D'queen Spa Salon Cawangan Cheras

D'queen Spa Salon Cawangan Cheras

Share

Kami menyediakan rawatan kecantikan dan rawatan alternatif seperti :
01. Body massage
02. Mandi Bunga
03. Gunting Rambut
04. Gangguan Mahluk Halus
05.

Gangguan Jin
06. Mengeluarkan Saka
07. Mengesan gangguan

Photos from D'queen Spa Salon Cawangan Cheras's post 04/02/2023

Khasiat Teh Sennah.
♡ Melansingkan Badan.
♡Membuang Lemak
♡Membersihkan Usus,
♡ Merawat Sembelit
♡ Merawat Gastrik
♡ Merawat Kencing Manis
♡ Membersih Darah Kotor
♡ Membuag Toksin
♡ Mengurangkan Kolestrol
♡Mengawal Tekan Darah
♡Melancarkan Peredaran Darah.
♡ Mengeluarkan Aura Negatif

24/05/2021

Rawatan mengeluarkan Aura negatif,
1. Sakit kpla akibat gangguan Mahluk Halus.
2. Demam
3. Sakit lutut & Sendi.
4.Sakit Tengkok & tulang belakang.5.penyakit Mastri

Photos from D'queen Spa Salon Cawangan Cheras's post 11/12/2019
08/12/2019
Untitled album 08/12/2019
23/11/2019

Disebutkan dalam hadits shahih riwayat Imam Bukhari, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawarnya.” (HR Bukhari).

Photos from D'queen Spa Salon Cawangan Cheras's post 23/11/2019

Disebutkan dalam hadits shahih riwayat Imam Bukhari, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَا أَنْزَلَ اللهُ دَاءً إِلَّا أَنْزَلَ لَهُ شِفَاءً
“Tidaklah Allah menurunkan penyakit kecuali Dia juga menurunkan penawarnya.” (HR Bukhari).

22/11/2019

MANFAAT GARAM MANDIAN AURA AROMA KASIH SAYANG

Membantu merapatkan hubungan kekeluargaan, persaudaraan serta rakan sekerja.
Membangkitkan Ghairah Jiwa.
Bantu Menaikkan Seri Wajah dan tubuh.
Menghilangkan sel kulit mati.
Menghalus dan melembabkan kulit.
Proses pemutihan semulajadi
Menampal kebocoran dan perbaiki aura diri
Memberi kesegaran dan keharuman tubuh berpanjangan.

MANAFAAT GARAM MANDIAN AURA AROMA POSITIF

• Menangani serta menghilangkan stress dan tekanan
perasaan.
• Mengembalikan tenaga yg hilang.
• Membantu merawat dan menangani migrain dan sakit
kepala.
• Melindungi kulit daripada kering.
• Mengimbangi tekanan darah
• Meningkatkan kandungan oksigen dalam tubuh
• Membantu dalam penyembuhan penyakit kulit, melembut
dan menghaluskan kulit badan
• Membantu mendekatkan jodoh.
• Membantu menangani serta mengelakkan gangguan
makhluk halus.

21/11/2019

MANDIAN AIR 1000 BUNGA SERI PENGANTIN
DENGAN JELITA AURA TASWIQ
Pastinya wanita yang bergelar raja sehari ingin tampil berseri dan anggun di hari perkahwinan. Di zaman serba moden ini, pelbagai rawatan dan spa yang menawarkan khidmat untuk kecantikan termasuk menaikkan seri pengantin.
Untuk bakal pengantin yang ingin menaikkan seri wajah, dinasihatkan untuk mengamalkan petua turun temurun orang tua iaitu mandi bunga. Bunga yang digunakan termasuk melati, melur, tanjung, mawar, kekwa, cempaka dan pelbagai bunga lain asalkan merangkumi 7 jenis bunga dan pelbagai warna. Hirisan limau purut dan limau nipis boleh dicampur bersama untuk menambah haruman.
Dalam Islam, hukum mandi bunga adalah harus sekiranya ia dilakukan oleh ahli-ahli yang mahir dalam bidangnya dan perbuatan itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan hukum syarak. Apa yang dimaksudkan di sini adalah jika perbuatan itu disertai dengan ayat pemujaan memanggil syaitan atau mantera yang berunsur sihir, bertujuan ‘memanggil’ pendamping atau semangat dan percaya kononnya bunga atau limau yang digunakan untuk mandi mempunyai ‘kuasa’ untuk menyembuhkan sesuatu penyakit.

20/11/2019

Mandian Air 1000 Bunga Jelita Aura Taswiq

Manfaat Mandi Bunga Rawatan. (Kerasukkan, Sihir dan lain-lain)

Untuk merawat seseorang yang terkena gangguan jin dan sihir maka kami melangsungkan rawatan kami dengan 2 kaedah yang dijalankan serentak didalam satu tindakkan. Kaedah yang pertama ialah PENGOSONGAN dan kaedah yang kedua ialah PEMULIHAN. Menurut kajian, ada dua perkara yang perlu diselesaikan ke atas seseorang yang diganggu jin iaitu yang pertama menyelesaikan jin yang mengganggu (PENGOSONGAN) dan merawat tubuh yang diganggu (PEMULIHAN). Maka dengan itulah kami menggunakan limau nipis dan juga bunga-bungaan yang disatukan dalam air sebagai salah satu cara ikhtiar.

