SORAK - Biro Sukan, Seni & Rekreasi. Perakan Kota Kinabalu
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SORAK - Biro Sukan, Seni & Rekreasi. Perakan Kota Kinabalu, Health/Beauty, Kk plaza, Kota Kinabalu.
07/03/2026
UKHUWAH RAMADHAN & IFTAR BONDUK 2.0
Program Ukhuwah Ramadhan & Iftar Bonduk 2.0 telah berlangsung pada hari ini, 17 Ramadhan 1447 H bermula jam 4.30 petang hingga 7.30 malam dengan penyertaan ahli dan rakan komuniti.
Program dimulakan dengan aktiviti pendakian ke puncak bukit yang mengambil masa kira-kira 50 minit. Pendakian ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal peserta yang berpuasa dinbulan yang mulia ini, malah menjadi medium untuk mengeratkan hubungan ukhuwah sesama peserta sepanjang perjalanan.
Setibanya di puncak, para peserta mengambil kesempatan menikmati suasana indah menjelang waktu berbuka puasa sebelum bersama-sama menjamah juadah iftar secara sederhana.
Program diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah, sekali gus menyempurnakan pengisian rohani dalam suasana Ramadhan yang penuh keberkatan.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam mengukuhkan ukhuwah, memupuk gaya hidup sihat melalui aktiviti rekreasi, serta menghayati keberkatan bulan Ramadhan dalam suasana yang santai dan bermakna.
05/03/2026
UKHUWAH RAMADHAN & IFTAR BONDUK 2.0
Anjuran SORAK β Biro Sukan, Seni dan Rekreasi PERAKAN KK
SORAK dengan sukacitanya menjemput semua Anak Kelantan di perantauan serta rakan-rakan yang berminat untuk menyertai program Ukhuwah Ramadhan & Iftar Bonduk 2.0 seperti ketetapan berikut:
π Tarikh: 7 Mac 2026 (Sabtu)
β° Masa: 4.30 Petang β 9.00 Malam
π Lokasi: Bukit Botak, Sepanggar
Objektif Program:
β’ Mengeratkan silaturrahim Anak Kelantan di perantauan
β’ Menzahirkan semangat Muslim walaupun dalam suasana berpuasa
β’ Menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti hiking
Program ini menggabungkan elemen riadah santai dan kebersamaan dalam suasana Ramadan yang penuh keberkatan. Diharapkan ia dapat menjadi platform memperkukuh ukhuwah serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan peserta.
π Pendaftaran dibuka sekarang!
Imbas kod QR pada poster untuk mengisi borang penyertaan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
π Zahar β +60 18-463 5211
π Bahar β +60 13-420 8384
Jumpa anda di puncak! π
12/02/2026
KOTA KINABALU, 12 Feb β Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PERAKAN Sabah Kali Ke-11 telah berlangsung dengan jayanya pada malam Khamis bertempat di Sup Ikan Kudat, Kepayan, bermula jam 7.30 malam.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datoβ Bentara Kanan Ustaz Datoβ Haji Ahmad bin Yakob, mantan Menteri Besar Kelantan. Kehadiran beliau sebagai tetamu kehormat menyerikan lagi majlis serta memberi suntikan semangat kepada seluruh ahli yang hadir.
Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan ahli, pengukuhan organisasi serta peranan aktif persatuan dalam memperkasa komuniti, khususnya dalam aspek kebajikan dan pembangunan ummah. Beliau turut menggesa agar kepimpinan dan ahli terus komited dalam merancang program yang memberi manfaat berterusan kepada masyarakat.
AGM kali ini turut membentangkan laporan aktiviti tahunan, laporan kewangan serta perancangan program bagi tahun semasa. Perbincangan berjalan dalam suasana harmoni dan penuh semangat kerjasama.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan ringan. Secara keseluruhannya, AGM PERAKAN Sabah Ke-11 dilihat berjaya mencapai objektifnya serta memperkukuh lagi saf kepimpinan dan keahlian persatuan di negeri ini.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Kk Plaza
Kota Kinabalu