AK Confinement Care & Beauty
Pakej Berpantang Ibu dan Bayi
Pakar Penjagaan Kulit Muka
Food Pantang Delivery
0179006695
10/08/2026
πΏ DONE HARI KE-41 MISI IKA πΏ
Alhamdulillah, selesai sudah tugasan hari ini π€
Hari ini menyediakan:
πΏ Pantang Mandi Herba Ibu & Bayi
πΈ Mandi Bunga Ibu & Bayi
Segar dengan aroma herba dan bunga, sambil mencipta suasana yang lebih tenang dan nyaman untuk ibu dan si manja π₯°
Terima kasih atas kepercayaan memilih servis rawatan kami π€
Semoga ibu terus sihat, dipermudahkan sepanjang tempoh berpantang dan bayi membesar dengan sihat serta ceria π·
β¨ Selesai satu lagi misi dengan penuh kasih sayang β¨
07/08/2026
β FAQ #7 | Bilakah Waktu Terbaik Memulakan Rawatan Berpantang?
Ramai ibu bertanya, "Perlu tunggu hari ke-7, hari ke-14 atau habis pantang baru boleh berurut?"
Jawapannya, tiada satu tempoh yang sesuai untuk semua ibu. Tempoh memulakan rawatan bergantung kepada cara kelahiran, tahap pemulihan ibu dan penilaian terapis.
π€± Bersalin Normal Kebiasaannya rawatan boleh dimulakan seawal 24 jam selepas bersalin, sekiranya keadaan ibu stabil, tiada pendarahan berlebihan dan tiada komplikasi.
π€± Bersalin Czer (Caesarean) Tempoh rawatan bergantung kepada tahap pemulihan ibu. Ada ibu yang boleh memulakan rawatan lebih awal jika keadaan mengizinkan dan mendapat kebenaran doktor. Bagi kebanyakan ibu, rawatan lebih selamat dimulakan selepas tamat suntikan pencair darah (kebiasaannya sekitar 10 hari) atau mengikut nasihat doktor yang merawat.
ππ»ββοΈ Di AK Confinement Care & Beauty, setiap ibu akan dinilai terlebih dahulu sebelum rawatan dijalankan. Kami tidak mengamalkan pendekatan "satu rawatan untuk semua", sebaliknya setiap rawatan disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan individu.
β€οΈ Keselamatan dan keselesaan ibu sentiasa menjadi keutamaan kami.
π Dikendalikan oleh Terapis Berlesen
π² Tempahan & pertanyaan: 017-900 6695
AK CONFINEMENT CARE & BEAUTY
Rawatan Tradisional, Sentuhan Profesional.
06/08/2026
πΈ PENUTUP PANTANG JOURNEY DR. TYRA | HARI KE-41 πΈ
Alhamdulillah, selesai sudah Penutup Pantang Journey Dr. Tyra. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada AK Confinement Care & Beauty untuk menemani perjalanan berpantang hingga ke penghujung. π€
Rawatan Penutup Pantang yang diterima:
πΏ Mandi Herba Ibu & Anak
πΈ Mandi Bunga Ibu & Anak
πͺ· Lulur Badan Ibu
β¨ Facial Mary Kay
Penutup pantang bukan sekadar mengakhiri tempoh berpantang, tetapi menjadi simbol permulaan baharu buat seorang ibu. Semoga rawatan ini memberikan kesegaran tubuh, ketenangan minda, keyakinan diri serta memulihkan tenaga selepas melahirkan cahaya mata.
Terima kasih Dr. Tyra atas kepercayaan yang diberikan. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan bahagia bersama keluarga tercinta. β€οΈ
ββββββββββββββββββ
AK CONFINEMENT CARE & BEAUTY
πββοΈ Rawatan Berpantang & Urutan Tradisional Sejak 2012
π Kota Bharu, Kelantan
π 017-900 6695
ββββββββββββββββββ
Bertungku !
06/08/2026
β FAQ #6 | Boleh Ke Berurut Semasa Hamil?
Jawapannya: Boleh, tetapi bergantung pada usia kandungan, tahap kesihatan ibu dan penilaian terapis. π€°π
Ramai ibu mengandung mengalami: πΏ Sakit belakang dan pinggang. πΏ Lenguh badan. πΏ Ketegangan bahu dan tengkuk. πΏ Bengkak kaki. πΏ Sukar tidur akibat ketidakselesaan badan.
