Mieza Avon

Mieza Avon

Share

Serlahkan kecantikan dan keanggunan dirimu bersama Avon

11/08/2025

Resepi Congobar

Sedap tau.yang penting tak manis leting!

240gm Butter(cairkan terlebih dahulu dan biarkan sejuk)
150gm brown sugar
120gm gula pasir halus
3biji telur + 1tsp creamy vanilla

*400gm tepung gandum baker choice
*1tsp baking soda
-ayak bahan yang bertanda*

250gm choc chip atau boleh guna callebaut callets

-Satukan butter cair dan brownsugar+gula pasir halus kacau guna whisk jer .
-Masukkan telur dan esen vanila kacau guna whisk jugak smp sebati.
-Dan baru masukkan tepung yang dh diayak dengan baking soda.
-Kacau lagi hingga sebati guna spatula jer.
-Dan terakir baru masukkan callebaut callet@choc chip.(tinggalkan sikit untuk letak bhg atas kek.
-Tuang dalam loyang 9,bakar suhu 160/40~45minit api atas bawah.
-Siap,tggu sejuk atau suam2 baru potong k.

Try congo bar👉https://s.shopee.com.my/qZDLEjRrl

Minum bersama air ni memang sedap rasa umphh lagi👉
https://s.shopee.com.my/709qggBrFs

09/08/2025

RESEPI KUAH ROJAK HOMEMADE RESEPI IBU

BAHAN-BAHAN:

Belacan*
Cili kering 5 tangkai*
Cili hijau
Cili merah 1 biji*
Kicap manis satu botol Cap Kipas Udang
Gula kabong seketul
Asam jawa suku sudu makan
Pes udang dua sudu makan
Gula 3 atau 4 senduk
Sos cili 2 sudu makan
Tepung ini jagung letak dua sudu makan
Sedikit air
Biji Bijan
Kacang tanah (jika s**a)

CARA MEMASAK:

1. Kisarkan kesemua bahan yang bertanda (*)
2. Tuangkan sebotol kicap ke dalam periuk yang sesuai dan masukkan gula kabong.
3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk kicap dan gula kabong dan kacau sehingga sebati di atas api yang sederhana.
4. Dah sebati kesemuanya, masukkan asam jawa, pes udang, gula, dan sos cili.
5. Larutkan tepung jagung dengan sedikit air.
6. Tuangkan larutan tepung jagung tadi ke dalam kuah rojak tadi untuk memekatkan tekstur kuah.
7. Sangai biji bijan jangan sampai hangus.
8. Tutup api kuah rojak sekiranya telah mendapat kepekatan yang diinginkan.
9. Biarkan kuah sejuk baru dimakan bermasa buah buahan yang diinginkan.
10. Jika s**a boleh tumbuk kasar kacang tanah yang telah digoreng ke atas kuah rojak.

Selamat mencuba

05/08/2025

RESEPI SAMBAL PENYET PALING SEDAP 😍

Saya ni memang sangat s**a makanan indonesia, terutamanya nasi ayam penyet. Dari zaman bujang lagi duk layan nasi ayam penyet ni. Siap belajar macam-macam resepi sambal penyet. Tapi semua resepi tu macam ada tak kena. Masih belum betul-betul puas hati dan belum sama macam kedai faveret. Hahahah.
Haritu, ada lah terfikir nak cuba cari resepi yang memang dari orang indonesia. Cari punya cari, terjumpa lah satu resepi ni. Pelik sikit resepi dia, sebab tak letak bawang merah. 😅 Macam risau jugak, takut tak sedap, sebab sebelum ni resepi sambal penyet semua kena letak bawang banyak-banyak. Haha.

Tapi rupa-rupanya resepi ni memang PERFECT. Sedap sangat-sangat bagi tekak saya. Memang rasa macam tak perlu beli kat kedai dah. Hahaha.
Resepinya mudah saja.

Bahan-bahan :
Tomato (belah 4)
Cili besar
Cili padi
Belacan
Ikan bilis (segenggam)
Minyak masak
**Takde s**atan khusus. Agak-agak je ikut selera kita. Nak sedap, lebihkan tomato. Nak pedas, lebihkan cili padi. Nak merah, lebihkan cili besar. Haaa begitulah.

Cara-cara :
1. Goreng ikan bilis dengan sedikit minyak sehingga garing.
2. Bila ikan bilis dah garing, terus masukkan tomato ke dalam kuali gorengan ikan bilis tadi.
3. Masukkan p**a cili besar, cili padi dan belacan.
4. Goreng sehingga layu.
5. Bila semua dah layu, tutup api, dan biarkan sejuk.
6. Setelah sejuk, baru hancurkan. Blend kasar sahaja. Boleh guna chopper, atau tumbuk guna lesung batu
7. Saya punya ni saya guna hand blender.
8. Dah siap blend kasar, masukkan semula sambal tadi ke dalam kuali yang sama.
9. Masak sehingga kering air dan pecah minyak. Letak garam sikit. Boleh tambah gula jika s**a.
10. Siap!

Resepi ni memang resepi sambal penyet terbaik yang saya pernah rasa. Dan suami pun memang konpem bertambah nasi bila saya buat sambal penyet ni. Alhamdulillah. 😍
Selamat mencuba semua.

Kredit : Lubuk Resepi

01/08/2025
Photos from Baik's post 01/08/2025
Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Tinggi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kota Tinggi