Fadlimaliki Store
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fadlimaliki Store, Health/Beauty, Kota Bharu.
Tugas menuai madu selesai π¦Ύ
07/07/2025
"Apabila saya berpindah ke Malaysia, saya terkejut apabila mengetahui bahawa orang tidak pernah minum mentah santan itu sendiri. - Wanita Rusia.
Berikut 20 manfaat air santan kelapa (bukan air kelapa muda, tetapi air perahan santan kelapa) yang sering dimanfaatkan dalam perubatan tradisional dan juga kecantikan:
1. Melembapkan kulit β digunakan sebagai masker semula jadi untuk kulit kering.
2. Melembutkan rambut β membantu merawat rambut kusut dan bercabang.
3. Merawat kulit kepala berkelemumur β sifat anti-kulatnya membantu mengurangkan kelemumur.
4. Mengurangkan keradangan kulit β kandungan anti-radang meredakan ruam dan kegatalan.
5. Sebagai pelembap bibir semula jadi β membantu mengatasi bibir pecah-pecah.
6. Sumber lemak sihat β santan mengandungi asid lemak rantai sederhana yang baik untuk tenaga.
7. Menguatkan sistem imun β adanya laurik asid membantu melawan bakteria dan virus.
8. Membantu kesihatan jantung β lemak baik santan membantu mengekalkan paras kolesterol seimbang.
9. Meningkatkan fungsi otak β MCT (medium-chain triglycerides) dalam santan menyokong kesihatan otak.
10. Menambah rasa dalam masakan β memberikan rasa lemak berkrim dalam gulai atau kari.
11. Merawat luka ringan β boleh digunakan secara luaran untuk membantu proses penyembuhan.
12. Mengurangkan jerawat β membantu menyeimbangkan minyak berlebihan di wajah.
13. Menjadi bahan lulur badan β dicampur beras atau kopi untuk scrub semulajadi.
14. Mencegah penuaan kulit β antioksidan dalam santan membantu melawan radikal bebas.
15. Merawat kulit terbakar matahari β menyamankan kulit yang terkena sinar UV.
16. Membantu menguatkan tulang β kandungan mineral seperti fosforus dan magnesium menyokong tulang sihat.
17. Membantu sistem pencernaan β lemak sihatnya mudah dihadam dan menyokong keseimbangan usus.
18. Meningkatkan berat badan sihat β pilihan baik untuk mereka yang perlu naik berat dengan cara berkhasiat.
19. Menambah tenaga cepat β MCT cepat diubah menjadi tenaga berbanding lemak biasa.
20. Mengurangkan stress β aromanya yang wangi memberi kesan menenangkan bila digunakan sebagai rawatan spa.
Kita je yang lalai, orang Rusia dah lama minum air santan kelapa tua, terbukti ianya banyakk manfaat kan. π€£
Sumber: Pertanian Satu Perniagaan. π·The Vocket
26/06/2025
Madu asli sahaja tidak beku (crystalize) bila disimpan dalam peti ais!
Bagi pengetahuan umum, kajian terbitan Elsevier oleh SoniaAmariei
dari University of Suceava, Suceava (USV) menafikan tanggapan madu yang mengeras adalah palsu atau ditambah air gula, kerana crystallization proses merupakan bukti kukuh madu itu asli dan semulajadi.
Mengikut penjelasan Dr. Suri Roowi dari MARDI mengatakan madu lebah asli mengandungi air sebanyak 18%-20%. Maka madu lebah asli atau tiruan tetap akan mengeras jika dibiarkan lama didalam peti sejuk beku terlalu lama.
Hasil kajian Dr. Nurul Zaizuliana dari UniSZA p**a menunjukkan kadar crystallization madu akan berbeza mengikut jenis madu (Hutan, kelulut, akasia dan gelam). Madu yang tinggi dengan glusoce level seperti gelam dan hutan akan crystalize dengan lebih cepat. Proses crystallization akan lebih cepat sekiranya disimpan di tempat sejuk seperti peti ais.
