MyBisnes Amway

MyBisnes Amway

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MyBisnes Amway, Health/Beauty, Kg Rantau Panjang Klang, Klang.

Photos from MyBisnes Amway's post 11/10/2024

Alhamdulillah. Sempat meroti bersama anaknda luthfil hadi. Huntong ada Bread Maker semua boleh jadi.
Nak BM boleh wassap saya cikgu yah. Siap kita ajar meroti lg.
www.wasap.my/60148454392/nakBM

12/07/2024

*FACIAL MOBILE SPA*

📆14 Julai 2024 (Ahad Ini)
⏰10.30 pagi - 1.30 petang
💵RM 12 sahaja
🦋Peralatan & bahan disediakan
💕 Tema: Pink Purple Putih
🏢Tempat: Villa Puteri
Lot 130 A/B, Jalan Haji Abdul Razak, Sungai Pinang
Location: https://maps.google.com/?q=3.060644,101.433647

*Apa Yang Istimewanya?*
🌷Rasai facial yang terbaik.
🌷Peluang belajar dan menambah ilmu dalam bidang kecantikan.
🌷Bagi yang berminat buat bisnes facial, juga boleh sertai.

*Apa Yang Anda Dapat?*
🌸 Mengetahui jenis kulit.
🌸 Rawatan asas & urutan muka.
🌸 Cara pemilihan & pemakaian masker muka yang betul.

Sebarang soalan boleh klik:
https://www.wasap.my/60149454392/nakfacial

Photos from MyBisnes Amway's post 12/07/2024

Percaya atau tidak itulah realiti...
Jom PM sape yg nak.
www.wasap.my/60149454392/setglowing

Photos from Resepi Kampung's post 23/05/2024
Photos from MyBisnes Amway's post 23/05/2024

ALHAMDULILLAH.
MUDAHNYA MASAK DGN GAJET AMWAY.
Cerita ptg semalam kita buat kelas masak guna gajet Amway. Ada sahabat2 yg nak BRG blh tekan link www.wasap.my/60149454392/naknoxxa
Insyaallah kita BG info promosi, harga, tunjuk ajar sekali cara masak@ guna...juga resepi2 masakan yg best2

22/05/2024

RESEPI ROTI TURKI

BAHAN-BAHAN :

◾️8½ cawan tepung (1.1kg)
◾️1.7 cawan air suam 400 ml
◾️1.7 cawan yogurt 400ml
◾️1 sudu kecil garam
◾️1 pek yis segera kering 10 g
◾️3 sudu besar minyak sayuran
◾️½ cawan mentega 60 g

CARA MEMBUATNYA :

◾️Campurkan yogurt dan air bersama-sama.

◾️Kacau dalam tepung, yis dan garam.

◾️Apabila anda mendapat doh yang halus, sapukan dengan minyak, dan tutup
dengan bahan lutsinar

◾️Biarkan doh selama 15 minit di tempat yang kering dan hangat.

◾️Setelah doh masuk, minyak tangan anda, asingkan doh dari kuali.

◾️Bahagikan kepada lapan bola.

◾️Uli bebola dan biarkan selama 15 minit.

◾️Gulungkan setiap bebola doh ke dalam bulatan dan bakar di atas kuali yang telah dipanaskan.

◾️Sementara roti suam, sapukan dengan mentega.

Kredit : Empunya resepi

22/05/2024

◼️POKOK SUSU NABI

◾Cari pokok ni, cabut sepokok, basuh cuci dgn akar, batang, daun dan buah. Rebus dgn tiga gelas air sampai tinggal satu gelas. Amalkan minum pagi dan petang selama tiga hari...in shaa Allah, stroke (lumpuh) akan pulih. Ikhtiar kita, Allah jua yg menyembuhkan..

◾MEMANG AJAIB… !!! Inilah Ubat STROKE Paling Berkesan,, Kongsikan Jangan Sampai Terhenti Di Tangan Anda Mungkin Teman Yg Lain Sangat Memerlukannya…

◾Sesiapa yang ada GOUT, mencari penawar paling mujarab, bolehlah mencuba.

↔️Cc-Redzuan Khalib

Photos from Resepi Khairul Aming Fans's post 20/05/2024
20/05/2024

CARA MUDAH TANAM CILI DI RUMAH

1. Pilih kawasan yang menerima cahaya matahari yang banyak di rumah.

2. Pilih kawasan yang redup akan menyebabkan pokok menjadi tinggi daripada biasa dan saiz buah menjadi kecil.
3. Cara pemilihan medium penanaman bergantung kepada kaedah penanaman yang dipilih sama ada tanaman dalam pasu atau terus dalam tanah.

4. Medium penanaman untuk pasu yang sesuai adalah tanah campuran tiga bahagian tanah merah, dua bahagian tanah hitam dan satu bahagian pasir.

