Mama Muda Resepi

Mama Muda Resepi

Share

shopee.com.my/zrempire

24/03/2023

Sagu Gula Melaka

1 adunan 2 versi..nk mkn dgn sos kastard atau pun dgn kelapa.
cikza bgi resepi sekali.

3 cwan sagu direbus separuh masak dn di lalu bwah air mengalir untuk buang kanji ketepikan.
dlm periuk masukkan 3 keping nise atau pun gula Melaka sedikit gula pasir,air dan daun pandan disimpul.air dlm 1 litter.dh menggelegak masukkan sagu tdi kacau sampai masak dh x ada yg biji putih2.angkat dn boleh lah masukkan kedlm loyang.betul2 sejuk bru potong..

sos kastard.

1 tin susu cair
1 Sb tpg kastard
sedikit garam dan daun pandan
masak diatas api sampai menggelegak.

kelapa ambil yg putih sahaja dn dikukus skjp.
gaul garam.potong kuih sagu yg disejukkan terlebih dahulu golek2 kn dgn kelapa siap.
Kredit : Noriza awang hamat

24/03/2023

Resepi Bom Bijan

Bahan utk kulit-

*Tepung pulut 1paket(500g)
*Tepung Gandum 1cwn
*Secubit Garam
*Air secukupnya
*Bijan Putih

Cara²-

Campurkan tpg pulut+tpg gandum+garam.Gaul rata kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit.uli smpai doh xmelekat di besen.

Sebelum uli utk masukkn inti PASTIKAN TGN DILUMURKN DGN SEDIKIT MINYAK.ambil doh,masukkn inti kelapa,bulatkn dan gaulkn dgn bijan.

Bahan utk inti-

*Kelapa parut
*Gula Merah
*Gula Pasir
*Secubit Garam
*Sedikit Air
*Sedikit gandum

Cara²-

Letakkan sedikit air kedalam kuali,masukkn gula merah+gula pasir+garam..

Kacau hingga gula cair.masukkan kelapa parut.masak hingga warna kelapa menjadi sedikit gelap.taburkan 1 sudu besar gandum kemudian tutup api.

Ambil adunan td bulat2 kn bersama inti dan golekkn dlm bijan.lps siap sy letakkan dlm peti ais skjp.. biasanya 1 jam,Klau lama pun ok je(petua xnk bg meletup)

Cara goreng-

Buka api sederhana bsr.masukkn minyak.Apabila minyak sederhana panas masukkan kuih bom dan kecilkn api."PASTIKAN MINYAK TIDAK TERLALU PANAS SBLM MASUKKN BOM"

Selepas bom mula mengembang dan bertukar warna kacau kuih sehingga masak..

(*TIPS UTK KUIH TIDAK PECAH:SENTIASA KACAU

-Zuhaidar

24/03/2023

Sotong stim limau ala thai by me 🦑

Hari2 buat pun takpe.. sebab sedap sangat. Rasa pedas, masam, manis 😋

Sos dia boleh jugak guna utk ikan siakap stim limau.

Resipi Sotong stim limau ala thai.

Sotong setgh kilo @ 1kg
Cincang halus bawang putih dalam 7-8 ulas ( letak lebih pun takpe )
Cincang cili dalam 8-9 biji (klu xnk pedas kurangkan)
Asam limau nipis dalam 3biji
Daum ketumbar ( potong )
Kiub pati ayam 1/2 @ 1
Kicap sotong 3 sudu besar
Gula 2 sudu besar

Cara2

Kukus sotong dlm 7minit, jgn letak air ( kukus sehingga masak ) dan angkat
( air sotong tu kak aya buang 😁 )

Lepas tu buat sos dia!
Panaskan air 1 cawan, masukkan kiub pati ayam, gula, lepas tu tutup api, tunggu suam kejap, boleh masukkan cili, bawang, asam limau & daun ketumbar. Nanti korang try dulu, kalau x cukup masam tambah limau nipis, kalau x masim blh tambah kicap sotong, kalau x cukup manis tambah gula. Bila dah secukup rasa, Last sekali boleh tuangkan sos atas sotong tadi. SIAP 😋

Senang & sedap 👍👍👍

p/s : Nak guna ikan pun boleh..

Sumber : Ayadieeya

24/03/2023

Resepi ayam percik simple..

Bahan :
Seekor Ayam (potong 4 bahagian)
5 ulas Bawang putih
2 biji Bawang besar
2 inci Halia
3 batang Serai
Sedikit Cili kisar
1sudu Serbuk kunyit
1 ketul Gula kerek
Sedikit Garam
Santan kotak
Madu

Cara :

Blender bawang besar, bawang putih, halia dan serai.. Tumis bahan blend tadi..
Masukkan cili kisar, serbuk kunyit, gula kerek dan garam..
Masak seketika.. Ambil ayam masukkan dalam kuah tadi..
Siram ayam dengan kuah sambil tu kelar-kelar/tikam-tikam ayam tadi supaya kuah meresap ke dalam isi ayam..

