Kesihatan Nikmat Terindah

Kesihatan Nikmat Terindah

Share

Terdapat informasi-informasi berkenaan kesihatan. Juga penyembuhan melalui produk nutrisi semulajadi.

Sihat itu anugerah dari-Nya, mari kita jaga sebelum terlambat. #KesihatanNikmatTerindah

28/07/2021

Kategori Kes Baharu Semasa Mula Didiagnosa, 27 Julai 2021.

Daripada jumlah 16,117 kes baharu:
- Kategori 5 = 87 kes, 0.5% (95.4% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 4 = 124 kes, 0.8% (83.9% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 3 = 135 kes, 0.8% (73.3% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 2 = 6,710 kes, 41.6% (79.5% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 1 = 9,061 kes, 56.3% (94.4% tiada sejarah vaksinasi)

Secara keseluruhan,
- Kategori 3-5 = 2.1% kes (82.65% tiada sejarah vaksinasi)
- Kategori 1-2 = 97.9% (87.9% tiada sejarah vaksinasi)
- 87.9% kes baharu tidak mempunyai sejarah vaksinasi

Perlu diambil perhatian juga bahawa ada pesakit yang kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan dan terdapat juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.

06/07/2021

Pernahkah anda berasa berat di dada, sesak nafas dan sakit dada seperti ditekan?
KENALI PUNCA-PUNCA SAKIT DADA
Sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Sebahagian punca sakit dada adalah serius dan boleh membawa kepada kematian
Setiap sakit dada adalah tidak sama. Sakit dada boleh merujuk kepada sakit pada bahagian dada, bahagian atas perut dan juga sakit pada belakang badan di bahagian atas, tekak, rahang, bahu serta kedua-dua lengan
TETAPI
Tahukah anda apakah punca sakit ini terjadi?
Sakit dada tidak semestinya disebabkan oleh serangan penyakit jantung. Sakit dada juga boleh disebabkan oleh organ-organ lain pada dada seperti bahagian perut, tulang, otot dan paru-paru
ANTARA PENYEBAB SAKIT DADA :-
1. Serangan jantung berlaku apabila terdapat saluran darah di jantung tersumbat
2. Penyakit jantung yang lain seperti masalah injap jantung
3. Asid refluks yang menyebabkan pedih ulu hati
4. Sakit pada bahagian perut yang disebabkan oleh masalah seperti ulser yang dirasai sehingga ke dada
5. Sakit pada bahagian otot, sendi atau tulang rusuk dada
6. Masalah paru-paru seperti penyakit asma
7. Kecederaan pada dada contohnya selepas terjatuh atau kemalangan
8. Mereka yang mempunyai gangguan emosi seperti panik, cemas, bimbang juga boleh mengalami sakit dada
9. Sakit belakang
BILA PERLU AMBIL TINDAKAN?.
Ada disarankan untuk segera merujuk sakit dada anda kepada doktor sekiranya mempunyai ciri-ciri di bawah :-
1.Berusia >40 tahun dan mempunyai risiko penyakit jantung lebih dari satu
2.Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap penyakit jantung pada usia muda
3.Sakit dada ketika melakukan aktiviti
4.Sakit dada yang turut disertai gejala lain seperti rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam
5.Sakit dada yang merebak ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan
6. Sakit dada yang dirasakan lebih teruk dari sebelumnya
7.Sakit dada berterusan selama lebih dari 15-20 minit
8.Sakit dada yang berubah sifat contohnya semakin sakit atau semakin kerap
Untuk mencegah sakit dada, anda perlu mencegah punca-puncanya seperti mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat untuk mencegah sakit jantung, merawat dan mencegah masalah asid refluks, urus stress anda dengan baik serta jauhi rokok!
Ingat! Sentiasa jaga kesihatan anda.

06/07/2021

Alhamdulillah, semoga Allah s.w.t. kurniakan kesihatan dan kesembuhan kepada semua pengguna HAYYIBA - PENAWAR BATUK, SEMPUT & SESAK NAFAS 🤲
-
Admin

