CME Cosmetic
Whatssap
19/07/2025
Benar. Orang yang paling ikhlas selalunya adalah yang paling senyap terluka. Dia tak pandai meminta, tak reti merungut. Bila terlalu rapat , dia beri sehabis baik. Bukan untuk dipuji, tapi kerana itulah diri nya...
Malangnya, keikhlasan itu sering disalah anggap. Bila dia tak berkira, orang ambil mudah. Bila dia sabar, orang semakin melampau. Bila dia bertahan saat di hina dan di pandang rendah orang fikir dia takkan pergi.
Tapi orang yang ikhlas juga ada hadnya. Bila hati yang jujur terlalu lama tak dihargai, akhirnya dia belajar melepaskan dalam diam. Bukan kerana dendam , tapi kerana dia sedar, ini lah kehidupan dunia,,,sepahit dan seteruk apa pun ujian dan dugaan tetap bersabar melaluinya...
Jadi, hargailah orang yang ikhlas , baik Sebab bila dia dah pergi, takkan ada yang mampu menggantikan cara diri nya...
17/07/2025
Kehadiran khalifah Faqih Kasyaf membawa berjuta juta rezeki,
Alhamdulillah dikelilingi orang yg baik baik,, Terima kasih semoga kalian sentiada berada di dalam rahmat allah swt amin β€οΈ
16/07/2025
04/07/2025
JANGAN BELAGAK OK ππ€ͺ
28/06/2025
Dalam hidup dan bisnes, saya belajar satu benda penting iaitu dalam nak buat apa-apa pun , baik keputusan hidup mahupun kerjaya, buatlah dengan hati yang ikhlas , bukannya untuk berlumba-lumba .
Bila niat kita jelas, langkah kita pun jadi tenang. Tak tamak hingga yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran . Tak perlu laju macam orang lain tapi mengayuh dengan terus dalam rentak langkah sendiri . Yang penting, terus konsisten, jujur, dan terus belajar.
Jangan terlalu kejar untuk nampak sempurna di mata manusia. Kita akan penat, hilang diri sendiri, dan masih juga tak cukup di mata sesetengah orang. Bukan semua orang akan faham kenapa kita buat apa yang kita buat. You don't owe any explanation to others . Bukan semua akan hargai usaha kita. So buatlah dengan ikhlas dan jujur . Kita buat sehabis baik , bukan untuk dipuji tapi untuk jadi versi terbaik diri sendiri.
Doa saya semoga kita terus kuat dan semangat dalam mencari rezeki halal dan berkat amin... β€οΈ
19/06/2025
Dulu, kita paling βberiaβ tanya update orang lain, nak jadi paling βadaβ. Namun, sekarang rasanya kita dah mula belajar bersederhana.
Orang nak bercerita, kita dengar.
Mereka nak berahsia, kita pun tak beria nak ambik tahu.
Mereka kata kita berubah, sedangkan mereka tak pernah tanya apa yang buat kita berubah.
Jika dengan berubah βcara iniβ, yang tidak lagi beria ni akan selamatkan hati kita dari terluka lagi, kita akan buat.
Sebab dewasa itu tentang nak rasa tenang dan selamat sahaja.
Begituhlah.
15/06/2025
Menjauh itu bukan kerana dendam π
Tapi kerana memilih untuk menjaga hati sendiri yang pernah terguris , lumrah kita manusia pasti ada yg tersalah or tersilap dalam kehidupan,,,
Bukan mudah untuk kembali mesra dengan seseorang yang pernah kita berbuat baik ,
sy sudah memaafkan semua,
tapi jiwa masih perlukan masa untuk pulih dengan aman dan tenang , bagi sy memaafkan semua orang untuk mendapatkan kemaafan allah swt , sebab kita manusia bukan malaikat, terpulang orang itu nak memaafkan atau pun tidak, sbb bagi sy kemaafan allah swt lebih bermakna dalam kehidupan sy.
jadi nk dapat kemaafan allah ni sy kena maafkan ore pernah melukai sy , atau pun bercakap belakang pasal sy.. apa apa salah pun dgn sy , sy memaafkan semua... dan maafkan lh juga sy...
Menjaga jarak itu bukan bererti sombong, tapi tanda kita belajar dari pengalaman. Kita boleh berbuat baik, boleh menyambut jika disapa, tapi untuk kembali seperti dahulu, mungkin perlukan mas lagi. Ada batas yang perlu dijaga demi ketenangan diri sendiri.
Dan itulah bentuk dewasa yang sebenar. Tidak menyimpan dendam, tidak membalas dengan kebencian, tapi juga tidak memaksa diri untuk pura-pura rapat demi menjaga imej.
Cukuplah sekadar tahu, mereka ada, dan kita juga masih wujud...
cuma tidak lagi dalam ruang yang sama
kerana hidup perlu diteruskan....
15/05/2025
Tiada honda prenggg xpelah,,, janji boleh bagi isteri emas tiap bulan alhamdulillah syukur nikmat allah swt π₯°π₯°π₯°
BAHAGIA CARA KITA DIAM DIAM π
14/04/2025
My Boy ππ»
01/04/2025
Bahagia itu bukan bila kita ada semua benda. Tapi bila kita tahu hargai apa yang kita ada. Itulah bahagia. Jalan cerita kita dan orang lain tak sama. Belajar untuk hidup cara kita, gaya kita. Hargai setiap apa yang kita ada. Itu lebih membuatkan kita lebih tenang & bahagia.
Selamat Hari Raya π
01/04/2025
FIRST EID π€
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kota Bharu
15300