Bio Nurul Lingzhi

Bio Nurul Lingzhi

Share

sakit kencing berbuih macam mane boleh dpt sihat? jgn risau erin ade satu produk boleh membantukan a

21/02/2022

Selamat petangπŸ’—

Kenaikan harga tidak lama lagi ‼️

Syarikat mengumumkan bahawa produk WELLOUS kami akan mempunyai kenaikan harga 😭

Saya sangat berharap anda boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah dan dengan harga promo πŸ’— ditambah p**a kami mendapat PENGHANTARAN PERCUMA sekarang πŸ’• Kalau anda tak nak ketinggalan 😘 Ambil sekarang seblum harga naik ~

Jom inbox saya untuk dapatkan promosi ❀️

06/12/2021

Fungsi utk bio series πŸ”₯πŸ”₯

Nak tahu lebih info boleh je dtg inbox πŸ“ͺ

Photos from Bio Nurul Lingzhi's post 13/04/2021

Promosi istimewa kembali lagi! πŸŽŠπŸŽ‰

Bersempena dengan bulan mulia ini, Wellous ingin berkongsi berita gembira mengenai promosi pakej produk Wellous πŸ€!

Promosi Bulan Ramadan ini bermula pada hari ini sehingga 27 April, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk kekalkan kesihatan secara optimum dengan produk Wellous di bulan Ramadan yang membawa seribu keberkatan ini.

08/09/2020

Move on βœ…

08/09/2020

Pernahkah anda nampak bebenang halus atau titik titik kelabu apabila melihat langit, kertas putih atau di tempat cahaya terang?

Ya itu adalah Floaters.

Didalam bebola mata, ada cecair seperti jeli (vitreous). Apabila semakin berusia, jeli yang diperbuat dari protein kolagen ini akan mengecut dan sisanya akan terampai dalam bola mata.

Bayang bayang kolagen ini adalah punca gejala Floaters. Ia tidak bahaya yang jika tiada perubahan mendadak dan anda tidak perlu risau.

Dapatkan pemeriksaan sekiranya,

⚠️ Floaters semakin banyak dan meningkat dengan mendadak
⚠️ Kabur atau hilang penglihatan
⚠️ Ada kilauan cahaya seperti disuluh (flash of light)

08/09/2020

[ALERT] BAHAYA BANTAL ANTI GOLEK

Setiap tahun, lebih 4,000 kematian mengejut telah direkodkan di US. Dan di Malaysia, satu kajian menunjukkan 2% daripada post mortem kanak-kanak yang dilakukan telah meninggal dunia disebabkan kematian mengejut.

Antara faktor kematian mengejut ini disebabkan oleh beberapa faktor
⚠️ Tidur mengiring
⚠️ Tidur meniarap
⚠️ Tidur penuh dengan bantal
⚠️ Tidur tidak rata.
⚠️ Tidur bersama ibu bapa

Terdapat banyak bantal jenis ini dijual diluar. Berikutan ini, FDA telah mengeluarkan amaran khas kepada ibu bapa agar tidak menggunakan bantal anti golek ini.

Ibu bapa juga digalakkan untuk mengamalkan langkah-langkah ini bagi mengurangkan risiko kematian mengejut bayi.
βœ… Bayi tidur bersendirian.
βœ… Bayi tidur terlentang
βœ… Bayi tidur tanpa bantal
βœ… Bayi tidur tanpa mainan disekitar

08/09/2020

Rehat yang mencukupi dan berkualiti merupakan kunci kepada proses penyembuhan sekiranya anda mengalami demam ringan dengan gejala selsema dan batuk.

Paling penting adalah untuk memiliki waktu tidur yang mencukupi, elakkan tidur lewat yang akan menyebabkan anda mengantuk dan lesu keesokan hari.

Semasa sedang tidur, pasang air humidifier sepanjang malam. Ini penting untuk memastikan udara persekitaran lembab dan tidak kering. Ia dapat melegakan hidung yang tersumbat.

Bagi melegakan tekak yang perit, kumur air garam dan gunakan lozenges untuk kesan sejuk di tekak. Mandi dengan air suam/ panas pada waktu malam/ sebelum tidur.

