1001 Amalan Jiwa Tenang Hati Tenteram

1001 Amalan Jiwa Tenang Hati Tenteram

Share

Kunci utama kesabaran adalah pengertian. Orang yang selalu mengambil keputusan secara terburu-buru belum tentu mendapat hasil yang sempurna.

Akhirnya bila terjadi kesalahan pengambilan keputusan terjadilah penyesalan.

03/11/2021

Di saat hati rasa sengsara, berehat seketika, tenangkan diri. Kemudian, bangkit dan atur semula strategi.

03/11/2021

Panduan Zikir Pagi Berserta Bacaan

Di dalam Al-Qur'an dijelaskan bahwa waktu yang paling utamanya adalah pagi dan petang, sebagaimana dijelaskan dalam surat Al Ahzab ayat 42-43 yang artinya :

"Dan bertasbihlah kepada Nya diwaktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepadamu dan malaikat Nya (memohonkan ampun untukmu). supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Yang Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman."

Berikut ini kami sertakan bacaan dzikir pagi dan petang :

"Bismillahilladzii laa yadhurru ma'asmihi syai-un fil ardhi wa laa fissamaa-i, wa huwassamii'ul 'alimm."
Artinya:

"Dengan nama Allah, yang bila nama-Nya disebut, segala sesuatu yang berada di bumi dan di langit tidak akan berbahaya, Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Membaca Ayat Kursi
Dzikir pagi juga dapat dilakukan dengan membaca ayat kursi. Berikut ini bacaan ayat kursi :
"Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyumm, laa ta'khuduhuu sinatun wa laa naum, lahuu maa fissamaawaati wa maa fil ardhi, man dzalladzii yasyfa'u 'indahuu illaa bi idznih, ya'lamu maa bainaa aidiihiim wa maa khalfahum, wa laa yuhiithuuna bi syai-in min 'ilmihii ilaa bimaa syaa-a, wa si'a kursiyyuhussamaawaati wal ardhi, wa laa ya-uuduhu hifzhuhumaa wa huswal 'aliyyul 'azhiim"
Artinya:
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (Makhluk Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. KepunyaanNya apa yang ada dilangit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisiNya tanpa seizinNya. Dia mengetahui apa-apa yang dihadapan mereka dan dibelakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar."

Photo by afiq fatah on Unsplash.

Photos from 1001 Amalan Jiwa Tenang Hati Tenteram's post 02/11/2021

Analisa tubuh melalui TAPAK TANGAN.
Jom cek tubuh!!!


Analisa ini bukan lah sesuatu yang muktamat, ia boleh jadi tepat juga sebaliknya,


Jangan berhenti disini sahaja sambung pemeriksaan selanjutnya di klinik / hospital berdekatan anda JIKA dapati sebarang kemungkinan.

02/11/2021

Cara dan adab waktu tidur yang baik menurut Islam ala Rasulullah SAW

Selain waktu tidur yang baik dan larangan waktu tidur, Islam juga memiliki cara dan adab dalam melakukan tidur guna untuk mendapatkan manfaat bagi kesehatan tubuh. Berikut adalah beberapa hadits yang menjadi beberapa tahapan cara dan adab tidur yang baik ala Rasulullah SAW.
1. Berwudhu ketika hendak tidur

“Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan sholat.” (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710)
2. Membaca doa sebelum dan sesudah tidur

“Rasulullah Muhammad saw jika mau tidur berdoa, “Bismika Allahumma Amut wa Ahyaa” (Dengan nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup) Bila bangun tidur berdoa, “Alhamdulillahillaji ahyana ba’da maa ama tanaa wa ilayhinnusur.” (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah kami mati, dan kepada-Nya kami kembali.” (HR. Muslim)
3. Tidur dengan posisi miring ke sebelah kanan ketika tidur

Dari al-Barra` bin Azib, Rasulullah Muhammad saw pernah bersabda, “Apabila kamu hendak tidur,maka berwudhulah (dengan sempurna) seperti kamu berwudhu untuk shalat, kemudian berbaringlah di atas sisi tubuhmu yang kanan“.
4. Meletakkan tangan di bawah p**i sebelah kanan ketika tidur

“Rasulullah Muhammad saw apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah p**i kanannya.” (HR. Abu Dawud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)

