NK Age Reverse Dot Co
Misi Nk Age Reverse Ialah Supaya Anda Cantik Sepanjang Hayat. Cantik Sehingga Hujung Nyawa. Cantik Dan Sihat Dan Bahagia Didampingi Kecantikan Semulajadi.
.
Set penjagaan kulit NK Age Reverse yang dibangunkan di Universiti Teknologi Malaysia, UTM - Pelopor teknologi kosmetik terbaik di Malaysia, dan diuji terhadap 100 individu berbeza untuk melihat kesan dan kesesuaian terhadap kepelbagaian kulit. Buat Yang Betul. Biasakan Yang Betul. Jangan Gelojoh. Jangan Singkat Fikiran. Insyaallah Semuanya Akan Manis.
29/01/2022
SEMUA PRODUK CLAIM BOLEH HILANGKAN JERAGAT. BAGAIMANA PILIH YANG TERBAIK?
Oleh kerana jeragat adalah masalah kulit yang paling utama dihadapi oleh rakyat Malaysia, maka banyak produk yang menawarkan boleh mengurang/menghilangkan jeragat.
Bagi yang berpengetahuan mengenai ilmu kimia, boleh tahu, ada yang claim antipenuaan (khususnya merawat jeragat), tetapi bahan aktif utama yang diwar-warkan adalah bersaiz besar, yang tidak dapat menyerap ke dalam lapisan kulit.
Bahan bersaiz besar ini mungkin berkesan di atas lapisan kulit, maka sebenarnya ia lebih berkesan mencerah, dan jika boleh merawat jeragat, hanya sedikit sahaja kesan di permukaan kulit.
Sedangkan masalah jeragat adalah dari bawah lapisan kulit. Sekiranya ingin merawat jeragat dengan cepat, kita mestilah merawat kulit kita dari dalam.
Kitaran kulit adalah secara puratanya 4 minggu, tetapi semakin meningkat usia, semakin lama, mungkin 6 minggu tempoh yang diambil untuk penghasilan sel kulit baru.
Sel kulit baru terhasil di lapisan PALING BAWAH epidermis. Naik ke atas setiap kitaran, sehingga ke lapisan paling atas, iaitu permukaan kulit menjadi lapisan matang yang akan mati.
Jika kitaran kulit baru mengambil masa terlalu lama, ia boleh menyebabkan pengump**an sel kulit mati yang merupakan faktor kulit kelihatan kusam dan mudah menampakkan tanda penuaan.
Untuk mendapatkan lapisan atas yang berkualiti, kita perlu merawat kulit kita dari dalam, bukan hanya di permukaan. Sekiranya skin care yang digunakan hanya mencerahkan dan membuang sel kulit mati di permukaan atas, kita masih
tak dapat memastikan sel kulit baru di lapisan paling bawah adalah sel yang sihat.
Disebabkan faktor ini, ramai yang merasakan sesuatu produk tidak lagi berkesan setelah memakai dalam beberapa tempoh masa.
Maka, di sinilah kepentingan teknologi nano yang akan membantu bahan aktif yang digunakan dalam sesuatu produk dapat meresap ke dalam lapisan epidermis.
Ingat, sebagus mana bahan yang digunakan, jika tidak disokong dengan teknologi bagi membantu penyerapan, maka keberkesanan sesuatu produk itu hanya di permukaan kulit sahaja.
Pakar kulit mengatakan, untuk melihat kesan sesuatu produk yang digunakan, kita perlu menunggu 1 hingga 3 kitaran, iaitu antara satu hingga 3 bulan.
Namun, bagi produk NK Age Reverse, berdasarkan review yang dijalankan, hampir kesemua responden mengatakan dapat melihat hasil yang ketara seawal dua minggu - sebulan.
Ini kerana kami menggunakan bahan antiaging terbaik dunia (hyaluronic acid, bee venom, minyak biji lobak dan essential oil tertentu) YANG DISOKONG dengan nanoteknologi untuk penyerapan paling optimum. Kitaran penghasilan kulit
baru juga dapat dipercepatkan.
Nota: Gambar menunjukkan lapisan epidermis, sel baru akan terhasil di no 1, iaitu lapisan epidermis kulit paling bawah.
-Prof Madya Dr Siti Hamidah-
29/01/2022
Sesi Live bersama pengguna NK Age Reverse hari ini 🥰. Terima kasih kepada semua yang sertai dan memberi feedback. InshaAllah menjadi perangsang untuk team penyelidikan NK Age Reverse agar terus bersemangat menghasilkan formulasi istimewa dan terbaik.
