Syampu untuk hijabis

Syampu untuk hijabis

Share

Kesihatan memacu keceriaan. Keceriaan memandu kebahagiaan. Kebahagiaan mengalirkan aura kejelitaan.

Blinq beauty drink adalah minuman untuk menjana kesihatan & kecantikan.

12/11/2016

BAHAYA SYAMPU TIRUAN

Shah Alam, Selangor - Kejadian ini berlaku kira2 jam 9 malam ketika Amira, 23 tahun baru pulang dari kerja. Dia bekerja di sebuah kilang di Shah Alam.

Ketika sedang mandi, dia menggunakan syampu jenama PENJOSWXY yang baru sahaja dibelinya. Bermacam2 syampu dipasaraya dan kedai acheh yg sudah dia gunakan. Namun masih tak dapat menyelamatkan rambutnya dari gugur.

TIBA-TIBA

Matanya terasa pedih. Mungkin dari buih syampu. Dia cuba buka matanya. Gelap gelita. Berkali-kali dia buka dan gosok matanya. Namun tetap gelap gelita.

" Ros, Su, Ija tolong aku. Mata aku buta. Aku tak nampak apa-apa ni. Gelap. Mata aku buta.... " jerit Amira sambil menangis teresak-esak dan sedu sedan.

" Woi mira. Memang la gelap gelita. Blackout lah... " Terdengar suara Ros dari luar.

LIKE & SHARE

09/11/2016

HAPPY BIRTHDAY

Bila tiba harijadi
tahulah kita
usia makin bertambah

tambah 1 hari lg
rambut mula memutih uban
gugur waktu mandi
gugur waktu tidur

Sekarang pun
org muda juga
alami masalah yg sama

rambut gugur
rambut uban
bau hapak
terutama wanita bertudung

Jgn dibiarkn
nnti lg teruk
cari la segera penawarnya
x kan nak tunggu
kepala dah botak
baru nak mencari

NR HAIR CARE
" Salon peribadi anda "

Photos 25/06/2016

JUS KAROMA = (Karot + kurma)

Sesiapa yg rabun, boleh try buat jus ni...

JUS UNTUK MATA
================

Bahan²:-

+ Lobak (1 batang)
+ Kurma (5 @ 7 biji) dibuang biji
+ Susu pekat
+ Air
+ Ais

Cara² membuatnya:-

1) Blender lobak, kurma, susu dan air.
2) Masukkan bahan yg di blend tadi ke dlm balang/gelas yg diisi ais.
3) Sedia di nikmati.

Selamat mencuba.

Silakan *SHARE* jika anda s**a jus ini.😊😍😋

Photos 18/04/2016

Luahan hati seorang suami
======================

APA SALAH AKU

Namaku Haron. Aku ada seorang kawan bernama Muda Bin Seman. Aku baru kenal dia 6 bulan lepas di dalam satu seminar perniagaan.

Masalah bermula...
Minggu lepas aku datang rumah Muda untuk berbincang pasal bisnes. Kadangkala sembang² sampai larut malam.

Masa nak balik, bini dia suruh aku sampaikan salam pada bini aku. Ok la.

Balik rumah dah larut malam. Adoii...Kunci rumah pulak tak bawak. Aku call kejutkan bini aku. Bini aku buka pintu sambil membebel marah aku balik lambat.

Aku teringat kiriman salam dari bini kawanku tadi. Sebelum aku terlupa, aku sampaikan la
"Bini Muda kirim salam".

Tiba² bini aku tutup dan kunci pintu bilik.
Tido luar aku malam tu.. malam jumaat plak tu.

Tak paham aku. APA SALAH AKU?

Malam semalam tengah syok baring² dengan bini sambil layan Hindustan , henpon aku berbunyi . Rupanya bini Muda call. Dia bagitau laki dia masuk hospital. Aku pun apa lagi. Cepat² bersiap nak keluar pegi hospital tengok kawan aku tu.

Bini aku pun tanya "siapa yang call tadi, dah bersiap² nak keluar ni?"

Dengan jujur dan tulus mulus aku cakaplah "Bini Muda yang call....."

Tetiba.....
Periuk, belanga, lesung batu, peti ais terbang melayang.....

aku terpinga²..