Research Reference :
https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S1466856420304276, https://doi.org/10.1016/j.ifset.2020.102481
https://blogmardi.wordpress.com/tag/madu-dalam-peti-ais/http://www.ifrj.upm.edu.my/24%20(07)%202017%20supplementary/(35)%20R1.pdf
14/06/2025
Tak cuba takkan tahu sampai bila2.cuba dulu sekali.kalau madu asli tetap asli.keunikan rasa dia tu nak gambar kan susah dgn kata2.
tuan puan perlu cuba makan sendiri
03/06/2025
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok.
Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.
Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.
Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam Jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni.
Caranya ialah:
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.
Kredit : DrRizal Abu Bakar
30/05/2025
Petua Hilangkan Lenguh-Lenguh Badan, Buang Angin & Kempiskan Perut.
Bahan-Bahan:
Beberapa Helai Daun pandan
2 inci halia ( diketuk)
2 gelas air
2 sudu madu tualang
(letak paling akhir ,masa air dah suam)
Cara Membuat:
1. Rebus air dari 2 gelas jadikan 1 gelas. Minum suam-suam sedap. Dapur pun wangi je sebab bau pandan.
Fungsi air rebusan daun pandan madu dan halia ini bagus untuk:
1. Buang angin dalam badan, kurangkan lenguh badan dan boleh bantu kempiskan perut.
Elok buat banyak2 letak dalam peti ais lepastu minum 2kali sehari
Semoga bermanafaat
25/05/2025
Lemon Untuk Turunkan Suhu Demam/batuk/kahak & selsema
Cuaca sekarang sangat panas jika dibandingkan dengan dahulu. Dah lama tak hujan sehingga anak pun selalu jatuh sakit terutama sekali demam. Ibu mesti risaukan kalau anak demam? Tapi, kalau nak bagi makan ubat, tak baik p**a untuk organ dalaman anak kita yang belum matang itu. Jadi, eloklah kita cari cara tradisional untuk merawat demam anak kita.
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
Salah satu cara nak turunkan suhu badan anak adalah dengan menggunakan lemon. Ini kerana lemon membantu untuk menurunkan suhu badan yang panas dengan cepat.
Cara nak buat pun senang sahaja. Bahan-bahan yang kita perlukan hanyalah lemon dan air. Lemon boleh dihiris mahupun diperah untuk mengambil jusnya.
1. Air perahan lemon + air (Nisbah 1:1)
β Perah lemon ke dalam mangkuk dan campurkan dengan air.
β Masukkan ke dalam botol spray dan semburkan di kepala anak kita supaya sentiasa basah. Boleh juga di rendam dengan kain dan diletakkan di kepala si manja.
2)Rendam sarung kaki (stokin)
Selain itu, basahkan sarung kaki anak di dalam campuran air lemon sekejap.Angkat sarung kaki, perah seidikit.Pakaikan sarung kaki kepada anak pada waktu malam.
3)HIRISAN LEMON
β hiriskan lemon dan lekatkan di tapak kaki mereka dan selotapekan lemon itu supaya tak tanggal π
β Spray kan kaki dan kepala si manja dengan air perahan lemon juga supaya kaki mereka sentiasa basah. In sya Allah cepatlah turunnya suhu yang panas tu.
4)MANDIAN LEMON
1- Penuhkan bekas mandian bayi dengan air suam
2- Potong 1-3 biji lemon dan letakkan di dalam air
3- Biarkan lemon terendam di dalam air selama 2 minit
4- Siap boleh mandikan bayi anda
πΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈπΈ
Perjalanan demi madu asli
Alhamdulilah
10/04/2025
Fadli..maliki is LIVE | TikTok Beli dalam live ada kupon. | Check out Fadli..maliki LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Fadli..maliki.
11/11/2024
Promosi 11.11
Fadlimaliki is LIVE | TikTok promosi 11.11. | Check out Fadlimaliki LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Fadlimaliki.
21/10/2024
Jom join live promosi madu
Fadli..maliki is LIVE | TikTok Jom Live dengan Madu. | Check out Fadli..maliki LIVE videos on TikTok! Watch, follow, and discover the latest content from Fadli..maliki.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kota Bharu
16100