CNI Healthy Zone
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from CNI Healthy Zone, Health/Beauty, Kota Bharu.
26/06/2021
Minuman Bertenaga bagi wanita..
26/06/2021
Untuk kesihatan dalam dan kejelitaan luaran.
07/06/2021
Bersih & Selamat..
31/05/2021
Prevention is Better Than Cure
09/10/2020
Penyakit berpunca dari usus yang kotor..
Usus Bersih Badan Sihat..
29/04/2020
BERAT BADAN TAK TERKAWAL??
INI 5 SEBAB YANG ANDA MUNGKIN TAK TAHU KENAPA BERAT BADAN ANDA NAIK
1 – Tak Cukup Tidur
Perubahan hormon akan berlaku bila tak cukup tidur. Perubahan ini mampu meningkatkan tahap puaka ketika makan. Otak pun sukar nak tafsir rasa kenyang sebab tak cukup rehat.
2 – Masalah Penghadaman
Masalah ini termasuklah pergerakan ‘bowel’ yang perlahan. Kalau terlalu jarang untuk ‘membuang’, mungkin faktor2 seperti dehidrasi (kurang minum air), pengambilan ubatan tertentu, diet rendah serat dan kekurangan flora yang baik dalam usus.
Mengambil makanan yang tinggi serat dan makanan/suplemen yang mengandungi probiotics mungkin membantu masalah ini. Serat2 ini merupakan ‘makanan’ kepada probiotics ini, justeru pastikan kelestarian di dalam usus anda kekal terpelihara, hehe…
3 – Usia Semakin Meningkat
Dalam rumus BMR, usia berkadar songsang dengan nilai BMR atau keperluan asas kalori seseorang. Maksudnya, bila usia meningkat, BMR mesti menurun. Bila diri semakin tua tetapi makan pun masih macam anak remaja, tu yang berat badan pun meningkat (BMR rendah buatkan badan tak bakar banyak tenaga lalu mengakibatkan lebihan tenaga yang diambil disimpan sebagai lemak).
Bagaimana nak atasi masalah ini? Seimbangkan AKAUN keluar dan masuk kalori. Cara paling mudah adalah sentiasa bersenam.
4 – Mengambil ubatan (medication) tertentu
Kebanyakkan ubat/pil ‘anti-depressant’ mampu mengakibatkan berat badan naik mendadak. Selain itu, mengambil pil yang boleh ‘mengganggu’ regulasi hormon seperti pil perancang, steroids, beta blockers (untuk sakit jantung dan darah tinggi), Tamoxifen (untuk kanser payudara) juga mampu mengakibatkan berat badan naik medadak.
5 – Latihan Bebanan (Weigh Training)
Ramai yang mungkin tak sedar, kenaikan berat badan bukan sahaja bermaksud yang naik tu 100% lemak. Tetapi ‘komposisi’ badan kita secara keseluruhan yang merangkumi fat-mass (j***m lemak), lean-mass (j***m otot, organ), berat tulang (ketumpatan tulang bertambah) dan berat air.
Perubahan komposisi ini berlaku apabila kita mula melakukan latihan bebanan. Dan perubahan ini adalah perubahan yang positif, terutamanya dalam kalangan wanita (golongan paling cenderung dapat osteoporosis). Jadi jangan terkejut sangat kalau tengok lepas buat latihan bebanan, berat naik mendadak atau dalam kes nak kuruskan badan berat tak nak turun (padahal badan semakin mengecil).
*SHARE JIKA BERMANFAAT
Alternatif utk Diet Tanpa Berlapar PM AbeJoe 0102448700
Wasap.my/60102448700/DietTanpaLapar
27/04/2020
Anda ingin kekal bertenaga sepanjang lebih 12 jam berpuasa? Ini 7 perkara yang perlu anda elakkan waktu bersahur.
Jangan ambil lewa waktu bersahur
Sepanjang bulan Ramadan, masyarakat Islam perlu menahan lapar dan dahaga untuk tempoh lebih 12 jam sehari, bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.
Oleh sebab itu, waktu bersahur merupakan tempoh penting yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan badan kekal bertenaga sepanjang hari.
Amalan bersahur bukan sekadar untuk membekalkan tenaga, namun lebih daripada itu, ia adalah antara sunnah yang disarankan dalam agama.
Tetapi jangan p**a pada waktu sahur anda mengambil segala jenis hidangan kerana khuatir akan berasa lapar.
Ini kerana terdapat sesetengah makanan akan lebih cenderung membuatkan anda cepat kelaparan.
Hindari 7 makanan ini pada waktu bersahur
Berikut beberapa makanan yang perlu dikurangkan atau dielakkan pengambilannya ketika sahur:
1. Garam
Pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam atau masin boleh meningkatkan rasa dahaga sepanjang tempoh berpuasa.
