Kasih Bonda Mobile Spa
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kasih Bonda Mobile Spa, Health/Beauty, Lot 2226 Kampung Delek Kiri, lorong Suparman, Klang.
01/11/2022
KEK BUTTER LEMBAP ๐๐..
Bahan..
4 biji telur gred A/B
1 cawan gula castor
1 ketul butter cup (250 g)
1 3/4 cawan tepung naik sendiri
2 camca teh esen vanilla
Pewarna pilihan
Cara..
1. Pukul butter dan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur, pukul perlahan.
3. Masukkan tepung.
4. Masukkan esen vanilla.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, warnakan ikut citarasa. 1 bahagian dibiarkan dengan warna asal.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang secara berselang seli ikut kreativiti.
7. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak.
8. Cucuk dengan lidi, kalau dah x melekat masaklah tu.
9. Tunggu sejuk baru potong.
Kredit : Zaliha Zaliha Salleh
01/11/2022
Resipi Kek Sarang Semut Berongga
Bahan-Bahan:
3 Biji telur
1 sudu kecil Esen Vanila
Setengah cawan susu pekat manis
125gram Mentega (cairkan)
1 cawan gula
1 cawan Air Panas
1 cawan Tepung Gandum
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
Cara Membuat:
1. CARAMEL
Gula secawan - hanguskan jangan sampai hangit nanti pahit.. Dah jadi caramel tuang air panas secawan.. Kacau sebati.. Suamkan ketepikan.
2. Cairkan mentega 125g.Ketepikan
3. Ayak tepung dengan soda bikarbonat.Ketepikan
4. Ambil besen yang kering dan bersih..Pecahkan 3 biji telur.. Kacau-kacau sahaja guna whisk.. Kemudian masukkan esen vanila.. Masukkan setengah cawan susu pekat.. Kacau lagi bagi sebati.
5.Tuangkan mentega cair tadi dalam adunan.. Whisk kan.. 6.Kemudian masukkan tepung gandum dan Soda Bikarbonat.
Kemudian masukkan gula hangus tadi.. Kacau sampai takda ketulan tepung...
Bakar api bawah dahulu 25minit suhu 140
Kemudian tukar api atas bawah 25minit suhu 170
SELAMAT MENCUBA!
kredit resepi :ummydarwisha Mansor
01/11/2022
Resepi sarang tebuan
Loyang tepung beras +tepung jagung
Lagi sedap lagi rapuh
Bahan2
1 cwan tepung beras
1 cwan tepung jagung
1/2 cwan gule(nk manis boleh tambah ya)
1 cawan santan
2 biji telur
Sikit garam
Blend aje semua bahan
Panaskn minyak dalam kuali .
Letakkn acuan dalamnya
Boleh la meloyang
Slamat Mencuba
Kredit empunya
01/11/2022
DONUT KENTANG GEBU
Bhn2
1 kg tpung gandum
3 bji ubi kentang(d rebus n lenyek)
3 sdm marjerin
1 bngkus mauripan
3 sdm gula
1 cwn air suam
Air
Cara2
Air suam..mauripan ..gula..
( biar smpai kembang)
Dlm bekas lain lenyek ubi n marjerin..msokkn tpung gaul sebati..dh kembang mauripan terus msok dlm adunan tepung smbil uli2..lps tu msokkn air sedikit demi sedikit sehingga doh tdi betul2 sempurna(x lekat d tngn)..ambil doh tdi tekan dgn acuan donat... slmt mencuba..
Kredit empunya resepi
01/11/2022
Resepi Kek Kismis Bermalam
Kek Sarawak
Nak try? Ni resepinya ๐
Bahan yg diperlukan :
450gram mentega berkualiti tinggi
10biji telur Ayam gred B atau A
1/2 tin gula halus atau gula castor
1 sudu besar esen vanilla
1tin rendah susu pekat manis
3 1/2 tin tepung gandum
2kotak red date (200gram)
100gram ceri hijau
100gram ceri merah
500gram kismis campuran
500-800 gram kismis hitam
1sudu teh baking powder(saya letak satu sudu makan)
Sukat guna tin susu pekat saiz rendah 399gram
Cara Membuat
putar gula dan mentega sampai putih dan kembang. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Putar sampai sebati. Masukkan susu pekat, putar lagi sampai sebati. Kemudian masukkan tepung dan baking powder.gaul rata guna senduk sahaja. Akhir sekali mas**an buah. Gaul rata. Perap semalaman pada SUHU BILIK sahaja.
Sediakan loyang 9x9
Kukus selama 4jam..
Terpulang pada korang, nak letak buah atau tepung dulu.. tiada menjadi masalah. ๐ ๐
SELAMAT MENCUBA!! ๐
Kredit ๐ธ: Eiyjarn Aziean AnGah
01/11/2022
01/11/2022
KUIH KERIA/KUIH GELANG ๐
BAHAN
1kg ubi keledek oren
1 1/2 cawan tepung gandum atau 2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder - akak tak letak
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar marjerin
Sedikit garam
CARA2 :
1) Kukus keledek sampai empuk.. Biarkan suam/sejuk.. Kemudian lenyekkan
2) Campur semua bahan yg lain dlm keledek tadi.. Gaul2 hingga /sebati.. Uli hingga jadi doh yg tak melekat di tangan
3) Buat bulat2 doh (35g - 38g) kesemuanya..kemudian leperkan sedikit doh & tekan/buat lubang ditengahnya
4) Goreng dlm minyak panas hingga masak kekuningan.. Angkat
BAHAN SIRA
1 cawan gula
1 cawan air
Sedikit tepung gandum - jika s**a
๐๐ปMasak bahan sira hingga mendidih/berbuih
๐๐ปKacau sampai pekat & bertali
๐๐ปMasuk kuih keria tadi.. Gaul2 rata dgn cepat.. Boleh tutup api..kacau2 biar gula bersalut/melekat/berketul pd keria
๐๐ปMasuk sedikit tepung gandum & gaul rata sebati (tujuan masuk sedikit tepung..nak bagi gula melekat lama pd keria & gula tu tak la rasa bila makan berketul keras)
๐๐ปSedia dihidang & menikmatinya ๐
Kredit : Zura Zul
01/11/2022
Sup tulang is done๐
๐...makan dengan telur dadar,ulam timun dan sambal belacan..fuhhh..sodappp๐๐๐...
Resepinya kita campakยฒ je dgn bahan-bahan yang ada...
Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam..
Tumiskan kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga ..kemudian masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.. tumiskan hingga wangi.. masukkan air secukupnya.. biarkan mendidih, baru masukkan tulang(saya tak rebus asing), rempah sup bunjut dan akar daun sup...masak sehingga daging dan tulang empuk... perasa kan dengan garam dan serbuk secukup rasa.. last sekali baru masukkan bawang besar yg dipotong kasar,cili padi, tomato,daun sup dan bawang goreng...
Credit : Puan Norimah Rahman
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Lot 2226 Kampung Delek Kiri, Lorong Suparman
Klang
41250