29/01/2022
KENAPA SKINCARE NK AGE REVERSE CLEANSER DALAM BENTUK CECAIR (LIQUID), BUKAN KRIM?
Bagi pengguna produk skincare yang sudah terbiasa dengan krim-krim, pasti akan terasa janggal memakai skin care NK Age Reverse yang berbentuk seperti air.
Mesti ada yang tertanya-tanya, berkesankah NK Age Reverse ini? Bolehkan produk berbentuk cecair ini memberi kesan seperti yang diwar-warkan.
Ramai yang tahu, NK Age Reverse adalah produk terkini yang merupakan formulasi terbaik hasil R&D kami. Setiap aspek diteliti dan keputusan untuk memilih bahan apa, cecair atau krim, bagaimana penggunaan, adalah berdasarkan kajian terperinci, bukan mengikut kebiasaan dan formulasi jenama lain.
Kami menggunakan formulasi original yang tidak ditiru dari mana-mana. Kami memperkenalkan produk yang lebih mudah digunakan, berkesan, selamat dan tidak memerlukan banyak rutin.
Berikut adalah sebab mengapa kami memilih formulasi bentuk cecair untuk produk NK Age Reverse:
1. Kebanyakan bahan aktif seperti fenol, mineral, vitamin dan sakarida adalah bersifat larut air (water soluble). Oleh itu, produk skin care yang berasaskan air (water based) memberikan penyerapan aktif yang lebih baik ke dalam kulit.
2. Berdasarkan kajian kami, kulit orang Asia lebih kepada berminyak atau bersifat kombinasi. Maka produk water based memberi efek kurang berminyak seterusnya membantu mengurangkan penghasilan sebum yang boleh menyebabkan kulit mudah berjerawat dan pore tersumbat.
3. Dengan menggunakan formulasi cecair, lebih mudah untuk menggabungkan fungsi cleanser + toner + moisturiser. Ini adalah sebab kenapa produk berbentuk krim memerlukan banyak step dan rutin kerana ia tidak boleh digabungkan.
4. NK Age Reverse menggunakan teknologi nano-misel yang memang perlu dalam keadaan cecair transparent. Jika kami membuat formulasi dalam bentuk krim, maka teknologi ini tidak boleh digunakan. Teknologi ini melibatkan saiz molekul yang paling halus berbanding sistem yang lain. Meskipun NK akan kelihatan ‘berbeza’ berbanding produk terkenal yang berbentuk krim, tetapi keberkesanan NK adalah lebih tinggi kerana penyerapan bahan aktif yang lebih baik.
Memang agak besar cabaran yang kami perlu hadapi apabila mengeluarkan produk yang seolah-olah bertentangan dengan norma biasa produk skincare. Sudahlah bentuk cecair, satu botol sudah merangkumi semuanya cleanser, toner dan moisturiser p**a (kecuali yang ingin extra moisturiser, boleh guna Energy Mist).
Inilah hasil penyelidikan dan ilmu yang kami perolehi sepanjang membuat kajian intensif sejak hampir 10 tahun. Memang tidak sama seperti orang lain, tapi mengapa perlu sama, jika kami telah membuktikan bahawa produk Age Reverse ini amat berkesan dan telah membantu ramai orang dalam menyelesaikan masalah kulit mereka ❤️.
Terima kasih kepada semua yang mempercayai Age Reverse dan NK Age Reverse😊🤗.
-Prof Madya Dr Siti Hamidah-
29/01/2022
MENGAPA PERLU TUNGGU 3 MINIT SEBELUM BILAS NK AGE REVERSE CLEANSER?
Mungkin ini kali pertama pengguna skin care dinasihati agar menunggu beberapa minit sebelum membilas cleanser yang dipakai. Memang, jika cleanser biasa yang mengandungi bahan-bahan pencuci sintetik (terutamanya SLS), ia perlu dibilas secepat mungkin kerana membiarkan lama di wajah akan lebih merosakkan kulit.
Tetapi NK Age Reverse Cleanser adalah amat berbeza dengan pencuci wajah yang biasa yang menggunakan bahan berbuih sintetik itu. NK Age Reverse menggunakan formulasi natural, water based, tidak merengsa kulit, pencuci yang amat berkesan, dan yang teristimewa adalah ia mengandungi bahan antipenuaan.
