Coach Yu - Yuhana

Coach Yu - Yuhana

Share

Kurus itu bonus, cantik itu lumayan

03/07/2022
28/03/2022

Jom senam

07/12/2021

KESIHATAN yang baik datang daripda pemakanan yang baik. Kita seringkali dimomokkan dengan beberapa mitos tentang sesuatu makanan tanpa mengetahui fakta sebenar.

kacang soya bukanlah penyebab seseorang itu menghidapi penyakit sebaliknya, mereka perlu menjaga pemakanan dengan betul.

“Sebenarnya ramai yang salah faham tentang soya. Soya merupakan kacang yang mempunyai protein yang tinggi dan kandungan protein dalam soya sama seperti kita makan ikan,

“Kacang soya juga mengandungi lemak yang baik dan juga serat. Kandungan nutrisi kacang soya sebenarnnya sama seperti ayam, daging dan kambing cuma ketiga-tiga jenis makanan ini mengandungi lemak tepu

Mitos lain yang saya sering dengar adalah karbohidrat. Ramai orang kata karbohidrat boleh menggemukkan lebih-lebih lagi nasi putih. Walaupun nasi putih boleh menambah gula dalam badan tetapi sebenarnya pemilihan jenis lauk yang boleh jadi punca berat badan kita bertambah

Bila kita pilih lauk berminyak, sudah tentu lauk tersebut mempunyai kalori yang tinggi. Jadi sebenarnya bukan nasi menjadi punca berat kita bertambah tetapi ianya berpunca daripada corak pemakanan kita sendiri

Lagi satu, saya selalu dengar mitos tentang protein boleh merosakkan buah pinggang. Sebenarnya bukan protein yang menjadi punca. Orang yang mengalami masalah buah pinggang perlu mendapatkan nasihat dotor tentang keperluan protein yang mereka perlu ambil setiap hari.

"Mitos macam ni boleh buat orang normal pun takut mahu ambil protein sedangkan protein merupakan keperluan asas untuk tubuh badan. Bila kurang protein, kita akan susah untuk mengekalkan otot dan sistem imuniti badan akan terganggu.

"Keadaan ini akan menjadikan badan kita susah untuk membakar kalori kerana metabolisme badan berkurang kesan daripada kekurangan otot

Apa yang penting, kita kena jaga pemakanan dan tahu jumlah kalori yang kita ambil dalam setiap makanan

Jadi ikut cakap coach😊

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kluang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kluang