Ezan Beauty Empire
i promote ezyorange.. pm me if intrested so that every woman can be beautiful every where..
08/05/2026
Mutakhir ini, saya menyedari kebimbangan masyarakat susulan laporan berita di peringkat global mengenai penularan jangkitan Hantavirus. Walaupun situasi di Malaysia setakat ini adalah terkawal, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau rapi perkembangan ini dan mengambil pendekatan proaktif untuk memastikan kesiapsiagaan negara berada pada tahap tertinggi.
Untuk makluman bersama, Hantavirus adalah sejenis virus bawaan tikus yang merebak kepada manusia melalui udara yang tercemar dengan sisa kotoran, air kencing, atau air liur haiwan tersebut. Jangkitan ini tidak wajar dipandang remeh kerana komplikasinya berpotensi membawa maut, dengan kadar kematian bagi Sindrom Paru-paru Hantavirus (HPS) boleh mencecah 30 hingga 40 peratus.
Memandangkan tiada ubat antivirus khusus bagi merawat jangkitan ini buat masa ini, langkah pencegahan dan kawalan kendiri adalah perisai pertahanan kita yang paling ampuh. Selari dengan iltizam KKM untuk menganjak paradigma sistem kesihatan kepada fokus pencegahan, saya menggesa seluruh rakyat agar mengambil peduli tentang kebersihan persekitaran dan memastikan kediaman serta premis kerja bebas daripada haiwan perosak.
Rakyat tidak perlu panik, tetapi kita mesti kekal berwaspada. Saya mohon saudara-saudari untuk merujuk siri infografik yang disertakan ini sebagai panduan lengkap mengenai gejala, cara penularan, dan tatacara pembersihan kotoran haiwan yang selamat. Kesihatan awam bermula dari rumah, marilah kita bersama-sama lindungi keluarga dan komuniti kita.
Kredit : Dr. Dzulkefly Ahmad
07/05/2026
Ramai yang anggap letih dan pening semasa cuaca panas itu perkara biasa tetapi sebenarnya, itu mungkin petanda awal Strok Haba.
Kenali tanda-tanda awal strok haba
➡️ Letih melampau
➡️ Pening
➡️ Dahaga
➡️ Kulit rasa panas atau kering
Golongan berisiko tinggi adalah bayi dan kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik dan individu aktif.
Jika anda nampak keluarga atau rakan mula mengalami gejala-gejala tersebut, segera bawa mereka ke tempat teduh dan berikan air secukupnya.
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
29/04/2026
JANGAN PERTARUHKAN NYAWA DEMI SEHIDANGAN CENDAWAN! 🍄🚫
Tahukah anda? Lebih 95% kes keracunan cendawan berpunca daripada kesilapan manusia dalam membezakan antara cendawan yang selamat dimakan dan cendawan beracun. Rupa yang hampir sama bukanlah jaminan ia boleh dimakan.
Kenapa cendawan liar berbahaya?
➡️ Mengandungi toksin semulajadi
➡️ Memasak tidak menghapuskan racun
➡️ Sukar dibezakan dengan cendawan yang selamat dimakan
Satu kesilapan kecil boleh membawa maut.
Elakkan memetik cendawan liar jika tidak pasti ia selamat dimakan.
29/04/2026
Walaupun taburan hujan di kawasan Lembah Klang kini tinggi, namun masih ada kawasan terutama di Zon Utara, Sabah dan Sarawak masih mengalami cuaca panas.
Pendedahan kepada cuaca panas dan gelombang haba boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.
Kenali gejala kelesuan haba sebelum ia melarat jadi strok haba.
Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat! Lindungi diri dan keluarga.
24/04/2026
Demam Campak boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Namun, kanak-kanak berumur kurang 5 tahun merupakan golongan yang berisiko mengalami komplikasi jangkitan yang teruk.
Berikut merupakan gejala dan komplikasi demam campak.
Lindungi si manja anda dengan vaksinasi lengkap. Ia adalah perisai terbaik untuk mengelakkan komplikasi jangkitan yang teruk.
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
25/03/2026
Ikut tip ini untuk berhari raya pada musim panas
✔️ Gandakan pengambilan air kosong
✔️ Elak minuman berkafein dan air panas
✔️ Pakai pakaian yang longgar dan berwarna cerah
✔️ Mandi dengan kerap
✔️ Awasi aktiviti kanak-kanak dengan memastikan mereka minum air secara berkala
Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat.
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
23/03/2026
📣𝐖𝐀𝐒𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐏𝐀𝐍𝐀𝐒 ☀️
Perhatian! kepada rakyat Kedah dan para perantau yang pulang ke kampung halaman, mohon peka dengan amaran cuaca semasa.
Suhu tinggi antara 35 hingga 40 darjah Celcius boleh mengundang risiko kesihatan yang serius.
Langkah Pencegahan:
✅ Rancang waktu ziarah raya pada awal pagi, lewat petang atau malam.
✅ Elakkan pendedahan terus kepada cahaya matahari dalam tempoh lama.
✅ Sentiasa hidrasi badan dengan air secukupnya.
Sambut Syawal dengan kegembiraan, bukan dengan kstrok haba atau keletihan melampau.
Beraya secara sihat! 🤝
Sumber : FB Jabatan Kesihatan Negeri Kedah
19/03/2026
🎵Balik kampung...oooo balik kampung🎶 Seronoknya nak balik kampung.. , tapi jangan biarkan nyamuk Aedes ikut sekali! 🦟🚫
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan kita ambil langkah berjaga-jaga ini untuk mengelakkan gigitan nyamuk dan penularan demam denggi:
Untuk Pemandu :
✅ Sembur aerosol di dalam kenderaan terlebih dahulu sebelum penumpang naik untuk memastikan ruang bas bebas daripada nyamuk.
Untuk Penumpang:
✅ Gunakan repelan pada bahagian kulit yang terdedah.
✅ Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang.
Selamat pulang ke kampung dan semoga perjalanan anda ceria serta sihat! 🏠✨
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
18/03/2026
Bermula hari ini, ramai yang dah mula pulang ke kampung untuk berhari raya.
Melihat wajah kegembiraan keluarga menyambut kita di depan pintu adalah nikmat yang paling besar. Jangan biarkan kegembiraan itu bertukar duka hanya kerana kita lalai di jalan raya.
Sebelum memulakan perjalanan
✅ Pastikan rehat secukupnya. Jangan memandu dalam keadaan badan yang terlalu penat.
✅ Berhenti rehat di tempat yang selamat jika rasa mengantuk.
Ingat... nyawa tiada gantinya. ❤️
Semoga perjalanan kita semua diberkati dan dilindungi.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin! 🙏
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
11/03/2026
Manfaatkan rezeki untuk juadah berbuka yang sederhana dan bersedekah.
Elak beli rokok atau v**e yang memudaratkan.
Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Lorong Tempinis 2
Klang
41050