Imedikel HQ

Imedikel HQ

Share

Imedikel manufacturing also with GMP status and has a certificate that is part of the Halal OEM recog

2024 ©I MEDIKEL GLOBAL SDN. BHD. Co.

No. 201101035814 (963948-M) The company is owned by Bumiputera's and operated by a team of professionals experienced in their respective fields. Formulations and products are produced based on natural ingredients. Imedikel manufacturing also with GMP status and has a certificate that is part of the Halal OEM recognition from Jakim. The company is strongly committed to developing formulations to obtain high quality product results for cosmetic products, beverages and supplements.

15/04/2026

KOTA BHARU: Pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membuktikan inovasi tempatan mampu mencipta kejayaan apabila berjaya merangkul gelaran johan dalam satu pertandingan selepas menggunakan formula produk daripada IMedikel sebagai asas projek mereka.

Seorang pelajar yang ditemui, Muhammad Hang Sufi Md Hang Tuah berkata, kerjasama bersama IMedikel membolehkan mereka menghasilkan produk Lip Balm dan Face Oil dalam tempoh hanya sebulan selepas sesi perbincangan dijalankan.

Menurutnya, produk tersebut dihasilkan menggunakan bahan organik sepenuhnya termasuk ekstrak brokoli yang mengandungi minyak argan lebih tinggi serta membantu memberi kesan radiant dan melembutkan kulit wajah dengan lebih ketara.

Jelasnya lagi, produk tersebut bukan sahaja diperkenalkan untuk Business Combat 2026 sempena Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Kebangsaan, malah turut dirancang untuk dipasarkan secara lebih meluas dan kini berada dalam peringkat audit sebelum penjualan.

Sufi berkata, syarikat mereka yang dikenali sebagai Blooming Seed itu dianggotai lima ahli iaitu Tan Sadahana Amirah Tan Sharifuddin, Amal Ahmad Fathan, Nagesen A/L Asathampy dan Nurul Fatyha Mohamed.

Kejayaan tersebut sekali gus membuktikan formulasi produk daripada IMedikel mampu membantu pelajar menghasilkan inovasi berkualiti sehingga berjaya meraih kemenangan di peringkat kebangsaan.

Sebelum ini, mereka berjaya merangkul gelaran juara dalam Pertandingan Business Combat 2026 sempena PUM Peringkat Kebangsaan pada 1 hingga 2 April lepas di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

IMedikel TV

15/04/2026

KOTA BHARU: Pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membuktikan inovasi tempatan mampu mencipta kejayaan apabila berjaya merangkul gelaran johan dalam satu pertandingan selepas menggunakan formula produk daripada IMedikel sebagai asas projek mereka.
____________________________________________
𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡, 𝐤𝐥𝐢𝐤 https://www.imedikeltv.com.my/formula-produk-dari.../, 𝐈𝐆 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲, 𝐥𝐢𝐧𝐤 𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐨 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐥𝐚𝐲𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐞𝐛 𝐈𝐌𝐞𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥 𝐓𝐕, 𝐰𝐰𝐰.𝐢𝐦𝐞𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥𝐭𝐯.𝐜𝐨𝐦.𝐦𝐲

KOTA BHARU: Pelajar dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membuktikan inovasi tempatan mampu mencipta kejayaan apabila berjaya merangkul gelaran johan dalam satu pertandingan selepas menggunakan formula produk daripada IMedikel sebagai asas projek mereka.
____________________________________________
𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡, 𝐤𝐥𝐢𝐤 https://www.imedikeltv.com.my/formula-produk-dari-imedikel-bantu-pelajar-umk-rangkul-johan-pertandingan-kebangsaan/, 𝐈𝐆 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲, 𝐥𝐢𝐧𝐤 𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐨 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐥𝐚𝐲𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐞𝐛 𝐈𝐌𝐞𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥 𝐓𝐕, 𝐰𝐰𝐰.𝐢𝐦𝐞𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥𝐭𝐯.𝐜𝐨𝐦.𝐦𝐲

