COD Shaklee Kota Kinabalu & Kudat

COD Shaklee Kota Kinabalu & Kudat

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from COD Shaklee Kota Kinabalu & Kudat, Health/Beauty, Kota Kinabalu.

Photos from COD Shaklee Kota Kinabalu & Kudat's post 05/08/2026

Selepas 18 hari konsisten brisk walk, ada satu perkara yang baru saya sedar.

Saya tiada sakit belakang atay kaki

Yang buat saya lebih terkejut, sepanjang brisk walk tu saya bukan jalan seorang. Saya siap dukung baby 1 tahun lagi.

Dulu, kalau berdiri lama atau banyak berjalan, belakang dan kaki cepat sangat rasa tak selesa. Tapi sekarang bila fikir balik. Eh, lama rupanya saya tak mengadu sakit belakang.

Bila saya muhasabah semula, saya rasa perubahan ini bukan datang daripada satu perkara sahaja.

Saya mula konsisten brisk walk.
Saya cuba jaga pemakanan.
Saya turunkan berat badan sedikit demi sedikit.
Dan saya juga konsisten mengambil ResV setiap hari.

Adakah ResV sahaja yang buat sakit belakang saya hilang?

Saya tak boleh kata begitu. Saya percaya perubahan ini adalah hasil gabungan gaya hidup yang lebih sihat dan amalan yang konsisten. Mungkin ResV turut memainkan peranan dalam rutin harian saya, tetapi yang paling penting ialah saya tidak berhenti berusaha.

Kadang-kadang kita terlalu mencari “produk ajaib”, sedangkan perubahan sebenar berlaku apabila kita konsisten melakukan perkara-perkara kecil setiap hari.

Alhamdulillah, hari ini saya lebih bertenaga, lebih mudah bergerak, dan paling saya syukur… saya boleh menikmati brisk walk tanpa dibelenggu sakit belakang seperti dulu.

Perubahan kecil, bila dibuat setiap hari, akhirnya memberi hasil yang besar. ❤️

Photos from COD Shaklee Kota Kinabalu & Kudat's post 03/07/2026

Siapa di kawasan Sepanggar, mau ready stock Matcha! Mari gaiss, majuuuu. Ada ini ready stocknya!

28/06/2026

Siapa cakap makan yogurt saja sudah boleh cukup protein setiap hari?

Hari ni baru saya sedar…

100g natural yogurt hanya mengandungi 4g protein.

Patutlah makan yogurt cepat lapar😆

Baru saya faham, badan kita perlukan protein yang mencukupi setiap hari untuk bantu rasa kenyang lebih lama dan menyokong kesihatan kulit serta fungsi badan secara keseluruhan.

Sebab itu sekarang saya s**a tambah ESP dalam yogurt supaya kandungan proteinnya lebih tinggi.

100g yogurt + 3 skop ESP = 18g protein, hanya 162 kcal. 💪🥣

Siapa pun yang tengah jaga makan atau nak tambah protein, cuba semak balik berapa gram protein yang kita betul-betul ambil setiap hari.

Photos from COD Shaklee Kota Kinabalu & Kudat's post 27/06/2026

“Bila saya boleh mula jual Shaklee macam sis?” 🥹

Itu antara soalan yang ditanya oleh seorang new member yang baru join team saya awal bulan ini.

Saya ter-flash back kisah lama, saya pun pernah berada di tempat yang sama.

Tidak tahu macam mana mau mula.
Tidak yakin boleh menjual.
Tidak pasti orang mau beli daripada saya atau tidak.

Sebenarnya, sistem Shaklee sangat mudah.

Dengan RM35, anda sudah boleh mula.

Ya, RM35 sahaja.

Bukan RM350.
Bukan RM3,500.

Dan yang paling saya s**a.

Tidak perlu simpan stok bertimbun untuk bermula.

Apa yang anda dapat?

1️⃣ Membership ID & website Shaklee untuk mula membeli dan berkongsi.

2️⃣ Group support bisnes jika anda ingin membina pendapatan bersama kami.

3️⃣ Training, sharing dan bimbingan daripada leader dan team. Tak perlu belajar seorang diri.

4️⃣ Peluang menjana bonus mengikut usaha sendiri. Nak sasarkan RM30, RM300 atau RM3,000, semuanya bergantung pada usaha, bukan tempoh anda menyertai.

5️⃣ Layanan yang sama. Walaupun baru daftar hari ini, anda tetap belajar dalam sistem yang sama seperti ahli yang sudah bertahun-tahun bersama Shaklee.

Saya percaya…

Bukan semua orang bermula dengan pengalaman.

Tapi semua orang boleh bermula dengan peluang.

Kalau saya boleh bimbing dari langkah pertama, kenapa perlu tunggu lagi?