05/07/2021

ALHAMDULILLAH..RAMAI PENGIDAP ASMA DAN PENDERITA BATUK KRONIK KEMBALI CERIA DAN KUALITI HIDUP MAKIN BAIK
"Sy pengidap asma yang teruk. Tiap-tiap minggu mesti ke hospital utk sedut gas. Sy tak putus makan ubat hospital. Sehinggalah seorang kawan ceritakan tentang kebaikan habbatus sauda, penawar sunnah. Sy kemudian cubanya melalui HAYYIBA dan Alhamdulillah selepas 3 bulan, saya sekarang dah jarang kena asma". Puan Fatimah, Klang
“Batuk pakcik ni kencang sangat, terutama bila sejuk. Kekadang batuk sampai terkencing. Peritnya dada hanya Tuhan yang tahu. Bulan lepas, diperkenalkan dengan penawar alami iaitu habbatus sauda. Ini kan sunnah Nabi s.a.w. Pak cik ambik HAYYIBA, tak ambil ubat hospital. Lepas 2 minggu, batuk berkurang”- Pak Cik Hamzah
“Sejak cuba habbatus sauda HAYYIBA..tido lena..tak batuk pun..tp bangun pagi kak batuk sikit2..tp batuk utk keluarkan kahak je..tak cair mcm sebelum ni. Anak ada tegur, tak dengar malam2 mak batuk lagi.” – Puan Mastura, KL
Cara minum : Ambil 1 sachet sahaja sehari selama 7 hari berterusan, anda akan alami kesan pemulihan..
Formulasi HAYYIBA ini banyak kelebihannya, antaranya :-
✅ Batuk Berkurangan
✅ Membersihkan Kahak
✅ Pernafasan Lebih Lancar
✅ Badan Cergas dan Bertenaga
✅ Serangan Asma Dapat Dikawal
✅ Melindungi dan Menyihatkan Paru-Paru
Jom TEKAN LINK DIBAWAH untuk bebas batuk dengan cepat !!
wasap.my/60166164605/sembuhbatuk7hari
wasap.my/60166164605/sembuhbatuk7hari
wasap.my/60166164605/sembuhbatuk7hari

05/07/2021

TAHUKAH ANDA HABBATUS SAUDA ADA 1001 KELEBIHAN. ANTARANYA :-
✅ Merawat batuk kering
✅ Merawat asma
✅ Membantu menghilangkan selesa dan hidung tersumbat
✅ Meningkatkan kesuburan
✅ Membersihkan saluran darah tersumbat
✅ Mencegah diabetis dan membaikpulih kadar dula darah
✅ Membantu menghilangkan selesa dan hidung tersumbat
✅ Merawat diarrhea
✅ Membaikpulih tekanan darah
✅ Mengatasi resdung
✅ Merawat batu karang
✅ Menguatkan sistem imun

05/07/2021

👉ADAKAH BATUK BERPANJANGAN MERBAHAYA??

Batuk berpanjangan adalah satu perkara yang tidak menyenangkan jika ia berlaku secara berterusan dan mengganggu urusan harian seperti batuk ketika bekerja, ketika dalam mesyuarat, ketika bercakap dengan pelanggan dan sebagainya.

Walaupun batuk tersebut tidak mendatangkan kesan seperti sesak nafas, ia masih mengganggu urusan harian seseorang jika dia batuk teruk dan batuknya berterusan lebih daripada 2 minggu.
Batuk yang kronik didefinisikan sebagai batuk yang melebihi 8 minggu bagi orang dewasa dan lebih daripada 4 minggu bagi kanak-kanak.

Tetapi bagi pesakit yang telah batuk lebih daripada 2 minggu, pesakit diminta untuk datang ke klinik bagi tujuan pemeriksaan untuk mengetahui punca kepada batuk yang lama tersebut.
Apakah punca kepada masalah batuk berpanjangan?

1. Penyakit tibi
Selain daripada batuk yang lama pesakit Tibi juga akan mempunyai simptom yang lain seperti berat badan yang turun mendadak, berpeluh pada waktu malam dan batuk berdarah. Penyakit tibi adalah disebabkan jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis dan selalunya akan menyerang mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit HIV dan juga kencing manis.

2. Asma
Asma adalah salah satu penyakit yang berkaitan dengan alahan. Pesakit selalunya akan batuk pada waktu malam atau awal pagi kerana cuaca yang sejuk akan menyebabkan asma tersebut menyerang pesakit. Selain daripada itu, pesakit juga akan mengeluarkan bunyi(Wheezing) ketika menghebuskan nafas jika asma tersebut teruk. Mereka yang tidak mempunyai kawalan asma yang baguk boleh menyebabkan diri mereka mengalami batuk yang berpanjangan.

3. Gastro-esophageal reflux disease(GERD)
Gastro-esophageal reflux disease(Asid refluks) berlaku apabila asid di dalam perut refluks naik ke bahagian tekak dan menyebabkan tekak mengalami keradangan. Ini adalah disebabkan otot sfinkter yang berfungsi sebagai pintu pagar sebelum masuk ke dalam perut menjadi lemah. Oleh itu, ia membenarkan asid naik semula ke dalam esofagus.

Keadaan GERD yang tidak dirawat menyebabkan keradangan tersebut berterusan dan tekak yang radang lebih mudah menyebabkan batuk. Pesakit selalunya akan batuk ketika waktu baring pada waktu malam kerana pada ketika itu asid akan lebih mudah bergerak ke bahagian tekak mengikut graviti.

4. Resdung(allergic rhinitis)
Resdung boleh menyebabkan penghasilan hingus yang berterusan dan mengalir ke belakang tekak. Ini boleh menyebabkan kerengsaan dibahagian tekak dan pesakit akan batuk disebabkan perkara tersebut.

