Perfumology
Hi and Good day everyone! It will meant a lot if you could leave a like and share this page
05/07/2021
Tips baju baru dibasuh kekal lama
#1 Terus Basuh Baju
Seelok-eloknya baju-baju kotor jangan dikumpulkan lama-lama dalam bakul. Lebih baik basuh pada setiap hari. Apabila anda mengumpulkan semua baju tu, pelbagai bau akan terperangkap. Bau peluh, tertumpah kari, terpercik kuah masakan dan sebagainya.
Kesemua ni akan menggalakkan bakteria membiak disebabkan keadaan baju yang lembap dan basah. Lebih lama baju dikumpulkan, lagilah kuat bau hapak yang terhasil.
#2 Asingkan Baju
Pakaian-pakaian yang nak dibasuh seelok-eloknya diasingkan ketika membasuh. Asingkan mengikut jenis ketebalan, material dan saiz. Jika anda membasuh cadar katil atau langsir yang tentunya bersaiz besar, jangan masukkan baju.
Ini disebabkan apabila mesin basuh berada dalam mode ‘wash’ dan ‘spin’, baju-baju tersebut akan terbelit. Kesannya pakaian tak akan menjadi bersih dan kotoran akan terperangkap pada bahagian yang tak dapat dibasuh.
#3 Jangan Rendam Terlalu Lama
Baju yang kotor atau berbau perlulah dicuci dengan tangan terlebih dahulu untuk menghilangkan kesan. Jika tertumpah warna atau terkena sambal sardin, jangan terus masukkan ke dalam mesin basuh dengan baju-baju yang lain.
Cara yang betul ialah cuci, bilas dan rendam seketika. Anda boleh memasukkan sedikit sabun pencuci dan pelembut fabrik. Ia dapat menanggalkan kekotoran walau hanya secara ringan.
Namun, jangan rendam terlalu lama sehingga berjam-jam atau semalaman. Apabila direndam lama, akan ada bau yang kurang sedap. Bila dimasukkan ke dalam mesin basuh, baju-baju lain juga akan terkesan sama.
#4 Gunakan Sabun dan Pelembut Fabrik
Jangan lupa masukkan sabun pencuci khas untuk pakaian dan pelembut fabrik. Hanya sabun jenis ni yang mampu menanggalkan kotoran degil. Apabila menggunakan pelembut fabrik, ia dapat melembutkan kain dan memudahkan proses pencucian.
Pelembut fabrik yang terdapat di pasaran direka dengan fungsi untuk mewangikan pakaian sekaligus. Oleh itu, pakaian anda akan kekal wangi walau selepas kering.
#5 Pilih Jenis Sabun
Terdapat 2 jenis sabun pencuci pakaian iaitu yang berbentuk serbuk dan cecair. Jika diperhatikan, jenis cecair jauh lebih mahal berbanding serbuk. Ini disebabkan sabun cecair lebih mudah sebati dan menyerap ke dalam pakaian berbanding sabun serbuk.
Manakala, jenis serbuk ada yang kurang efektif untuk larut dalam air. Ia akan kekal menjadi serbuk walaupun baju dicuci berkali-kali. Kesannya, selepas selesai proses mencuci, saki-baki serbuk pencuci masih melekat pada baju.
#6 Jemur Segera Selepas Basuh
Penulis mencadangkan baju-baju dibasuh pada waktu pagi sebelum anda menyidainya. Jangan cuci baju malam sebelumnya, kemudian membiarkan ia di dalam mesin basuh atau bakul. Lama-kelamaan, bau hapak akan mula terhasil.
Setelah cuci pada paginya, terus jemur sekitar pukul 10.00 pagi. Pada waktu itu, cuaca dah mula panas dan berangin. Apabila baju benar-benar kering, anda boleh terus angkat.
#7 Teknik Menjemur
Jangan tak tahu p**a, nak sidai baju pun ada tekniknya. Jangan main jemur saja. Apa yang anda perlu buat ialah jemur baju ikut ketebalan dan material. Sidai baju kurung yang berkain nipis sebaris dan t-shirt yang tebal sebaris yang lain.
Jangan campurkan antara baju yang nipis dan tebal kerana tempoh masa untuk proses pengeringan setiap material tu berbeza. Baju yang nipis lebih cepat kering berbanding yang tebal. Kalau anda mencampurkannya, susah p**a nak tahu mana yang kering dengan yang tak.
#8 Jangan Jemur dalam Rumah atau Bilik
Sidai pakaian yang dibasuh di tempat yang panas dan berangin. Seelok-eloknya, jemur di luar rumah. Jika anda menyidai di dalam rumah atau bilik yang mempunyai pengudaraan yang kurang baik, pakaian akan menjadi lembap.
Masa yang diambil untuk kering pun menjadi sangat lama dan pastinya bau kurang enak nanti. Jika kawasan rumah anda tidak mempunyai kawasan tanah lapang, boleh disidai di halaman rumah yang tertutup. Yang penting masih ada ruang untuk cahaya matahari masuk.
