First Impression Academy PLT

First Impression Academy PLT

Share

First Impression Academy PLT
Latihan tenaga pengajar, kecantikan dan penjagaan diri. Kursus • Bengkel • Program Komuniti
📍 Inanam, Sabah
📱WhatsApp 012-2349327

31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 🇲🇾

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita, menguatkan usaha kita dan membuka lebih banyak ruang untuk berkembang, berkarya serta memberi manfaat kepada masyarakat.

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Salam Merdeka daripada seluruh warga First Impression Academy. ✨

31 Ogos 2026

Photos from First Impression Academy PLT's post 20/08/2026

🎓 TAHNIAH & SYABAS! 🎓

Pada 31 Julai lalu, selepas 5 bulan menimba ilmu dan pengalaman praktikal bersama kami, 4 orang pelajar OJT (On-the-Job Training) dari Kolej Vokasional Keningau telah berjaya menamatkan latihan industri di First Impression Beauty & Academy! 🥳💐

Sepanjang tempoh tersebut, pelajar-pelajar kami telah didedahkan kepada:
✨ Brow Lamination & Lash Lift
✨ Make Up
✨ Brow shaping & styling
✨ Facial Treatment & Face Massage
✨ Gel Manicure & Pedicure
✨ Wellness & Body Massage Therapy
✨ Penghasilan kandungan digital (digital content creation) untuk promosi perkhidmatan kecantikan
✨ Real client handling — dari konsultasi sehingga after-care
✨ Disiplin kerja, komunikasi profesional & etika industri kecantikan sebenar

Inilah kepentingan OJT / latihan industri, ia bukan sekadar teori dalam kelas, tetapi jambatan sebenar antara pembelajaran dan alam pekerjaan. Pelajar keluar dengan portfolio, keyakinan, dan kemahiran yang diiktiraf industri.

🌸 Kepada anak-anak didik kami, tahniah sekali lagi atas komitmen dan usaha sepanjang 5 bulan ini. Perjalanan baru sedang menanti di hadapan, teruskan belajar, teruskan berkembang, dan jangan pernah berhenti mengejar impian dalam dunia kecantikan. Pintu First Impression Academy sentiasa terbuka untuk kalian kembali, sama ada sebagai pelanggan, rakan sekerja, mahupun sesama pengusaha suatu hari nanti. Semoga sukses dalam apa jua langkah seterusnya! 🤍✨

📍 First Impression Academy (Inanam) adalah pusat latihan berdaftar yang menawarkan kursus kecantikan & kemahiran, program Train-The-Trainer (TTT), TVET-i, serta kursus make-up profesional, sesuai untuk anda yang ingin bina kerjaya dalam industri kecantikan atau membuka perniagaan sendiri.

💬 Berminat nak sertai kelas seterusnya atau hantar pelajar untuk latihan industri di academy kami?
📩 Hubungi kami sekarang untuk maklumat pendaftaran & kemasukan!

Photos from First Impression Academy PLT's post 15/08/2026

SEBENARNYA PERLU NCS-004:2017 (Train-The-Trainer)? 🎓

TTT bukan hanya untuk mereka yang sudah bergelar pengajar.

Ia juga sesuai untuk anda yang:

✨ Pemilik salon / beauty centre dan mahu melatih staf dengan lebih tersusun
✨ Sudah berpengalaman dalam industri dan mahu berkongsi kemahiran dengan kaedah yang lebih profesional
✨ Sedang merancang untuk membina kelas, kursus atau akademi sendiri
✨ Bakal pengajar yang mahu memahami asas penyampaian dan latihan orang dewasa

Kemahiran dalam industri itu penting. Tetapi kemahiran mengajar juga perlu dibina.

Daripada seorang *practitioner* kepada seorang *trainer* yang lebih tersusun, yakin dan profesional.

Nak tahu lebih lanjut tentang laluan NCS-004:2017 (Train-The-Trainer)?

