ASshhDhuha - Jamu Rempah Ratus Warisan
Jamu Ratus 100% homemade. Herba-herba pilihan yang dikisar dan diproses sehingga menjadi serbuk sert
29/09/2021
Pantang Larang Selepas Bersalin Mengikut Islam (Berserta Tips)
Semakin hari amalan berpantang bagi ibu-ibu selepas bersalin semakin dipandang ringan, kononnya tidak perlu kerana dalaman badan akan pulih sendiri. Ada pelbagai jenis pantang-larang, sama ada mengikut cara tradisional, moden, termasuklah mengikut Islam. Pendek cerita, pantang larang selepas bersalin mengikut Islam banyak manfaatnya.
Ada yang kata Islam menyuruh ibu-ibu bersalin untuk berpantang dan tidak boleh keluar rumah dalam tempoh 40 hari. Benarkah begitu? Apakah pantang larang selepas bersalin mengikut islam?
Hakikatnya di dalam Islam, tidak ada pantang-larang sedemikian untuk wanita yang bergelar ibu. Sedangkan angka 40 itu merujuk kepada tempoh maksimum seseorang wanita itu dalam keadaan nifas, yang dikecualikan dari berpuasa dan solat.
Begitu juga dengan amalan yang dikaitkan sebagai cara berpantang ibu bersalin mengikut Islam, lebih-lebih lagi di zaman Rasulullah SAW. Tidak ada yang ditunjukkan secara jelas. Paling penting, berpantanglah mengikut tuntutan dan tidak menyimpang dari landasan agama Islam.
KESIHATAN
Suami tidak melakukan hubungan seks dalam tempoh enam minggu pertama selepas melahirkan merupakan salah satu pantang larang selepas bersalin mengikut Islam. Ingat, dalaman badan si ibu masih lagi belum sembuh sepenuhnya selepas sembilan bulan mengalami perubahan hormon dan bentuk badan. Bukan itu sahaja, luka kerana koyakan di bahagian va**na atau episiotomi juga belum lagi sembuh dengan baik, apatah lagi luka yang lebih besar.
PEMAKANAN YANG BERKHASIAT
Para ibu digalakkan memberi susu badan sehingga anak berusia dua tahun. Untuk menggalakkan pengeluaran susu, para ibu perlu memakan makanan berkhasiat seperti susu, lobak putih, sayur sawi dan kurma serta buahan.
Untuk menyembuhkan kesan luka, para ibu digalakkan memakan ikan haruan yang boleh dimasak dengan cara sup atau bakar.
Beberapa jenis ikan dan sayuran dipercayai ‘tidak elok’ kepada ibu-ibu berpantang, misalnya ikan bawal hitam, pari, terubuk, kangkung, timun dan tembikai kerana boleh menyebabkan bisa, bentan dan kegatalan di bahagian luka jahitan.
PENJAGAAN EMOSI
Tempoh berpantang pada dua minggu pertama mungkin memenatkan jika ini adalah pengalaman pertama si ibu. Kebersihan diri perlu sentiasa dijaga apatah lagi jika masih dalam keadaan nifas.
Para ibu perlu menjaga emosi sebaiknya. Si suami atau ahli keluarga perlu sentiasa memberi sokongan kepada si ibu supaya mereka tidak mudah mengikut perasaan. Jika bayi tidak berhenti menangis, mintalah pertolongan suami atau ibu, dan beristighfar serta kawal perasaan.
Ketika berpantang juga, amalkan memasang ayat-ayat Al-Quran supaya diri menjadi tenang, Perbanyakkan zikir dan selawat ketika sedang menyusukan anak atau berehat.
Dalam keadaan ‘kotor’ ini juga, para ibu tidak digalakkan hanya tidur atau keluar rumah waktu senja kerana syaitan banyak berkeliaran.
PENJAGAAN DIRI
Tempoh sembilan bulan semasa mengandung semestinya mengubah keadaan luaran dan dalaman badan si ibu. Meskipun amalan seperti bertungku, berurut, mandi rempah, bertangas dan berpilis serta minum akar kayu bukanlah yang dituntut agama, para ibu boleh melakukannya untuk membantu kesihatan luaran dan dalaman.
Walaupun ramai ibu-ibu tidak gemar rmengikut tempoh berpantang, atau sesetengah menggelarkan ia sebagai mengarut, masih terdapat banyak manfaatnya kepada wanita lebih-lebih lagi apabila semakin berusia. Yang penting, berpantanglah mengikut syariat dan yang tidak melanggar ajaran agama Islam sekaligus tidak memberi mudarat kepada si ibu dan bayi.
29/09/2021
KENAPA KEPUTIHAN NI TERJADI?
Rupanya keputihan terjadi disebabkan banyak faktor dan yang utamanya adalah faktor kebersihan dan imunisasi badan.
2 jenis Keputihan
1) Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian f***j.
2) Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawat.
SEBAB TU!
Kebersihan di bahagian sulit wanita (f***j) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku. Digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian f***j akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
2 Faktor penyebab keputihan terjadi.
Faktor Hormon
Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
Faktor Kesihatan
Wanita yang ada penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan f***j yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian f***j. Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan f***j.
