Penawar Mujarab Sihir
Menyelesaikan PerMasalahan Sihir Rumah Tangga @penyakit misteri dgn izin Allah swt
21/03/2025
Sepanjang Bulan Ramadhan & 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN (Memburu LailatulQadaarr)
Ya Allah Ya Tuhanku! Aku bertaubat kepadaMu dengan sebenar-benar taubat. Ampunilah dosa-dosaku, Ampunilah kesalahan-kesalahanku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Penerima Taubat.
Berikanlah aku kemenangan ke atas kelemahan diriku ketika berada dalam bulan Ramadhan dan selepas perginya Ramadan.
Terimalah doa-doa aku, ibadahku dan amalan-amalan baikku.
Ya Allah berkatilah aku dengan menyaksikan lailatul Qadr.
Tunjukkanlah aku ke arah melakukan amalan yang diterima baik hanya keranaMu.
Bantulah aku dalam mendapatkan khushu' dan ikhlas dalam melaksanakan ibadahku.
Bantulah aku untuk lebih mendekatkan diriku kepadaMu dalam ramadhan yang kian berakhir.
Jadikan aku hamba yang menyayangiMu, NabiMu (saw), agamaMu, QalamMu dengan cara yang sewajarnya untuk disayangi.
Tingkatkanlah tahap keimananku, tawakkalku dan keyakinanku kepadaMu. Tambahkanlah Taqwa kepadaku. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur.
Berikan aku kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dan dugaan dariMu. Kurniakanlah kepadaku kelembutan hati dalam mentaati segala syariatMu.
Jadikanlah Al-Quran sebagai temanku di dunia dan akhirat. Tunjukkan lah aku jalan yang lurus dengan kebenaran dariMu sehingga nafas terakhirku, jauhilah aku daripada mensyirikkanMu, kufur atau bid'ah (besar / kecil).
Golongkanlah aku dari golongan muhsineen, muttaqeen, mukhliseen dan sabiqoon fil Ilm. Tambahkanlah kepadaku ilmu yang bermanfaat. Jadikanlah aku hamba yang redha dengan segala takdir dan ketentuanMu untuk diriku. Selamatkanlah aku daripada penyakit hati iaitu dengki, bongkak, menunjuk-nunjuk dan lain-lain.
Berkatilah aku dengan kebahagiaan di dunia ini, lindungi aku daripada kesedihan & kemurungan. Bantulah aku dengan keupayaanku untuk melakukan Tazkiyah jiwaku sepanjang perjalanan hidupku.
Hilangkanlah perasaan cintakan dunia ini daripada terbentuknya dalam hatiku. Pelawalah aku ke rumahMu untuk aku menyembahMu.
YA RABB, berikanlah kepadaku pengakhiran yang baik. Jadikanlah perasaan aku s**a dan gembira untuk bertemu denganMu.
Jadikan kuburku & alam barzakh sebagai tempat kediamanku yang aman dan sejuk. Kurniakanlah kepadaku pelindung Arash Mu pada Hari Qiamah.
Berikan catatan amalanku dari tangan kanan dan beratkan timbangan ku dengan perbuatan-perbuatan baik. Kurniakanlah kepadaku nikmat untuk minum dari Telaga Al Kawthar.
Permudahkan aku untuk melintas titan Siraat & Qantarah (jambatan sebelum Syurga). Bantuilah aku Ya Allah bagi memperolehi kebahagiaan yang hakiki dengan melihatMu di akhirat kelak.
Lindungilah, tingkatkanlah dan semaikanlah perasaan cinta, kasih, barakah dan rahmah antara aku dan pasanganku selama-lamanya.
Perbaikilah dan tingkatkan akhlak dan kelakuanku antara satu sama lain. Berikanlah ganjaran kepada pasanganku dengan ganjaran yang terbaik untuk dia dalam berusaha untuk keluargaku.
Jadikanlah Al-Quran dan Syariah Mu menjadi hakim kepada ku dalam semua perkara. Kukuhkanlah amalan-amalan ku demi agamaMu. Jadikanlah aku tergolong dalam golongan bersama-sama mereka dalam kebahagiaan di Jannah al Firdaus.
Ya Allah, bantulah aku dari segi kekuatan fizikal & emosi untuk menjadi ibu bapa yang baik & contoh yang terbaik untuk anak-anak ku.
Peliharalah anak-anak ku supaya tidak terpengaruh daripada kesan kesilapan-kesilapan ku yang lalu dalam hidup mereka. Berkatilah aku dengan anak-anak yang soleh.
Jadikanlah anak-anakku sebagai penyejuk mataku dan jadikan mereka sebagai amal jaariah bagiku & pasanganku. Jadikanlah mereka daripada orang yang mendirikan solat dan sujud hanya kepadaMu sahaja.
Lindungilah diri aku daripada kejahatan, musibah, gangguan syaitan daripada manusia & jin. Lindungilah anak-anakku daripada bahaya, penyakit, kekufuran, perkara-perkara haram dan kemusnahan.
Berikanlah kejayaan kepada anak-anakku dalam agamanya, dunia & Akhirah. Berkatilah aku dan keturunanku agar menjadi anak soleh sehingga Hari Qiamah. Satukan dan kumpulkanlah keseluruhan keturunanku di Jannah al Firdaus.