15/04/2026

KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus memperkukuh agenda keusahawanan dalam kalangan pelajar menerusi penganjuran program Trailblazer Cup Homeground Enterprise Challenge Trophy 2026 yang berlangsung dari 13 hingga 16 April di H Elite Hotel.
____________________________________________
𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡, 𝐤𝐥𝐢𝐤 https://www.imedikeltv.com.my/umk-sasar-lahirkan-bakat.../, 𝐈𝐆 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲, 𝐥𝐢𝐧𝐤 𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐨 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐥𝐚𝐲𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐞𝐛 𝐈𝐌𝐞𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥 𝐓𝐕, 𝐰𝐰𝐰.𝐢𝐦𝐞𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥𝐭𝐯.𝐜𝐨𝐦.𝐦𝐲

KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) terus memperkukuh agenda keusahawanan dalam kalangan pelajar menerusi penganjuran program Trailblazer Cup Homeground Enterprise Challenge Trophy 2026 yang berlangsung dari 13 hingga 16 April di H Elite Hotel.
____________________________________________
𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡, 𝐤𝐥𝐢𝐤 https://www.imedikeltv.com.my/umk-sasar-lahirkan-bakat-usahawan-melalui-trailblazer-cup-2026/, 𝐈𝐆 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲, 𝐥𝐢𝐧𝐤 𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐨 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐥𝐚𝐲𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐞𝐛 𝐈𝐌𝐞𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥 𝐓𝐕, 𝐰𝐰𝐰.𝐢𝐦𝐞𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥𝐭𝐯.𝐜𝐨𝐦.𝐦𝐲

09/04/2026
08/04/2026

KOTA BHARU: IMedikel kini menjadi pengilang bagi produk berasaskan makanan dan kosmetik di bawah jenama Ethio Malaya untuk dipasarkan ke pasaran antarabangsa khususnya Ethiopia.
____________________________________________
𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡, 𝐤𝐥𝐢𝐤 https://www.imedikeltv.com.my/imedikel-jadi-pengilang.../, 𝐈𝐆 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲, 𝐥𝐢𝐧𝐤 𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐨 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐥𝐚𝐲𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐞𝐛 𝐈𝐌𝐞𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥 𝐓𝐕, 𝐰𝐰𝐰.𝐢𝐦𝐞𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥𝐭𝐯.𝐜𝐨𝐦.𝐦𝐲

KOTA BHARU: IMedikel kini menjadi pengilang bagi produk berasaskan makanan dan kosmetik di bawah jenama Ethio Malaya untuk dipasarkan ke pasaran antarabangsa khususnya Ethiopia.
____________________________________________
𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡, 𝐤𝐥𝐢𝐤 https://www.imedikeltv.com.my/imedikel-jadi-pengilang-produk-ethio-malaya-untuk-pasaran-antarabangsa/, 𝐈𝐆 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲, 𝐥𝐢𝐧𝐤 𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐨 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐥𝐚𝐲𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐞𝐛 𝐈𝐌𝐞𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥 𝐓𝐕, 𝐰𝐰𝐰.𝐢𝐦𝐞𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥𝐭𝐯.𝐜𝐨𝐦.𝐦𝐲

20/03/2026

Buluh dianyam cantik sekali,
Ketupat dihidang di pagi hari,
Warga Imedikel menyusun jari,
Selamat Hari Raya buat semua yang dikasihi. 🌙✨

Hari raya telah pun tiba, tanda kemenangan milik kita semua.

Kami, seluruh warga kerja Imedikel Pharma Holding Berhad, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami. Maaf zahir dan batin daripada kami seikhlas hati! 🤝

Tibalah masa untuk kami warga kerja Imedikel berehat sejenak dan meraikan hari raya bersama keluarga tercinta.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan, rakan niaga, dan pengikut setia kami. Maaf Zahir & Batin! 🙏✨

20/03/2026

Gema Takbir, Tanda Kesyukuran. 🌙✨

Gema takbir kini berkumandang, menandakan berakhirnya sebulan Ramadan yang penuh keberkatan. Tibalah masa untuk kita meraikan kemenangan ini dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan.

Segenap warga kerja Imedikel Pharma Holding Berhad ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua rakan niaga, pelanggan, dan seluruh umat Islam.

Semoga syawal ini membawa sinar kesihatan dan kebahagiaan yang berpanjangan buat anda dan keluarga.