Selain rawatan sedia ada yang boleh diperoleh dari farmasi, gunakan cecair saline untuk mencuci rongga hidung dan spray decongestant untuk melegakan hidung yang tersumbat.
Jika keadaan semakin teruk, demam berpanjangan atau gejala semakin serius, dapatkan rawatan

08/09/2020

Segannya saya. Selama ini saya tak pernah menyangka mulut saya berbau. Sehinggalah Covid-19 datang, pemakaian mask telah menyebabkan saya bau sendiri mulut saya. Doktor menyarankan saya untuk gosok lidah saya. Rupanya ini punca kepada masalah bau mulut saya.

Berikut adalah beberapa punca mulut berbau
1) Lidah. Punca utama. Gosok menggunakan berus gigi atau berus lidah. Gunakan juga ubat kumur untuk bersihkan keseluruhan mulut.

2) makanan low carb. Badan akan mula membakar lemak menghasilkan ketone dan menjadi punca mulut berbau

3) Ulser perut. Ulser perut sendirian tidak menyebabkan bau. Tetapi bakteria penyebab, H Pilori, boleh menyebabkan nafas berbau.

4) Buah kering. Kurma, kismis, prune adalah tinggi gula dan bakteria yang menyebabkan masalah bau sukakan kondiisi ini. Malah, ianya melekit dan boleh melekat pada celah gigi. Pastikan anda floss gigi selepas makan buahan jenis ini.

5) Batu tonsil. Ianya warna putih terbentuk dari bakteria, sisa makanan, sel mati dan mukus. Kumur dengan air garam.

6) Gigi berlubang atau tampalan yang retak. Jumpa doktor gigi anda tau. Semoga membantu.

07/09/2020

Sebelum ini, mungkin anda sudah terbiasa dengan saranan memberus gigi selepas makan. Iklan ubat gigi juga menyuruh anda untuk berus gigi selepas makan.

Saranan terkini TIDAK menggalakkan anda untuk terus memberus gigi selepas makanan. Ini adalah kerana, asid dalam makanan akan menyebabkan hakisan pada lapisan luar gigi dan mengakibatkan gigi menjadi rapuh.

Jika anda termuntah atau berlaku refluks bahan asid dalam perut, elakkan juga terus memberus gigi.

Bilakah anda perlu berus gigi?

Tunggu sehingga selepas 30 minit anda makan.

07/09/2020

Tidak semua tempat perlu disabun. Ini bukan mandi kerbau. Air adalah terhad. Kami berikan tips dekat bahagian mana perlu disabun apabila mandi
βœ… muka
βœ… tangan
βœ… ketiak
βœ… Celah peha
βœ… kaki
Semoga membantu.

07/09/2020

"Sangat berkesan. Teruja saya dan suami. Ambil masa dua hari saja. Anak-anak saya dah pandai tidur di bilik mereka.Kualiti tidur kami lebih baik dan katil kami tidak lagi sesak dan sempit. Terima kasih sangat."

"Sebelum ini, agak sukar untuk mereka tidur sendiri. Tunggu mereka lelap, barulah kami alihkan. Kadang-kadang kami sudah tertidur. Jadi agak leceh untuk pindahkan." Ujar follower PHM.

Begitulah.

Anda mengalami masalah yang sama? Amalkan teknik ini.

1) Bincang. Jangan paksa. Berunding dengan anak akan memberikan kesan positif untuk jangka masa panjang.

2) Bilik mereka, tanggungjawab mereka. Berikan mereka sebahagian tanggungjawab untuk merancang dan penyediaan bilik tidur mereka. Ini akan mendidik anak untuk merasakan bilik mereka adalah milik mereka.

3) Eksperimen suasana. Tiada satu keadaan bilik yang sesuai untuk semua anak-anak. Cuba eksperimen dengan keadaan-keadaan tertentu selepas berbincang dengan anak.

4) Berikan mereka privasi. Ketuk pintu dan minta izin setiap kali ingin masuk ke bilik mereka. Hormati privasi mereka. Mereka akan hormati privasi kita.

5) Ganjaran dan pujian. Ini akan memberikan mereka motivasi dan semangat untuk terus tidur di bilik mereka.

Bolehlah cuba malam ini. Semoga berjaya.

07/09/2020

Barang barang kegunaan harian ini perlu diganti apabila tiba waktunya kerana ia mungkin telah menjadi sarang pembiakan bakteria, telah terjejas fungsinya dan mungkin memudaratkan kesihatan.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Kuala Lumpur
000000