03/2023
Alhamdulillah untuk nafas yang diberi. Berpeluang jumpa dengan 03.03.2023, Jumaat yang barokah pada harini.
Selamat hari lahir untuk diri ini. Trima kasih kerana tetap berjuang dan kuatkan semangat setiap masa walaupun jatuh berkali-kali. Kaki ini tetap terus melangkah meskipun dugaan yang hadir hampir membuat diri ini berputus asa untuk hidup.
Tak mintak banyak. Semoga kehadiran ini dan selagi nyawa dikandung badan dapat berbakti kepada kedua orang tua sebelum terhenti nafas dan dapat jalani tanggungjawab sebagai isteri dengan sempurna.
Tetap dengan pendirian."Pergi mampus dengan mulut orang.". Selagi tak kacau income kita, duit tetap kene cari boskur. 😉
13/02/2022
Takkan ade sebuah perjalanan tanpa perancangan.
Perancangan tu p**a takkan terjadi jika perancangan yang dibuat tidak sistematik dan masih tidak nampak ke mana arah tuju.
Nampak mudah. Tapi sebenarnya tanpa perancangan ia akan menjadi kucar kacir dan tiada hala tuju.
Sebab tu kene adanya pilihan. Buat pilihan perjalanan yang nak dituju. Kadang pilihan itu nampak membebankan dan kadang ia menyelesaikan. Pilih pilihan yang menyelesaikan , tiada rasa gundah gulana dalam hati.
Namun, kene hati-hati kerna pilihan yang dibuat pun ad 2 benda yang perlu hadap. Sama ada ia baik untuk dirimu dan semuanya org menyukai ataupun ia menambah derita mu dan ramai yang tidak menyetujui.
Waktu itu, tiada pilihan apa pun melainkan meneruskan perjalan dengan sabar,tabah dan tenang.
17/12/2021
Ikhlas itu seperti apa?
Kamu memiliki tetapi, tidak merasa kehilangan apabila memberinya.
Orang mukmin yang hebat itu, dia beramal sampai ikhlas, bukan dah ikhlas baru nak beramal.
- Almarhum Tuan Guru Haron Din Al-Hafiz -
Salam Jumaat yg barokah. Smoga kita Terus diberi kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki yang berpanjangan sepertimana mengalirnya air zamzam. Aamiin
16/12/2021
Jangan simpan seseorang didalam hati. Hati itu berbolak balik sifatnya.
Simpanlah seseorang itu di dalam doa, kerana Doa itu tercatat dilangit selamanya.
- Almarhum Tuan Guru Harun Din-
Kenapa jangan simpan seseorang dalam hati. Sebab bila berlaku sesuatu perkara yang buatkan hati kita sakit. Nanti kita akan rase kecewa dan hati mula berparut.
Serah kepada Allah dan letak harapan kepada Allah.
Irra ambik contoh makanan. Pernah tak sebelum ni korang, bila pergi kedai makan contoh. Sebelum pergi, dah cakap kat dalam hati nak makan nasi goreng contoh. Sampai-sampai ja, aeshh, order benda lain. Nampak simple, tapi kat sini pun kita nampak hati kita berbolak balik.
Macam mane nak tetappak hati. Pertama sekali, belajar untuk ade pendirian pendirian dalam diri sangat penting. Bila hati cakap tak nak, tetap kan tak nak. Kalau hati cakap nak, tetapkan nak. Nak ad pendirian ni susah, bukan mudah. Enjoy the process.
Dan dalam pendirian, letak lagi satu perkara iaitu 'Harapan'. Bukan letak harapan pada perkara atau makhluk, tapi letak lah harapan kepada Allah. Supaya Allah tahu ape yang dikatakan hati.
"Kak, saye tak reti la nak tetapkan pendirian",
"Kak susoh la nok ade pendirian ni"
Satu ja boleh cakap, 'belajar'. Selagi tak belajar selagi tu takkan dapat. Buang kata 'susah' dalam hidup. Sebab kata 'susah' tu la, sampai hatini kita takde pendirian dan hati sentiasa berbolak.
Bila dah tetapkan, doa jangan lupa supaya hati kita tak berbolak balik. Jika sebaliknya, mungkin ad hikmah yang Allah aturkan.
TRUST THE PROCESS.
16/12/2021
Pandanglah ke atas, kelak kamu akan sedar ada insan yang lebih baik daripada dirimu...