📩 Kalau mau tahu macam mana nak bermula dengan RM35, mesej saya. Saya akan bantu satu demi satu, insya-Allah. 🌷

https://wa.me/message/I5GXBTEJXOCVC1

Photos from COD Shaklee Kota Kinabalu & Kudat's post 09/12/2025

Probiotic scam?
Ramai tak sedar… bila usus tak sihat, kulit pun ikut ‘merajuk’.

Probiotik ni kerja dia simple tapi power:
✔️ Seimbangkan bakteria baik dalam usus
✔️ Kurangkan kembung & sembelit
✔️ Bantu kulit lebih calm, less breakout
✔️ Support imun badan especially untuk ibu busy 24/7

Paling penting… cara minum kena betul supaya bakteria baik tu hidup & berfungsi maksimum.

Mau probiotic yang saya consume ini? DM me📩

Perut happy, kulit glowing… start dari dalam dulu 😍✨

COD Shaklee Kota Kinabalu & Kudat
Elly | Shaklee Sabah
Trusted SID Since 2014
📲 http://www.wasap.my/60135566683/PPbio

18/09/2025

Apa itu ESP Shaklee?

ESP Shaklee, salah satu produk paling popular dalam Shaklee. Ia adalah serbuk protein soya berasaskan tumbuhan yang non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik).
Apa yang istimewa tentang ESP Shaklee?

• Sumber protein lengkap – mengandungi 9 asid amino penting yang badan kita perlukan tetapi tak boleh hasilkan sendiri.

• Diproses dengan teknologi pensijilan air (bukan alkohol) untuk mengekalkan kualiti protein dan isoflavones semula jadi.

• Memberikan tenaga berpanjangan sebab ia mempunyai indeks glisemik rendah (GI rendah) – sesuai untuk kawalan gula dalam darah.

• Mengandungi kalsium, zat besi, vitamin B, dan mineral lain yang penting untuk kesihatan.
Manfaat ESP Shaklee:

• Bantu kulit jadi lebih sihat, cerah dan anjal.

• Memberi tenaga berpanjangan, sesuai untuk ibu bekerja & ibu menyusu.

• Menyokong perkembangan bayi dalam kandungan untuk ibu hamil.
• Bantu kawal rasa lapar (kenyang lebih lama).
• Menyokong pemulihan sel dan otot.

COD Shaklee Kota Kinabalu & Kudat
Elly | Shaklee Sabah
Trusted SID Since 2014
📲 http://www.wasap.my/60135566683/ESP

✨Postage hari hari
✨Self Pick Sepanggar
✨COD Shaklee Kota Kinabalu & Kudat

Photos from COD Shaklee Kota Kinabalu & Kudat's post 02/05/2025

Kenapa Ibu Hamil Wajib Omega 3?

Ibu hamil sangat digalakkan ambil Omega Guard (minyak ikan yang kaya dengan DHA dan EPA) sebab ia beri banyak manfaat penting untuk ibu dan bayi. Antara sebab utama:

✅ Perkembangan otak dan mata bayi
DHA dalam Omega sangat penting untuk pembentukan otak dan retina mata bayi, terutama pada trimester ke-2 dan ke-3.

✅ Kurangkan risiko kelahiran pramatang
Kajian menunjukkan pengambilan omega yang cukup boleh bantu panjangkan tempoh kehamilan, sekaligus kurangkan risiko bersalin awal.

✅ Sokong emosi dan kesihatan mental ibu
Omega bantu stabilkan mood dan kurangkan risiko meroyan (postpartum depression) selepas bersalin.

✅ Turunkan risiko tekanan darah tinggi semasa hamil
EPA dalam omega bantu kawal paras kolesterol dan tekanan darah semasa hamil.

✅ Sokong perkembangan sistem saraf bayi
Selain otak, omega juga bantu pembentukan sistem saraf bayi yang sihat.

Photos from COD Shaklee Kota Kinabalu & Kudat's post 05/12/2024

3️⃣ SEBAB U PERLUKAN COLLAGEN SETIAP HARI!

• Collagen support kesihatan sendi dan tulang
• Collagen support rambut, kuku dan kulit yang sihat
• Boost metabolism

Bulan ini, ada promo Collagen ya! Siapa mau just hit the DM button🎀

Dapatkan promo 15% collagen powder di sini https://www.shaklee.com.my/sscart?smart_code=670D1DA19F540

Photos from COD Shaklee Kota Kinabalu & Kudat's post 02/11/2024

Gais! Siapa yang boleh consume OsteNutrix?
✓ Pregnan+ Mom
✓ Warga Emas (Atok Nenek sesuai sangat)
✓ Ada masalah tulang
✓ Individu yang aktif bers**an

Ada yang sudah Cuba OsteNutrix? Jom kongsi pengalaman anda di ruang komen 🥳

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kota Kinabalu
88450