VCS Skincare Klang
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from VCS Skincare Klang, Beauty, cosmetic & personal care, Teluk Pulai, Klang.
08/07/2019
PETUA CANTIK DENGAN AIS.
Kecantikan kulit wajah amat penting terutama bagi para wanita. Pelbagai petua boleh dipraktikkan untuk memastikan kecantikan dan kesegaran wajah dapat dikekalkan.
Ais bukan saja untuk menyejukan minuman, tetapi boleh juga digunakan sebagai petua untuk mencantikan wajah. Jum kami kongsi dengan anda 5 kelebihan yang boleh digunakan untuk mencantikan wajah dengan ais batu.
1. Merawat masalah jerawat.
Ambil beberapa ketulan ais dan gosokan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangkan bengkak dan kemerahan pada wajah. Selain itu, ais juga boleh mengimbangkan pengeluaran minyak yang berlebihan serta membantu mengecut jerawat anda.
2. Mengecilkan liang pori pada wajah.
Ais boleh digunakan untuk mengecilkan liang pori yang besar pada wajah.
Caranya tekap ketulan ais batu yang dibalut dengan tuala kecil pada wajah untuk mengurangkan saiz liang pori sebelum menggunakan alat solek. Ia membantu mengurangkan jumlah bahan kimia daripada meresap ke dalam kulit.
3. Mengurangkan mata yang sembab.
Ambil beberapa ketulan ais dan bungkus dengan tuala. Gosok pelahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberi kesan yang menenangkan dibahagian mata anda.
4. Mengembalikan kesegaran wajah.
Ambil ketulan ais dan letakkan
ke dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukan wajah anda dengan menekanya pada wajah.
5. Melancarkan peredaran darah.
Gosok ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama 1 minit. Ia berfungsi untuk melancarkan peredaran darah pada bahagian wajah dan kepala.
Mungkin selepas ini anda boleh mengekalkan kesegaran dan kecantikan dengan mudah tanpa memerlukan sebarang kos yang tinggi.
Rangkaian produk produk dari VCS skincare by Annona
💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕
01/07/2019
Nak bagi warning ni,
Vit C Gentle Cleanser ni akan menyebabkan awak rasa nak bertapa dalam bilik air tau. Jadi terlebih rajin p**ak cuci muka 😂
Dengan formula skinbaby dan aloe vera yang terkandung dalamnya membuatkan awak
bagai dapat kulit baru.
Tekstur kulit yang dulunya kasar dan kusam boleh berubah jadi lembut. Melantun toin-toin jari bila sentuh.
Rm 39 saja
(postage not incld)
COD AREA KLANG
POS SELURUH MALAYSIA
Klik je link untuk wasap www.wasap.my/60193291990
29/06/2019
2 pelembap yang sama, tapi tak serupa.
Sebelum saya hasilkan VCMC, saya diperkenalkan dengan sejenis pelembap Bobby Brown (BB) oleh seorang MUA. Saya sangat sukakan hasil sentuhan mekap beliau, rupa-rupanya inilah salah satu rahsia beliau dalam menata rias wajah.
Iaitu sapu krim BB dahulu sebagai ‘makeup base’ sebelum sapu foundation.
Patutlah lepas sapu krim base BB ni, mekap nampak licin dan kemas je!
Adalah mustahak untuk kita ‘prep’ kulit kita dengan pelembap terlebih dahulu kerana pelembap akan lindungi kulit dari sentuhan langsung (‘direct touch’) bahan-bahan kimia di dalam mekap.
Vitamin C Moisturising Cream SPF 30 by Annona juga terinspirasi dengan BB.
Tekstur dan warna pun lebih kurang sama.
Di dalam pelembap ini ada ‘rempah-ratus’ yang sama seperti BB iaitu Vitamin C dan Shea Butter. Cuma VCMC ada tambahan bahan lain seperti Niacinamide, Pomegranate dan Hyaluronic Acid untuk memperbaiki sel kulit wajah serta perisai SPF 30 sebagai perlindungan matahari.