YA ALLAH YA RAHMAN,
Jadikanlah anak-anak kami bekerja untuk agamaMu, hafiz Al-Quran dan syahid di atas jalanMu. Jadikan mereka sebagai penyebab bagi kami mendapat tempat di dalam Jannah & jauhilah kami dari api neraka.
Ya Allah selamatkanlah aku & seluruh keluargaku dari api neraka & jadikanlah kami daripada golongan yang memasuki Jannah Firdaus Mu tanpa sebarang perhitungan.
YA ALLAH, YA GAFFAR
Ampunilah kedua ibu bapaku.
Ganjarilah dengan ganjaran yang paling besar di akhirat,
Tingkatkanlah kedudukan org tuaku di sisiMu dan berikanlah kepada Jannah al Firdaus tanla Hisab,
Muliakanlah kematian mereka, TempatkanLah
di Taman syurga Mu
bersama Kalangan Org
Beriman, bertaqwa & Beramal soleh,
Luaskanlah KuburNya,
Ganjarilah saham Pahala tanpa
putus seperti
Arus Sungai Tak Henti2, Jauhkan
dari seksa kubur dan
neraka.
Jadikanlah kami penyejuk mata mereka di hari tua mereka.
Berikanlah kejayaan kepada adik-beradikku di dunia ini & akhirat.
Muliakanlah kedudukan kedua ibu bapa pasangan kami, orang tua kami, guru² kami, umat masyarakat kami.
Lindungilah mereka daripada penyakit dan segala masalah pada usia tua. Ampunilah dosa-dosa mereka yang telah meninggal dunia dalam keluarga kami & umat masyarakat; sama ada yang muda & tua.
Berikanlah keamanan dan ketenangan kepada keluarga kami di alam barzakh sehingga mereka bertemu denganMu.
Selamatkanlah dan peliharalah kami daripada Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj dan hari lepas.
Kurniakanlah zuriat yang soleh kepada keluarga kami dan rakan-rakan kami yang sedang menunggu kelahiran dan berusaha bagi mendapatkan zuriat.
Satukanlah hati-hati kami dengan sahabat-sahabat kami yang bekerja untukMu dan eratkanlah ikatan persaudaraan kami..
Ya Allah, perkenankanlah dan makbulkanlah doa-doa kami sempena dalam Ramadan ini. Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Selawat dan salam kami ke atas junjungan kami Nabi Muhammad (saw), seluruh ahli keluarga baginda, sahabat baginda dan mereka yang mengikuti baginda hingga ke hari terakhir.
12/02/2025
[IKHTIAR PEMBERSIHAN RUMAH]
Rumah pesakit ini pernah di pagar oleh Dukun & Pawang tetapi hasil nya tetap sama. Permasalahan Tuan rumah 👇
✅nampak kelibat sekitar dlm rumah
✅ada kesan darah & kesan cakar ibarat cakaran🐅pd dinding
semasa melangkah masuk rumah pesakit Tersebut , bulu roma Auto meremang ini menandakan ia ada di sekeliling, alhamdulillah selesai azan, kembali seperti biasa dan kami buat pembersihan sebelum proses pemagaran .
Alhamdulillah syukur berjalan dgn lancar dengan izin ALLAH. Banyak barang yg dijumpai salah 1 PUNCA PENYEBAB adalah gambar 👇👇
jika rumah anda menggunakan "paku" utk ikhtiar pagar rumah & kedai. Banyak lagi kaedah Barang yg boleh digunakan seperti air zam-zam / bidara / garam / lada hitam / minyak² rukyah dll . Sebab apa Tak boleh gunakan benda-benda logam seperti paku, bijih besi seumpamaNYA ada dan bkn s**a-s**a kami kongsikan ini.
(Lokasi Tanjung Malim Perak)
DAN APABILA AKU SAKIT, MAKA DIALAH YANG MENYEMBUHKAN PENYAKIT KU (Surah Asy-Syua'ra QS26:80)
Tekan 👇👇& hubungi untuk temujanji
011-2948 7389
16/04/2024
Doa-Doa Yang Ringkas & padat dan mudah Selepas Solat
06/02/2022
Para Sahabat...
Perjalanan hidup di dunia ini sentiasa ada s**a dan dukanya... Semalam, mungkin kita berada dalam keadaan gembira, namun hari ini kita dilanda kesedihan...
Sahabat...
Walau bagaimanapun, kesenangan dan kegembiraan dunia hanya bersifat sementara, malah penuh dengan tipu daya...
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud:
“Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 185).
Teruslah kuat untuk hadapai apa jua bentuk ujian perjalanan hidup ini selagi di beri masa untuk hidup oleh Allah, dan jangan lah berputus asa wahai sahabat2 ku...
Teruskan berdoa dan mohon agar Allah memelihara kita dari segala fitnah di akhir zaman ini... Bertahanlah kerana masa nya kita pergi tidak lama lagi... Jadikanlah dunia ini sebagai alat untuk mengejar matlamat kita yaini
13/01/2022
HANYA AMAL AKAN DIBAWA NANTI.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 23:00 |
| Tuesday | 09:00 - 23:00 |
| Wednesday | 09:00 - 23:00 |
| Thursday | 09:00 - 23:00 |
| Friday | 09:00 - 22:00 |
| Saturday | 09:00 - 23:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |
29/03/2022
25/03/2022
12/02/2022
05/02/2022