Rumah Idaman
Kecantikan hak milik setiap wanita
18/09/2021
Plank adalah salah satu jenis senaman rintangan paling efektif yang anda boleh lakukan. Kenapa?
1. Anda akan memperbaiki bentuk dan prestasi otot teras.
2. Anda akan mengurangkan risiko kecederaan di bahagian dan tulang belakang
3. Anda akan mengalami peningkatan metabolisme
4. Postur anda diperbaiki dengan ketara
5. Anda akan memperbaiki keseimbangan seluruh badan anda
6. Anda akan menjadi lebih fleksibel
7. Anda akan mendapat manfaat mental
Hanya dalam masa 5 hingga 10 minit setiap hari, anda akan berasa lebih cergas dan bertenaga. Mulakannya hari ini!
18/09/2021
Lama 'Terkurung' Sampai Naik Berat Badan? Ini Rahsia Kurus Dalam Masa Seminggu!
#1. Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein
#2. Makan makanan sebenar, bukan makanan yang diproses
#3. Petua kurus – Kurangkan pengambilan kalori harian
#4. Bersenam dan bersukan
#5. Teruskan aktif walaupun bukan pada waktu bersukan
#6. Petua kurus – Intermittent fasting atau berpuasa sekejap
#7. Petua kurus – Kurangkan berat air dalam tubuh
Jika anda dapat mengikuti dengan baik 7 cara untuk kurus dalam masa seminggu ini, maka anda akan dapat melihat kesan seperti yang diharapkan.
Tip kuruskan badan ini bukan sahaja berkesan untuk diamalkan, malah selamat kepada tubuh anda.
SELAMAT MENCUBA!😊
18/09/2021
Pemakanan Sihat
Tips pengambilan makanan daripada kump**an nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian
>Utamakan produk bijirin penuh yang tinggi kandungan serat, rendah lemak, gula dan garam seperti roti atau biskut bijirin penuh.
Masak beras putih bercampur beras perang untuk meningkatkan pengambilan serat.
>Pilih bijirin sarapan pagi yang tinggi serat seperti oat. Buah-buahan segar dan kering boleh juga ditambah ke dalam bijirin sarapan untuk meningkatkan pengambilan serat.
18/09/2021
Jangan Keliru! Fibroid Dan Cyst, Dua Kondisi Yang Berbeza, Fahami Masalah Sakit Wanita Ini
Topik antara fibroid dan cyst sering mengelirukan golongan wanita.
Malahan, ada yang beranggapan bahawa kedua-duanya adalah perkara yang sama mungkin kerana gejala yang hampir serupa, seperti sakit pelvis dan pendarahan yang tidak normal.
Namun, fibroid dan cyst sebenarnya mempengaruhi struktur dan elemen yang berbeza dalam sistem pembiakan wanita.
Terdapat juga kemungkinan kedua-dua keadaan ini boleh mempengaruhi kesuburan.
Fibroid berlaku di dalam rahim sementara cyst sering berlaku di ovari.
Rawatannya p**a bergantung pada gejala, perancangan untuk keluarga, dan boleh melibatkan pembedahan.
Fibroid dan cyst juga biasanya akan didiagnosis menggunakan imbasan ultrasound.
Kedua-duanya tidak berbahaya dan tidak mengancam nyawa. Selalunya kondisi ini tidak dapat dikesan, dan hanya akan ditemui semasa melakukan pemeriksaan atau imbasan seluruh badan.
Apa itu Fibroid?
Fibroid adalah pertumbuhan bukan barah di dalam dinding rahim. Saiznya boleh berdiameter hingga beberapa sentimeter, tetapi sering tidak dapat dikesan kerana tidak menimbulkan gejala yang jelas.
Cyst dan ovari?
Cyst- bagi cyst, ovari bertanggungjawab untuk menghasilkan hormon yang mengatur sistem pembiakan anda.
Ovari wanita juga melepaskan telur yang sangat penting yang menjadi pusat kitaran ovulasi.
17/09/2021
Tiga petua kecantikan wanita Korea menggunakan buah delima
Petua yang dinamakan Panduan Keremajaan Kulit Buah Delima itu menyarankan wanita supaya mengamalkan gaya hidup sihat bermula dengan pengambilan makanan seimbang yang mampu mencantikkan kulit dari dalam.
Sejak dulu lagi kebanyakan masyarakat di Asia menggunakan buah delima dalam pemakanan seperti jus dan puding kerana kandungannya yang kaya dengan vitamin A, C, D, E dan K, antioksidan serta zat besi.
