Booster Serum
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Booster Serum, Health/Beauty, Kuala Lumpur.
11/09/2019
Suami dan isteri itu, ibarat perjalanan yang tanpa henti. Perlu melalui sejuta satu nikmat dan ujian, untuk ke destinasi yang pasti. Iaitu syurga yang abadi.
Bila kita setuju menjadi isteri, daripada saat pertama kita kata, “yes papa, I agree”. Di situlah bermulanya pembelian tiket ke syurga tertinggi.
Satu hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad berbunyi, “Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan TAAT pada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.”
Tamsilannya ibarat, kita buat persiapan nak pergi bercuti ke Port Dickson dan persiapan nak menunaikan umrah ke Makkah dan Madinah. Tentulah persiapan yang nak ke umrah lebih mahal, dan banyak duit yang nak digunakan.
Jadi, simpanan lebih banyak nak dibuat. Usaha untuk dapatkan simpanan yang banyak juga tinggi. Berbanding percutian ke Port Dickson. Tempat yang mahal, usaha dan ujian yang perlu ditempuh, juga setimpal dengan harga tempat tersebut. Betul?
Syurga? Allahu. Tak tergambar dengan akal indahnya syurga. Tak terbayang dek fikiran hebatnya syurga. Dan pastinya, tiket ke syurga amat mahal!
Jalan nak ke syurga, laluan sepanjang menuju syurga, pastinya Allah jadikan penuh nikmat dan ujian yang kita kena tempuh. Ujian macam mana?
Untuk syurga yang mahal, ujiannya pasti bukan calang-calang. Jadi, saat kita berkata, “Walid, saya setuju”, adakah kita benar-benar setuju dan tahu?
Isteri, untuk permulaan ini, buatlah hati dan dirimu itu mengerti, kitalah tempat dia sang suami melepaskan semua dalam hati dan dirinya. Segala emosi, segala cerita tentang diri, segala sudut dan segi, kitalah tempat dia mencari ketenangan.
Mungkin satu hari dimarahi tanpa sebab, mungkin di lain hari, kita diherdik tanpa punca, mungkin di masa yang lain nanti, kita dibiar diam seribu bahasa malah ternanti-nanti. Itulah suami. Namun, itu bukan benci.
Itu bukan niat dia untuk menyakiti. Ia lebih kepada luahan, yang dia sendiri tak tahu, di mana nak di lepaskan, melainkan pada isteri yang dicintai. Takkanlah suami kita nak pergi cari isteri jiran sebelahkan?
Nah, kita pun rasa menyesal tak sudah. Kita terus rasa tak sanggup dah nak tanggung. Kita terus rasa nak hilang sabar dan tawar hati. Sebab kita dah set, aku isteri. Yang tidur sebantal, dan seselimut, sepatutnya dihargai. Disayangi. Dicintai. Disantuni dengan baik sekali.
Tapi kenapa jadi macam ni? Berapa lama nak tahan lagi? Aku boleh gila kalau macam ni saban hari. Saban minggu. Saban tahun. Menangis sampai dah takde air mata. Sampai dah tak tahu nak merungut, menyumpah apa dah dalam hati ni.
Allahuuu. Wahai kita para isteri, kita tidak seorang diri. Allah dan Rasul setiap hari menemani. Pujuklah hati. Damaikan diri. Yang menulis ini juga isteri. Apa yang kita lalui, walau tak semuanya sama, tapi kita tetap isteri yang punya suami. Asam garam rumahtangga, sedikit sebanyak, pasti yang sama kita lalui.
Usah dibuka aib suami. Usah rasa, suami aku saja begini. Dan paling penting, usah kagum dengan suami kawan baik sendiri atau selebriti yang kalian tengok di ig story. Yang nampak hebat di mata kita, namun hanya isteri dia yang mengetahui.
