Makan Sihat

Makan Sihat

Share

Ramuan organik dan HALAL bagus untuk kesihatan jantung, mata, buah pinggang, hati dan paru-paru.

05/05/2023

Dipetik daripada Persatuan Diabetes Amerika, timun merupakan salah satu sayuran bukan berkanji yang berguna untuk mengurangkan paras gula dalam darah.

Ini kerana kandungan serat dan air dalam timun juga dapat membantu memenuhi selera makan anda di samping mengawal paras gula supaya ia baik untuk pesakit kencing manis.

Kemudian, dalam kajian yang diterbitkan dalam BioImpacts juga mendapati bahawa manfaat timun berkesan untuk mengurangkan tekanan oksidatif dan mencegah komplikasi diabetes.

05/05/2023

Pengambilan epal dikaitkan dengan penurunan risiko untuk mendapat penyakit jantung. Kajian menunjukkan pengambilan lebih dari 71 g epal sehari dalam kalangan wanita dikaitkan dengan 43% kurang risiko kematian berkait dengan masalah jantung. Bagi lelaki p**a, pengambilan 54 g epal dan lebih sehari dikaitkan dengan 19% kurang risiko.

05/05/2023

Kailan dimakan secara meluas dalam masakan Cina dan kini terbiasa dalam juadah umum masakan Malaysia. Penyediaannya yang biasa termasuk kailan goreng dengan halia dan bawang putih atau ikan masin, dan direbus atau dikukus serta dihidangkan dengan sos tiram. Ia juga adalah perkara biasa dalam masakan Vietnam, Myanmar dan masakan Thai.

Kailan boleh disemai pada akhir musim panas untuk penuaian awal musim sejuk. Anak benih ditanam pada musim luruh akan bertahan sepanjang musim sejuk.

Menurut laporan laman web myagri, di Malaysia, kalian banyak ditanam di daerah Ledang, Johor. Walaupun pada asalnya sayuran ini berasal dari kawasan Mediterranean, namun pelbagai penyelidikan dan penanaman berskala kecil membuktikan bahawa kalian hidup subur di kawasan beriklim tropika. Tanaman ini menyukai cahaya matahari untuk hidup subur.

05/05/2023

Sayuran kangkung telah digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk rawatan penyakit kuning dan masalah hati.

Ekstrak tumbuhan ini dianggap memberi perlindungan terhadap kerosakan hati akibat bahan kimia akibat modulasi enzim detoksifikasi.

Ini kerana kangkung mempunyai sebatian yang bersifat antioksidan dan mampu memusnahkan radikal bebas daripada badan.

05/05/2023

Makanan laut ini jarang dimakan dengan kerap, mengandungi pelbagai nutrisi dan kaya dengan protein.

Isinya padat dengan kalsium yang penting untuk kesihatan tulang. Selain itu, isinya mengandungi zat besi yang mencipta sel darah merah dan boleh mencegah keletihan.

Kedua-dua isi perang dan putih tinggi dengan tembaga dan hidangan 140 gram isi putih ketam sudah cukup untuk memenuhi keperluan badan untuk mineral berkenaan.

Mineral yang mencukupi membantu sistem imunisasi berfungsi dengan baik. Ia juga padat dengan zink dan selenium.

05/05/2023

Udang mengandungi banyak protein yang diperlukan untuk pembentukan sel dan tisu baru dalam badan. Bukan itu sahaja, protein dalam udang juga diperlukan oleh badan untuk menghasilkan pelbagai enzim dan hormon.

Selain protein, udang juga mengandungi tahap iodin yang tinggi. Iodin adalah bahan mentah yang penting dalam penghasilan hormon tiroid. Hormon ini memainkan peranan yang sangat penting dalam proses metabolisme badan. Tanpa pengambilan iodin yang mencukupi, anda berisiko untuk mengalami goiter dan kemandulan.

05/05/2023

Ayam mengandungi asid amino triptofan, yang dikaitkan dengan tahap serotonin (hormon gembira). Oleh itu, daging ayam berguna dalam mengawal mood kanak-kanak supaya lebih stabil dan kurang terdedah kepada tantrum.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Cheras
Kuala Lumpur
53100