D'gunting Barber Shop
Diuruskan DG RESOURCES (SA 0061621-K) telah mula beroperasi sejak 1 Ogos 2007.
Kami menyediakan perkhidmatan:
1-Gunting rambut lelaki dewasa,kanak-kanak dan juga bayi.
2-Gunting rambut di rumah untuk orang-orang uzur.
3-Gunting rambut beramai-ramai.
*2 & 3 bergantung pd permintaan dan kelapangan waktu.
01/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat menyambut hari pekerja 2026 kepada semua pekerja tidak kira apa sektor pun.
Walaupun hari ini cuti umum kedai kami tetap beroperasi seperti biasa. Boleh datang terus atau buat temujanji dulu.
Untuk lebih info boleh klik link pada ruangan komen.
Acik Khalid bukan biasa-biasa katanya..
Hahaha
Kedai coti sehingga dimaklumkan kelak.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
Sedar tak sedar, sudah sebulan kita berpuasa, kini tibalah masa untuk meraikan kemenangan. Kami dari D'gunting Barber Shop ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas segala kekurangan sepanjang kami memberi khidmat kepada anda semua.
Di saat kita sibuk dengan segala macam persiapan raya pasti terselit rasa rindu pada ayah, ibu atau ahli keluarga yang telah pergi menemui Pencipta. Syawal kali ini mungkin terasa sunyi tanpa tawa mereka, namun ingatlah doa anak yang soleh adalah hadiah terbaik buat mereka di sana.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Apabila mati seorang manusia, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)
Hari raya adalah hari untuk kita bergembira dan merapatkan ukhuwah. Namun, raikanlah ia dengan penuh kesyukuran tanpa melampaui batas atau berlebih-lebihan. Cukuplah sekadar yang perlu, asalkan hati bahagia dan hubungan kekeluargaan makin erat.
Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan dan ketenangan buat kita semua. Jaga keselamatan dan kesihatan diri sepanjang musim perayaan ni. InshaAllah kita berjumpa semula selepas cuti raya.
"Iqra’" — Bacalah. 📖
Perkataan pertama yang turun lebih 1,400 tahun dulu di Gua Hira' bukan "Tengoklah," bukan juga "Dengarlah," tapi "BACALAH."
Sempena Nuzul Al-Quran hari ini, jom kita tanya diri sendiri: Dalam sehari, berapa banyak masa kita luangkan untuk baca notification telefon berbanding baca lembaran wahyu ini? 📱vs 📖
Al-Quran bukanlah sekadar perhiasan estetik di rak,hantaran perkahwinan atau sebagai ayat penarik rezeki. Ia adalah 'manual kehidupan'. Kalau kita boleh baca beratus posting sehari, takkan le 1 muka surat Al-Quran kita tak mampu luangkan masa kan?
Jom kita jadikan Nuzul Al-Quran 1447H ni titik mula untuk kita lebih akrab dengan kitab suci ini. Tak lancar tak apa, yang penting ada usaha untuk baca dan faham.
Selamat Memperingati Hari Nuzul Al-Quran semua! ✨
*Kedai beroperasi macam biasa ya.
Seperti yang telah diuar-uarkan sebelum Ramadan itu hari lagi dalam post https://www.facebook.com/share/v/1LNiuwxHC8/ bermula 16 Ramadan tiada lagi 'slot booking' akan diterima. Walaubagaimanapun anda masih boleh terus datang 'walk-in' ke kedai https://vt.tiktok.com/ZSuR9GQw2/ sehingga 28 Ramadan 1447H.
Booking OFF
Battle ON
Good luck ya gais.
Sidai itu pasti!
Ramai tengah pening ke tu fikir bila nak potong rambut?
Hahaha
Hari terakhir operasi 28 Ramadan ya.
Lambat tinggal.
18/02/2026
Assalamualaikum salam sejahtera.
Insha-Allah umat Islam seluruh Malaysia akan mula berpuasa Ramadan tahun 1447H ini pada hari Khamis 19 Februari 2026, sehubungan itu kami dari D'gunting Barber Shop mengucapkan selamat menyempurnakan ibadah puasa dan semoga puasa kali ini menjadi puasa yang terbaik.
Untuk makluman kedai akan beroperasi seperti biasa sehingga 28 Ramadan 1447H.
Sila rancang jadual anda untuk mengelakkan 'sidai' saat-saat akhir nanti.
Hati-hati zaman sekarang ni ramai yang s**a menyamar.
Hahaha
Nak gunting rambut 'long weekend' ni boleh roger nombor admin di ruangan komen bawah.
11/01/2026
Lembaran Baru, Semangat Baru!
Selamat kembali ke sekolah buat semua anak-anak,guru-guru dan warga sekolah bagi sesi persekolahan 2026!
Semoga tahun ini membawa seribu satu peluang untuk terus menimba ilmu,mengasah bakat dan membina kenangan manis bersama rakan-rakan. Kepada para ibu bapa selamat bertugas kembali sebagai 'pemandu' kejayaan anak-anak.
Mari kita mulakan langkah pertama hari ini dengan senyuman dan azam yang tinggi.
Keep glowing and growing!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No 16 Kedai MPK, Persiaran Hamzah Alang, Pekan Meru
Klang
41050