Mengapa Air Mawar Jelita Aura Taswiq?

Jin adalah makhluk ciptaan Allah yang berkongsi hidup dengan manusia dibumi ini. Mereka berjisim halus tidak seperti manusia yang berjisim kasar, oleh kerana itu golongan mereka ini tidak dapat dilihat bagaimanakah hal keadaan jisimnya dengan penglihatan mata kasar manusia. Pun begitu, mereka juga mempunyai akal dan perasaan, justeru mereka juga tergolong dalam golongan yang diperintahkan Allah agar mentaati titah perintah Allah selain manusia.
Oleh kerana mereka juga berjisim maka tubuh mereka juga akan bertindakbalas dengan jisim-jisim yang lain. Sebab itulah tubuh mereka akan mudharat apabila terkena air limau sebagaimana mudharatnya tubuh kasar kita ini apabila direndam dengan air limau dalam kuantiti yang banyak. Bukankah sesuatu akan mengalami hakisan apabila direndam dalam cecair yang mempunyai kepekatan asid yang tinggi? Begitulah yang akan terjadi pada tubuh jin yang akan terhakis atau hancur apabila dikenakan dengan air perahan limau walaupun dalam kadar kuantiti yang sedikit kerana tubuh mereka berjisim halus. Maka, air perahan limau adalah alat ampuh yang dapat memudharatkan tubuh jin sehingga mereka terpaksa merasai pengalaman sakit yang tidak terhingga.
Maka khasiat mandi air 1000 bunga berkesan untuk memudharatkan tubuh jin yang bersarang dalam tubuh penghidap gangguan jin sehingga tubuhnya kosong dari diinap jin.

Mengapa guna bunga?

Ada 3 cara gangguan jin ke atas tubuh manusia iaitu yang pertama jin pengganggu yang menetap secara kekal didalam tubuh manusia (mengeram), yang kedua jin pengganggu yang menetap secara kekal diluar tubuh manusia (mendampingi) dan yang ketiga jin pengganggu yang bekerja memasukkan barang-barang mudharat ke dalam tubuh manusia dan kemudian pulang ke sisi tuannya (khadam).
Selalunya, air 1000 bunga berkesan untuk mengosongkan jin dari menginapi atau bersarang di tubuh pesakit dan aromanya mendindingi pesakit dari didekati jin namun ianya tidak bersekali merawat tubuh dan organ-organ dalaman pesakit yang telah dirosakkan oleh jin. Maka oleh sebab itulah kita menggunakan khasiat bunga-bungaan yang menurut kajian sains auranya dapat memulihkan kembali organ-organ dalaman agar bekerja dengan normal kembali.

Maka khasiat mandi bunga berkesan secara saintifik untuk menyeimbangkan kembali aura tubuh terlangsung merangsang kembali organ-organ dalaman yang telah dirosakkan oleh jin sehingga pulih seperti biasa.
Mengapa guna air?
Menurut fakta saintifik, air adalah alat perakam terbaik kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya berkebolehan merakam gema getaran samada dari bunyi termasuk kata-kata dan juga dari niat kita. Oleh itu air bukan saja dapat membersihkan dan menyegarkan kembali keadaan badan tetapi ia juga dapat merakam ayat-ayat suci Al Quran dan juga doa-doa yang dibacakan padanya sehingga air itu terakam dengan gema getaran yang hebat yang dapat memudharatkan jin.
Menurut fakta saintifik lagi, air mempunyai gelombang bulat yang dapat mencari sasaran tekanan rendah secara rawak tanpa banyak halangan, oleh itu ia dapat membawa masuk tenaga dan gema getaran yang telah terakam samada dari khasiat bunga atau bacaan ayat suci Al Quran meresapi tubuh badan melalui reseptor bulu roma lalu merangsang hormon-hormon didalam badan.
Namun yang paling utama mengapa air digunakan ialah ianya adalah panduan dan anugerah daripada Tuhan kita sendiri untuk kemudahan kita dalam menghadapi penyakit yang berpunca dari gangguan jin dan syaitan. Dalam Al Quran Allah SWT telah mengajar kepada kita betapa air telah dijadikan medium atau perantara bagi penyembuhan penyakit Nabi Ayyub a.s. Firman Allah SWT yang bermaksud, dan ingatlah akan hamba Kami Ayub ketika ia menyeru Tuhannya, "Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kepayahan dan seksaan". (Allah berfirman): "Hentakkanlah kakimu! inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.” Surah Shaad ayat 41 dan 42.
Makanya, dengan tergabungnya khasiat limau, bunga-bungaan dan doa-doa yang disatukan ke dalam air yang sejuk menurut tatacara petua yang khusus, insyaAllah mana-mana penyakit akibat dari gangguan jin dan sihir pun dapat diatasi.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


C1/B/02 Jalan Bukit Segar Jaya 1, Cheras
Kuala Lumpur
43200