Syukurlah dengan suami yang Allah beri. Cuba dan usaha untuk kita menjadi isteri yang Allah sukai. Yang Rasul cintai. Bila kita usaha menjadi yang Allah dan Rasul ingini, pasti secara automatik kita akan sentiasa cantik di mata suami.
Banyakkan memberi. Banyakkan mencintai. Doakan suami setiap saat tanpa henti. Nescaya, yang menggantikan sakit dan pedih itu, DIA, Sang Pencipta suami.
Berdoalah kita agar tidak jemu usaha untuk melayani dan menyantuni suami dengan baik sekali. Allah lah yang sebaik-baik Pembantu dan Pemandu buat kita isteri-isteri yang sesungguhnya mencintai suami kerani mendambakan Cinta Dia Sang Ilahi.
Kita mencintai suami, tetapi sewajibnya kita mencintai suami kerana kita sedang kuat mengejar Cintanya Allah yang paling abadi.
Salam cinta dari,
Seorang perempuan yang juga hari-hari berjuang menjadi isteri yang Allah ingini.
Penulis asal: Nur Farhana Fizal
06/07/2019
Hai
Admin nak cari agent dan stokis untuk produk "HANA"
Bole tinggalkan no fon atau bole tekan link kat bawah ni ye.
Www.wasap.my/60193371085/agenthana
28/06/2019
TERKINI!!! HANA BOOSTER SERUM VITAMIN C
Kelebihan hana booster serum vit c:
- Melembutkan kulit muka.
- Mencerahkan kulit
- Mengecilkan pori kulit.
- Pudarkan parut jerawat.
- Menghalang kulit dari kesan penuaan.
- Mengawal lebihan minyak pada wajah.
- Menanggalkan blackhead & whitehead.
- Menghilangkan masalah jerawat.
- Menghilangkan masalah jeragat.
- Melembabkan kulit yang kering.
- Menggalakkan pertumbuhan sel2 kulit baharu.
- Menghilangkan kesan parut dan garis halus serta menganjalkan kulit.
Sesuai untuk semua jenis kulit.
📍TANPA BAHAN MERKURI
📍TIDAK MENIPISKAN KULIT MUKA
📍HANYA SAINS YANG LUAR BIASA
Jom dapatkan konsultasi percuma dan HANA FOUNDATION PERCUMA.
Www.wasap.com.my/60193371085/hanaserum/fdfree.
Istimewa buat 100 orang terawal sahaja!
16/04/2019
BILIK AIR PUNCA REZEKI TERHALANG
Hari ini saya nak share bab bilik air. Saja nak share walaupun saya tahu bilik air rumah anda cantik dan bersih.
PERTAMA
Apa yang kita perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah kita. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah – kita termasuk dalam zon selamat.
KEDUA
Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.
Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah tempat tinggal SETAN & JIN. Malah di situ jugalah mereka beranak-pinak.
Adakah bilik air kita ada ciri-ciri seperti di bawah?
Tandas kotor
Adakah bilik air kita bersih seperti ini?
☑ Lantai & Mangkok Tandas Kotor Kekuningan?
☑ Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam?
☑ Sinki dalam bilik air berkerak?
☑ Bau bilik air anda setaraf tandas awam?
☑ PINTU BILIK AIR SENTIASA TERBUKA?
Bila bilik air kotor, Setan & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan.
Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya Setan & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.
Bilik Air Kotor Jadikan Rezeki Payah Masuk
Maka dari situ punca REZEKI KITA TERSEKAT!
☑ Setan dan Jin akan meruntuhkan KASIH SAYANG yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. ANAK JADI BIADAP, ISTERI HILANG HORMAT PADA SUAMI, SUAMI PEMALAS!
☑ SIFAT-SIFAT NEGATIF – akan banyak dalam diri kita contohnya – IRI HATI, CEPAT SENTAP, RASA DIRI SELALU BETUL ORANG LAIN SALAH, SOMBONG, BONGKAK, LUPA ALLAH (Tak solat, puasa dan berzakat).