📲 WhatsApp: 012-2349327
📍 First Impression Academy PLT

14/08/2026

✨ KURSUS BARANG KEMAS MUTIARA — 3 JAM SAHAJA! ✨

Nak belajar hasilkan barang kemas mutiara sendiri walaupun tiada pengalaman? 💎

First Impression Academy PLT berkolaborasi bersama Dorisch.co membawakan Kursus Express Barang Kemas Mutiara khas untuk beginner.

💰 Yuran: RM199 / pax
📅 12 September 2026 (Sabtu)
⏰ 9:00 AM – 12:00 PM
📍 First Impression Academy PLT, Inanam
👥 TERHAD 10 ORANG SAHAJA

Sepanjang 3 jam, anda akan belajar:

✨ Teknik asas wire
✨ Teknik padanan mutiara
✨ Asas menghasilkan barang kemas handmade

Dan paling best — anda akan bawa pulang hasil buatan sendiri :

💎 1 Gelang Mutiara
💎 1 Pasang Anting-anting Mutiara

Sesuai untuk yang mahu cuba hobi baru, belajar kemahiran kreatif atau mula mengenali dunia pembuatan barang kemas handmade.

⚠️ Hanya 10 tempat disediakan.

📲 Tempah tempat anda sekarang:

WhatsApp 012-2349327

Belajar • Cipta • Bawa pulang hasil buatan anda sendiri ✨

Photos from First Impression Academy PLT's post 14/08/2026

Sepanjang 9 Ogos lalu, First Impression Academy dengan kerjasama Sweet Memory Wellness (SMW) telah menjalankan Kursus Kecantikan & Spa 3 Dalam 1 di Inanam, Kota Kinabalu, membimbing peserta pemula menguasai eyelash lifting, eyelash extension dan eyebrow shaping menerusi sesi teori, demonstrasi, praktikal berpandu dan pensijilan dalam satu hari.

Setiap peserta pulang bukan sahaja dengan kemahiran teknikal, tetapi juga dengan keyakinan diri, pemahaman SOP kebersihan, dan hasil kerja pertama yang boleh terus dijadikan portfolio.

Penghargaan kepada Sweet Memory Wellness atas kerjasama yang membolehkan program ini dilaksanakan.

Sesi seterusnya akan diadakan pada Sabtu, 22 Ogos 2026.

📩 Sila hubungi kami untuk maklumat penuh dan tempahan slot.

13/08/2026

Anda sudah bertahun-tahun dalam bidang ini. Tangan sudah mahir, hasil kerja sudah dipercayai pelanggan.

Kemudian datang soalan itu: "Boleh saya belajar dengan kamu?"

Di sinilah ramai tersekat. Mahir membuat kerja dan mahir mengajar adalah dua kemahiran yang berbeza. Untuk berdiri di hadapan pelatih dan mengajar secara rasmi, kemahiran tangan sahaja tidak mencukupi. Anda memerlukan kelayakan pengajar yang diiktiraf.

Itulah fungsi Program Train-the-Trainer (TTT), NCS-004:2017.

Bukan semua orang mahir boleh mengajar. Tetapi semua orang mahir boleh belajar cara mengajar.

Tarikh: 21 hingga 25 September 2026
Lokasi: First Impression Academy, Inanam, Kota Kinabalu

Sesuai untuk anda yang sudah mahir dalam bidang masing-masing dan mahu melangkah menjadi pengajar bertauliah.

Maklumat penuh dan yuran, sila DM kami.

Photos from First Impression Academy PLT's post 10/08/2026

PENGUMUMAN PROGRAM
Kursus Train the Trainer (NCS-004:2017)
Batch September 2026

First Impression Academy PLT dengan sukacitanya membuka pendaftaran awal bagi Kursus Train the Trainer, berpandukan standard kompetensi kebangsaan NCS-004:2017.

Kemahiran teknikal dan kemahiran menyampaikan ilmu merupakan dua kompetensi yang berbeza. Ramai individu telah menguasai bidang masing-masing selama bertahun-tahun, namun masih memerlukan kelayakan formal untuk mengajar dan menilai secara rasmi. Kursus ini memenuhi keperluan tersebut.