07/03/2026

✨ SALAM NUZUL AL-QURAN / 17 RAMADAN 1447H✨

Firman Allah S.W.T:

اِنَّآ اَنْزَلْنٰهُ فِيْ لَيْلَةٍ مُّبٰرَكَةٍ اِنَّا كُنَّا مُنْذِرِيْنَ ۝٣
Maksudnya :
"Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab)".

(QS : Ad Dukhan: 3)

Nuzul Quran ialah peristiwa penting dalam Islam yang memperingati turunnya wahyu pertama Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril A.S yang menjadi petunjuk dan rahmat kepada seluruh umat Islam. Marilah kita mengambil peluang di bulan Ramadan yang penuh keberkatam ini untuk memperbanyakkan membaca, memahami dan menghayati Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk mengamalkan ajaran Al-Quran dan memperoleh keberkatan daripada-Nya.

19/02/2026

🌙🌙🌙 MARHABAN YAA RAMADAN🌙🌙🌙

✨ UCAPAN RAMADAN AL MUBARAK 2026, BERSAMAAN 01 RAMADAN 1447H ✨

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Firman Allah SWT:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” (QS Al-Baqarah: 183).

Di Kesempatan ini, Pihak Pengurusan Tertinggi I Medikel Pharma Holding Berhad ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh warga kerja di I Medikel Pharma Holding Berhad.

Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menjadi satu medan untuk kita meningkatkan ketakwaan, memperkukuhkan ukhuwah, serta memperbanyakkan amal kebajikan. Ini adalah bulan dimana setiap amalan kebaikan dilipatgandakan ganjarannya dan pintu-pintu rahmat Allah S.W.T terbuka seluas-luasnya.

Semoga kedatangan bulan Ramadan pada tahun ini, lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini, diharapkan juga dengan kedatangan Ramadan kali ini, akan membawa seribu kerahmatan serta keinsafan kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada semua staf Dan kakitangan I Medikel Pharma Holding Berhad serta diberikan kesempatan bagi kita untuk memperbaiki diri, meningkatkan keimanan, dan menumbuhkan rasa kasih sayang antara satu sama lain terutamanya dalam kalangan keluarga besar Imedikel. Mari kita menyambut Ramadan dengan hati penuh rasa kebahagiaan dan kesyukuran."

Aamiin

17/02/2026

Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2026!

Semoga tahun yang baharu ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan serta kemakmuran yang melimpah ruah kepada anda dan keluarga tersayang.

Semoga setiap langkah dipermudahkan, setiap usaha membuahkan kejayaan dan setiap impian menjadi kenyataan.

Gong Xi Fa Cai!
Xin Nian Kuai Le! 🐎✨

Photos from Imedikel HQ's post 17/02/2026

Menjulang Usahawan Muda, Mengangkat Ilmu ke Dunia Langkah Baharu, Harapan Baharu untuk Kesihatan & Kecantikan

Di sebalik setiap rawatan yang selamat dan berkualiti, ada komitmen, kepercayaan dan tanggungjawab yang besar terhadap kesejahteraan pengguna.

Kerjasama strategik antara Sofea Group dan IMedikel membuka satu lembaran baru dalam dunia medispa, klinik pergigian dan perubatan — membawa masuk mesin-mesin perubatan berdaftar, mematuhi piawaian pihak berkuasa dan diluluskan KKM demi keselamatan setiap pelanggan.

Setiap perbincangan membuka ruang kepada satu matlamat yang sama:
✨ memberikan rawatan yang lebih selamat
✨ menawarkan teknologi yang diyakini
✨ dan menghadirkan servis premium kepada masyarakat

Di IMedikel, kami percaya kepercayaan dibina melalui kualiti, pematuhan piawaian dan komitmen menjaga keselamatan pengguna.

Terima kasih Sofea Group atas kunjungan dan kepercayaan yang diberikan. Semoga kerjasama ini menjadi langkah besar dalam memberikan yang terbaik kepada industri dan pelanggan.

13/01/2026

PELAJAR KEUSAHAWANAN KIMIA UMT DIDEDAH REALITI INDUSTRI MELALUI LAWATAN AKADEMIK KE IMPHB

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


PT 303, WISMA IMEDIKEL, Jalan Kuala Krai
Kota Bharu
15050

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00