Namun, terdapat banyak persoalan mengenai cara penggunaan NK Age Reverse, mari kita baca satu persatu.
1. Mengapa perlu tunggu 3 minit?
NK Age Reverse Cleanser telah dibangunkan dengan amat teliti oleh team penyelidikan kami di UTM. Bukan sahaja ia memilih bahan-bahan terbaik dunia, teknologi terbaik untuk penyerapan, malahan kami mengkaji keberkesanan penyerapan bahan. Ia digelar sebagai Kajian Penyerapan (Absorption Test). Keputusan menunjukkan penyerapan bahan aktif dalam skin care NK bermula dari 3 minit sehingga 15 minit. Dalam tempoh ini, bahan aktif antipenuaan seperti asid hyaluronik, bee venom, tsubaki ekstrak, roselle ekstrak dan lain-lain akan meresap ke dalam kulit.
2. Jika tak tunggu 3 minit?
Tak mengapa kerana ia tetap berfungsi sebagai Cleanser yang efektif. Malahan NK Age Reverse Cleanser boleh mencuci dengan 5 kali lebih berkesan dari pencuci biasa. Kami mencadangkan tunggu beberapa minit agar bahan-bahan antipenuaan dapat menyerap secara optimum. Tetapi jika kita tiada masa atau dalam keadaan rushing, tak mengapa jika terus dicuci seperti pencuci wajah yang lain.
3. Kenapa memakai NK Age Reverse Cleanser ada step tunggu 3 minit p**a, tak macam produk lain?
Step tunggu beberapa minit ini bukan untuk menyusahkan, tetapi ia menjadi nilai tambah (added value) yang sangat special kepada para pengguna. Inilah keistimewaan NK, kami memahami kesan optimum sesuatu produk bukan sahaja terletak kepada bahan yang digunakan, malahan cara pakai, dan berapa masa yang diperlukan untuk mendapat kesan terbaik.
4. Jika tunggu lebih dari 15 minit?
Boleh jika Cik Puan ada banyak masa. Walaupun keputusan ujian menunjukkan 15 minit adalah masa penyerapan paling optimum, tetapi selepas itu masih ada penyerapan walaupun telah berkurangan. Kesimp**annya, ia bergantung dengan masa dan kesempatan. Jika tiada masa, terus bilas pun tak apa kerana ia tetap mencuci wajah dengan berkesan. Jika ada masa, boleh tunggu untuk mendapat penyerapan bahan antipenuaan.
5. Bolehkah tidak dibilas?
Ada dua cara penggunaan NK Age Reverse Cleanser. Yang pertama adalah menggunakan kapas muka. Dengan cara ini, boleh jika tidak dibilas kerana kotoran telah pun dibuang dengan menggunakan kapas tersebut. Cara kedua ialah dengan meletakkan di tapak tangan dan menyapukan terus ke wajah. Cara ini, perlu bilas kerana kotoran masih ada di wajah jadi wajah perlu dibasuh menggunakan air.
Kesimp**annya, step menunggu beberapa minit ini BUKAN untuk menjadikan Cleanser lebih berkesan sebagai pencuci wajah, TETAPI agar berlaku penyerapan bahan antipenuaan secara optimum ke dalam kulit.
NK Age Reverse Cleanser diformulasi bukan setakat mencuci, malah sebagai produk antipenuaan yang berkesan. Ia juga bertindak sebagai toner dan pelembab. Pemakaian yang konsisten dan mengikut cara yang betul akan memberikan hasil yang amat memuaskan. Wajah akan menjadi lebih anjal dan berseri, complexion menjadi semakin cerah, garis halus berkurang, memudarkan parut dan jeragat. Kulit akan menjadi segar dan sihat dari dalam dan memelihara kulit untuk tempoh yang panjang.
Produk ini bukan sahaja memfokuskan lapisan luar kulit semata-mata, tapi menggunakan teknologi nano-misel, bahan anti penuaan akan menyerap ke dalam kulit dan mampu membantu mempercepatkan metabolisma sel, seterusnya menghasilkan sel kulit baru yang lebih sihat bagi menggantikan sel kulit yang rosak. Semua fungsi ini ada dalam satu botol NK Age Reverse Cleanser 😊🤗.
Nota: Gambar saya sedang melakukan eksperimen Absorption test pada Jun 2019.
