Putry chantiq
makeup artis and hair stylis
10/12/2015
All done by me
19/02/2013
putry chantiq touch
19/02/2013
my touch for izreenazmida
14/01/2013
My touch
08/01/2013
hi korang...from my friend...check it out Kolongnisme Stories :)
10/12/2012
Putry Chantiq New Design
SEBELUM PAKAI PELEMBAP JUGA HARUS PAKAI TONER KERANA PELEMBAP HANYA PATUT BERADA DI PERMUKAAN KULIT, TIDAK PATUT DISERAP OLEH KULIT.
Secara kronologinya begini:
1. Cuci muka dengan pencuci muka dan bilas.
2. Pakai toner/penyegar.
3. Skrub muka menggunakan facial skrub yang ada jojoba beads.
4. Cuci muka dengan air.
5. Pakai toner lagi.
6. Pakai mosturizer/pelembap.
7. Mula solekan!
Hanya dengan regime di atas barulah solekan anda stay di muka dengan jangka masa yang lebih panjang :)
Kening harus sentiasa dijaga rapi untuk menonjolkan mata, bentuk muka dan hidung anda.
Skrub muka 3 kali seminggu. Skrub yang wajar dipromosikan di sini ialah Syahirah: Gel Pengelupasan.
Tidur awal. Ini bukan sahaja merehatkan kulit, tetapi telah menambah ketinggian kepada saya dan ramai rakan tinggi saya. (Kecuali anda dah cecah umur tumbesaran sudah berhenti).
Lindungi wajah dari matahari. Paling penting, sebab jikalau kulit diabaikan dan terdedah kepada pancaran matahari, memang muka cepat kering seterusnya berkedut dan berbintik hitam. Cara lindungi: Pakai bedak asas ikut ton warna kulit anda. Sunscreen tipu jangan pakai.
BADAN
Beli 'body scrub' dan skrub kulit yang kusam. Yang orang paling selalu terlepas pandang ialah keperluan meng-skrub siku dan lutut!
Buat bicycle kick sebelum tidur untuk kaki cantik. Maaf tiada video demonstrasi ya.
Memakai kasut sepatu tinggi sebenarnya banyak membakar lemak kerana otot-otot yang terpaksa digunakan untuk menstabilkan badan.
Jangan cukur bulu ketiak kerana ia akan menggelapkan kulit di bahagian tersebut. Sebaiknya pergilah wax. Kesakitannya setimpal dengan keputusan akhir. Memang berbaloi (tagline Kamdar).
RAMBUT
Cuci selang sehari, bukan hari-hari, untuk mengelakkan rambut kering dan rambut senang gugur.
Jangan kedekut untuk lumur conditioner/perapi rambut setiap kali cucian. Lumur banyak-banyak tetapi elakkan bahagian akar rambut, kerana minyaknya boleh menyebabkan rambut cepat gugur.
Tabur bedak talkum di bantal sebelum tidur. Untuk rambut wangi dan tidak berminyak esok hari! Dilarang tabur di rambut selepas bangun dari tidur, sebab ia tidak ada masa untuk sebati, maka akan kelihatan seperti anda mahu berlakon tua dalam sketsa depan kelas, atau anda pengeluar terbesar kelemumur.
Jangan ikat rambut atau pakai tudung ketika rambut masih basah.
Untuk elak rambut nampak penyek, ikat tinggi sebelum sarungkan tudung. Lagi vogue nampak macam orang Arab :)
Lindungi rambut dari terik mentari.
Baiklah itu sahaja yang saya sempat compile di tengah-tengah busy schedule ku ini. Semoga berjumpa di lain hari. Ingat, yang paling penting, jaga pemakanan! Kalau taknak boikot McD sebab tak berapa relevan dengan Israel, boikot lah ia untuk kesihatan dan kecantikan anda! BUKAN MCD JE, MAGGI KFC SEMUA PUN. Amalkan pemakanan dan peminuman yang halal untuk cantik semulajadi ya. Untuk masakan rumah berkhasiat
10/12/2012
Untuk mengekalkan bibir agar kelihatan kemerah-merahan dan berseri-seri terdapat beberapa tips yang boleh kita amalkan.
Antara tips yang boleh digunakan ialah :
Ambil dua titik madu lebah asli kemudian sapukan dua titik madu lebah asli tersebut pada seluruh bahagian bibir setiap malam sebelum tidur dan amalkan tips ini dengan melakukan setiap hari.
Ambil sedikit getah pokok sena kemudian sapukan getah pokok sena yang berwarna merah tersebut ke tempat yang mengalami rekahan di bibir, lihat dalam masa dua hari luka rekahan di bibir itu pasti akan sembuh seperti biasa.
Pati susu juga boleh dijadikan bahan untuk mengekalkan kemerahan bibir.Caranya sapukan pati susu pada bibir setiap hari dan biarkan ia kering dengan sendirinya.Insyallah bibir akan kelihatan lembut dan kemerah-merahan kelak.
Terakhir bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk menghasilkan bibir lebih menawan dan kemerah-merahan
10/12/2012
Click here to claim your Sponsored Listing.
Telephone
Website
Address
Jalan Asik Permairuri 3
Kuala Lumpur
56000