Komuniti Kg Pituru Laut

Komuniti Kg Pituru Laut

Share

Facebook Rasmi Kampung Pituru Laut

📰 Maklumat • Aktiviti • Program Masyarakat
👥 Admin : @Nazmi Zan • @Nok Zamry • @Jopirin Pononon

Photos from Komuniti Kg Pituru Laut 's post 26/01/2026

Program ini dianjurkan oleh Slingshot Club Kg Pituru Laut.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Datuk Japlin Akim atas tajaan baju, serta Encik Ramdan atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua kelab slingshot yang turut serta dalam pertandingan ini. Kehadiran dan sokongan anda semua telah memeriahkan lagi penganjuran program ini.

Penganjuran ini turut memberi peluang menjana ekonomi kepada komuniti setempat, khususnya para peniaga.

Photos from Surau Imam Sindok Kg. Pituru Laut's post 25/01/2026

Semoga semangat kerjasama dan silaturahim ini terus terpelihara. Terima kasih atas komitmen dan sokongan semua.

Photos from Komuniti Kg Pituru Laut 's post 04/01/2026

Part 2

Photos from Komuniti Kg Pituru Laut 's post 04/01/2026

Part 1

04/01/2026

Just enjoy it.

04/01/2026

3hb-4hb January 2026

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kami rakamkan kepada seluruh komuniti Kampung Pituru, para AJK, petugas, sukarelawan serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Hari Sukan Keluarga Kg Pituru.

Kami dengan rendah hati memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang penganjuran majlis ini. Dalam keadaan kekangan banjir yang menjejaskan laluan keluar masuk kampung, serta kesukaran untuk mendapatkan barangan dan hadiah, namun berkat kerjasama, kesabaran dan semangat kebersamaan semua pihak, majlis ini tetap dapat diteruskan dan berjalan dengan baik.

Segala usaha, tenaga dan masa yang dicurahkan amat kami hargai. Kejayaan majlis ini membuktikan bahawa semangat perpaduan dan muafakat komuniti Kg Pituru sentiasa kukuh walau berdepan cabaran.

Akhir kata, jutaan terima kasih sekali lagi kepada semua. Semoga segala kebaikan dibalas dengan ganjaran yang setimpal dan hubungan silaturahim dalam komuniti kita terus erat.

Sekian, terima kasih.

13/12/2025
Photos from Institut Marin Borneo's post 13/12/2025

12/12/2025

Photos from Komuniti Kg Pituru Laut 's post 12/12/2025

PROGRAM PEMULIHAN TERUMBU KARANG SELAMA 3 HARI DI KG . PITURU LAUT — bermula dengan pembuatan Reef Star, sesi taklimat teknik MARRS, penanaman fragmen karang, peninjauan tapak, hinggalah majlis perasmian dan penutupan. Bersama peserta dari Kg.Pituru Laut, Bigfin Divers dan Koduko.

Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Universiti Malaysia Sabah selaku penganjur utama. Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada CIMB Islamic Bank Berhad dan CIMB Group Sustainability atas kerjasama strategik yang memungkinkan kejayaan program ini. Penghargaan khas turut diberikan kepada komuniti Kg. Pituru Laut atas sokongan, penyertaan serta komitmen mereka dalam usaha memulihara ekosistem marin.

Semoga inisiatif ini terus memperkukuh kerjasama antara institusi, rakan industri dan masyarakat dalam memastikan kelestarian terumbu karang untuk generasi masa depan.

07/12/2025

Majalah 3 besok jam 8 mlm

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Belud?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kg. Pituru Laut
Kota Belud
89150