-Prof Madya Dr Siti Hamidah-
29/01/2022
Bila membaca komen-komen pengguna Age Reverse yang daripada pelbagai bangsa, lelaki dan perempuan, rasa hilang segala letih membuat research dan usaha pengkomersilan selama ini.
Alhamdulillah, ia membantu ramai orang yang mencari-cari produk skin care yang sesuai dengan kulit mereka. Tahniah team! Jom teruskan perjuangan kita. Jauh lagi perjalanan dan banyak lagi kita perlu tambahbaik.
-Prof Madya Dr Siti Hamidah-
29/01/2022
Niat di hati mahu buat contest biasa saja, tapi apabila membaca semua perkongsian para pengguna, hati terharu p**a.
Luar biasa, menakjubkan, menggembirakan, ajaib, hati rasa tenang, jatuh cinta, terasa sempurna… ☺️ antara komen mengenai Age Reverse Cleanser.
Tidak tergambar rasa syukur kepadaNya dan rasa terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam penghasilan dan pemasaran produk ini. Semoga memberi manfaat kepada semua pihak 🥰.
-Prof Madya Dr Siti Hamidah-
29/01/2022
Kulit lembab adalah tips penting untuk awet muda.
Antara kesan yang paling awal dialami oleh pengguna NK Age Reverse Cleanser adalah kulit menjadi lembab. Kulit yang kering adalah tanda awal penuaan dan perlu dirawat. Jika tidak, ia akan menghasilkan garis halus dan kedutan, dan pori menjadi besar (jika kulit kering di sekitar zone T).
Ramai pengguna NK Age Reverse yang mendapati kulit menjadi semakin lembab dalam beberapa hari atau minggu (bergantung kepada keadaan kulit seseorang), namun ada juga yang mengalami kulit menjadi kering selepas beberapa ketika dan mungkin menggelupas.
Walaupun keadaan ini tidak semestinya berpunca daripada penggunaan NK Age Reverse (hormon, persekitaran dan diet juga boleh menyebabkan masalah kulit kering dan menggelupas), namun beberapa langkah berikut boleh diamalkan:
1. Gunakan teknik sapu NKAR Cleanser ke wajah menggunakan tapak tangan, dan dibilas bersih dengan air. Elakkan guna kapas muka.
2. Gunakan Energy Mist sebagai moisturiser tambahan. Meskipun dalam NKAR Cleanser sudah ada moisturiser, namun bagi sesetengah orang, kulit mereka memerlukan pelembab tambahan. NKAR Cleanser adalah cleanser. Maka agak terhad untuk meletakkan terlalu banyak bahan moisturiser di dalamnya. Spray Energy Mist dengan kerap sehingga kulit kering hilang.
3. Minum air secukupnya.
Saya pernah bantu beberapa orang pengguna yang menghadapi masalah kulit kering selepas beberapa minggu menggunakan NKAR Cleanser. Selepas mereka mengamalkan tips yang diberikan kini masalah telahpun diselesaikan dan mereka gembira dengan perubahan kulit yang semakin lembab, berseri dan sihat semulajadi.
Bagi sesetengah orang, mungkin kulit mengambil masa untuk ‘adapt’ dengan NK Age Reverse yang baru digunakan. NK Age Reverse bukan produk penghakis yang bertindak di luaran, yang lama kelamaan boleh menipiskan kulit.
NK Age Reverse merawat secara semulajadi untuk menghasilkan sel kulit yang lebih sihat dari dalam. Pengguna perlu bersabar kerana kitaran kulit baru terhasil dalam 3-5 minggu.
Teruskan menggunakan NK Age Reverse dengan konsisten, inshaAllah Cik Puan akan berpuas hati dengan hasilnya.
Gambar: Cik Puan Azila, 50 tahun, gembira dengan perubahan kulit selepas menggunakan NK Age Reverse dan Energy Mist yang menurut beliau, “Rasa kulit ringan, lembut dan lembab.. Gembira sangat kerana bertemu NKAR..” 💙💝
-Prof Madya Dr Siti Hamidah-
Tahap dan kualiti produk skin care/kosmetik yang dikeluarkan di Malaysia hakikatnya terlalu jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara maju, kerana mereka bersandarkan R&D yang hebat.
Maka jalan paling mudah agar produk nampak berkesan adalah pengeluar menambahkan bahan yang tidak selamat demi menjadikan produk mereka berkesan dalam masa yang singkat.
5 hari menjadi putih? Rakan saya yang memakai SK** selama 15 tahun warna kulit sekata dan cantik tapi tidak berubah menjadi putih dari warna asal.