Bila ayam sudah separuh masak, angkat dan bakar ayam tersebut..
Terp**anglah la nak bakar menggunakan arang ka, oven ka atau pemanggang ajaib ka.. Bakaq sehingga garing..

Lebihan kuah tadi, masukkan santan dan madu.. Masak sehingga pekat.. Ambil kuah tadi siram ke atas ayam. Taraaa dah siap.. 😋😋

dapurcheda

24/03/2023

Sambal daging cili api lauk petang nanti..
Edit resepi :-
**Bhn kisar A
**15 - 20 ulas cili api merah
**3 ulas bwg putih
2 biji bwg bsr
# bhn bertanda ** kisar hancur dulu, baru kisar bwg merah sekejap ajer, supaya x hancur sgt.
1" Halia di hiris
**B
Garam
Gula (sy guna gula perang)
1@2sdb kicap pekat manis
1@2sdb sos tiram
4@5sdb sos cili
**C
Bhn hiris
Bwg bsr
Kacang panjang
Cili merah di belah dua
**daging yg telah siap di goreng.. 70% masak.. (sekilo daging)
** gaul dgn garam & serbuk kunyit
# tumis bhn kisar A smpi pecah myk, masukkan bhn B, lps sebati dan cukup rasa, masukkan daging, & last bhn hiris.

Photos from Mama Muda Resepi's post 24/03/2023

Resepi Agar - Agar Kelapa 🥥
by Mr.Ali. Resepi senang sahaja..sesiapa pun boleh buat 😁.
Jangan lupa send ♥️♥️♥️ tau.
Loyang 10 inci
🌴Sy pakai 1 biji kelapa muda. Akan dapat lebih kurang 1 liter air kelapa
📍Bahan - Bahan:
LAPISAN PERTAMA:
-1 setengah cawan air
-1 cawan air kelapa
-70g gula
-5 gram agar-agar serbuk
-60 gram santan kotak
-1 sudu kecil garam
LAPISAN KEDUA:
-2 cawan air
-3 cawan air kelapa
-150g gula
-5 gram agar-agar serbuk
📍Cara- cara
LAPISAN PERTAMA:
- dalam keadaan api tertutup, masukkan
1 setengah cawan air + 1 cawan air kelapa
+ 70g gula & 5 gram agar-agar serbuk
- kacau sebati bahan diatas. Dah sebati baru on api. Perlahan saja..kacau dalam 2-3 minit
- baru masukkan 60gram santan kotak. Saya pakai santan KARA. Masukkan 1 sudu kecil garam. Kacau hingga mendidih
- Bila dia dah mendidih..jangan kacau selama 2-3 minit. Lepas tu baru off api
- Tuangkan dalam loyang
- Biarkan ia mengeras pada suhu bilik je..means letak dekat luar je..pastikan persekitaran anda bersih
LAPISAN KEDUA
- masukkan kesemua bahan untuk lapisan kedua.
- kacau sebati baru hidupkan api. Perlahan saja kacau sampai naik wap
- Tapiskan
- Ambil agar2 yg dah keras tadi..cucuk sebanyak mungkin. Step ni PENTING supaya lapisan melekat. Kena cucuk banyak2 tau supaya lapisan melekat dengan kuat
- tuang sikit demi sedikit. Dah habis adunan..masukkan p**a isi kelapa. Ikut kreativiti anda
- biarkan diluar selama 40 minit, baru sejukkan selama 2-3 jam.
- dah siap dan boleh makan.
Selamat mencuba!

Kredit: Muhammad Ali

23/03/2023

KUIH TELAGA EMAS-

Bahan Kulit Hijau :

250g tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1 1/4 cawan air
Sedikit perisa pandan
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam
Cara2 :
▶satukan semua tepung²..garam & perisa pandan
▶kemudian tuangkan air sikit² jgn sampai habis..uli jadi doh tak lekat di tangan
▶letak sedikit pewarna hijau
▶buat bulat² anggaran 24g..tekan & ratakan doh ke dlm acuan lompang saiz kecil yg telah disapu minyak masak..ketepikan
Inti Kastard :
1 cawan santan kotak
1 cawan air suam
1/2 cawan gula
2 sudu besar tepung kastard
1/4 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 penutup botol esen vanilla
Sedikit pewarna kuning telur
secubit garam
Cara2 :

▶satukan santan dan air suam..campurkan esen vanilla & gula..kacau hingga larut
▶masukkan telur & kacau sebati..kemudian masukkan juga tepung kastard..garam & pewarna kuning telur..kacau sebati & mesra
▶tapis adunan & tuang ke dlm acuan lompang yg disapu sedikit minyak
▶pastikan air kukusan betul2 mendidih..kukus selama 10 - 12 minit atau hingga masak..api sederhana besar
Credit : Zura Zul

Photos from Mama Muda Resepi's post 23/03/2023

Jika ingin berkongsi ilmu jgn pernah kira berapa ramai yg like kita anggap perkongsian resepi free ini bekalan akhirat walau hanya sorg yg share dan buat.InshaAllah ada bahagian pahala Allah akan beri.
Mak merialisasikan impian insan2 yg xde oven tp nak buat biskut jugak.Mari mak ajar yg tersedap dan termudah..