#9 Sentiasa Bersihkan Penapis Kotoran
Anda mesti perasaan di bahagian dalam mesin basuh terdapat penapis (filter) yang menyedut kotoran dan habuk yang terdapat pada pakaian. Jangan lupa bersihkannya dengan kerap. Buang semua kotoran yang tersangkut dan membilasnya.
Nak lebih wangi, boleh semburkan perfume De’Xandra 😉
04/07/2021
Salam maghrib 🧡
04/07/2021
Sis... Sebotol tak jual ke?
Eh, Jual la. S**a tak sis nak bagi FREE POSTAGE juga?
Happy kan.. 1 botol RM70 FREE POSTAGE!
04/07/2021
PROMOSI i-WANGI
Ada pakej i-Citra. Dua botol RM120 FREE POSTAGE!
S**a kan korang bila De'Xandra berterusan bagi promo!
Tunggu apa lagi, roger sis sekarang. Free postage ni. Perfume pon jimat RM20 😉
04/07/2021
BERITA BAIK BUAT ANDA
Walaupun ramai yang tengah murung sebab banyak kawasan yang kena PKPD tapi De'Xandra bawakan berita gembira untuk anda Bagi semua pencinta wangian De'Xandra, mulai hari ni sehingga 16 Julai kita ada special offer tau!
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan offer terbaik kali ini dari De’Xandra! Buat anda yang tak sempat nak grab promo lepas ini lah masa nya
Nikmati harga penjimatan ini bermula sekarang! Bukan itu sahaja postage pun FREE jerr🥳
04/07/2021
Kenapa EDP De'Xandra ini wajib ada⁉️
Perfume De'Xandra telah menjadi pilihan wangian no.1 rakyat Malaysia tau. Dah banyak diiklankan di TV dan radio. So, kalau belum pernah cuba try sekarang untuk rasai aroma terbaik ini sendiri.
Pssttt... Sekarang tengah ada promo tau! Bukan harga je murah postage pun FREE jerr!😱 Wahh, berbaloi sangat ni kalau grab sekarang.
04/07/2021
SENANG BAWA TRAVEL?
Yess! Perfume de’xandra 35ML, kecik je, boleh bawak travel! Boleh la lepas keadaan dah pulih, boleh bawa de’xandra travel sekali dengan korang 😆
04/07/2021
SAMPAI NAK REPEAT ORDER!
Memang ramai pengguna de’xandra yang datang beli lagi perfume, sama ada nak cuba bau yang berbeza dan ada juga yang beli haruman yang sama. Jom la cuba de’xandra sekarang!
04/07/2021
TAHAN LAMA!
Yesss! Perfume de’xandra memang tahan lama, sesuai sangat la untuk yang bekerja seharian, balik rumah pun masih wangi. Jom dapatkan de’xandra!
04/07/2021
He is always there with you 💙
04/07/2021
JENIS-JENIS WANGIAN
• Eau de Cologne (EDC) Ini merupakan jenis wangian paling ringan. Itu kerana kadar alkoholnya paling tinggi dan hanya terdapat sekitar 5 peratus campuran pewangi. Jenis ini wangiannya cepat hilang. Jenis ini sesuai digunakan apabila selesai mandi.
• Eau de Toilette (EDT)
Wangian ini satu tahap lebih tinggi di atas cologne. Kadar alkoholnya juga tinggi, walaupun tidak setinggi cologne, sementara kadar pewanginya hanya sekitar 12 peratus. Bila mahu mendapat kesegaran yang boleh bertahan cukup lama, jenis wangian ini merupakan pilihan yang paling ideal, kerana aromanya ringan, tidak terlalu tajam serta boleh bertahan hingga 3-4 jam, sesuai untuk semua keadaan.
• Eau de Perfume (EDP)
Wanginya cukup tahan lama hingga 4-6 jam. Jenis wangian yang ini memiliki kadar alkohol sedikit sementara kadar pewanginya sekitar 15 hingga 22 peratus. Oleh sebab itu, bau wanginya cukup kuat dan tahan lama sehingga lebih sesuai digunakan di malam hari, terutama untuk menghadiri acara rasmi.
• Perfume
Dari semua jenis wangian, jenis ini dia yang paling bertahan lama sehingga 6-12 jam. Kadar aromanya mencapai 22 peratus tanpa campuran alkohol. Tidak perlu terlalu banyak memakai jenis wangian ini kerana wanginya sudah boleh tercium dari jarak yang cukup jauh.
04/07/2021
HEY LADIES!
Minyak wangi atau perfume merupakan satu komponen utama personaliti seorang wanita. Bukan setakat gambaran keperibadian, ia juga mampu menaikkan confident anda. Perfume mampu menjadikan anda tumpuan ramai dan semestinya diingati.
Jika anda sedang tercari-cari wangian baru yang sesuai dengan gaya dan stail anda, jom tengok senarai wangian de’xandra!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Klang
41100