Sebagai pembeli pastikan kita menggunakan kuasa untuk menyelidik terlebih dahulu mengenai sesuatu produk sebelum membeli.
-Prof Madya Dr Siti Hamidah
29/01/2022
Beberapa kategori kesan penggunaan NK Age Reverse kepada kulit pengguna:
1. Berkesan dalam tempoh yang amat singkat (3 hari). Pengguna yang mengalami keadaan ini amat bertuah kerana kulit sangat compatible dengan NKAR.
2. Berkesan dalam tempoh yang singkat (dalam 2 minggu). Kebanyakan pengguna akan merasakan kulit menjdi semakin lembut, lebih glowing, parut dan jeragat pudar. Bagi yang berjerawat, jerawat mudah kering.
3. Berkesan dalam tempoh sebulan. Kesan seperti no 2 tetapi ambil masa yang agak panjang (mungkin disebabkan kitaran kulit baru yang agak lambat).
4. Berkesan dalam tempoh beberapa bulan. Ini biasanya untuk kulit yang terdedah kepada bahan bertoksik/low quality sebelum memakai NKAR, atau jerawat yang kronik. Dengan sabar dan konsisten pemakaian NKAR dan Mist, inshaAllah akan membantu memulihkan wajah (jeragat yang tebal atau dalam dari bawah kulit ambil masa lebih lama).
5. Mengalami alergik disebabkan alahan kepada bahan natural. Terdapat segelintir (kurang dari 1%) pengguna mengalami keadaan ini. Sebahagian mereka tetap boleh menggunakan NKAR dengan perlahan-lahan memperkenalkan sedikit demi sedikit NKAR kepada kulit tetapi sebahagian kecil yang lain memang tidak sesuai dengan bahan natural.
29/01/2022
Apabila doktor menasihati agar mengambil kacang untuk menambah kolesterol baik (di samping beberapa makanan lain), saya telah membeli stok kacang dan makan setiap hari sebagai snek.
Namun, saya sudah lama tahu bahawa kulit mudah berjerawat jika makan kacang. Hanya dengan makan sate kuah kacang, esoknya jerawat akan tumbuh.
Selepas dua hari mengamalkan kacang sebagai snek, saya dapati jerawat tumbuh di dahi, p**i dan di bahagian anak rambut di tepi wajah. Hmm.. meskipun usia dah bertambah kulit saya tetap sensitif dengan kacang sama seperti waktu remaja 😌
Bukan sahaja kacang, saya juga sensitif terhadap belacan, budu, dua perkara yang saya elak, dan juga seafood. Jika makan shell out, bersedialah ditumbuhi jerawat.
Menurut kajian, faktor utama jerawat adalah kerana liang pori tersumbat dengan kotoran atau sebum (minyak). Ada makanan yang akan menambahkan penghasilan sebum yang menyebabkan ia banyak tersumbat dalam kulit.
Apabila kitaran kulit berlaku (setiap 4-6 minggu), kotoran yang tersumbat akan tertolak keluar. Ada kotoran yang senang dikeluarkan ketika kita membersihkan wajah. Ada yang tersumbat dan menjadi jerawat.
Jadi kita harus faham bahawa jerawat adalah salah satu mekanism untuk mengeluarkan kotoran. Perlu ingat, stres, diet dan kotoran persekitaran (termasuk pakaian, sarung bantal etc) boleh menyebabkan jerawat.
BERITA BAIK adalah NK Age Reverse amat berkesan merawat jerawat. Bahan-bahan yang terkandung dalamnya terutamanya Bee Venom memang telah dibuktikan melalui kajian bahawa boleh merawat jerawat dengan berkesan.
NKAR bertindak dua cara, pertama di permukaan kulit ia membersih dan merawat rengsa (inflammation) disebabkan jerawat dan luka2. Yang kedua ia meresap ke dalam untuk membantu menghasilkan kulit baru yang lebih sihat.
Ramai orang termasuk yang berjerawat kronik telah sembuh dengan menggunakan NKAR, tapi mereka keberatan untuk tampil berkongsi gambar sebelum dan selepas menggunakan NKAR. Saya juga kurang s**a share gambar kulit mereka ketika bermasalah.
