Pakar Perubatan Kesihatan Awam JKN Kelantan

Pakar Perubatan Kesihatan Awam JKN Kelantan

Share

Menerangkan perkhidmatan dan proses kerja seorang Pakar Perubatan Kesihatan Awam yang bekerja di lapangan.

26/04/2026

Tahniah & syabas semua! 🎉

Alhamdulillah syukur.

Bangga tengok barisan calon pengajian kepakaran Kesihatan Awam 2026 dari Kelantan 👏

Perjalanan baru nak bermula, tapi ini merupakan satu pencapaian besar!

Semoga dipermudahkan segala urusan sepanjang pengajian nanti, kekal semangat walau mencabar dan terus memberi manfaat kepada masyarakat.

Teruskan melangkah, belajar dan berbakti.

09/04/2026

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Bachok, Kelantan atas kejayaan menjalani Audit Survelan 2 Pensijilan MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti pada 7–9 April 2026.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen tinggi seluruh warga kerja dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, sistematik dan berfokus kepada penambahbaikan berterusan.

Semoga kecemerlangan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh tadbir urus, meningkatkan mutu perkhidmatan serta memberi manfaat terbaik kepada masyarakat.

Syabas dan tahniah kepada seluruh warga PKD Bachok!

Photos from Pakar Perubatan Kesihatan Awam JKN Kelantan's post 13/02/2026

Alhamdulillah 🤍✨

Sekalung tahniah buat Negeri Kelantan atas kejayaan merangkul Naib Juara Pencapaian Program Kawalan Kusta Terbaik (Negeri) sempena Seminar Kusta Peringkat Kebangsaan 2026.

Penghargaan ini telah diterima oleh Dr Hasniza Abdullah, Pakar Perubatan Perunding Kesihatan Awam merangkap Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit TB/Kusta, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Kejayaan ini mencerminkan komitmen tinggi, kepimpinan yang berwibawa serta usaha berpasukan yang konsisten dalam memperkukuhkan program kawalan kusta di negeri ini.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dan memperkasakan kesihatan awam di peringkat yang lebih tinggi. 🏆💪

11/01/2026

🚨 TIFOID: BUKAN CERITA LAMA
Webinar Kesihatan Awam

Tifoid bukan penyakit zaman silam.
Ia masih berlegar dalam komuniti kita —
melalui air tercemar, makanan berisiko dan persekitaran yang rapuh.

Satu kes yang terlepas dikesan
boleh mencetuskan rantaian penularan.
Satu kelewatan
boleh membawa komplikasi yang mengancam nyawa.

Webinar ini akan membongkar:
* Realiti semasa tifoid di Kelantan
* Cabaran diagnosis klinikal dan makmal
* Strategi kawalan wabak berasaskan sains
* Peranan sistem kesihatan awam dalam melindungi komuniti

🎙 Panel Pakar

Dr. Mohd Azimullah Bin Abdullah
Pakar Perubatan Kesihatan Awam (Penyakit Berjangkit), JKN Kelantan

Dr. Suhaili binti Mohammad
Pakar Perubatan Dalaman HRPZ II

Dr. Noor Hafizan Binti Mat Salleh
Pengarah, Makmal Kesihatan Awam Kota Bharu

🗓 14 Januari 2026
⏰ 2.30 – 4.30 petang
📍 Google Meet

🔗 Join here:
https://meet.google.com/yow-rqiu-nxo

Tifoid bukan cerita lama.
Ia sedang berlaku —
dan kitalah benteng pertahanannya.

Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 17/12/2025
Photos from Pejabat Kesihatan Daerah Bachok's post 04/12/2025

Terbaik. Tahniah Pejabat Kesihatan Daerah Bachok atas penganjuran pertandingan bola tampar sempena Sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat Daerah Bachok 2025.

02/12/2025
30/11/2025

🎙️ Podcast Santai Sihat kembali lagi!
Jom bersama Dr. Mohd Hazwan bin Baharuddin, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari JKN Kelantan, dalam sesi santai tapi penuh ilmu sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia.

🗓 Isnin | 1 Disember 2025
⏰ 12.00 PM
📍 HE TV Kelate – YouTube Live

Jangan lupa tonton Podcast Santai Sihat secara langsung!!

Photos from Pejabat Kesihatan Daerah Bachok's post 27/11/2025
Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kota Bharu
16000