Semua ini di adun di dalam ‘water-based’ formulation. Maka ia juga sesuai untuk mereka yang memiliki kulit jenis berminyak.
Pelembap BB hebat dari segi daya tahan mekap. Dengan harga RM308, ia setanding dengan nilai jenamanya.
Manakala pelembap VCMC Annona p**a hebat dari segi daya tahan matahari. Dengan harga RM39, masih boleh memiliki kesan lembapan yang setara.
Nak pilih yang mana satu?
Terp**ang pada preference masing-masing. Ikut lah pada keperluan kulit dan bajet sendiri.
VCMC ELAK KULIT RENTUNG
Ini bukan merah-merah lagi dah ni. Ini dah rentung dah.
Bila buka tudung je boleh terus nampak perbezaan kulit yang terdedah dengan matahari yang menyinari hari ini dengan kulit yang dilindungi.
Berbelang macam kuda belang dah.
Sun burn ni lah segala mak nenek punca nak buat pigmentasi pada kulit.
Pigmentasi tu apa?
Tu lah, yang berpeta ostolia dekat kulit tu. Jeragat yang dari seminit ke dua minit ke 37 jam ke 54 minggu, yang mana makin lama makin menebal.
Oh tidakkkk!
Ini semua salah sendiri.
Kesian kulit tu. Kalau dia boleh cakap, mau dia kata nak tukar tuan lain kot.
Dah elok-elok bagi makan kenyang-kenyang dengan serum Vitamin C pada kulit, jangan lupa yea protect balik sel kulit baru tu dengan Vitamin C Moisturising Cream. Siap ada pelindung SPF 30 sebagai payung kulit awak
Roger je akak kalau nak grab payung untuk kulit awak ni
www.wasap.my/60193391990
27/06/2019
DERMA ROLLER
Derma roller (DR) adalah satu 'beauty tool" yang membantu serum meresap dengan lebih baik.
Binaan roller ini terdiri daripada 540 titanium needle, 0.5mm sepanjang permukaannya. (bergantung pada jenis DR)
Memang needle/jarum, tapi serius TAK SAKIT.
Ia digunakan semasa anda sapu serum.
Titis serum anda terus di atas muka, kemudian dengan teknik yang betul, golek-golek kan derma roller ni di atas kulit sehingga ia meresap.
Jika, terasa kering, titis serum lagi.
Lakukan 5 minit di p**i kiri, dan 5 minit di p**i kanan.
Namun, jika kulit anda sedang berjerawat, tidak digalakkan guna DR ini dikhuatiri menyebabkan luka pada kulit.
Prinsip 'micro-needling' roller ini ialah ia merangsang penghasilan kolagen dan elastin melalui 'tiny puncture' oleh jejarum halus itu pada lapisan atas kulit kita. Rangsangan ini akan memperbaiki pengaliran darah di kulit wajah selain menggalakkan penetration/penyerapan serum lebih JAUH ke dalam kulit.
Jika sebelum ini anda cuma sapu serum macam tu saja, apa kata hari ini mula gunakan derma roller p**a?
Anda pasti tidak menyesal dengan hasilnya 😊.
26/06/2019
Kelebihan Cebion Vitamin C Effervescent Tablet 1000mg
✅ Meningkatkan keupayaan imune sistem
✅Mengurangkan gejala selsema
✅Mempercepatkan pemulihan luka
✅Menyihatkan gusi
✅Elakan dari katarak
✅Menggalakkan penghasilan kolagen untuk kulit
✅Melembap dan menegangkan kulit
✅Mencerah dan melicinkan kulit
26/06/2019
Setiap orang, ada saiz pori yang berbeza. Selain faktor genetik, ada beberapa lagi faktor yang mempengaruhi saiz bukaan liang pori kita.
