Petua Kelihatan Muda Dari Usia

Petua Kelihatan Muda Dari Usia

Share

petua awet muda

18/12/2021

Assalamualaikum dan selamat pagi 😍

17/04/2021

i had a acne a few years ago. if u are strong in who u are & if u know what u value. Then u'll be able to love your self & be confident with acne so don't worry if u have acne. Be patient, one day your skin will get better. And Now Alhamdulillah, i really thankful. My skin looks so good now, more better than a few years ago...🌸❤️🌸❤️

15/04/2021

awak nak kurus sebab apa???

03/01/2017

PETUA TRADISIONAL HILANGKAN JERAWAT

1) Daun Sirih: Ambil sehelai daun sirih dan rendam dalam air panas. Biarkan air menyejuk sehingga daun sirih layu. Selepas itu, ambil air tersebut untuk membasuh muka. Jangan terus lap muka tapi biarkan air tersebut kering sendiri

2) Air Asam Jawa dan Kunyit Hidup: Campurkan sedikit asam jawa, air dan beberapa inci kunyit hidup yang ditumbuk. Apabila campuran sebati, ratakan ke seluruh bahagian muka dan biarkan selama 20 minit. Selepas itu basuh dengan air bersih. Jika diamalkan selalu, kulit anda akan bebas jerawat dan lebih halus

3) Air Basuhan Beras: Basuhlah muka anda selalu dengan air basuhan beras. Biarkan kering dan kemudian basuh dengan air bersih

4) Putih Telur Ayam Kampung: Campurkan putih telur ayam kampung dengan satu sudu tepung jangung dan minyak zaitun. Gaul rata kemudian sapu ke seluruh muka. Biarkan kering kemudian bilas dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu

5) Kulit Kayu Manis: Ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu. Sebelum masuk tidur, tempekkan campuran tersebut ke muka. Hanya bilas pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan yang terbaik.

Demikianlah petua hilangkan jerawat yang boleh anda praktikkan bagi mengatasi dan mencegah masalah jerawat. Semoga info ini berguna dan bermanfaat bagi anda yang sedang bergumul dengan masalah jerawat.

14/06/2016

9 CARA MUDAH UNTUK AWET MUDA

1. Tidur awal dan masa yang konsistant: Tips paling mudah bukan? tapi tak ramai yang mampu melakukannya. Tidur awal waktu adalah penting, kerana rehat yang cukup membolehkan badan relax dan sel2 baru menggantikan sel2 yang rosak dan mati. Tidur yang cukup juga mengelakkan mata anda mempunyai lingkaran gelap yg menampakkan anda lebih tua dari usia.

2. Minum air masak dengan banyak: Air adalah bendalir terbesar yg terkandung dalam badan manusia. Fungsi air dalam badan ialah membawa nutrien penting keseluruh badan sekaligus menjadikan kulit anda lembab dan lebih segar. Sel kulit lebih cepat di"permudakan" jika pengambilan air mencukupi. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan kulit tegang, kering, mengelupas sekaligus menjadikan kulit kelihatan lebih tua. Selain pengambilan air masak, anda juga bole mengambil makanan yang tinggi kandungan air seperti buah tomato, mentimun dan sebagainya. Jika bimbang air terhidat dari badan, pengambilan air isotonik yang berkhasiat juga boleh dicuba.

3. Elak makan makanan segera: Makanan segera atau yang diproses mengandungi garam, lemak dan gula yang tinggi sekaligus menyumbang kepada tahap kolestrol yang merbahaya. Kolestrol tinggi bermakna toksin berlebihan didalam badan. Faktor ini akan menyebabkan kesihatan dan fungsi badan menjadi lebih cepat tua dan kecenderungan masalah obesiti. Elakkan makanan yang diperoses dan makan, makanan semulajadi.

4. Jangan gosok mata: Amalan menggosok mata dan lingkaranya hendaklah dihentikan serta merta. Habit ini sebenarnya merosakkan kolagen dan keanjalan kulit dikeliling mata anda sekaligus menyebabkan kedutan. Menggosok mata akan memecahkan kapilari darah yang halus disekeliling mata menyebabkan lingkaran mata menjadi sembab dan gelap. Gunakan krim pelembab yang mengandungi vitamin K dan D untuk penjagaan lingkaran mata serta pemakanan bernutrisi tinggi untuk mata yang cantik dan segar.

5. Kurangkan makanan manis: Kedut? takut bila nak sebut perkataan ini terutama bagi wanita yg berusia 30 tahun ke atas kan? kedutan pada kulit menyebabkan anda kelihatan tua dan tidak firm. Makanan manis yang berlebihan sebenarnya menggalakkan kewujudan kedut dikulit anda. Bukan sahaja kedut, gula yang tinggi juga mengundang masalah jerawat. Elakkan makan manisan berlebihan selepas anda makan.

6. Jangan merokok: Rokok adalah musuh utama awet muda. Sekarang, tidak kira lelaki mahupun wanita, rokok menjadi trend. Mengikut kajian yang tertulis didalam Jurnal Kesihatan Awam Amerika pada 2002, Perokok yang berhenti merokok sebelum usia 35 tahun mempunyai penambahan 8 tahun jangka hayat mereka berbanding mereka yang tidak berhenti. Nampakkan? Merokok menyebabkan badan anda tua sebelum waktunya. Radikal bebas menyebabkan banyak sel2 anda mati dan rosak selain risiko penyakit kronik yang tinggi seperti kanser, sakit jantung, hypertension dan sebagainya. Nak berhenti merokok seperti suami saya? Jom cuba 10 tips berhenti merokok.

7. Jangan berdendam: Hubungan antara kesihatan fizikal dan emosi sememangnya tidak boleh dinafikan. Kajian sebuah Jurnal pada tahun 2005 menunjukkan sikap tidak memaafkan orang atau berdendam akan meningkatkan simptom saraf dan mengurangkan kualiti tidur. Jadi jangan berdendam sekiranya anda ingin hidup lebih sihat dan juga awet muda. Badan yang sihat akan melihatkan anda sentiasa muda!

8. Atasi stres segera: Stres kronik boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kronik juga. Stres menyebabkan penambahan hormon kortisol yang menyumbang kepada masalah berkaitan kardiovaskular, seperti penyakit jantung, darah tinggi, kenaikan paras gula dalam darah dan juga pertambahan berat badan. Anda perlukan rehat yang cukup, ketenangan fizikal dan mental untuk kelihatan awet muda. Jadi jika anda stres, cepat cepatlah atasinya.

9. Amalkan suplemen semulajadi:Ini adalah cara utama yang anda perlu cuba. Mengamalkan pemakanan semulajadi adalah sgt bagus untuk kekal sihat dan awet muda. Tapi tahukah anda, mengamalkan makanan yang mempunyai antioksidan tinggi sangat membantu menentang radikal bebas dan sekaligus menjadikan anda kelihatan muda. Suplemen yang mesti anda amalkan untuk awet muda ialah yang mesti mengandungi Protien, Vitamin A, Vitamin C dan juga Vitamin E.

Photos 14/06/2016

selamat pagi :D

Photos 14/06/2016

jom amalkan :D

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kuala Lumpur