5. Ubat tekanan darah tinggi
Terdapat ubat tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan batu yang lama. Selalunya pesakit akan mengadu batuk yang tidak berkahak dan batuk tersebut bukan disebabkan jangkitan kuman.
Jenis ubat darah tinggi yang selalu menyebabkan batuk adalah jenis Angiotensin Converting Enzyme Inhibitor(ACEI).

6. Kanser paru-paru
Pesakit yang mengalami kanser paru-paru selalunya akan mempunyai simptom yang lain seperti kurang makan, penurunan berat badan yang mendadak, batuk berdarah, asyik rasa letih, sesak nafas dan pelbagai lagi.

7. Jangkitan virus biasa
Terkadang ada juga terdapat jangkitan virus biasa yang menyebabkan batuk yang lama. Ada yang batuk hingga 4 – 8 minggu disebabkan virus ini dan selalunya batuk tersebut akan baik dengan sendiri.

05/07/2021
05/07/2021

Kenali apa itu Peria Katak ? Ramai orang yang yang tak tahu peria katak ni elok untuk tubuh badan kita

🌸Nama saintifiknya Peria Katak ialah Momordica Charantia

🌸Ia sejenis sayuran pahit rasanya tetapi memiliki seribu satu khasiat kepada kesihatan manusia

🌸Bagi masyarakat India menggunakan peria katak bagi merawat ekzema dan jangkitan kulit

🌸Bagi masyarakat Amerika p**a memanfaatkan khasiat peria untuk mengubati malaria dan demam

🌸Bagi masyarakat Melayu, selain dijadikan ulam, peria katak umpamanya, berperanan sebagai jus minuman harian kerana dipercayai menjadi penawar diabetes

🌸Sebenarnya, sejak zaman purba, peria banyak digunakan bagi merawat asma, sembelit, malaria, demam, selesema, cacing, batu karang, buah pinggang, buasir dan kulit melecur

🌸Khasiat peria katak :-

1. Membantu menyerapkan bahan terkandung pada peria ke dalam hati dan otot seterusnya merangsang kandungan glikogen untuk tenaga.

2. Melewatkan pengosongan uncang perut, meningkatkan sel beta dalam pankreas dan seterusnya melambatkan kadar penyerapan glukosa.

3. Mengandungi phytoinsulin yang boleh menurunkan kadar gula dan mampu menangani masalah berat badan berlebihan.

4. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, magnesium, folat, zink dan kadar Vitamin dua kali ganda berbanding brokoli.

5. Ada sejenis multi vitamin semula jadi kerana sarat dengan nutrisi dan 20 bahan kimia aktif bertindak sebagai anti HIV, anti diabetes dan anti kanser.

05/07/2021

Kenali apa itu HABBATUS SAUDA ? Ramai orang yang cuma mengenali habbatus sauda ni sebagai untuk mengubati penyakit dan amalan sunnah. Jadi saya sharekan sedikit info Habbatus Sauda ni , moga bermanfaat
🌸Ia merupakan tumbuhan berkhasiat dan dikenali sejak dahulu kala sebagai bahan yang digunakan oleh manusia

🌸Dikenali dengan nama lain seperti Black Cumin, Fennel Flower, Black Cataway, Nutmeg Flower, Roman Coriander dan Black Seeds

🌸Ia tidak ditanam di negara kita tetapi banyak dijual sebagai makanan tambahan untuk kesihatan

🌸Ia juga menghasilkan biji halus berwarna hitam yang amat lama dan berkesan digunakan dalam meningkatkan tahap kesihatan

🌸Habbatus sauda dalam tulisan Jawi sebagai ( الحبة السوداء) dan dikenali sebagai Jintan Hitam

🌸Pokok Habbatus Sauda mempunyai ketinggian berukuran 20–30 cm (7.9–12 in) jika ditanam dengan baik dikawasan sesuai

🌸Struktur daunnya p**a adalah jenis halus yang lurus (tetapi tidak berbentuk seperti jarum)

🌸Bunganya juga berstruktur halus lazimnya berwarna putih dan biru pucat dengan mempunyai antara 5 hingga 10 kelopak

🌸Buahnya p**a bersaiz besar dalam bentuk kapsul yang mengandungi tiga hingga tujuh folikel berpadu dimana pada setiap satunya mengandungi beberapa butiran hitam yang digunakan sebagai rempah ratus dan bahan perubatan

🌸Bahagian biji hitam ini merupakan bahan yang banyak dijual begitu sahaja atau diproses menjadi minyak pati dan produk lain yang bernilai tinggi

🌸Di dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Perubatan Cara Nabi) yang mana ditulis oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda adalah dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah dan di dalam kitab tersebut disebutkan bahawa Habbatus Sauda’ boleh mengubati 50 jenis penyakit tanpa kesan sampingan

🌸Habbatus sauda mempunyai khasiat perubatan yang hebat berdasarkan kajian

🌸Antaranya adalahmembantu mengeluarkan asid urik dari badan , mengelakkan dari terkena penyakit gout,mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Lakefield 2, Sungai Besi
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00