☑ BILA KITA MELAKUKAN SESUATU PERNIAGAAN, EMOSI KITA HARUSLAH STABIL. Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?
☑ BERMULA HARI INI – KENA RAJIN BASUH BILIK AIR.
Dalil berkaitan TANDAS tempat tinggal JIN.
Dari Zaid bin Arqam, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi WaSallam bersabda: “Sesungguhnya tandas-tandas itu dihuni oleh Jin. Oleh itu, apabila seseorang di antara kalian masuk tandas, maka katakanlah: Allahumma inni audzubika minal khubutsi wal khabaits (Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari gangguan jin laki-laki dan jin perempuan” (HR. Abu Dawud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)
Kongsikan jika bermanfaat kpd org lain..In Shaa Allah..
Cc:gelmandianbidara
28/03/2019
Hana foundation 10ml
Jangan kata kami ni kecik tak bermakna. Kami ni kecik kecik cili padi bila pakai bole guna sampai 30 hari.
12/03/2019
Membaiki Kulit yang Rosak
=======================
Vitamin E membantu untuk menguatkan dinding kapilari bagi kulit anda serta meningkatkan kelembapan dan keanjalannya sekaligus bertindak sebagai nutrien anti penuaan kepada tubuh badan anda. Kajian telah menunjukkan bahawa Vitamin E membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh badan dan kulit anda, mengekalkan kesihatan serta keremajaan kulit.
Semua sifat antioksidan juga bermanfaat apabila anda sering terdedah kepada asap rokok atau sinaran ultraunggu daripada matahari dan melindungi kulit daripada kanser kulit. Pengambilan Vitamin E bersama Vitamin C membantu untuk melawan keradangan kulit selepas ia terdedah kepada sinar UV dan juga membantu untuk mengurangkan tanda-tanda jerawat dan ekzema.
Vitamin E juga membantu untuk proses penyembuhan kulit. Vitamin E diserap oleh lapisan epidermis kulit dan boleh merawat kulit yang terbakar disebabkan sinaran matahari yang menjadi salah satu punca utama kepada gelaja kanser kulit. Disebabkan oleh Vitamin E ini mempercepatkan pembinaan sel, ia boleh merawat calar, jerawat dan kedutan kulit. Akhirnya, kulit anda akan menjadi kelihatan lebih sihat dan muda.
25/02/2019
*HANA FOUNDATION*
💗KELEBIHAN HANA FOUNDATION💗
🌸Boleh mengganti kan bedak(tidak perlu berbedak)
🌸Tahan lama sehingga 12 jam
🌸Mengandungi vitamin E dan minyak zaitun untuk MERAWAT jeragat dan jerawat
😱Tidak bercapuk walaupun berpeluh
🌸Spf 35 melindungi cahaya matahari merbahaya
🌸Cerah..gebu..shining dan berseri sepanjang hari
🌸Mesra solat
🌸Bebas alkohol dan bahan kimia merbahaya
🌸Menutup cela,parut,jerawat dan jeragat(FULL COVERAGE)
🌸Boleh dijadikan alas mekap
🌸Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan
🌺Tekstur liquid yang matte dan tidak berminyak.
10ml
Satu pcs *RM 39*
Untuk anda special price kami hadiahkan
*2 PCS RM 70*
JIMAT DAN LEBIH BERBALOI
13/02/2019
HD Liquid foundation HANA.
❤️Spf 35
❤️Sesuai untuk kulit Asia
❤️Sesuai untuk kulit kering
❤️Sesuai untuk kulit berminyak
❤️Sangat Wangi
❤️Tidak Melekit
❤️Senang Di Cuci
❤️Bersifat ringan dan senang di blend
❤️Kulit yang berparut n jeragat sesuai dan tidak akan kusam dan bercapuk
❤️Kulit lebih kelihatan cantik dan lebih natural
sebab teksturnya yang halus dan lembut
❤️Memberi kesan sempurna pada wajah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur