Tips Penjagaan Hati
Jom follow rapat untuk dapatkan hati yang bebas dari penyakit
07/12/2021
Assalamualaikum semua!! Lama tak sharing harini hanya nak share maklumat ringkas.
Selalu kita mesti nak kena makan nasi hari-hari kan tapi tahu tak kita boleh ganti nasi dengan macam-macam karbohidrat lagi contohnya macam gambar di bawah.
Boleh ganti ambil oat ke pasta ka yang lagi tinggi serat bagus untuk badan dan penghadaman 😄
29/11/2021
MASALAH SUSAH TIDUR KENAPA & CARA NAK ATASI
Saya berani jamin ramai antara kita yang ada masalah susah tidur atau tidur yang tak nyenyak. Bila ada masalah ni terganggu la segala aktiviti seharian kita nak buat kerja pun tak bermaya, ganggu prestrasi seharian, tak dapat nak bergembira dengan keluarga sebab penat tak dapat rehat yang cukup dan akhirnya tak dapat nak capai kebahagian bersama keluarga.
Kenapa boleh terjadi hal ni?
1. Stress
- Ini merupakan perkara biasa dialami tambah-tambah buat yang bekerja tak boleh nak elak dari rasa stress memikirkan beban kerja jadi boleh menyebabkan kita terlalu banyak berfikir dan tak dapat tidur yang mencukupi.
2. Rutin harian yang tak teratur
- Mcm mana tu? haa ni penting buat sesiapa yang tiada jadual teratur untuk aktiviti seharian mereka jadi bila tak boleh nak capai matlamat dalam sehari tu akibatkan fikiran bercelaru end up tidur pun tak teratur
3. Tabiat tidur yang buruk
- s**a berjaga tgk movie, main game atau buat kerja hingga lewat malam mengakibatkan kita tidur lewat dan jadual tidur tak tetap jadi susah nak tidur bila cuba nak tidur awal
4. Makan banyak sebelum tidur
- tabiat pemakanan yang paling org pandang remeh jadi bila sebelum tidur makan banyak makanan berminyak atau tak sihat menganggu proses kita nak tidur
5. Kaffien dan alcohol
- untuk pengemar kopi mereka la paling susah nak tidur. Nak ambil kopi tu boleh tapi kena kawal pengambilan jgn ambil dos yang terlalu tinggi.
Haa bila dah tahu punca mesti nak tahu cara atasi kan? Ni antara tips yang boleh digunakan:
- Tetapkan waktu yang sama untuk tidur pada setiap hari
- Kawal cahaya sewaktu nak tidur maksudnya kat sini tidur dalam bilik yang gelap dan jangan ada cahaya lampu yang terlalu terang kalau lampu meja yang malap masih ok
- Bersenam pada siang hari. Ni paling berkesan admin sendiri dah cuba sebab badan kita letih lepas bersenam jadi mudahkan kita untuk tidur malam
-Jaga makan dan minum kurangkan makanan tinggi gula, garam dan minyak
- Pastikan kawasan kita tidur bebas dari bau busuk, bunyi yang kuat dan bersepah
Jadi setakat ni sahaja posting kali ni stay tuned untuk content seterusnya!
25/11/2021
Minyak ikan ubat buat jantung...
Minyak ikan adalah lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Kebiasaannya ia dihasilkan daripada ikan berminyak seperti ikan tuna dan ikan tenggiri.
Adakalanya ia turut diperbuat daripada hati ikan, sebagai contoh, minyak hati ikan kod.
Memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan nutrien lain dalam diet dipercayai memberikan lebih banyak manfaat kesihatan keseluruhan secara am dan kesihatan jantung secara khususnya berbanding pengambilan suplemen.
Keberkesanan penggunaan minyak ikan dalam diet makanan telah diuji untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan.
Kebiasaannya ia digunakan untuk keadaan yang berkaitan dengan sistem jantung dan darah.
Sesetengah individu menggunakannya untuk membantu menurunkan tekanan darah, trigliserida dan tahap kolesterol.
Ikan mungkin mendapat reputasi sebagai ‘makanan otak’ kerana sesetengah individu mengambil ikan untuk membantu mengatasi masalah kemurungan, gangguan bipolar, psikosis, kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD), penyakit Alzheimer, gangguan penyelarasan pembangunan, sakit kepala migrain, epilepsi, skizofrenia dan gangguan mental.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua admin mengucapkan selamat datang ke page Tips Penjagaan Hati dimana admin akan share mengenai cara-cara penjagaan hati dan tips kesihatan
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Klecocity
Kuala Lumpur
59200