APA SALAH AKU?
😂😂😂😂

Photos 15/03/2016

RESEPI SARDIN BUAT SENDIRI

Bahan-bahannya :
==============

* 1 kg ikan selayang/ sardin segar. * 2 labu bawang besar dipotong dadu
* 5 ulas bawang putih kisar.
* 2 biji Buah tomato didadu kasar
* 1/ 2 cawan tomato puri.
* 1/ 2 cawan tomato sos
* Kalau nak pedas tambah sedikit sos cili.
* Gula dan garam secukup rasa.
* Setengah cawan minyak.
* 1 sdt Serbuk lada putih.
* Air secukupnya ( 1 jug, masuk sedikit demi sedikit)
* Periuk Pressure Cooker ( saya guna noxxa).

Cara-caranya :
============
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sampai wangi.

2. Masukkan tomato buah, tomato puri, tomato sos dan cili sos.

3. Masukkan air dan ikan. Tambah garam dan gula.

4. Masak menggunakan pressure cooker 30 minit.

5. Tambahkan air jika perlu. Dan masak lagi 20-30 minit. Tambah air sedikit demi sedikit lagi. Biarkan kuah pekat dan ikan benar- benar lembut isinya.

6. Sedia untuk dihidangkan dengan Nasi Putih.. Sedap wooo..

ALHAMDULILLAH.

Nota Tambahan :
**************
Nak perah limau nipis pun boleh, kalau nak hilangkan hanyir.

Nak tumis dengan cili kering kisar pun boleh untuk pedas.

Nak tambah daun kari pun boleh.

Ada juga orang tambah tepung gandum untuk pekatkan kuah.

SELAMAT MENCUBA

kredit: Chef Ustazah

p/s - kalau dah buat, cuba pos gambar kat sini. komen la sedap atau tak.

Photos 11/03/2016

TIPS MUDAH DAPAT PARKING

kalau pergi jenjalan, pasar borong @ pasaraya,
tentu SUSAH nak cari parking.

Kena pusing banyak kali
baru dapat.

CUBA tips Ni:
Baca doa ini berulangkali:

ALLAHUMMA BARIK LANA

sambil berdoa dalam hati
(Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMu ini )

****
P/s:
Bila dah dapat parking, jangan lupa
ucaplah ALHAMDULILLAH

jika bermanfaat,
SHARE la untuk rakan².

06/03/2016

Bagus untuk di baca.
Lagi bagus jika diamalkan.
kalau share lagilah bagus.

Photos 16/02/2016

=======================
RESEPI HANCURKAN LEMAK
=======================

Seorang Doktor dari universiti di utara London telah menemui Formula dan resepi sebenar untuk cairkan lemak dalam masa 4 hari.

MINUMAN 'SECRET'
================
Untuk membuat minuman ini,
anda perlukan bahan-bahan berikut:

- 8 ½ cawan air ditapis

- 1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar)

- 1/2 timun, dihiris nipis

- 1/2 lemon, dihiris nipis

- 12 helai daun pudina

Cara penyediaanya:

1) Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.

2) Keluarkan hirisan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas.

Disyorkan minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh simpan dalam peti sejuk selama 2 hari.

Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.

****************
Bagaimana ia berfungsi dan mengapa ia begitu berkesan?

Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mengandungi pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, ia mampu menghasilkan 'BOM' yang sihat dimana ia membantu menyucikan organ dalam badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan.

****************
Sekarang mari kita lihat satu persatu khasiat bahan yang telah kita gunakan tadi.

TIMUN
=======
timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.

HALIA
=======
Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mengelakkan daripada makan berlebihan.

LEMON
=======
Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaam beralkali.

Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah (ph optimal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang ber Ph rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.

PUDINA
=======
Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera.
Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.

AIR
=====
Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mencukupi.

Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman.

Jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan rasa lapar dan memberi tenaga kepada tubuh badan kita.

Silakan share untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Photos 13/01/2016

KAHKAHKAH...

Pasal tu pun sampai boleh bercerai-berai.

Nombor 3 terakhir paling _____ !

SHARE & TAG la kat kawan².

Bincangkan.

06/01/2016

TAHNIAH...!!

" Anda disahkan mengandung 3 minggu... "

Pastinya kata² itu sangat menggembirakan hati seorang wanita apatah lagi itu pengalaman anda yang pertama.

Betul tak?

Pastinya rasa teruja.

Untuk merasai detik indah
perut ditendang²
pergerakan baby dlm kandungan
perut semakin besar & berat
merasai detik itu
9 bulan

Pelbagai rasa
Pelbagai andaian

Sunggoh indah...

KAN...!!??

√ LIKE
√ SHARE
√ KOMEN

Photos 06/01/2016
Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Klang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Rantau Panjang
Klang
42100