Ceritera Lingzhi - Shuang Hor

Ceritera Lingzhi - Shuang Hor

Share

Jomm sertai Elite Rise Network!

"Kalau ada peluang untuk sihat tanpa bergantung ubat, sambil bantu orang lain buat perkara yang sama, dan dalam masa sama dapat jana pendapatan Cikyaar rasa itu satu peluang yang patut kita ambil serius."

27/01/2026

Vertigo bukan sekadar rasa pening biasa.

Ia sebenarnya satu isyarat daripada badan bahawa ada sesuatu yang tidak seimbang di dalam sistem kita.
Apabila seseorang mengalami vertigo, badan sedang “bercakap" memberitahu bahawa sistem keseimbangan terganggu.

Gangguan ini boleh berpunca daripada beberapa aspek utama:
telinga, darah, saraf atau metabolik.

Telinga, khususnya telinga dalam, berperanan besar dalam menjaga keseimbangan. Bila cecair atau struktur halus di dalamnya terganggu, otak menerima maklumat yang salah. Akibatnya, dunia terasa berpusing walaupun badan tidak bergerak.

Darah p**a membawa oksigen dan nutrien ke otak. Jika aliran darah tidak lancar — sama ada kerana tekanan darah tidak stabil, darah terlalu pekat atau badan kekurangan air — otak akan “terganggu”.

Inilah yang menyebabkan rasa melayang, berpusing dan lemah.

Sistem saraf juga memainkan peranan penting. Tekanan emosi, stres berpanjangan, kurang tidur dan ketegangan otot leher boleh mengganggu isyarat saraf antara otak dan badan.

Bila komunikasi ini terganggu, keseimbangan turut terjejas.

Akhir sekali, faktor metabolik seperti gula darah yang tidak stabil.
Otak sangat sensitif terhadap perubahan gula. Bila gula turun naik secara mendadak, fungsi kawalan keseimbangan turut terkesan, lalu muncullah vertigo.

Kesimp**annya, vertigo bukan musuh yang datang tiba-tiba, tetapi satu amaran. Ia menandakan badan sedang meminta perhatian.

Bila puncanya difahami dan keseimbangan dalaman dipulihkan, barulah vertigo boleh reda secara menyeluruh.

InsyaAllah...

Ada masalah vertigo?
Hubungi Cikyaar untuk dapatkan solusi secara fitrah.
https://wa.link/qeo28e

Photos from 双鹤能量站 Shuang Hor Energy Hub's post 26/01/2026

Set Duo untuk kawalan imun

14/01/2026

Kelebihan Jadi Ahli Shuang Hor (Bukan Sekadar Pengguna)

1️⃣ Harga ahli – lebih jimat.
Guna produk sendiri pun dah untung sebab harga lebih rendah berbanding harga biasa.

2️⃣ Peluang cashback.
Kalau niat nak guna produk sahaja pun boleh dapat p**angan semula.
Pakai, kongsi sikit-sikit, cashback masuk.

3️⃣ Peluang jana pendapatan & bina legasi
Untuk yang serius, ini bukan income sementara.
Ia perniagaan yang boleh dibina, diwariskan dan berkembang.

4️⃣ Ada sistem POS sendiri
Setiap ahli ada sistem Point of Sale (POS).
Rekod jualan, rangkaian dan prestasi — semua telus & berpusat.
Ini bisnes sebenar, bukan main-main.

👉 Jadi persoalannya,
nak jadi pengguna biasa atau ahli yang ada pilihan & peluang?
Apa pun pilihan anda, jangan segan hubungi Cikyaar di sini
👇👇
https://wa.link/z5yhjz

Photos from Ceritera Lingzhi - Shuang Hor's post 21/12/2025

2026 bukan tahun untuk main-main.
Kos hidup tak tunggu kita bersedia.
Komitmen makin bertambah.
Anak membesar, keperluan berubah.

Dan ramai yang mula sedar…
bergantung pada satu sumber income sahaja sangat berisiko.
Kalau hari ini
korang tengah buntu, diam-diam terfikir
“Kalau kerja aku terganggu nanti macamana?”
“Kalau bisnes sekarang tak bertahan macamana?”
“Kalau aku sakit dan tak boleh bekerja macamana?”
Percayalah,
korang bukan lemah.
Korang cuma sedar lebih awal.

Cikyaar juga pernah di fasa itu.
Menjadi seorang surirumah yang mencari sesuatu yang
boleh dibuat dari rumah,
boleh bergerak walaupun perlahan, ada sistem, bukan harap pada nasib sahaja dan bukan sekadar janji kosong.

Sebab Cikyaar tahu,
2026 perlukan orang yang bersedia,
bukan orang yang sekadar berharap.

Posting ini bukan untuk semua orang.
Ia untuk mereka yang
penat ulang kesilapan sama
nak bina income dengan tenang, bukan terkejar-kejar,
sanggup belajar, sabar, dan konsisten.
Kalau sekarang ni korang rasa
“aku kena buat sesuatu dari sekarang”
itu bukan kebetulan.