6 PUNCA LIANG PORI BESAR ( No 6 paling banyak orang buat) :
1. Kulit berminyak
Liang pori adalah laluan sebum dari kelenjar minyak untuk sampai ke permukaan kulit bertujuan untuk mengekalkan kelembapan kulit dan melindungi kulit kita dari persekitaran luar. Pengeluaran sebum yang berlebihan akan menyebabkan pori tersumbat dan 'inflammed'. Jadi, bakteria P.Acnes akan mudah terkumpul dan menyebabkan jerawat.
2. Sel kulit mati
Sel kulit mati yang terkumpul pada permukaan wajah, peluh dan kotoran, yang melekat di sekeliling pori menyebabkan pori membengkak serta membesar dengan bentuk bujur. Kena rajin scrub wajah untuk tanggalkan sel kulit mati ini.
Digalakkan untuk scrub 1-2 kali saja dalam seminggu.
3. Terdedah pada cahaya matahari.
Sinar UV boleh merosakkan dalam kulit dan kemudiannya mengurangkan keanjalan kulit. Ini jugak punca saiz pori membesar. (Penting pakai UV protection ye!)
4. Penuaan.
Faktor penuaan, pori menjadi lebih besar apabila usia meningkat, kulit kehilangan protein semulajadi dan juga kolagen. Keadaan ini menyebabkan kulit akan kurang anjal serta tidak dapat menyeimbangkan tekstur kulit, sekali gus menyebabkan pori kita menjadi besar.
5. Gaya hidup yang tidak sihat
Merokok juga menyebabkan kulit berpeluh lebih banyak dan mengundang pori membesar. Sila check ye yang merokok tu.
6. S**a korek whitehead atau picit jerawat.
Ini memang tabiat kebanyakan orang. Betul tak?
Ringan jer tangan tu nak korek whitehead atau jerawat nasik kat hidung. Sebenarnya tindakan ini hanya akan menyebakan liang pori anda makin membesar dan melebar. Jika jari kotor, teknik tak betul, silap haribulan, anda akan melukakan kulit anda sendiri. Jerawat p**a yang akan naik. So tahan jari tu dari pegang-pegang muka yea..
Dalam Vitamin C Serum Annona , terdapat satu bahan yang digelar Mother of Antioxidant. Ramai orang ingatkan dalam VCS, cuma ada Vitamin C dari citrus saja.
Sebenarnya, dalam VCS juga ada yang mana boleh membantu menghaluskan liang pori kulit anda dengan menggalakkan penghasilan kolagen kulit. Ada juga bahan Saxifraga yang bersifat untuk mengetatkan pintu liang pori kulit.
Kebanyakan pengguna VCS, mengadu tak konfiden kalau liang pori terbuka dengan besar. Walaupun dah cuba tutup dengan concealer dan primer, tapi tetap nampak juga lubang-lubang tu. Ye lah nak jumpa orang, rasa macam orang tu dok perhati jer kat liang pori kita nih.
Padahal dia tak tengok pun kita.
InsyaAllah ,dengan penggunaan VITAMIN C SERUM yang konsisten, lama-kelamaan liang pori kulit anda akan kelihatan lebih halus dan pengeluaran sebum juga terkawal. Nak selfie pun, tak perlu letak Beauty Effects sampai skala 10.
Jangan kata diri tak cantik..
Semua orang Allah buat ada kecantikannya sendiri.
Yang penting, KONFIDEN tu..KONFIDEN! 💁🏻♀️
5 Tip Scrub/Eksfoliasi
1. Elakkan menggosok dengan terlalu kuat atau melakukannya dengan terlalu kerap. Kulit kita tu sel yang hidup. Kasihi dia, lakukanlah dengan penuh lembut lembut.