Lebih bahaya, makanan yang masin ini boleh menyebabkan anda terdedah kepada risiko jangkitan penyakit kronik seperti hipertensi dan serangan jantung.
Bukan itu sahaja, makanan dengan kandungan garam yang banyak boleh merangsang rasa haus.
Jadi elakkan makanan masin seperti ikan masin, jeruk atau makanan dalam tin ketika waktu bersahur.
2. Nasi
Nasi merupakan makanan ruji bagi kebanyakan rakyat Malaysia.
Ia pilihan ramai untuk mengalas perut ketika sahur.
Namun sebaiknya elakkan pengambilan nasi pada waktu sahur atau paling tidak hadkan saiz hidangan nasi anda.
Ini kerana nasi mudah dicerna dan boleh menyebabkan anda lebih cepat kehabisan tenaga.
Keadaan tersebut pastinya akan membuatkan anda berasa cepat lapar.
3. Makanan pedas
Seperti nasi, makanan pedas boleh dikatakan antara lauk pop**ar dan kegemaran ramai.
Tetapi pengambilannya secara berlebihan mungkin boleh mengakibatkan ketidakselesaan perut.
Anda akan terdedah dengan risiko untuk mengalami keadaan seperti pedih perut atau cirit-birit, sekali gus menyebabkan anda mendapat dehidrasi.
Makanan yang pedas juga boleh membuat anda lebih cepat haus.
Sebaiknya elakkan makanan pedas ketika bersahur dan ambillah dalam kuantiti yang sedikit ketika berbuka.
4. Minuman berkafein
Minuman berkafein seperti kopi boleh dianggap sebagai 1 minuman wajib ada bagi penggemarnya.
Namun begitu, minuman berkafein dikatakan bersifat diuretik dan akan dicerna dengan lebih cepat.
Keadaan ini sekali gus menyebabkan anda lebih cepat kehilangan cecair dalam badan kerana kerap kencing.
Sekiranya bekalan air dalam badan berkurangan, pasti ia boleh mengakibatkan anda mengalami dehidrasi dan cepat keletihan.
Jadi sebaiknya hadkan pengambilan sebarang minuman berkafein pada waktu bersahur kepada secawan sahaja, okay?
5. Makanan dan minuman manis
Makanan mahupun minuman yang tinggi kandungan gula akan membekalkan kalori yang tinggi, tetapi ia tidak bertahan lama.
Kebanyakan gula dalam makanan dan minuman adalah dari jenis gula ringkas, iaitu ia cepat menghasilkan tenaga dan mudah habis.
Ini bermakna anda sukar untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
Mengurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi kandungan gula pastinya baik untuk kesihatan kerana ia dapat menghindari diri daripada pelbagai jenis masalah kesihatan seperti obesiti.
6. Makanan tinggi kandungan lemak
Pengambilan makanan tinggi kandungan lemak seperti makanan bergoreng atau makanan segera boleh mengganggu dan melambatkan proses pengosongan perut.
Eh, baguslah kalau lambat kosong, lambat lapar. Tetapi benarkah ia bagus?
Sudah tentulah tidak. Ini kerana ia boleh menyebabkan wujudnya simptom sembelit.
Di samping itu, makanan yang mengandungi lemak ini boleh mengakibatkan anda mengalami cirit-birit kesan daripada sistem pencernaan yang terlalu cepat.
7. Tidak bersahur
Jangan terkejut, sememangnya ada kelompok individu yang tidak gemar bersahur.
Antara alasan paling biasa adalah kerana malas bangun pada waktu bersahur.
Tetapi malangnya tabiat seperti itu adalah tidak baik untuk kesihatan kerana anda akan membiarkan perut anda kosong untuk tempoh lebih 12 jam.
Lebih teruk lagi apabila rasa lapar disebabkan tidak bersahur akan membuatkan anda mengambil hidangan makanan secara berlebihan ketika waktu berbuka.
Kesannya, anda akan alami masalah ketidakselesaan perut.
Secara sederhana
Perkara paling penting pada waktu bersahur adalah untuk melakukannya secara bersederhana.
Tabiat tersebut akan dapat mengurangkan penggunaan tenaga untuk tujuan pencernaan. Hasilnya akan dapat menghindari rasa letih dan kelaparan.
Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita memahami erti pengorbanan, kesusahan dan kesederhanaan.
Semoga kita semua mendapat rahmat di bulan yang penuh keberkatan ini.
Up Chlorella Cereal & Up Nutri Chocholate pilihan tepat utk anda..
PM AbeJoe 0102448700
Wasap.my/60102448700/CerealChocolate
17/04/2020
1000 botol VitaC utk dilepaskan..
PM AbeJoe 0102448700 segera..
First Come First Serve..
Harga PKP C19.. Utk anda yg Cakna Kesihatan
09/04/2020
Grab It Now!!!
PM AbeJoe 0102448700..
Wasap.my/60102448700/VitaC
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kota Bharu
15000