Meh, kita berkenalan dulu.
Kenal, faham, nilai sendiri.
👇
https://t.me/ceritera_lingzhi

2026 akan mencabar.
Soalannya…
Korang nak hadap sebagai orang yang bersedia,
atau orang yang menyesal sebab lambat bermula?

-Cikyaar Shuang Hor-

13/12/2025

“Kopi & Period : Takut yang Datang dari Pengalaman Lama”

Satu pagi, seorang customer mesej cikyaar.
Ayat dia ringkas, tapi penuh keraguan.
“Akak… saya period. Selalu kalau minum kopi herba, saya stop. Takutlah nak minum kopi CEO.”

Cikyaar angguk faham.
Soalan ni bukan kali pertama cikyaar dapat.
Sebab ketakutan tu ada sejarahnya.
Ramai wanita pernah minum kopi herba tempatan,
yang herba utamanya memang sinonim dengan wanita seperti :
☑️kacip fatimah
☑️akar serapat
☑️manjakani
herba panas ini sebenarnya bersifat “merangsang”.

Herba-herba ni bagus diambil pada masa-masa tertentu,
tapi tak sesuai diminum setiap hari,
lebih-lebih lagi ketika period.

Kesannya?
☑️perut memulas
☑️darah jadi terlalu banyak
☑️badan rasa panas & lemah

Lama-lama, minda terus “lock” satu benda ini 👉 “Period tak boleh minum kopi herba.”

Tapi kopi CEO bukan kopi herba jenis tu.
Dengar sini, cikyaar explain perlahan-lahan.

Dalam kopi CEO,
tak ada herba wanita bersifat uterotonik
yang merangsang rahim.

Herba utamanya ialah
Lingzhi (Ganoderma)
👉 herba adaptogen (tak panas, tak sejuk)
👉 fokus pada balance & sokong sistem badan.

Formulasi lebih kepada tenaga sel & imun,
bukan rangsangan hormon wanita.

Sebab tu, bila minum kopi CEO ia,
tak “panaskan” badan secara mendadak
tak ganggu kitaran period
tak buat rahim ‘bekerja lebih masa’.

Customer tu diam sekejap.
Lepas tu dia jawab

“Oooh patutlah kawan saya kata dia minum je walaupun period, tak ada apa jadi pun, malah senggugut pun dah lama hilang.”

Cikyaar cuma balas,
“Yer, sebab sifat herba dia lain.
Tu je bezanya.”

Pengajaran nya,
Jangan hukum semua kopi herba dengan pengalaman lama.
Yang penting ambik tahu,
apa herbanya.
Apa fungsi herba tu.
Sesuai atau tidak dengan keadaan badan.

Kopi CEO bukan tentang “herba wanita”.
Ia tentang herba yang sokong sistem badan supaya lebih stabil
termasuk ketika period.

Dan ya,
takut itu normal…
tapi bila faham, takut tu hilang sendiri.

Boleh?

15/11/2025

Program Khas untuk Penggemar Setia Kopi CEO!

Adik, kakak yang selalu sibuk, tak sempat ke bank, tak reti nak transfer online, ini berita baik untuk anda.

Jom join Program Penghantaran Percuma Kopi CEO 💥

📦 4 kotak setiap bulan dihantar terus ke rumah!
💳 Bayaran secara autodebit. Tak perlu risau lupa bayar.
Janji sediakan baki yang mencukupi dalam akaun je.
🗓️ Sah selama 12 bulan.

Tak payah dah pening nak order setiap bulan, tak perlu nak order melalui upline.

InsyaAllah kopi CEO anda akan sampai depan rumah on time setiap bulan 😍

💬 Nak join program ni, boleh daftar ahli dulu kemudian isi borang & aktifkan autodebit je. Semudah ABC!

👉 Siapa yang memang minum 4 kotak Kopi CEO setiap bulan, program ni memang untuk anda.
Jimat masa, jimat tenaga, bekalan kopi pun tak putus!

Hubungi Cikyaar sekarang untuk pendaftaran ahli percuma.
https://wa.link/z5yhjz

Photos from 双鹤能量站 Shuang Hor Energy Hub's post 03/11/2025
26/10/2025

Gunakan Kepakaran yang Kalian Ada di Tempat Yang Betul, Jangan Sia-siakannya di Tempat Salah!

Ini nasihat ikhlas daripada Cikyaar buat semua sahabat yang pernah berjuang bersama Cikyaar sebelum ini.

Siapa yang ada kepakaran, ada aura pempengaruh, ada ramai followers, ada network, ada ilmu bisnes, eloklah gunakan semua itu dalam bisnes Shuang Hor.

Selepas 3 tahun serius bersama Shuang Hor, ini kali pertama Cikyaar suarakan pandangan jujur Cikyaar.
Khas buat sahabat-sahabat yang Cikyaar sayang 🩷

Kenapa?

