Breazco - Herba Pelindungan Paru Paru

Breazco - Herba Pelindungan Paru Paru

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Breazco - Herba Pelindungan Paru Paru, Health/Beauty, BF INTERNATIONAL SDN BHD 202101026866(1427166D) NO 9 , Jalan ASTANA 1B, BANDAR BUKIT RAJA, Klang.

Photos from Breazco - Herba Pelindungan Paru Paru's post 09/09/2022

Produk kesihatan Breazco dengan ramuan utamanya cendawan susu harimau memang telah terbukti berjaya melindungi & menjaga kesihatan paru paru anda

macam mana nak beli?? mahal ke??
walaupun tumbuhan herba seperti cendawan susu harimau ini sukar didapati dan agak mahal harganya di pasaran , bagi yang nak beli produk Breazco & ImmuP ,boleh gunakan aplikasi myIOU ,beli dulu baru bayar kemudian !!
ansuran tanpa faedah selama 5 bulan !! wow!!
best kan ??.
Anda juga berpeluang tak perlu membayar satu sen pun harga produk ini ,jika melalui platform sistem yang disediakan oleh syarikat BFI Sdn Bhd ,Pengedar produk kesihatan Breazco & ImmuP.

Harga untuk 1 kotak Breazco & 1 kotak immuP ialah RM700 ( pakej 1 star)
*Boleh bayar ansuran selama 5 bulan tanpa faedah RM140 sebulan dengan menggunakan aplikasi myIOU, boleh download di playstore

Yang penting bukan harganya ,tetapi kesihatan tubuh badan kita , lebih lebih lagi kesihata paru paru dalam keadaan era pandemik covid ini.

Nak info lebih lanjut ??
klik link dibawah ini
www.wasap.my/601110991637/infoBreazcoBFI

Photos from Breazco - Herba Pelindungan Paru Paru's post 09/09/2022

Tahniah Syarikat BFI Sdn Bhd ,pengedar produk kesihatan Breazco yang telah mendapat anugerah Consumer Choice Award 2022

09/09/2022

Breazco & ImmuP - Produk penjagaan kesihatan paru paru
*Part 2

09/09/2022

Breazco > menjaga kesihatan paru paru
*Part1

09/09/2022

KHASIAT CENDAWAN SUSU HARIMAU
(Ramuan utama produk kesihatan Breazco)

Khasiat Cendawan Susu Harimau Yang Perlu Anda Tahu,
Cendawan susu harimau atau turut dikenali sebagai cendawan susu harimau adalah cendawan yang dimakan kerana ciri-ciri perubatannya. Khasiat cendawan susu harimau mungkin tidak diketahui secara meluas oleh masyarakat di negara ini. Oleh itu, artikel ini menyenaraikan khasiat-khasiat cendawan susu harimau yang bermanfaat kepada kesihatan manusia.

Cendawan ubat telah lama dimanfaatkan oleh masyarakat terdahulu terutamanya oleh masyarakat Cina, Jepun, Korea, Mesir dan Eropah. Jika sebelum ini ramai mengenali cendawan-cendawan seperti ganoderma, cendawan shiitake atau cendawan enoki, kini sudah tiba untuk masyarakat mengenal cendawan ubat seperti cendawan susu harimau.

Cendawan susu harimau atau nama saintifiknya Lignosus rhinocerotis atau Lignosus rhinocerus adalah cendawan dari keluarga Polyporaceae yang merupakan cendawan yang sukar ditemui dan mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Cendawan ini hanya boleh didapati dibeberapa kawasan sahaja seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Selatan China, Filipina, New Zealand, Australia dan Papua New Guinea.

khasiat cendawan susu harimau
Cendawan susu harimau
Kredit: Dhevthamil, CC BY-SA 4.0, via Wikimedia Commons
Habitat asal cendawan susu harimau adalah di hutan. Cendawan ini tumbuh secara tunggal dan proses mengutipnya mengambil banyak masa dan tenaga menjadikan harganya agak mahal.

Pada tahun 2000, penanaman cendawan susu harimau telah berjaya dilakukan di negara ini. Kejayaan ini boleh mengatasi masalah bekalan dan harga.

Masyarakat dahulu percaya cendawan ini tumbuh di tempat di mana susu harimau menitik secara tidak sengaja semasa penyusuan. Sklerotium (ubi) cendawan ini dikatakan menyerupai “jisim susu putih yang membeku”.

