Rawat Kulit Muka
Masalah jerawat hilang dalam masa yang pantas
13/04/2020
TIPS 5 CARA UNTUK PUTIHKAN KULIT SEAWAL 7-8 HARI, CUBA DULU BARU TAHU MACAM MANA KESANNYA
PETUA PUTIHKAN KULIT 1 : SKRUB TOMATO
Bersihkan muka. Ambil sebiji tomato dan belah 2. Gosok dan sapukan tomato tadi ke seluruh wajah secara lembut. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas wajah dengan air bersih. Amalkan setiap hari untuk mendapat hasil yang memuaskan.
PETUA PUTIHKAN KULIT 2 : AIR BASUHAN BERAS
Siapa tak kenal air basuhan beras? Ala... air basuh beras la bila nak masak nasi tu... ehek Ada orang cakap air basuhan beras ni ada banyak khasiat untuk kecantikan. Ia dikatakan mampu haluskan dan putihkan kulit. Selalunya lepas basuh beras, kita buang jer airnya kan? Ok, air tu anda boleh simpan untuk anda putihkan kulit. Caranya? Ambil air basuhan tadi dan amalkan berendam dalam air basuhan beras selama 15-20 minit setiap hari. Kulit akan beransur cerah.
PETUA PUTIHKAN KULIT 3 : LEMON & SUSU
Penuhkan tab mandi dengan air panas (kalau tak ada tab mandi, cari la tong yang boleh muat untuk anda berendam.. hehe) Campurkan satu cawan susu penuh krim dan perahkan sebiji lemon ke dalam tab. Kacau campuran tadi supaya sebati dengan air. Berendam selama 20 minit, dan bilas badan dengan air bersih.
PETUA PUTIHKAN KULIT 4 : YOGURT & MADU
Yogurt mengandungi enzim yang boleh putihkan kulit dengan lembut. Madu p**a mempunyai ciri-ciri pelembapan dan anti bakteria. Campuran kedua-dua bahan ini menghasilkan masker yang menyihatkan. Caranya, campurkan satu bahagian madu bersama satu bahagian yogurt. Kemudian sapukan campuran tersebut ke seluruh muka dan tubuh badan. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air suam.
PETUA PUTIHKAN KULIT 5 : MASKER BERAS PULUT
Ambil beras pulut dan goreng tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian tumbuk atau kisar halus menjadi seperti serbuk bedak. Bancuh dengan air putih dan sapukan pada wajah dan tubuh badan. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air bersih.
SEKIAN SELAMAT MENCUBA YERR.
18/03/2020
INGIN KURUSKAN BADAN DENGAN CEPAT DAN MUDAH?
BERIKUT ADALAH TIPS UNTUK MEMBANTU ANDA KURANGKAN BERAT BADAN DI MALAYSIA.
1-10: Nutrisi dan Diet Pemakanan
Mari kita bermula dengan tip-tip diet dan pemakanan.
1. Makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar. Ini bukan sahaja dapat mengawal nafsu pemakanan dan malah memastikan tenaga anda berterusan sepanjang hari.
2. Jangan skip hidangan. Ia tidak akan membantu anda kuruskan badan kerana 1. nafsu makan akan bergelora dan 2. metabolisma badan akan menurun.
3. Kenali keperlukan kalori seharian anda. Ramai yang tidak mengenali keperluan kalori seharian masing-masing. Tapi kalau tak tahu, macamana nak mengawal kuantiti pemakanan?!
4. Roti canai … hmm berapa kalori tu? Pastikan anda kenali kandungan kalori-kalorie makanan dan minuman seharian anda
5. Elakkan kalori daripada minuman. Ini adalah tip kuruskan badan yang paling senang. Dengan hanya gantikan minuman bergula seperti teh ais, milo, soft drink dan lain-lain dengan air bebas gula, anda boleh kurangkan lebih kurang 10kg dalam setahun.
