Budak Kick
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Budak Kick, Health/Beauty, Kota Bharu.
08/06/2023
TAHNIAH PELAJAR SPM 2022
Bagi pihak Ketua Penerangan Gagasan Rakyat (PGRS),YB Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan kami ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar SPM atas keputusan yang diterima.
Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa memberikan yang terbaik demi kejayaan anak-anak.
Apapun keputusan yang diterima,
Jangan pernah putus asa.
Semoga terus berjaya !
25/05/2023
Jangan politikkan isu mohon tanah guna nama Pengerusi LKTNS - Abd Ghani
KOTA KINABALU: Isu penggunaan nama Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) Datuk Abd Ghani Mohd Yassin dalam permohonan tanah penduduk di daerah Nabawan sepatutnya tidak dipolitikkan demi kepentingan mana-mana pihak.
Abd Ghani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan berkata, penilaian prosedur permohonan tanah bilangan 20-23150247 seluas 320 ekar atas namanya itu juga tidak melanggar dan mengganggu prosedur Jabatan Tanah dan Ukur dan Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT).
--------------------------------------------------------------------------------
Untuk bacaan lanjut sila klik link di bawah.
https://gagasanrakyat.my/jangan-politikkan-isu-mohon-tanah-guna-nama-pengerusi-lktns-abd-ghani/?amp=1
25/05/2023
Sudah tiba masanya MA63 dilaksanakan, bukan lagi dibahas - Dr Yusof
KOTA KINABALU: Sudah tiba masanya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kini dilaksanakan di negeri ini dan ia tidak perlu lagi dibahas oleh semua pihak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob berkata kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyambut baik kesungguhan kerajaan pusat memberi keutamaan pembangunan di Sabah.
--------------------------------------------------------------------------------
Untuk bacaan lanjut sila klik link di bawah.
https://gagasanrakyat.my/sudah-tiba-masanya-ma63-dilaksanakan-bukan-lagi-dibahas-dr-yusof/?amp=1
25/05/2023
Tubuh Jawatankuasa Khas Pemantau Sekolah Daif, selesai isu sekolah daif secara tuntas – Amisah
KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin mencadangkan agar satu Jawatankuasa Khas Pemantau Sekolah Daif ditubuhkan untuk berbincang dan mencari penyelesaian tuntas kepada isu sekolah daif yang hingga kini masih belum berkesudahan.
Amisah berkata, usaha agresif oleh Exco Pendidikan Sabah melalui Jabatan Pendidikan Negeri perlu ditingkatkan untuk menyelesaikan masalah dan isu berkenaan sekolah daif.
--------------------------------------------------------------------------------
Untuk bacaan lanjut sila klik link di bawah.
https://gagasanrakyat.my/tubuh-jawatankuasa-khas-pemantau-sekolah-daif-selesai-isu-sekolah-daif-secara-tuntas-amisah/?amp=1
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kota Bharu