Kota Jembal E-Shop Online

Kota Jembal E-Shop Online

Share

Menjual Pakaian,Barangan Kesihatan Lelaki Dan Perempuan

21/09/2022

Pesan Guru saya,
Fasa ini fasa kita bertahan.Musuh menyerang dr segenap penjuru.Fasa ini kita muhasabah diri terhadap dosa2 kita dgn bykkan Istighfar,solat taubat & hajat.Banyakkan berselawat,zikir,wirid & belajar Fardhu Ain.Sedikit masa lagi fasa ujian & kebangkitan.

05/09/2022

Tips kesihatan untuk bulan September

1. Bulan September mempunyai 30 hari. Menurut kitab karya Imam Ali Ridho, angin pada bulan September biasanya mula menyegarkan (refreshing).

2. Akan tetapi pada bulan ini biasanya membawa kesedihan dan kemurungan. Depresi juga biasanya memuncak pada bulan ini.

3. Penyakit berkaitan kepala akan mudah menyerang seperti sakit kepala, darah tinggi, migrain, marah dan seumpamanya. Penyakit ini akan membawa kesedihan dan kekesalan.

4. Maka, Imam telah menyarankan agar mengambil manisan yang menyihatkan (spt; madu, gula merah, stevia, buah manis dll | elakan gula putih dan pemanis tiruan).

5. Selain makan manisan yang menyihatkan, anda juga digalakkan memperbanyak memakan daging kambing pada bulan ini kerana ia boleh menghilangkan kesedihan.

6. Elakkan memakan daging lembu dan makanan yang dipanggang seperti bbq dan ikan bakar. Kesan hangit daripada makanan dipanggang akan mudah mengubah mood seseorang pada bulan ini.

7. Elakkan terlalu kerap mandi pada bulan ini dan elakkan memakan semua jenis melon dan timun kerana ia membawa kesejukan pada tubuh yang boleh mengakibatkan mudah demam pada bulan ini.

8. Anda digalakkan meminum air pelawas (laxative) seperti julap, jamu, teh hijau, teh sanna, khal, garcinia dll. Pada bulan ini, seseorang amat sesuai mencuci isi perutnya dan membersihkan usus.

9. Anda juga digalakkan memakai wangian dengan aroma sederhana (mild tempered) dan menenangkan (calming) seperti bauan bunga daisy, lily, rose, lavender dan sebagainya. Elakkan wangian berbau keras dan tajam.

Itu sahaja serba sedikit yang dapat dikongsi buat anda pada bulan ini. Semoga dengan sedikit tips ringkas ini dapat menambah baik kehidupan kita pada bulan ini dengan berpandu kepada anjuran alim ulama terdahulu.

Panduan ini diolah berdasarkan salinan Risalah Emas karangan Al-Imam Ali ibn Musa Ar-Ridho.

Semoga beroleh manfaat dan dipersilakan untuk disebarluaskan.

Sekian.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kota Jembal
Kota Bharu
16150