Supaya tertanam sikap merendah diri dan tidak sombong.
Tunduklah ke bawah, kelak kamu akan sedar ada insan yang memiliki kekurangan berbanding dengan dirimu.
Agar terbit rasa bersyukur atas apa yang kamu miliki.
15/12/2021
Bismillah. Fighter always make it happen
Perjalanan seorang perjuang takkan pernah berakhir demi merealisasikan impian.
Alhamdulillah, malam ni sy bertolak dari Selangor ke Terengganu untuk satu misi. Nak bantu orang pantai timur. Nak bantu team dan grow kan mereka disana.
Sebelum naik bas, dapat personal dengan Sifu aiman sekejap, orang yang sentiasa ade kat belakang saya dan memberi tunjuk ajar dalam bidang bisnes . Alhamdulillah, seorang Sifu yang beri kepercayaan kat sy untuk independent kat sane nanti. Sebelum balik dapat cek balik gerak kerja dan dapat dengar kata-kata semangat daripada Sifu aiman secara life. Trima kasih Sifu aiman atas peluang yg Sifu aiman bagi untuk sy belajar.
Sy tak pandai, sy tak hebat. Sy masih belajar. Ap yg saya bawa hanya bebekal semangat dan ilmu yg Sifu aiman dah curahkan kat sy. InsyaAllah smoga dipermudahkan segala urusan
Doakan sy guys Smoga sy dapat buat yg terbaik untuk team dan prospek Terengganu.
*FIGHTER MAKE IT HAPPEN*
28/09/2021
BAHAGIA!
Satu perkataan yang mudah disebut. Satu perkataan yang mudah untuk diluahkan.
Tapi, sebenarnya dalam kata ' bahagia' itu sendiri penuh episod-episod cerita yang disulami pahit dan manis.
Mudah disebut tapi tak mudah untuk realisasikan. Perjalanan untuk menuju bahagia itu sendiri akan hadirnya jalan yang berliku akan adanya adegan dan twist plot yang mana sampai satu tahap, episod itu tidak dapat diteruskan.
Macam mana nak teruskan? Dengan pengorbanan. Korban apa sahaja untuk realisasikan, dan kadang-kadang kita terpaksa korbankan jiwa dan raga semata-mata realisasikan apa yang kita nak dapatkan. Ya, memang sakit untuk buat pengorbanan, pengorbanan yang mungkin melukai hati seseorang. Dan mungkin juga akan terjadinya perpisahan.
Tidak ade pengorbanan tanpa berjuang. Berjuang untuk realisasikan, itu kunci utama supaya episod ceriter diteruskan. Dalam perjuangan juga akan banyak kesakitan yang kita akan hadapi. Disini kita akan belajar p**a erti ketabahan.
Ketabahan itu datang seiring dengan dugaan dan cabaran. Jika tiada kesabaran ia akan menyebabkan dugaan yang kau lalui kelihatan terlalu berat.
Dan episod cerita kita, andai hanya ada pengorbanan, pejuangan, ketabahan, kesabaran tapi kita rasa takut nak hadap, kita tak percaya dengan diri kita yang kita boleh buat, kita rase tiada harapan untuk teruskan. Semuanya akan terkubur begitu sahaja tanpa ada pengakhiran cerita yang bahagia.
Sebab tu keyakinan hadir untuk memberi kekuatan, keyakinan hadir untuk kaki ini terus melangkah, keyakinan hadir untuk meneruskan episod-episod seterusnya. Keyakinan juga hadir disaat kita memang perlukan.
Jadi, teruskan perjalanan dan perjuangan kita. Teruskan melangkah. Di akhir cerita akan ada kebahagiaan. Percaya dan yakin pada diri sendiri. Mungkin bukan sekarang, tapi satu hari nanti. Tunggu ja.
04/09/2021
مارس الرحمة قدر المستطاع فكلما تلطفت مع خلق الله زاد الله لطفه حولك
Bersifat rahmatlah engkau semampu boleh, kerana setiap kali engkau berlembut dengan sekalian makhluk Allah, nescaya Allah akan menambah kelembutan-Nya di sekeliling engkau.