6. Minum air mineral. Air tidak mengandungi apa-apa kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan untuk jangksa masa panjang. Tapi elakkan pengambilan garam berlebihan kerana ia akan menambah takungan air badan anda.
7. Jangan makan buah-buahan dengan berlebihan. Walaupun buah-buahan mengandungi vitamin dan mineral, ia juga mengandungi kalori (gula) yang boleh menggemukkan.
8. Segenggam tangan karbohidrat. Samada anda makan nasi, roti, mee mahupun kentang (semua sumber karbohidrat), pastikan saiz hidangan tidak melebihi segenggam tangan. Kalau tak kenyang, tambah lauk.
9. Pastikan kuantiti pengambilan protein cukup. Sebagai panduan pastikan anda mengambil 2-2.5g untuk setiap kg berat badan anda. Also ingat, protein lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat.
10. Kawal nafsu makan! Satu-satu cara untuk mengawal nasfu adalah dengan memastikan ia tidak dapat peluang untuk kembang. Kalau nafsu makan sudah datang, maka sudah terlewat.
10/03/2020
NAK KULIT PUTIH GEBU SECARA SEMULAJADI, IKUTI 5 PETUA MUDAH INI
#1. MINUM AIR MASAK
Pertama sekali iaitu merupakan perkara asas yang sepatutnya diberi perhatian penting tetapi kita selalu ambil mudah adalah pengambilan air yang mencukupi. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari bagi memastikan sistem dalaman anda dapat berfungsi dengan baik. Badan kita perlukan air sebanyak itu setiap hari bagi membantu dalam menggantikan sel-sel yang mati dan terutama sekali kulit kita juga akan kelihatan putih jika ia diamalkan.
Perasan atau tidak, penjual water filter lebih arif tentang ini. Mereka sudah lama tahu, dengan minum air bersih, ia satu cara memutihkan kulit yang paling asas. Bila kandungan air cukup, kulit jadi cantik. Jangan malas-malas minum air lagi.
#2. GUNA AIR BERAS
Seterusnya adalah dengan menggunakan air beras. Ramai yang tahu bahawa beras atau nasi adalah makanan ruji kita, tetapi berapa ramai yang tahu bahawa air beras boleh digunakan untuk memutihkan kulit secara semulajadi? Dengan hanya berendam menggunakan air beras selama 15 minit sehari dan lakukannya dua kali sehari; anda boleh lihat kulit anda lebih putih dalam masa beberapa minggu. Selepas ini, jangan buang terus air berasa. Gunakan ia sebagai salah satu cara memutihkan kulit.
#3. GUNA LIMAU NIPIS
Petua ketiga cara memutihkan kulit adalah dengan menggunakan limau nipis. Hiris sedikit sebiji limau dan sapukan ke permukaan kulit dan pastikan air limau tersebut mengenai bahagian tubuh yang anda ingin putihkan dan biarkan selama 30 minit ke 1 jam. Ia boleh diamalkan setiap hari dan perubahan dapat dilihat dalam masa beberapa minggu.
#4. GUNA LIDAH BUAYA
Lidah buaya atau lebih dikenali sebagai ‘aloe vera’. Anda boleh cuba amalkan menyapu sedikit lendir lidah buaya tersebut pada kulit sebelum tidur kerana ia bukan sahaja boleh memutihkan, malah melicinkan kulit. Amalkan setiap malam dan anda pasti boleh lihat kemujarabannya dalam masa beberapa bulan.
#5. GUNA BIJI TOMATO
Cara memutihkan kulit yang nombor lima di dalam senarai ini adalah dengan menggunakan biji tomato. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan meratakan air suam ke bahagian kulit dan potong buah tomato tersebut kepada menjadi separuh atau 2 bahagian.
Ambil tomato yang telah dipotong tersebut dan cicahkan dengan gula kemudian gosokkan ke permukaan kulit anda dan biarkannya selama 5-10 minit. Sebiji tomato boleh digunakan sebanyak 2 kali, oleh itu lakukannya sekali pada waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam.
