Dhia Forever

Dhia Forever

Share

Health and beauty products by Forever Living

05/08/2026

Kolesterol bukan sesuatu yang perlu dihapuskan, tetapi perlu dikekalkan pada paras yang sihat. Yang penting ialah memastikan LDL tidak terlalu tinggi, HDL mencukupi, dan faktor risiko lain seperti tekanan darah, gula dalam darah, serta gaya hidup turut dikawal.

18/07/2026

🚫 Elak 5 Jenis Makanan Ini Jika Perut Sensitif

❌ Makanan bergoreng
Boleh melambatkan proses pencernaan dan menyebabkan rasa senak atau kembung.
❌ Makanan bertepung berlebihan
Seperti roti putih, mi segera dan pastri yang boleh membuatkan sesetengah orang rasa cepat kembung.
❌ Makanan pedas
Boleh merengsakan perut dan mencetuskan pedih ulu hati bagi individu yang sensitif.
❌ Produk tenusu
Bagi mereka yang tidak toleran laktosa, susu, keju dan ais krim boleh menyebabkan perut tidak selesa.
❌ Kafein
Seperti kopi, teh pekat dan minuman tenaga yang boleh merangsang pengeluaran asid perut.
❌ Makanan diproses
Kebiasaannya tinggi garam, gula dan bahan tambahan yang kurang baik jika diambil secara berlebihan.

17/07/2026

Alhamdulillah. Customer nak urgent kita guna runner jela nampaknya. Dia beli 3 aloe deodorant.

01/07/2026

Bulan ni Forever buat promo, beli 4 botol aloe vera gel akan dapat tote bag comel. 4 botol ni tahan 2 bulan macam tu, ikut cara minum masing-masing. Kalau teguk banyak, kurang la dari 2 bulan.

Yang penting kita nak manfaat aloe vera tu. Macam dhia, tengah fasa naik jerawat sebab hormon. Bila minum aloe ni rasa jerawat cepat kecut. Alhamdulillah.

Kalau nak meh la order dengan dhia.

26/06/2026

Satu-satunya deodorant yang banyak kegunaan.

Selain guna untuk tiak, boleh juga guna untuk hilangkan bau hapak pada kasut. Kalau nak habis deodorant tu, korang try sapu kat tumit sebelum tidur. Bangun pagi comfirm lembut je tumit.

Jimat deodarant ni boleh tahan sampai 3 bulan ke atas ikut pada penggunaan.

24/06/2026

Siapa yang tak makan ikan? Atau pun pengambilan ikan dia tak cukup. Seminggu pun belum tentu makan ikan 2-3 kali? 😅

Mesti ramai yang macam tu. Dhia pun. Hehe.

Omega 3 dari ikan ni sangatlah penting, lemak sihat untuk badan, lagi-lagi bila kita sibuk dan kurang beri perhatian pada pemakanan. Omega 3 bagus untuk otak, jantung dan bantu kekalkan paras kolesterol yang sihat.

Apa yang bestnya Forever Omega 3 Plus ni, bukan setakat ada minyak ikan je, ada minyak zaitun sekali. Kita boleh dapat dua kebaikan dalam satu kapsul. Haa specialkan.

Kalau rasa berminat nak cuba tu, bagi tau Dhia terus ye!

22/06/2026

Ada orang ingat aloe vera ni untuk sapuan pada kulit je. 😊

Sebenarnya aloe vera juga boleh diminum sebagai sebahagian daripada rutin harian, macam orang minum jus buah setiap pagi.

Forever Aloe Vera Gel mengandungi gel aloe vera bersama pelbagai vitamin dan mineral semula jadi yang menjadikannya pilihan ramai untuk menjaga kesihatan dari dalam.

Kadang-kadang benda yang paling mudah itulah yang senang untuk kita konsisten.

17/06/2026

Aloe vera botol baru ni merupakan formula baharu yang mana kualitinya telah dinaik taraf supaya produk jadi lebih asli, lebih tinggi peratusan aloe vera, dan lebih sihat.

Tapi ia tetap memberikan manfaat utama yang sama untuk penghadaman, detoksifikasi, dan tenaga!

17/06/2026

Salam Awal Muharram 1448H.

Semoga tahun baru Hijrah ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa, kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.
Semoga kita menjadi insan yang lebih dekat kepada Allah. 🤍

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Kuala Lumpur