Jika kulit kita berjerawat, jangan stres kerana stres menyebabkan jerawat lebih banyak dan s**ar sembuh. Gunakan NKAR seperti biasa, fahami kitaran kulit perlukan masa untuk mengeluarkan kotoran, dan menyembuhkan jerawat. Mungkin juga ada kotoran atau minyak yang telah lama tersumbat disebabkan kita pernah memakai produk bertoksik atau berkualiti rendah.
Kita juga boleh kurangkan atau elakkan ambil makanan yang boleh menyebabkan jerawat dan pastikan kebersihan persekitaran, terutamanya anak tudung, sarung bantal etc. Jangan amalkan sentuh wajah kerana jari kita mungkin kotor dan ada bakteria. Kita juga selalu memegang handphone, berapa kerap kita membersihkan permukaan dan casing handphone?
-Prof Madya Dr Siti Hamidah
29/01/2022
Terus terang saya katakan, bukan mudah untuk educate pengguna skincare di Malaysia.
Ada yang bertahun-tahun menggunakan produk bertoksik atau sintetik berkualiti rendah, ingin result yang cepat apabila memakai NK Age Reverse.
Ada yang tak pernah serius atau tak pernah langsung menjaga kulit, memberi komen kecewa apabila selepas dua bulan memakai NK Age Reverse kulit tidak cantik seperti diharapkan.
Bukan senang nak fahamkan mengenai produk selamat, penuaan, bagaimana kitaran kulit, dan banyak lagi perkara melibatkan skincare.
Tapi, apabila setiap hari menerima mesej daripada pengguna yang gembira dengan NK Age Reverse dan produk NK yang lain, semua kesusahan rasa berbaloi.
Ramai yang setelah bertahun-tahun menggunakan pelbagai produk, mendapati NK Age Reverse memberi kesan yang berbeza.
Ramai juga yang mengatakan bahawa ini skincare terbaik yang mereka pernah jumpa.
Saya hanya mampu mengucapkan kesyukuran yang tak terhingga kerana Allah mempermudahkan urusan kami mengetengahkan produk ini.
Niat saya ingin empower wanita Malaysia dengan skin care berkualiti, selamat dan berkesan, tanpa mereka perlu berbelanja besar sudah menampakkan kejayaan. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi.
Terima kasih kepada pengguna NK Age Reverse yang sudi menghubungi saya untuk memberi testimoni, pendapat dan komen. Semuanya amat baik, berhikmah dan mesra menyebabkan saya dan team terus bersemangat berusaha menghasilkan produk yang lebih baik untuk kita semua. ❤️😘
- Prof Madya Dr Siti Hamidah -
29/01/2022
Kejayaan ini bukan untuk dibangga-bangga tapi untuk dikongsi bersama, dan sebagai tanda komited saya dan team dalam membangunkan produk terbaik untuk semua.
Ini bukan kejayaan saya seorang, tapi kejayaan semua team dan keluarga besar NK Age Reverse termasuk para pengguna produk ini.
Malaysia Technology Expo (MTE) adalah pertandingan inovasi yang antara terbaik dunia. Ia berada di level Korea SIIF, British BSTA, Germany iENA dan beberapa lagi di seluruh dunia. Untuk markah MyRa (pengiraan markah untuk universiti penyelidikan), markah MTE adalah yang paling tinggi dalam kategori award.
Ingat lagi sewaktu MTE 2020 Mac tahun lepas, ketika itu pertandingan dibuat secara fizikal. Setiap inovasi akan dihakimi oleh dua panel. Untuk projek kami, kedua-dua panel adalah dari England/Europe. Tahun ini dibuat secara virtual, saya pasti panel nya juga bukan sembarangan.
Alhamdulillah, jika tahun lepas kita memenangi Gold untuk Roselle sebagai bahan kosmetik. Tahun ini, menerusi formulasi terkini kita iaitu BeuT-Complex dalam NK Age Reverse, kita mendapat Gold medal dan bonus Outstanding Innovation Award.
Pengiktirafan ini pastinya akan menguatkan lagi semangat kita.
Tahniah kepada semua team yang menggerakkan seluruh jentera NK AGE REVERSE. Semoga terus sukses dan dirahmati Allah. 🤗😘❤️.
Terima kasih kepada tiga entiti penting yang membuat poster ucapan tahniah, Team NK Age Reverse, pihak MJIIT UTM dan CLEAR UTM.
- Prof Madya Dr Siti Hamidah -
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Pt. 1120, Jalan Taman Tengku Ahmad Panglima (Queesnpark), Kampung Tanjung Chat
Kota Bharu
15300