Kandungan buah delima yang berkhasiat dapat mampu memperlambat proses penuaan dan memberi pelindungan yang diperlukan kulit.
Berikut dikongsikan Panduan Keremajaan Kulit Buah Delima Mamonde:
1. Ambil makanan kaya dengan buah delima
Buah delima sering digelar makanan unggul (super food) berikutan kandungannya yang kaya dengan pelbagai khasiat. Buah itu turut mengandungi kalium dan serat yang diperlukan untuk sistem penghadaman.
Kesemua vitamin itu bukan sahaja membantu dalam proses tumbesaran, tetapi amat bermanfaat dalam memulihara kulit. Selain dimakan begitu sahaja, buah delima juga boleh dibuat jus dan dijadikan hiasan dalam aneka masakan
2. Kekal hidrat
Dalam cuaca panas seperti di Malaysia, amat penting untuk kekal hidrat. Selain memastikan pengambilan sekurang-kurangnya 2 liter sehari, anda juga boleh mengambil secawan jus delima setiap pagi.
Jus delima membantu badan menyahtoksin, sekali gus menjadikan kulit lebih cantik dari dalam.
3. Produk penjagaan kulit
Amalkan produk penjagaan kulit yang menggunakan buah delima
17/09/2021
Kolagen dan Sumbernya:
Kolagen adalah sejenis protein yang banyak terdapat pada haiwan vertebrata atau haiwan bertulang belakang seperti ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia termasuk manusia.
Jaringan kolagen merupakan struktur asas dalam kulit, tendon, tulang, membran dan tisu penghubung haiwan-haiwan tersebut. 1/3 daripada tubuh badan manusia sendiri adalah kolagen.
Kenapa Kolagen Penting Untuk Manusia?
Kolagen memberikan struktur kepada KULIT dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang dan kembali kepada kedudukan asal. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut.
17/09/2021
Antara makanan yang boleh menyebabkan reaksi kulit kepada jerawat:
1. Makanan berlemak dan bergoreng - Ia meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah daripada karbohidrat dan lemak.
2. Makanan daripada produk tenusu - Kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu boleh menyebabkan alahan
3. Makanan daripada karbohidrat yang diproses - Kandungan gula dalam makanan yang diproses adalah tinggi.
4. Minuman berkafein dan berkarbonat - Ia menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stres dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkarbonat juga mengandungi banyak gula iaitu lebih kurang tujuh sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi akan menyebabkan kulit berminyak dan memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.
5. Makanan yang diproses atau ditinkan - Mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan.
Anda boleh mengurangkan masalah jerawat pada kulit muka, leher dan belakang jika pengambilan makanan berkenaan dikurangkan. Namun, ia tidak cukup untuk mengubati masalah jerawat yang kronik kerana anda perlu mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan dari pakar dermatologi.
Berikut amalan pemakanan yang boleh dipraktikkan bagi membantu mengurangkan masalah jerawat pada kulit:
1. Sayur-sayuran dan buah-buahan
2. Amalkan meminum air suam atau air masak sekurang-kurangnya dua liter sehari
3. Amalkan cara masakan memanggang, stim atau bakar
4. Memakan makanan berserat tinggi seperti roti bijirin penuh, susu skim atau rendah lemak, tuna yang tinggi Omega-3, ayam organik, salad, jus buah-buahan segar dan banyak lagi.
KEYAKINAN BERTAMBAH DENGAN WAJAH YANG BERSERI
17/09/2021
Madu merupakan satu ciptaan makanan yang sangat istimewa. Menawarkan pelbagai manfaat kesihatan, ia telah digunakan secara meluas, sama ada dalam aspek perubatan mahupun sebagai makanan. Selain menawarkan rasa yang lazat dan manis, adakah anda mengetahui manfaat yang ditawarkan madu untuk kesihatan?
-Membantu dalam mengurangkan berat
-Mengandungi nutrien
-Menguatkan sistem imun
-Bekalkan tenaga
-Baik untuk jantung
-Menyembuhkan luka, luka terbakar dan masalah kulit
-Menyuburkan kulit dan muka
17/09/2021
Kenapa Kolagen Penting Untuk Manusia?
Kolagen memberikan struktur kepada KULIT dan saling bekerjasama dengan protein yang dipanggil elastin untuk memberikan fleksibiliti yang diperlukan apabila kulit meregang dan kembali kepada kedudukan asal. Kehilangan kolagen akan menyebabkan struktur kulit menjadi tidak tegang dan berkedut.
17/09/2021
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
SVO Group, Setapak
Kuala Lumpur
53300