Semoga Infomasi ini dapat membantu anda
22/08/2021
Setiap kali kita dengar perihal tentang kebaikan habbatus sauda. Namun begitu, manfaat itu sekadar menyapa halwa telinga sahaja apatah lagi jika ia tidak diamalkan.
Barangkali tidak biasa atau mungkin juga sukar untuk mendapatkannya membuatkan tidak ramai untuk mengamalkannya.
Ketahuilah bahawa habbatus sauda atau jintan hitam itu terkandung pelbagai khasiat yang bukan calang-calang.
Malah, ia juga ada dinyatakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Kitab Shahihnya dari Manshur.
Daripada Khalid bin Sa’d, beliau berkata: “Kami pernah keluar dan bersama-sama kami ketika itu adalah Ghalib bin Abjaar. Lalu beliau ditimpa sakit ketika dalam perjalanan. Kami pun sampai di Madinah dan beliau masih sakit. Lalu, datang Ibn Abi ‘Atiiq menziarahi beliau, lantas beliau pun berkata kepada kami:
“Hendaklah engkau menggunakan habbatus sauda ini. Ambillah daripadanya lima biji atau tujuh biji. Kemudian giling (lumatkan) ia dan titiskan minyaknya pada hidungnya pada sebelah sini dan sini. Bahawa Aisyah pernah mengkhabarkan kepadaku:
“Bahawasanya beliau pernah mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sesungguhnya pada habbatus sauda ini terkandung syifa’ (penawar) bagi segala penyakit kecuali dari as-Saam.” Aku bertanya, “Apa dia as-Saam?” Baginda bersabda: “Kematian.” (Sahih al-Bukhari)
Persoalan timbul berdasarkan beberapa riwayat hadis berkaitan Habbatussauda’. Antaranya, hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aishah R.A,
إِنَّ هَذِهِ الحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ، إِلَّا مِنَ السَّامِ، قُلْتُ: وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: المَوْتُ
Maksudnya: Sesungguhnya Habbatussauda’ adalah penawar bagi segala penyakit, melainkan al-Saam. Aku bertanya: Apakah al-Saam itu? Baginda SAW menjawab: “Kematian”. [Riwayat al-Bukhari (5687)]
Dalam menjelaskan lafaz ini, Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan pandangan al-Khattabi yang menyatakan bahawa lafaz “penawar bagi segala penyakit” adalah lafaz yang bersifat umum tetapi membawa maksud yang khusus. Hal ini kerana menurut Imam al-Khattabi, tidak ada satu pun tumbuhan yang diciptakan oleh Allah SWT di dunia ini yang terkumpul di dalamnya semua manfaat bagi tujuan perubatan.
05/08/2021
Habbatus Sauda atau nama saintifiknya Nigella Sativa umumnya sudah diketahui ramai sebagai bijirin yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit.
Habbatus Sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan zatnya adalah karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral lain (6%).
Mineral lain termasuklah thiamin, niasin, kalsium, folasin, zink dan fosforus. Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan.
Berikut adalah antara kebaikan Habbatus Sauda kepada tubuh badan:-
1) Membantu melegakan batuk dan selsema
2) Membantu penghidap lelah dan masalah pernafasan
3) Memperbaiki dan memperkuatkan fungsi hati
4) Membantu mengawal darah tinggi dan ‘hypertension’
5) Membantu merendahkan kolesterol
6) Membantu mengimbang paras insulin / gula dalam badan
7) Membantu melancarkan peredaran darah
8) Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu
9) Sebagai anti-kanser / anti-oksidan
10) Sebagai anti-histamin / cegah alahan
11) Membantu memperkuatkan sistem imunisasi
23/08/2020
Jaga kesihatan. Nilai kesihatan lebih berharga daripada Wang ringgit...
21/08/2020
Siapa berminat dgn produk kesihatan forever living juga Boleh hubungi kami...
21/08/2020
Ada yang berminat atau cari bahan2 jamu ni..
20/08/2020
KAEDAH MEMECAHKAN KOLESTROL & MENJAGA JANTUNG SECARA SEMULA JADI
🌼 Arctic Sea ( FOREVER LIVING)
===================================
Membantu dan Mencegah Penyakit :
✔ Stroke
✔ Darah Tinggi
✔ Sakit Jantung
✔ Mengurangkan Kolestrol
✔ Membantu Masalah Berat badan
✔ Menghilangkan masalah senggugut
===================================
✨ 1 softgel Forever Arctic Sea mengandungi kandungan EPA sebanyak 225mg, DHA sebanyak 150mg dan Oleic Acid (daripada Minyak Zaitun) sebanyak 150mg.
✨ Khasiat minyak ikan dan minyak zaitun dalam Forever Arctic Sea dapat menyokong sistem imun tubuh badan anda.
==================================
Jom dapatkan sekarang 😉
----------------------------------------
📞 Untuk Info Dan Tempahan Sila
WhatsApp ArticSea ke 0147298389
atau klik link
www.wasap.my/60147298389/articsea
----------------------------------------
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Klang
41250