Dah lame tak main kat taman permainan. Dah besar pun nak gi taman permainan lagi. Mintak maaf la, bakal menantu mak awk ni, kanak-kanak ribena. 😜
Kalau dulu mase sekolah, time cuti je Jumaat dan Sabtu, Irra, adik Irra dan sepupu, setiap pagi kami pergi taman permainan katenye nak joging, padahal nak main buaian, nak main gelongsor, macam-macam. 😅😂
Yelaa, kalau pergi taman waktu petang ramai orang. Waktu petangkan orang s**a lepak kat taman. Irra waktu tu malu nak berhadapan dengan orang. Kalau tempat tu ade orang ramai, Irra takkan duk situ. Irra cari tempa yang takde orang.
Itu dulu la, sekarang alhamdulillah. Atas bimbingan dan tunjuk ajar daripada mentor Irra sndiri iaitu Sifu Aiman dan Sir Fikran, hatini alhamdulillah, dah ade keyakinan, ade keberanian untuk berhadapan dengan orang dan bercakap.
Dan semua, nak dapatkan keberanian dan keyakinan sebenarnya datang dari diri sendiri. Nak ubah jadi lebih baik dari sebelum ni atau masih nak same. Nak ade keyakinan dan keberanian tu atas diri sendiri nak atau tak nak je.
Paling Best bila dapat pecah tembok yang menghalang Irra untuk terus kehadapan dan improvekan diri.
Salam sayang, Irra Radzwan. 🌹
01/09/2021
"BERNIAGALAH DULU DENGAN ALLAH, PASTI UNTUNG"
Allah akan beri apa yang kita s**a kalau kita buat dulu apa yang Allah s**a.
Apa pun dalam hidup kita utamakan Allah dahulu. Allah dulu, Allah dulu dan Allah dulu. Nak apa yang kita nak capai, utamakan Allah. Kenapa? Hanya Allah yang menentukan adakah kita dapat apa yang kita inginkan. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik dan yang buruk untuk hambaNya.
Hari ni, jika anda berdoa kepada Allah untuk ada income 5 angka setiap bulan, Allah akan bagi. Tapi, Dia akan bagai pada waktu dan masa yang tepat. Cepat atau lambat sahaja.
Yakin dan percaya kepada Allah yang memberi rezeki kepada kita.
Apa yang kita fikir,
Apa yang kita rasa,
Apa yang kita nak,
Apa yang kita dengar,
Apa yang kita cakap
Adalah doa.
Jadi di awal bulan 9 ni, apa target yang awak nak capai atau dapatkan? Buat kira-kira terus.
InsyaAllah doakan team-team saya akan bertukar kepada telefon baharu. Doakan tu am saya dapat membeli iPhone idaman mereka supaya mereka dapat guna dengan sebaik mungkin.
06/08/2021
Disaat orang tak percaya, kita percaya.
Disaat orang tak buat, kita buat.
Disaat orang menghina, kita jadi lebih kuat.
Disaat orang cakap kau tak boleh buat, cakap kat diri, kau boleh.
Disaat orang takde keyakinan, kau ada keyakinan yang orang lain takde.
Awak menang,
Menang menutup tirai kecaman,
Menang menutup suara puaka menghancurkan impian,
Menang bermonolog bayangan hitam dibalik mimpi malam.
Makin bertambah kekuatan,
Tak lupa keyakinan dalam diri membara,
Teruskan kelebihan yang ada,
Teruskan keistimewaan yang ada,
Lebarkan sayap tanpa henti.
06/08/2021
Gah berjalan dengan sayap terselindung di balik imaginasi,
Melebarkan sayap seindah bidadari.
Terbanglah seluas langit yang terbentang di hadapan,
Melangkah meskipun onak duri berkejaran,
Tetap teguhkan sayap disaat angin taufan menghembuskan nafasnya,
Usah ditakuti disaat sayap hitam memburu.
Ya, mungkin bersayap,
Kan tiba waktu sayap akan patah jua,
Andai patah bukan bererti hidup ni harus berhenti,
Andai patah bukan bererti tidak bisa terbang lagi untuk merealisasikan mimpi,
Tetap terbang meski sebelah sayap menghempas udara.
Indah rupa sang puteri hati,
Membawa bekal menuju mimpi,
Mimpi indah bersama hati nurani,
Bukan pohon beracun memakan hati.
Puteri bertandang bukan bererti hajat tinggi,
Syukur pada Ilahi memberi kekuatan menghadap mimpi,
Mimpi tak pasti serta mimpi ngeri,
Menjadi tambah perasa dalam perjalanan hidup puteri.
Tulus..
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Klang