Rapak jik
All about me
22/05/2025
Tiram tidak dilahirkan untuk menghasilkan mutiara.
Itu bukan misi hidupnya.
Itu bukan tujuan asalnya.
Mutiara hanya wujud apabila tiram terganggu,
apabila benda asing seperti pasir, serpihan atau parasit masuk ke dalam tubuhnya secara senyap.
Dan tubuh kecil itu tidak punya senjata.
Satu-satunya cara untuk bertahan ialah dengan melindungi diri.
Maka ia mula menyelaputi 'luka' itu dengan lapisan demi lapisan nacre — bahan yang akhirnya menjadi mutiara.
Menariknya, proses ini bukan sekali. Ia berulang.
Hari demi hari. Minggu demi minggu.
Setiap lapisan adalah tindak balas diam terhadap ketidakselesaan.
Tiram tak mengadu. Ia tak menjerit. Ia hanya bertahan.
Dan tanpa sedar, ia mencipta sesuatu yang akhirnya dianggap antara objek paling bernilai di dunia yakni sebutir mutiara.
Mutiara bukan hasil dari nikmat.
Ia bukan lahir dari keadaan sempurna.
Ia wujud kerana ada gangguan. Ia tumbuh dari luka.
Dan proses itu panjang, perlahan, dan penuh tekanan.
Tapi lihatlah hasilnya, kilauan yang dicari manusia, simbol kemewahan, kecantikan dan keanggunan.
Semuanya bermula dari satu titik yang menyakitkan.
Hidup kita juga begitu.
Ada perkara yang kita tak minta, tapi tetap datang.
Ada kesakitan yang kita tak sempat elak. Tapi di situlah pertumbuhan berlaku.
Kita belajar jadi kuat bukan masa senang, tapi masa tiada pilihan.
Kita membina daya tahan bukan masa dipuji, tapi masa dilukai.
Dan dalam diam, kita bertukar menjadi sesuatu yang lebih kukuh, lebih halus, dan lebih bernilai.
Walaupun orang hanya nampak kilauan, bukan luka di dalam.
Mereka yang punya banyak ‘mutiara’ dalam hidup selalunya tak banyak bercerita.
Mereka terus melapisi luka mereka dengan akhlak, ilmu, dan amal.
Akhirnya, hidup mereka menjadi indah.
Bukan kerana tiada kesakitan, tapi kerana tahu bagaimana menanganinya.
Kerana itu,
Jangan cepat anggap tekanan sebagai kelemahan.
Kadang-kadang, tekanan itulah petanda awal bahawa sesuatu yang lebih berharga sedang terbentuk.
Dan bila sampai waktunya,
sebutir mutiara akan keluar dari tiram…
Bukan untuk kekal di dasar laut,
Tetapi untuk dinilai oleh dunia.
MasyaAllah.
Allah tak jadikan luka tanpa rahmat.
Dalam tekanan yang paling kecil pun, tersembunyi hikmah yang tak terjangkau akal.
Sahabat,
Jika anda pernah merasa ‘terluka’ dalam hidup, mungkin ini bukanlah penamat tapi permulaan.
Mungkin Allah sedang membentuk sesuatu yang berharga dalam diri anda.
Dan peluang untuk bangkit, berkembang dan menyinar semula sentiasa terbuka.
Kredit : Mohd Zariman Mansor
26/04/2025
Perancis pernah kumpul 400 orang ulama Islam dan penggal kepala mereka guna parang. Masa penjajahan di Chad tahun 1917, dan masa masuk bandar Laghouat di Algeria tahun 1852, Perancis bakar hidup-hidup dua pertiga penduduknya dalam satu malam saja.
Dari tahun 1960 sampai 1966, Perancis buat 17 ujian nuklear di Algeria – jumlah mangsa tak diketahui tepat, tapi dianggarkan antara 27,000 sampai 100,000 orang. Kesan radiasi tu masih terasa sampai hari ni. Bila Perancis berundur dari Algeria tahun 1962, mereka dah siap tanam ranjau – lebih banyak dari jumlah penduduk Algeria masa tu: 11 juta ranjau.