Cendawan susu harimau mempunyai beberapa nama panggilan menurut suku kaum orang asli dan penduduk di negara-negara lain:

Betes kismas (Semai)
Pěti’ Aa (Besisi atau Mah Meri)
Ndurabi (Batak)
Tish am ong (Kensiu)
How gui kou atau hurulingzhi (Cina)
Hijiritake (Jepun)
Khasiat Cendawan Susu Harimau dalam Perubatan Tradisional
Khasiat cendawan susu harimau telah lama dimanfaatkan dalam perubatan tradisional masyarakat orang asli di Malaysia. Masyarakat orang asli suku Semai, Temuan dan Jakun menggunakan cendawan susu harimau untuk merawat asma, batuk, keracunan makanan, sakit sendi, bengkak payudara, penyakit hati, bengkak bahagian badan dan sebagai tonik.

Cendawan susu harimau juga turut digunakan oleh wanita berpantang selepas bersalin dan untuk menahan rasa lapar.

Cendawan susu harimau turut digunakan dalam perubatan tradisional Cina di Malaysia. Pengamal perubatan tradisional Cina menggunakan cendawan susu harimau untuk mencergaskan badan pesakit. Seduhan cendawan ini dikatakan boleh meningkatkan kecergasan, tenaga dan kewaspadaan.

Bahagian sklerotium (ubi) turut dimakan mentah dengan daun sirih untuk melegakan batuk dan sakit tekak.

Khasiat Cendawan Susu Harimau dalam Perubatan Moden
Terdapat juga kajian-kajian moden yang mengkaji akan potensi cendawan susu harimau dalam perawatan moden. Berikut adalah khasiat-khasiat cendawan susu harimau berdasarkan kajian-kajian moden:

1. Boleh Membantu Merawat Asma
Seperti perubatan tradisional, kajian moden turut mendapati cendawan susu harimau berpotensi digunakan untuk merawat asma.

Satu kajian yang dijalankan terhadap haiwan mendapati ekstrak air cendawan susu harimau berkesan dalam mengurangkan parameter-parameter berkaitan dengan asma. Ekstrak cendawan ini menunjukkan kesan antiasma dengan mengurangkan paras antibodi dalam darah dan mengurangkan keradangan. [1]

Selain itu, kajian lain yang dijalankan terhadap 50 orang sukarelawan mendapati pengambilan cendawan susu harimau sebanyak 300mg dua kali sehari selama 3 bulan turut menunjukkan kesan positif dengan mengurangkan keradangan dan simptom-simptom pernafasan.

Cendawan susu harimau juga turut meningkatkan kapasiti antioksidan dan fungsi paru-paru. [2]

2. Boleh Bertindak Sebagai Pencair Darah
Penyakit kardiovaskular boleh disebabkan oleh trombosis iaitu pembekuan darah di dalam jantung atau pembuluh darah. Ubat atau agen pencair darah digunakan untuk merawat keadaan trombosis tersebut.

Cendawan susu harimau juga didapati mempunyai ciri-ciri sebagai agen trombolitik.

Kajian oleh pengkaji dari Universiti Teknologi MARA mendapati cendawan susu harimau yang diperolehi di Perak, Malaysia mempamerkan ciri-ciri agen trombolitik melalui aktiviti pencair darah. [3]

3. Boleh Mencegah atau Merawat Keradangan
Keradangan yang berpanjangan (kronik) dikaitkan dengan banyak penyakit kronik seperti diabetes (penyakit kencing manis), strok, sakit sendi, asma, sakit jantung dan penyakit penghalang pulmonari kronik.

Cendawan susu harimau juga didapati mempunyai ciri-ciri antiradang yang boleh membantu mencegah atau mengurangkan keradangan.

Khasiat cendawan susu harimau ini ditunjukkan dalam kajian yang dijalankan terhadap haiwan. Ekstrak cendawan susu harimau dilaporkan mempunyai ciri-ciri antiradang. Ekstrak air sejuk cendawan tersebut dilihat mempunyai kesan pencegahan yang kuat terhadap penghasilan protein yang terhasil semasa keradangan. [4]

4. Boleh Melawan Jangkitan Bakteria dan Kulat
Cendawan susu harimau juga didapati boleh melawan jangkitan bakteria dan kulat (fungi).

Satu kajian makmal mendapati ekstrak cendawan susu harimau mempunyai kesan antibakteria terhadap bakteria-bakteria jenis Staphylococcus, Corynebacterium, Bacillus, Klebsiella, Salmonella, Pseudomonas, Escherichia dan Micrococcus spp. [5]

Bakteria-bakteria ini adalah bakteria yang sering menyebabkan keracunan makanan, pneumonia, jangkitan darah, jangkitan salur kencing dan lain-lain lagi.