RESEPI CORNFLAKES FERORO COOKIES

BAHAN2
1-2 CAWAN BADAM NIPS SANGAN SAMPAI KEKUNINGAN
BADAM IKUT KORG KALAU SUKE BANYAK LETAK 2 CAWAN XSUKE BANYAK 1 CAWAN SAJA

BAHAN DOUBLE BOIL
250G MILK COIN BERYLS
150G DARK COIN BERYLS
CAIR KAN
BIA KAN SUAM SEKEJAP
MASUK KAN BADAM GAUL RATA

CARA2
ISI DALAM CUP BASIC DIE CORNFLAKES
TUANG COKLAT DAN BADAM TD DI ATAS CORNFLAKES
KALAU BOLEH BIA SAMPAI PENUH YA
SEJUK KAN MASUK PETI AIS BIASA 10 MNT
KELUARKAN DAN BOLEH SUSUN DALAM BALANG

MUDAH KAN.SO JGN SEDIH KALAU XDE OVEN MASIH BOLEH BUAT COOKIES SEDAP SGT2 DAN NAMPAK MEWAH

Photos from Mama Muda Resepi's post 23/03/2023

RESEPI BUKO PANDAN 🤤🤤🤤

Bahan A
1: agar ( agar yang di rebus dengan daun pandan)
2: sagu hijau
3: isi kelapa
4: isi nata de coco
5: selasih

Bahan B
6: whip cream
7: susu cair
8: susu pekat
9: air kelapa

Cara

Pukul whip cream hingga pekat je jangan kembang, kemudian masokkan susu pekat 1 cawan dan susu cair 1 tin , kacau sebati dan masokkan bahan A dan last sekali masokkan air kelapa 1.5 liter last sekali masokkan ni sudu 🙊

Ini cara saya alhamdulillah sedap

Photos from Mama Muda Resepi's post 16/03/2023

Jenis - jenis cili kering.

Kredit owner

28/02/2023

SEKAYA TELUR
Kuih favourite orang pantai timur...bulan² biasa susah nk dapat kecuali bulan puasa ...sekaya telur...

10 biji telur gred b/c
1 kerek Nisang​/1ketul gula melaka
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
Sedikit esen vanilla

Cara-caranya: - Campurkan santan dengan gula dan nisan sehingga larut(potong nisang kecik2 n blend). - Masukkan telur, kacau sampai sebati(jgn dipukul ya,kacau slow2 je sampai sebati) dan jangan lupa masukkan secubit garam dan esen vanilla. - Tapis dan masukkan ke dalam loyang. -

Kukus lebih kurang 25 ke 30 minit atau sehingga masak(cucuk lidi,klu tak melekat) - Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap di makan ketika sejuk... *Salah satu cara lagi...panaskan gula, nisang, sedikit air dan 2 helai daun pandan..yg ni tak perlu guna esen vanilla..

- tunggu sehingga sejuk baru masukkan santan,secubit garam dan telur..kacau slow² sahaja...tapis dan kukus...

Kredit Resepi : imah rahman

04/09/2022

pong..pong..pong😁..jeruk pauh ranggup krup krap😋... tumpang lalu.. ramai x yg s**a malam2 ni😁

☘️resepi jeruk pauh ( pelam telur)☘️
50 bj buah pelam
3/4 cawan garam
3 cawan gula ..
4 cawan air

☘️belah buah pelam buang biji.. masukkan ke dalam bekas.. boh garam ( garam kena cukup utk meranggupkan buah tadi).. boh air secukupnya sehingga aras buah pelam ( nnti bila dh semalaman tengok air tu klau b*k buih tu tandanya x cukup garam ye tambh kn lg sikit).. biar dua mlm sehingga berubah warna.. jd kuning.. basuh bersih sejat...

☘️masak 3 cawan gula bersama 4 cawan air... sehingga glegak.. gula hancur.... sejukkan... dah sejuk masukkan dlm buah pelam td... masukkan ke dlm peti ais biar dl semalam lg dlm air gula biar meresap baru sedap... rasa la ye klau x cukup manis tambah je gula.. lg lama jeruk lg sdp... nak boh cili ke x ikut s**a😁

☘️bytgkhuzanika😘☘️

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kluang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Kluang
86000