Urutan pranatal bukan sekadar untuk relaks, tetapi bertujuan membantu memberikan keselesaan kepada ibu sepanjang kehamilan dengan teknik yang sesuai.
ππ»ββοΈ Sebelum rawatan dijalankan, kami akan membuat penilaian terlebih dahulu, antaranya: βοΈ Usia kandungan. βοΈ Tahap kesihatan ibu. βοΈ Sejarah kehamilan. βοΈ Nasihat daripada doktor jika perlu.
β οΈ Rawatan mungkin tidak sesuai atau perlu ditangguhkan sekiranya terdapat kehamilan berisiko tinggi, pendarahan, kontraksi pramatang, kebocoran air ketuban, atau keadaan lain yang memerlukan pemantauan doktor.
β€οΈ Keselamatan ibu dan bayi sentiasa menjadi keutamaan kami.
π Rawatan dikendalikan oleh Terapis Berlesen.
π² Tempahan & pertanyaan: WhatsApp 017-900 6695
AK CONFINEMENT CARE & BEAUTY
Rawatan Tradisional, Sentuhan Profesional.
05/08/2026
πΈ KES SELESAI | MILK BLEB (TITIK PUTIH PADA PUTING) πΈ
Alhamdulillah, hari ini Kak Mika telah membantu seorang ibu yang mengalami masalah milk bleb. Sebelum rawatan dimulakan, penilaian dan konsultasi dilakukan terlebih dahulu bagi memastikan rawatan yang diberikan bersesuaian dengan keadaan ibu.
Bagi kes ini, dimulakan dengan tuaman ais untuk membantu mengurangkan keradangan dan ketidakselesaan, diikuti urutan laktasi secara lembut bagi membantu melancarkan aliran susu yang tersumbat.
β¨ Selepas rawatan, ibu berasa lebih lega dan penyusuan menjadi lebih selesa.
πLokasi: Pulau Hilir π©ββοΈ Terima kasih Dr. Fara atas kepercayaan yang diberikan kepada AK Confinement Care & Beauty.
β οΈ Jika ibu mengalami: β’ Titik putih pada hujung puting β’ Sakit mencucuk ketika menyusu atau mengepam β’ Susu sukar keluar daripada satu saluran β’ Bayi sukar mengosongkan payudara
Jangan abaikan kerana ia boleh meningkatkan risiko saluran susu tersumbat atau mastitis jika tidak ditangani dengan betul.
π² Tempahan & pertanyaan: Kak Mika β AK Confinement Care & Beauty π 017-900 6695
"Rawatan yang betul bermula dengan penilaian yang tepat."
05/08/2026
β FAQ #5 | Betul Ke Urutan Boleh Buang Angin Dalam Badan?
Jawapannya: Urutan tidak "membuang angin" secara langsung, tetapi ia boleh membantu melegakan ketidakselesaan yang dikaitkan dengan angin. π
Ramai pelanggan datang kerana rasa: πΏ Perut kembung. πΏ Badan berangin. πΏ Belakang dan pinggang terasa tegang. πΏ Bahu dan tengkuk mudah lenguh. πΏ Badan terasa berat dan tidak selesa.
β¨ Melalui urutan yang bersesuaian, ia boleh membantu: βοΈ Mengurangkan ketegangan otot. βοΈ Memberikan rasa lebih selesa dan relaks. βοΈ Merangsang peredaran darah. βοΈ Membantu mengurangkan rasa kembung dan tidak selesa pada sesetengah individu.
β οΈ Jika sakit perut sangat kuat, berpanjangan, disertai demam, muntah, pendarahan atau simptom lain yang membimbangkan, dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu. Urutan bukan pengganti rawatan perubatan.
ππ»ββοΈ Di AK Confinement Care & Beauty, setiap pelanggan akan dinilai terlebih dahulu supaya rawatan yang diberikan sesuai dengan keadaan badan masing-masing.
π Rawatan dikendalikan oleh Terapis Berlesen.
π² Tempahan & pertanyaan: WhatsApp 017-900 6695
AK CONFINEMENT CARE & BEAUTY
Rawatan Tradisional, Sentuhan Profesional.