Bonus: Tips terakhir cara memutihkan kulit secara semulajadi adalah dengan mengelakkan diri dari terdedah dengan sinaran matahari. Mungkin tidak semua orang dapat melakukannya kerana ia bergantung kepada kerjaya seseorang individu tersebut.
Tetapi jika boleh, sila kurangkan dari berjemur di tengah panas di bawah sinaran matahari yang terik kerana sudah semestinya jika anda selalu terdedah; kulit anda akan bertukar kehitaman secara semulajadi kerana tindakbalas kulit anda dengan sinaran matahari tersebut.
Tidak perlu guna produk yang mahal, ubat-ubatan atau suntikan. Penggunaan bahan semulajadi sudah cukup.
Selamat mencuba!
17/02/2020
Done COD. Hari ni punya crito.. Sapo2 nok order produk buleh wasap ko ambo..utk putih nak gebu kulit.. Muko flwless mace baby.. InsyaAllah ambo bntu sapa putih.
Drk - 01135459491 😘😘😘
16/02/2020
Buleh lah utk malam ni..tq yg mna order 😘😘
17/01/2020
KENALI PUNCA JERAWAT BARU SENANG RAWAT
9.Jangkitan pada kulit & Resdung
Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit kita dan menyebabkan jerawat.
Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.tapi tula yang jenis tangan tak boleh dok diam harus je garu si jerawat tu kan..sudahnye tinggal parut segala.
10.Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca panas juga adalah faktor jerawat keluar. Iklim negara kita ni hujan panas je kan..iklim yang tak menentu ni pun boleh menjadi sebab timbulnya keadaan kulit berjerawat.
17/01/2020
KENALI PUNCA JERAWAT BARU SENANG RAWAT
7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada p**ak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)
8.Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut.
Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.
17/01/2020
KENALI PUNCA JERAWAT BARU SENANG RAWAT
5.Faktor Genetic
Ada keturunan di mana kulit mukanya tidak bermasalah seperti golongan arab yang rata-rata bermuka putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup golongan asia.
Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laku dijual di Asia dan tidak mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.
6.Allergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik,foundation,cream muka baru atau pencuci muka baru yg ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dgn kulit.
Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat. Pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak juga memberi masalah jerawat di kulit. Bukan tumbuh kat muka je,..kat badan pun ada..jangan tak tahu ye.
17/01/2020
KENALI PUNCA JERAWAT BARU SENANG RAWAT
3.Pemakanan
Pemakanan yg tidak seimbang seperti kacang,makanan berperisa,seafood (udang,ketam,sotong,kerang),budu,belacan,makanan berminyak/bergoreng,telur,daging,ayam goreng,makanan berlemak spt santan,dairy products spt susu lembu,coklat.
4.Toksin
Jika kita takpernah membuang toksin sejak pengambilan pemakanan yang tidak terkawal shingga umur kita mencecah 30 tahun, bermakna dah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badan kita ni.
Jika sistem semula jadi tubuh kita tak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit mudah kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain
17/01/2020
KENALI TANDA JERAWAT BARU SENANG NAK RAWAT
2.Tekanan (Stress)
Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.
Tekanan fizikal:
1.Exercise atau bersukan tanpa rehat yang cukup
2.Tidur yang tidak mencukupi/tidur lewat/tidur tidak teratur
3. Jadual seharian yang sangat ketat
4. Merokok, pengambilan dadah
Tekanan emosi:
1.Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
2.Buli
3.Masalah hubungan rumah tangga atau kekasih
4.Kerja /study yang banyak
17/01/2020
KENALI PUNCA JERAWAT BARU SENANG NAK RAWAT
1.Perubahan hormon
Apabila berlaku perubahan hormone seperti akhir baligh remaja, mengandung, datang haid ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul disebabkan hormon dalam badan,iaitu hormon androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.
Kebiasaannya seawal seminggu sebelum kedatangan period sehingga seminggu setelah habis period,jerawat akan mudah naik pada bila-bila masa.
Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan.
Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an - 40 'an. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Address
Kota Bharu
15300