Tambahan itu juga, cendawan susu harimau turut menunjukkan kesan antikulat terhadap kulat jenis Candida spp. dan Mucor racemosus. [5]

Kulat jenis Candida dan Mucor ini sering menyebabkan jangkitan terhadap mulut, kerongkong, f***j, kulit, otak, paru-paru dan hidung.

5. Berpotensi Mencegah Kanser
Cendawan susu harimau turut berpotensi untuk digunakan dalam membantu mencegah kanser.

Ekstrak cendawan susu harimau turut didapati boleh mencegah atau menghalang pertumbuhan sel-sel kanser payudara dan paru-paru. [6]

Terdapat juga kajian yang melaporkan bahawa ekstrak cendawan susu harimau boleh mencegah atau menghalang pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal (kanser usus besar). [7]

Walau bagaimanapun, kajian-kajian lanjut termasuklah kajian klinikal masih diperlukan untuk melihat potensi cendawan susu harimau dalam perawatan atau pencegahan kanser.

6. Baik untuk Sistem Penghadaman
Ulser perut atau turut dikenali sebagai ulser gastrik adalah luka yang terbentuk pada lapisan pelapik perut. Ulser gastrik ini boleh berlaku akibat jangkitan bakteria atau pengambilan ubat antiradang bukan steroid (NSAID) pada jangka masa yang lama.

Cendawan susu harimau didapati boleh melindungi perut daripada ulser gastrik ini. Kajian terhadap haiwan menunjukkan pada dos 250 dan 500 mg/kg, serbuk cendawan susu harimau mempamerkan kesan perlindungan yang ketara terhadap ulser gastrik. [8]

Kajian ini menunjukkan serbuk cendawan susu harimau mempunyai aktiviti antiulser yang bergantung kepada dos dalam mukosa perut.

Risiko dan Kesan Sampingan
Secara umumnya, cendawan susu harimau adalah selamat untuk dimakan.

Beberapa kajian makmal dan kajian terhadap haiwan mendapati cendawan susu harimau tidak menyebabkan sebarang kesan mudarat walaupun diambil pada dos yang tinggi iaitu sebanyak 1000 mg/kg. [9]

Kajian ketoksikan yang lain turut mendapati kultivar cendawan susu harimau tidak menyebabkan sebarang kesan mudarat walaupun diambil pada dos yang tinggi. [10]

Rumusan
Cendawan susu harimau adalah salah satu khazanah hutan yang berharga buat negara ini.

Seperti penggunaannya dalam perubatan tradisional, perubatan moden turut mendapati cendawan susu harimau mempunyai banyak khasiat dan potensi dalam perawatan pelbagai penyakit.

Kajian-kajian awal mendapati cendawan susu harimau berkhasiat dalam membantu merawat asma, merawat keradangan, mencairkan darah, melawan jangkitan bakteria dan kulat serta berpotensi mencegah kanser dan ulser perut.

09/09/2022

PENJAGAAN KESIHATAN PARU PARU

Tahukah anda kesihatan paru paru adalah paling penting untuk memastikan kesihatan tubuh badan anda sentiasa terjaga,
lebih lebih lagi dalam tempoh era pandemik covid ini ,walaupun kebanyakan dari kita sudah mengambil vaksin tetapi itu bukanlah bermakna kita bebas dari virus covid ini .

kita sentiasa terdedah dalam persekitaran yang belum selamat ,oleh itu penting untuk kita memastikan paru paru kita mempunyai perlindungan sepenuhnya..

MEMPERKENALKAN HERBA PENJAGAAN PARU PARU ~ BREAZCO
produk herba dengan ramuan utama cendawan susu harimau.
KHASIAT CENDAWAN SUSU HARIMAU ~
1) meningkatkan kapasiti antioksidan dan fungsi paru paru .
2) bertindak sebagai pencair darah dalam jantung & pembuluh darah .
3) membantu merawat asma .
4) Mengurangkan paras antibodi dalam darah & megurangkan keradangan
5) Melawan jangkitan bakteria & kulat.
6) Berpotensi menjegah kanser .
7) Baik untuk sistem penghadaman & melindungi perut dari ulser & gastrik
*Kajian dari UTM

Nak dapatkan produk hebat Breazco ??
Tak perlu bayar dulu ,ada cara mudah ..
klik link - www.wasap.my/601110991637/BeazcoBFI

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


BF INTERNATIONAL SDN BHD 202101026866(1427166D) NO 9 , Jalan ASTANA 1B, BANDAR BUKIT RAJA
Klang
41050