atiqah.yleo
Young Living Business Builder
Young Living Distributor
Member ID : 14203980
28/10/2023
Alhamdulillah selesai urusan ke Kuala Selangor harini.
Ambil ukuran Aulora T Shirt, Boxer, Pants dan Armsleeve.
Moga Allah izinkan manfaatnya.
Impian makcik nak dapat solat sempurna.
Walaupun makcik ada sakit lain,
Tapi solat terlebih dahulu yang dia impikan.
"Makcik kalau dapat solat sempurna macam orang biasa ni pun dah rasa Ya Allah nikmatnya.
Kadang2 terfikir kita ada duit banyak,
Tapi solat kita tak dapat sempurna macam biasa,
Apalah rasanya.."
Ya Allah ayat ni buat saya tersentak sebenarnya.
Betul lah..
Ayat lagi tersentak
"Agak2 macam manalah Allah pandang kita"
Yang ni terus saya malu tau.
Rasa macam ditampar.
Deep sungguh ayat makcik ni.
Kita ada duit banyak terus fikir nak tukar lifestyle.
Nak beli rumah lebih selesa.
Nak beli kereta lebih selesa.
Nak jalan2 keliling dunia.
Allahu..
Tazkirah ringkas tapi padat.
Dan maksudnya tu sampai ke lubuk hati.
Tak dapat ambil gambar makcik sbb makcik kata makcik tak tutup aurat😆ðŸ¤
03/09/2023
13/05/2023
Alhamdulillah dapat juga beraya bersama.
'Jemaah' ni memang prefer hari Jumaat.
Last year pun Jumaat.
Dah serupa jadi acara tahunan p**a😆.
Agak kalut juga lah sebab semuanya buat seorang kan.
Dengan nak hantar dan ambil anak sekolah.
Dengan nak kemas rumah.
Memang dari pagi lah bersilatnya kat dapur.
Tak ada yang tempah,semua masak sendiri.
Cuaca p**a panas..memang masak dalam kepanasan🤣.
Alhamdulillah berjaya juga buat.
Kalau nampak ada cacat2 rumah tu jangan ditanya ya.
Anak kita membakar rumah ya sehari sebelum makan2 raya ni.
Bukan sikit ya..besar apinya.
08/05/2023
Alhamdulillah..berkelapangan bertemu sahabat2 ex Al Amin.
Paling lama terpisah sejak habis PMR.
Walau tak cukup ahli tapi tetap on.
Kemudian sambung bersilaturrahim dengan geng memanah PKP.
Walau salah seorang tu jiran depan blok,
Tetap tak sempat beraya bersama🤣.
Sibuk masing2.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.
23/04/2023
Selamat Hari Raya semua.
Maaf Zahir Batin.
Kullu 'am wa antum bikhoir.
18/03/2023
Alhamdulillah selesai 3pusingan.
Beberapa hari cuti sebab tak sihat.
Ini antara salah satu "happiness" saya.
Bila dapat tu, huh puas.
Saya ada terbaca satu tulisan ini baru2 ni.
"Perempuan ramai yang tidak cukup vitamin D."
Disebabkan oleh kita banyak 'tepek' macam2 di wajah.
Antaranya sunblock.
Sudah pakai sunblock,pakai p**a foundation spf sekian2.
Haaa tu dia.
Lepas tu kaum perempuan kurang keluar bersenam.
Atas faktor kita ni banyak komitmen pada rumahtangga.
Tak dinafikan bab yang ni..kesian kaum2 kamiðŸ¤.
Sunblock ni sebenarnya ada pro n cons dia.
Kalau saya,pagi2 memang muka 'togel' sahaja.
Sebab nak juga manfaat matahari tu.
Jadi kita boleh buat pilihan waktu bila kita perlu pakai dan tak pakai.
Dalam kebaikan ada keburukan.
Begitu juga sebaliknya.
Jadi pandai2lah timbang tara.😊
Stay health,stay safe.
Make a good choice.
25/02/2023
Life is like a swing..
Moving up and down..
Just hold it tight..
And enjoy the ride!
10/02/2023
Hidup ini sebuah perjalanan.
Kadangkala laju memecut.
Kadangkala jatuh tersungkur.
Perjalanan kita tiada yang sempurna.
Kerana yang indah itu bukan semuanya yang sempurna.
Tetapi yang indah itu lebih kepada syukur apa yang kita ada.
Belajar dari pengalaman yang kita punya.
Menikmati setiap apa yang kita rasa.
05/02/2023
Hari ni bersiaran dari KLCC😊.
Haseef request sebab nak main playground yang banyak.
Siap pakej mandi pool lagi.
Kami sempat pusing 2pusingan.
Alhamdulillah.
04/02/2023
Alhamdulillah..
Luang masa bersama keluarga.
Extra ahli hari ni😆.
Sepupu mereka join sekali.
29/12/2022
Cuti sekolah anak2 tak bawa bekal.
Jadi buat bekal ayahnya sahaja.
Selalu 1meal sahaja sempat kalau hari sekolah.
Tapi cuti sekolah ni boleh extra sedikit.
Ayahnya cakap takyah susah2,pagi2 buat telur rebus sahaja katanya.
Selalu hujung minggu adalah hari untuk prep makanan.
Semua makanan akan diperap untuk mudahkan kerja.
Nanti masuk sahaja dalam (airfryer)AF.
Sayur p**a potong di malam hari siap2.
Esok tinggal rebus sahaja.
Nak lagi mudah guna sahaja salad.
Sayur ni kalau basuh dengan Thieves Fruit & Veggie Soak dia lebih tahan lama dan nampak segar.
Minuman pagi selalunya akan bekalkan OCOC vegan dicampur dengan MCT Oil.
Sedap dan mengenyangkan.
MCT oil juga bantu membakar lemak.
Nak sihat dan jimat, silalah makan masakan dari rumahðŸ¤.
Air tangan penuh kasih sayang gitu😆.
Ni mimggu depan nak buka sekolah anak2 dah sebut menu bekal apa yang diorang nak😅.
Ibu kena bersedialah prep makanan apa patut.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
Kuala Lumpur
47000