04/08/2026
πΏ URUTAN KESIHATAN | REGULAR CUSTOMER πΏ
Alhamdulillah, hari ini berkunjung ke rumah Mama di Lundang. β€οΈ
Mama merupakan pelanggan tetap Kak Mika yang akan membuat urutan kesihatan setiap 2β3 bulan sekali untuk membantu melegakan sakit badan, lenguh-lenguh, ketegangan otot serta memberi rasa lebih ringan dan segar.
Penjagaan kesihatan bukan hanya bila sakit, tetapi juga sebagai ikhtiar menjaga tubuh agar terus sihat dan bertenaga.
Terima kasih Mama atas kepercayaan yang berterusan kepada AK Confinement Care & Beauty. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan. π€²π
πServis ke rumah sekitar Kota Bharu & kawasan berhampiran.
π² 017-900 6695 β Kak Mika (Temujanji diperlukan)
04/08/2026
β FAQ #4 | Boleh Ke Berurut Semasa Datang Haid?
Jawapannya: Boleh, bergantung kepada keadaan individu. π
Ramai wanita risau urutan ketika haid boleh memudaratkan. Sebenarnya, urutan ringan yang bersesuaian boleh dilakukan jika keadaan badan mengizinkan.
ππ»ββοΈ Ada wanita yang mendapatkan rawatan ketika haid kerana mengalami: πΏ Senggugut. πΏ Sakit pinggang dan belakang. πΏ Lenguh badan. πΏ Ketegangan bahu dan tengkuk. πΏ Badan letih dan tidak selesa.
β οΈ Namun, rawatan mungkin akan ditangguhkan atau diubah suai jika: β Aliran haid terlalu banyak. β Mengalami kesakitan yang teruk. β Badan terlalu lemah atau pening. β Mempunyai masalah kesihatan tertentu yang memerlukan perhatian.
Di AK Confinement Care & Beauty, setiap pelanggan akan dinilai terlebih dahulu supaya teknik urutan disesuaikan mengikut keadaan badan dan tahap keselesaan masing-masing.
β€οΈ Keselesaan dan keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami.
π Rawatan dikendalikan oleh Terapis Berlesen.
π² Tempahan & pertanyaan: WhatsApp 017-900 6695
AK CONFINEMENT CARE & BEAUTY
Rawatan Tradisional, Sentuhan Profesional.
03/08/2026
ππππ ππππππ πππ ππππππππππ | ππ ππππππ
π Kota Seribong
Alhamdulillah, petang ini Kak Mika berpeluang memberikan rawatan urutan pranatal kepada Dr. Adlin yang sedang hamil 23 minggu.
Beliau mengadu mengalami kesakitan yang sangat kuat di bahagian pelvis. Menurut beliau, keadaan tersebut lebih menjurus kepada Pelvic Girdle Pain (PGP) atau melibatkan kawasan symphysis p***s, sehingga pergerakan menjadi terbatas dan kesakitan yang dialami agak mencabar.
Sesi urutan pranatal dilakukan menggunakan teknik yang lembut dan sesuai untuk ibu mengandung. Alhamdulillah, selepas sesi selesai, Dr. Adlin memaklumkan badan terasa lebih ringan dan kesakitan yang dirasai berkurangan berbanding sebelum rawatan.
Pelvic Girdle Pain (PGP) ialah masalah yang agak kerap berlaku semasa kehamilan akibat perubahan hormon, kelonggaran sendi pelvis dan perubahan biomekanik badan. Dengan penjagaan yang sesuai, senaman yang disarankan serta sokongan daripada profesional kesihatan, ramai ibu dapat menjalani kehamilan dengan lebih selesa.
Terima kasih Dr. Adlin atas kepercayaan yang diberikan kepada AK Confinement Care & Beauty. Semoga dipermudahkan segala urusan sehingga tiba waktu kelahiran nanti. β€οΈ
Urutan pranatal bertujuan membantu meningkatkan keselesaan ibu hamil dan bukan pengganti pemeriksaan atau rawatan oleh doktor. Sekiranya kesakitan semakin teruk atau berterusan, dapatkan penilaian daripada doktor atau ahli fisioterapi.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kota Bharu
16150
Alerts
Be the first to know and let us send you an email when AK Confinement Care & Beauty posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.