1. Peluangnya sama rata.
Tak kira agama, bangsa atau keturunan. Semua orang boleh berjaya asalkan rajin belajar dan berkongsi.
Apatah lagi kalau kalian memang dah ada kelebihan dan kepakaran yang orang lain tak ada.

2. Company yang stabil dan terbukti kukuh. Pasaran Global termasuk Singapura & Indonesia.
Yang penting Shuang Hor bukan company “asal ada”.
📈 Dah bertahan 38 tahun, tetap kukuh walau ekonomi turun naik.
Tahun ini saja ada 2 projek besar sedang menanti — Coffee Truck & Cafe Lounge 5 bintang!

3. Sistem pendidikan yang luar biasa.
Satu-satunya sistem yang bukan sekadar bantu jana pendapatan, tapi didik kita tentang kesihatan tanpa ubatan dan bina keyakinan diri dari dalam.

4. Bisnes yang boleh diwarisi.
Segala usaha yang kita bina hari ini, boleh diwarisi anak cucu — bukan sekadar income, tapi juga ilmu dan gaya hidup sihat.

Jadi kalau kita dah ada bakat, kepakaran dan pengalaman, gunalah ia di tempat yang stabil dan terbukti supaya segala usaha kita tidak sia-sia.

Berminat? Klik sini
https://wa.link/z5yhjz

15/10/2025

✨ SKINCARE MAHAL TAK SALAH — TAPI JANGAN LUPA “BAHAN ASAS” KULIT KITA! ✨

Ramai sangka kulit glowing datang dari serum, essence, atau moisturizer yang mahal & berjenama mewah.
Padahal, rahsia sebenar kulit cantik bermula dari dalam iaitu PROTEIN.

Kalau nak bina bangunan mewah kita perlukan batu-bata yang kukuh,
kulit pun sama.
Proteinlah batu-bata & simen yang bina kolagen dan elastin!

👉 Kolagen & elastin tu la yang bagi kulit nampak tegang, lembut dan muda.
👉 Protein juga bantu “repair” sel kulit rosak akibat UV & pencemaran.
👉 Dan paling best, bila cukup protein, bahan aktif skincare kita lebih mudah diserap.

Jadi sebelum tambah serum baru ke troli, tanya diri dulu:
“Cukup tak protein aku hari ni?”

Cikyaar sendiri s**a ambil Jia Hor Soya Protein setiap hari sebab nak jaga kulit, tenaga, dan juga hormon.
Skincare bantu dari luar, tapi protein ni bantu dari dalam.

Nak cantik dari luar, kena mula dari dalam.

Boleh?

15/10/2025

Siapa perasan, hampir kesemua produk Shuang Hor (contohnya kopi, soya protein, probiotik Lacto-Berry, Ganoderma, teh, dll) kebanyakannya datang dalam bentuk serbuk berbanding cecair? Kenapa?
Ini ada beberapa sebab saintifik yang praktikal :

1. Stabiliti & Potensi Bahan Aktif

Bila dalam bentuk serbuk, kandungan aktif (contohnya polisakarida, triterpenoid dalam Ganoderma) lebih stabil.

Kalau dalam bentuk cecair, ada risiko nutrien cepat rosak atau teroksida bila terdedah pada cahaya, udara, atau haba.

2. Tanpa Bahan Pengawet

Shuang Hor sangat jaga kualiti – mereka elakkan bahan kimia tambahan.

Kalau produk dibuat dalam bentuk cecair, biasanya perlu ditambah pengawet untuk tahan lama.

Serbuk boleh tahan bertahun tanpa perlu pengawet kerana kelembapan dikawal ketat.

3. Mudah Dibawa & Diguna Ikut Keperluan

Serbuk dalam sachet kecil lebih senang dibawa ke mana-mana.

Pengguna boleh larutkan dalam air panas/sejuk ikut keselesaan.

Dos lebih fleksibel, kita boleh kawal jumlah ikut keperluan badan (contoh: Ganoderma serbuk boleh laras ikut keadaan kesihatan).

4. Jaminan Kesegaran

Setiap kali bancuh baru → dapat rasa & khasiat yang segar.

Kalau cecair dalam botol, bila dah buka penutup, khasiat mungkin makin berkurang hari demi hari.

5. Lebih Mudah Serap (Bioavailabiliti)

Teknologi ekstrak & pengeringan vakum yang digunakan Shuang Hor membuatkan serbuk menjadi halus → cepat larut dalam air → badan mudah serap.

Produk Shuang Hor datang dalam bentuk serbuk sebab ia lebih selamat, stabil, bersih, senang kawal dos, dan tak perlukan pengawet.

Itu yang membezakan produk kesihatan premium dengan produk komersial biasa.

Sangat berkualiti tinggi 👍
Nak jadi sebahagian dari pengguna produk-produk Shuang Hor? Klik sini
https://wa.link/qeo28e

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Binjai
Kota Bharu
16150