Perancis jajah Algeria selama 132 tahun. Dalam 7 tahun pertama saja, 1 juta Muslim dibunuh. Dan dalam 7 tahun terakhir sebelum mereka keluar, lagi 1.5 juta orang jadi mangsa. Sejarawan Perancis, Jacques Gorky anggar jumlah keseluruhan rakyat Algeria yang dibunuh Perancis sejak 1830 sampai 1962 mencecah 10 juta orang Muslim.
Perancis jajah Tunisia 75 tahun, Algeria 132 tahun, Maghribi 44 tahun, dan Mauritania 60 tahun.
Masa kempen ketenteraan di Mesir, askar Perancis masuk masjid naik kuda, rogol wanita depan keluarga sendiri, minum arak dalam masjid, dan tukar masjid jadi kandang kuda.
Tapi akhirnya, mereka pulak tuduh Islam agama pengganas dan Nabi kita kononnya nabi keganasan. Ironinya, ada juga yang bangga dengan ‘tamadun’ Perancis dan siap bela lagi, lupa sejarah hitam mereka.
Inilah Perancis. Jangan lupa ingatkan mereka siapa mereka sebenarnya.
22/04/2025
Kisah kanak-kanak yang berani hingga World Boxing Council (WBC) anugerahkan gelaran terhormat 'WBC Honorary Champion'.
Anak kecil ini bernama Bridger Walker. Pada musim panas, dua beradik ini, Bridger yang berusia enam tahun dan adiknya bermain di halaman rumah mereka.
Semasa sedang seronok bermain, seekor anjing liar jenis German Shepherd Dog yang besar dan agresif muncul entah dari mana.
Anjing besar itu menyerang adik Bridger yang berusia 3 tahun. Bridger yang melihat kejadian itu terus melindungi adiknya dan melawan anjing besar itu dengan seluruh kudratnya.
Anjing itu menerkam, merobek p**i muka wajahnya dengan gigi dan cakar yang tajam, namun Bridger tidak undur diri. Dia menjerit dan menolak adiknya ke belakang, menjauhkannya dari bahaya.
Anjing itu menyerangnya, menggigit muka dan kepalanya berkali-kali, tetapi Bridger tetap bertahan sambil menjerit minta bantuan.
Jeritan Bridger menarik perhatian orang dewasa berdekatan, yang bergegas membantu mereka. Mereka berjaya menghalau anjing itu dan segera membawa Bridger yang berlumuran darah ke hospital.
Di hospital, doktor dan jururawat bergegas merawat luka Bridger. Bridger menerima 90 jahitan di muka dan kepalanya.
Apabila ditanya mengapa dia bertindak sedemikian, Bridger menjawab,
"Jika seseorang harus mati, itu ialah saya. Kerana saya merupakan abang"
Kisah keberanian Bridger dengan cepat tersebar ke seluruh dunia. Tindakan luar biasa seorang kanak-kanak lelaki untuk melindungi adiknya menjadi simbol keberanian dan kasih sayang yang tidak mementingkan diri sendiri.
Dia menerima pujian dari seluruh dunia, termasuk ucapan terima kasih dari pelakon terkenal yang mengagumi keberaniannya.
Walaupun parut di wajahnya akan kekal, ia juga menjadi lambang keberaniannya yang luar biasa.
Bridger Walker, kanak-kanak lelaki yang berani dan seorang abang yang penyayang serta ada sikap sanggup berkorban.
Kisah Bridger akan kekal selamanya terpahat dan diingati. Suatu hari nanti, jika ada orang bertanya,
"Kenapa ada parut besar di muka kamu?"
Bridger boleh menjawab dengan bangga, "Sila Google Bridger Walker".
25/05/2023
Dua2 cantik kan….
Follow this link to view our catalog on WhatsApp: https://wa.me/c/60196746079
25/04/2023
I've received 6,000 reactions to my posts in the past 30 days. Thanks for your support. 🙏🤗🎉
Antara momen-momen menarik di sebalik tabir photo shoot campaign Tudung Fazura Pink Label “Halaman Kasih”, sekitar di Bali, Indonesia. Agak mencabar juga ya demi nak dapatkan shot gambar yang menarik, sampai gayat jadinya! 😅
Nak tahu siapa yang gayat? Jom tengok video BTS ni 😬
Tudung fazura💖💖💖
Fazura nk g skolah dah nii… 😍
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Damansara Heights
Kuala Lumpur
50450