2. Jangan scrub atas jerawat. Tindakan ni sebenarnya akan terukkan lagi jerawat tu. Khuatir jika ada nanah, nanah tu pecah dan sebarkan p**a kuman bakteria di sekelingnya. Tak pasal-pasal anda akan naik lebih banyak jerawat.
3. Kulit jenis berminyak sangat perlu lakukan eksfoliasi. Ini kerana kulit jenis ini paling mudah memerangkap minyak dan kotoran. Kulit jenis berminyak juga mempunyai lapisan kulit mati yang lebih tebal. Sebab itulah jika anda perasan, kulit jenis berminyak ni nampak lebih kusam berbanding kulit jenis kering dan normal.
4. Untuk beginner atau yang tak pernah buat eksfoliasi kulit wajah sebelum ni, mulakan dengan 1 kali seminggu dulu. Kemudian, tambahlah kekerapannya secara beransur-ansur apabila kulit anda dah boleh tolerate dengan bahan aktif scrub.
5. Nak cepat hilangkan parut? Sebenarnya jika sel kulit mati tu tebal, ini menggangu penyerapan serum. Jadi, sebelum sapu Vitamin C Serum
Annona, lakukan scrub terlebih dahulu untuk bantu tanggalkan lapisan sel kulit mati secara lembut.
Lepas scrub, cepat-cepatlah sapu VCS 1-2 titik di kawasan parut saja. Serum akan lebih mudah meresap dan menunjukkan efek lebih ketara berbanding tanpa melakukan proses scrub/eksfoliasi.
26/06/2019
Saya seronok melihat wajah gembira para ibu apabila jeragat di kulit muka semakin pudar. Saya faham bukan senang untuk atasi masalah jeragat.
Berapa lama kesan Vitamin C Series terutamnya Vitamin C Serum dan Vitamin C Moisturising Cream SPF30 ambil masa untuk pudarkan jeragat?
*Ada yang ambil masa hampir setahun dengan penggunaan secara konsisten.
*Ada juga yang ambil masa lebih kurang 6 bulan.
Pokok pangkalnya wajib bersabar untuk pudarkan masalah jeragat di kulit muka.
Kalian yang masih kulit berjeragat boleh hubungi agen saya untuk dapatkan 'consultation' bagaimana untuk merawat masalah jeragat.
Skuad VCS Annona, bersedia.
26/06/2019
Jaga kecantikan ni kena dari luar dan dalam baru meletops kan.
Memang kena sangatla dengan promosi kali ni.
Beli 1 Vit C Serum Annona FREE 1 Cebion Vit C Effervescent tablet.
Calit je VCS 2kali sehari dan minum cebion vit c sekali sehari.
Efek dia 1 km dah boleh nampak sinar glowing kulit awak. Ewah.
Nak cantik luar dan dalam?
Meh ketuk pintu wasap akak
www.wasap.my/60193291990/promoCebion
26/06/2019
Ini kisah benar yang berlaku antara saya dan pakar kulit beberapa tahun lepas yang mana ketika itu saya mengalami cystic acne yang sangat teruk. Selepas selesai rawatan antibiotik dan Accutane, saya pun bertanya satu soalan pada doktor.
“ Doktor, kenapa lepas makan ubat ni saya rasa berat badan makin naik? Adakah ubat ini buat selera saya makin bertambah? “
Doktor senyum saja.
Lalu beliau pun berkata,
“Puan..sekarang kulit you sudah sihat. Sudah cantik. Jerawat sudah tak ada. You sudah happy. Mungkin itu juga sebab you makan banyak.”
“ Owhhh... hehehe..mungkin lah kot doktor”
Jawab saya sambil tersipu malu.
Lalu kami ketawa bersama dan saya pun p**ang dengan satu perasaan yang bahagia.
Dapat kulit yang sihat pun rupa-rupanya ada juga ‘unwanted side effect’ dia. Kikiki..
Harap dapat ‘sesuatu’ dari kisah ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Teluk Pulai
Klang
41100