MAKLUMAT PROGRAM:

Program: Train the Trainer (NCS-004:2017)
Kelayakan: Terbuka kepada semua bidang kemahiran
Lokasi: First Impression Academy PLT, Inanam, Kota Kinabalu
Batch: September 2026
Format: Kelas kecil dengan bimbingan rapat

Kemudahan pembayaran secara ansuran disediakan.

Tarikh penuh akan diumumkan tidak lama lagi. Pihak kami mengalu-alukan permohonan awal bagi tujuan tempahan tempat. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. Nombor untuk dihubungi tertera di ruangan komen.

Photos from First Impression Academy PLT's post 07/08/2026

KURSUS PEMBENTUKAN KENING
(BROW SHAPING COURSE)

📆Sabtu, 15 Ogos 2026
⏱️2.00 – 5.00 petang
📍First Impression Academy, Inanam, Kota Kinabalu

Bentuk kening yang kemas bermula daripada ukuran yang betul, bukan daripada meniru bentuk orang lain. Setiap struktur wajah memerlukan pendekatan yang berbeza, dan itulah yang menjadi asas kursus ini.

Sesi 3 jam ini disusun untuk peserta tanpa asas.

Antara yang dipelajari:
· Pengenalan bentuk dan struktur wajah
· Teknik mengukur dan memetakan kening
· Pemilihan bentuk mengikut wajah
· Kemasan dan penjagaan selepas sesi

Praktikal dijalankan pada wajah sendiri atau model peserta, dengan bimbingan trainer sepanjang sesi.

Peserta pulang dengan bentuk kening yang telah dikemaskan sendiri, serta teknik yang boleh diulang di rumah.

🎓Sijil penyertaan disediakan.
📌Slot terhad.
🪞Peserta perlu membawa peralatan asas sendiri.
📋Senarai lengkap akan kami kongsikan selepas pendaftaran disahkan.

WhatsApp 012-2349327 untuk maklumat yuran dan slot.

Photos from First Impression Academy PLT's post 06/08/2026

Ramai yang menghubungi kami dengan soalan yang sama.

Kit lash sudah dibeli. Video tutorial sudah ditonton berkali-kali. Namun peralatan itu masih tersimpan, belum pernah digunakan.

Puncanya bukan kurang minat, tetapi kerana bimbang melakukan kesilapan tanpa bimbingan yang betul.

First Impression Academy dengan sukacitanya membuka Kursus 3-in-1 pada Ahad, 9 Ogos 2026 di Inanam, Kota Kinabalu, merangkumi Lash Lift, Lash Extension dan Brow Shaping dalam satu sesi sehari.

Kursus ini direka khusus untuk peserta tanpa asas. Pengajaran bermula daripada teknik paling asas, diikuti sesi praktikal sepenuhnya atas model, dengan bimbingan tenaga pengajar bertauliah sepanjang sesi.

Setiap peserta akan menerima sijil penyertaan di akhir kursus.

Slot adalah terhad bagi memastikan setiap peserta menerima perhatian yang secukupnya.

Hubungi kami di WhatsApp 012-2349327 untuk maklumat yuran dan slot yang masih kosong.

Dengan kerjasama Sweet Memory Wellness (SMW).

05/08/2026

Mahir dalam sesuatu bidang tidak semestinya bermaksud seseorang sudah bersedia untuk melatih orang lain secara profesional.

Selain mempunyai pengetahuan dan pengalaman, seorang jurulatih juga perlu memahami cara merancang, menyampaikan dan menilai latihan secara sistematik.

Program Train The Trainer NCS-004:2017 membantu peserta membina kompetensi asas sebagai jurulatih, termasuk:

✓ Penyediaan latihan yang lebih tersusun
✓ Teknik penyampaian yang berkesan
✓ Pengendalian peserta secara profesional
✓ Penilaian terhadap pencapaian pembelajaran

Program ini sesuai untuk usahawan, tenaga pengajar, penyelia, ketua pasukan dan profesional industri yang ingin berkongsi kemahiran dengan lebih yakin dan teratur.

Ubah pengalaman anda menjadi ilmu yang memberi impak kepada orang lain.

Untuk maklumat lanjut, hubungi First Impression Academy:

📲 WhatsApp 012-2349327

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Kota Kinabalu
88450

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00