5. Saiz pasu yang sesuai adalah 16 inci x 20 inci bagi musim penanaman enam bulan.

6. Sekiranya bercadang untuk musim penanaman yang lebih panjang dari enam bulan, sila guna saiz pasu yang lebih besar seperti 30 inci x 50 inci.

7. Kaedah penanaman secara terus di tanah bagi kawasan rumah teres adalah tidak digalakkan kerana tanah tidak subur.

8. Sekiranya ingin meneruskan hasrat menanam di tanah kawasan rumah teres, tanah perlu diganti dengan tanah yang baru.

9. Pastikan tiada pokok buah-buahan seperti mangga, belimbing dan jambu berdekatan dengan kawasan tanaman. Ini bagi mengelakkan serangan lalat buah.

10. Umur paling sesuai untuk memindah tanam anak pokok atau tanah adalah ketika anak pokok sudah berusia tiga ke empat minggu.

11. Kelewatan memindah tanam anak pokok yang sudah cukup umur boleh menyebabkan pokok terbantut.

12. Waktu yang sesuai pindah tanam adalah pada waktu lewat petang.

13. Jangan pindah tanam anak pokok pada waktu tengah hari kerana pokok boleh terkena kejutan haba dan layu seterusnya mati.

14. Waktu yang sesuai untuk menyiram pokok adalah pada waktu awal pagi dan lewat petang.

15. Pokok cili harus disiram dua kali sehari, sekiranya waktu hujan tidak perlu disiram.

16. Pastikan kawasan penanaman tidak menyebabkan air bertakung. Air bertakung boleh menyebabkan lembap dan menggalakkan pertumbuhan kulat.

17. Kayu pancang perlu dipasang ketika peringkat awal selepas pindah tanam untuk mengelakkan kerosakan pada akar sekiranya dipasang pada umur matang.

18. Jenis kayu pancang yang sesuai adalah seperti buluh yang boleh bertahan sehingga lebih enam bulan.

19. Pemasangan kayu pancang bertujuan untuk mengelakkan pokok rebah apabila sudah berbuah lebat.

20. Baja organik seperti baja tahi ayam amat sesuai diberikan kepada pokok untuk menggalakkan tumbesarannya.

21. Sekiranya menggunakan baja kimia, pastikan mengikut kuantiti yang disarankan.

22. Pemberian baja kimia secara berlebihan boleh menyebabkan pokok mati kepanasan daripada baja.

23. Tempoh pemberian baja yang sesuai adalah setiap 10 hingga 14 hari.

24. Kehadiran semut yang banyak pada pokok cili adalah disebabkan ia menghurungi aphid atau bena putih yang terdapat di bahagian bawah daun.

25. Gunakan larutan pencegah serangga yang dirumus daripada bahan semula jadi seperti ekstrak semambu dan bawang putih.

26. Larutan mencegah serangga daripada bahan semula jadi mudah hilang apabila hujan.

27. Selepas hujan berhenti, larutan haruslah disembur semula.

28. Waktu paling sesuai untuk menyembur larutan pencegah serangga adalah pada waktu petang menghampiri Maghrib.

29. Tahap umur cili paling sesuai untuk dituai adalah apabila 80 peratus daripada cili yang matang sudah mencapai warna kirau (warna hijau bertukar sedikit merah).

30. Waktu paling sesuai untuk menuai adalah pada jam 9 pagi ke atas iaitu ketika embun sudah kering.

31. Sekiranya cili ingin disimpan lama, jangan basuh hasil tuaian cili. Sekiranya perlu dibasuh, harus dikeringkan segera.

32. Selepas cili dituai, baja perlu segera diberikan pada waktu petang yang sama atau keesokan harinya bagi mengelakkan pokok tertekan.

18/05/2024

Ayam Goreng Berempah adalah salah satu resipi sedap yang menjadi kegemaran ramai tidak kira tua atau muda. Ayam macam ni ratah saje pun sedap.
BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam – basuh dan toskan
BAHAN KISAR:

2 sudu besar jintan manis
2 sudu besar biji ketumbar
Secubit jintan putih (tak letak pun tak apa)
2 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
2 ketul halia sebesar ibu jari – potong memanjang
Sebesar ibu jari lengkuas
6 batang serai – potong 2 atau 3 bahagian
BAHAN-BAHAN LAIN:

2 sudu besar (rata) serbuk cili
4 sudu besar (membukit) serbuk kari daging @ ayam
4 sudu besar (rata) tepung jagung
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar air asam jawa
Daun kari secukupnya
Sedikit air
CARA MEMASAK:

1.Kisar serai, halia dan lengkuas kemudian tapis dan perah airnya. Ketepikan.

2. Kemudian kisar kasar bahan-bahan lain dan tapis.

3.Lumur semua bahan pada ayam yang telah dibersihkan. Perap selama 1 jam. Lagi lama diperap lagi sedap.

4.Panaskan minyak masak dengan banyak dan bolehlah digoreng hingga garing.
Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kg Rantau Panjang Klang
Klang