Al-Bara’ bin ‘Azib ra. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Muhammad saw bila berbaring di tempat tidurnya, beliau letakkan telapak tangannya yang kanan di bawah p**inya yang kanan, seraya berdoa: Robbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Robbi, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” (HR. At Tarmidzi)
5. Membaca surat Al Ikhlas, Al Falaq, dan An Nas sebelum tidur

Aisyah ra. berkata: “Bila Rasulullah Muhammad saw berbaring di tempat tidurnya, beliau kumpulkan kedua telapak tangannya, lalu meniup keduanya dan dibaca pada keduanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua tangannya. Beliau mulai dari kepalanya, mukanya dan bagian depan dari badannya. Beliau lakukan hal ini sebanyak tiga kali.” (HR. At Tarmidzi)
6. Tidur di waktu awal malam

“Bahwasanya Rasulullah Muhammad saw membenci tidur malam sebelum (sholat Isya) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya.” (Hadist Riwayat Al-Bukhari No. 568 dan Muslim No. 647 (235))
7. Tidak tidur dengan posisi tengkurap

“Sesungguhnya (posisi tidur tengkurap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Dawud)
8. Mengusap wajah setelah bangun tidur

“Maka bangunlah Rasulullah Muhammad saw dari tidurnya kemudian duduk sambil mengusap wajah dengan tangannya” (HR. Muslim No. 763 (182)
9. Beristinsyak dan beristinsar serta bersiwak setelah bangun tidur.

02/11/2021

10 Kaedah Mengawal Stress Dalam Kehidupan Seharian


Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal, emosi dan mental yang dialami oleh seseorang apabila tuntutan tidak dapat dipenuhi.


Stres boleh juga dialami bila berdepan dengan rangsangan yang tidak menyenangkan seperti bau yang busuk, bunyi yang kuat dan kata-kata yang kesat.


Sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas boleh mengalami stres.


Umumnya tahap stres yang dihadapi oleh seseorang berbeza-beza mengikut beban tekanan yang dihadapi.

Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres yang dialami dengan segera dengan cara mengamalkan kaedah 10B

Kaedah 10B ini adalah :-

1. Bertenang

2. Bernafas dengan dalam

3. Berkata `rilakslah’/ tak mengapa

4. Beribadat

5. Bercakap dengan seseorang

6. Berurut

7. Berehat dan mendengar muzik

8. Beriadah

9. Bersenam

10. Berfikiran positif

02/11/2021

Mudah Marah? Amalkan 5 Tips Bantu Jiwa Lebih Tenang


1. Berfikir sebelum anda bercakap

Setiap kali perasaan marah menyelubungi diri anda, tarik nafas. Ambil masa untuk berfikir apa yang anda mahu luahkan kerana percakapan semasa marah kebiasaannya dipengaruhi emosi.


2. Luahkan selepas tenang

Apabila anda sudah tenang, luahkan kekecewaan anda dengan tegas tetapi tidak konfrontatif. Nyatakan kerisauan dan keperluan anda dengan jelas dan dalam nada yang terkawal.


3. Kenal pasti penyelesaian mudah

Daripada memusatkan perhatian pada perkara yang membuat anda marah, sebaiknya anda berusaha menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi. Adakah bilik anak anda yang tidak kemas menimbulkan kemarahan? Tutup pintu itu. Adakah pasangan anda balik lambat untuk makan malam? Jadualkan waktu makan yang sesuai atau buat perjanjian untuk makan bersama pada hari tertentu dalam seminggu. Ingatkan diri anda bahawa kemarahan tidak akan memperbaiki apa-apa, sebaliknya mungkin hanya akan membuat keadaan lebih teruk.


4. Rehatkan diri

Cari aktiviti yang membuatkan anda tenang. Anda boleh mendengar muzik, melukis atau melakukan senaman yoga.


5. Jangan menyimpan dendam

Percayalah, memberi kemaafan sangat berkesan untuk menenangkan diri anda. Bukan itu sahaja, kemaafan juga membolehkan anda belajar sesuatu atau mengambil pengajaran daripada situasi tersebut.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Lorong Ria 2, Taman Bunga Raya, Setapak
Kuala Lumpur
53100