NR SPA & Consultation

NR SPA & Consultation

Share

Traditional Malay Spa Treatment for Women Wellness & Wisdom Womb Retreat Therapy. We provide Consultation on Women's Health and Internal Wellness.

We specialized in Traditional Women Wellness, Womb Healer & General Well Being ~ Body Mind Soul. We specialized in traditional women wellness treatment. We provide consultation on women's health and women internal wellness.

Photos from NR SPA & Consultation's post 02/09/2026

"I tak s**a Tuam atau Tuku, letak2 atas badan pastu sekejap je daa sejuk, tak rasa apa pun"
"Urut saja tak boleh ke? Nak kena tuam?"
Ramai yg PANDAI URUT, masuk Bab Tuaman, letak-letak saja Batu Tuku atas badan, baik yg tuku bulat batu sungai atau batu tuku panjang, kebanyakkan TIDAK halusi Kelebihan Urutan Tuaman, Teknik Terapi Tuaman itu sangat Penting, malah LEBIH PENTING daripada hanya Urut sahaja..
Kerana tak semua situasi tubuh badan pada waktu itu perlukan URUT, di mana uratsaraf yg sedang sakit, otot tegang dan sangat sakit, keadaan RENGAT dan Bisa2..yg Melegakan adalah TUAMAN... DEMAHAN..TUKU LEMBUT..Bagaimana Caranya? Lain keadaan Lain Tuamannya☘️
Apa itu ILMU PERBIDANAN KEDAH TUA LANGKASUKA.. Mari Halusi Bersama🌹

KURSUS TUAMAN & URUTAN BATU TUKU oleh Y. Bhg. Dato’ Sharifah Anisah Barakbah

Kursus intensif selama 3 Hari. Kursus ini memfokuskan kepada teknik Tuaman & Urutan Batu Tuku bersama Y. Bhg. Dato’ Sharifah Anisah Barakbah, Pengasas NR dan pengarang buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu.

Peserta akan didedahkan kepada ilmu, teknik dan amalan tradisional Melayu berkaitan Tuaman dan Urutan Batu Tuku secara praktikal dan berstruktur.

📅 Tarikh: 2–4 Oktober 2026 (3 Hari)�
⏰ Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang�
🕣 Pendaftaran: 8.30 pagi

📍 Tempat: Hall @ 21�Bangunan Sterling, Level 8�21, Jalan PJU 7/7, Mutiara Damansara�47800 Petaling Jaya, Selangor

Yuran: RM1,500 / 3 Hari�Deposit Pendaftaran: RM500

Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta.

Tempat adalah TERHAD kepada 20 peserta sahaja.

🔗 Klik link di bawah untuk pendaftaran:
https://forms.gle/RDtJrunMs9EkSHgm8

📌 Nota: Tempat hanya akan disahkan selepas pembayaran deposit RM500 dibuat.

09/11/2025

Set Harmoni NR

Kombo 4 dalam 1 produk untuk dalam pantang bersalin 💚

08/11/2025

NR Pilih Cekur (Kaempferia Galanga)

Khasiat cekur dalam perubatan tradisional Melayu

🌿 Membuang angin dan melancarkan peredaran darah – sering digunakan dalam rawatan selepas bersalin untuk memanaskan badan dan mengeluarkan angin.

🌿 Meningkatkan tenaga dan selera makan – membantu memulihkan tenaga dalaman serta merangsang nafsu makan.

🌿 Merawat batuk dan selesema – air perahan cekur atau rebusannya diminum untuk melegakan batuk dan kahak.

🌿 Mengempiskan perut dan mengecutkan rahim – digunakan dalam jamu wanita untuk menjaga bentuk badan dan kesihatan rahim.

🌿 Merawat luka dan gigitan serangga – ditumbuk dan disapu pada bahagian luka bagi mempercepatkan penyembuhan.

🌿 Menyerikan kulit dan mengurangkan jerawat – digunakan sebagai bahan dalam lulur atau masker tradisional untuk mencantikkan kulit.

Bahan Herba Cekur boleh didapati dalam Herbal Phyto Natal (Kaspul) & Herbanika Lulur 💚

05/11/2025

Kombo Barut NR

Bengkung NR boleh dipakai bersama Herbanika Barut atau Krim Barut 🩵

03/11/2025

Transformasi Kecantikan Dalaman & Luaran - Lawas Segar (Serbuk)

🩵 Rahsia turun- temurun Kecantikan kulit yg Licin, Mulus, Segar dan Berseri.

30/10/2025

NR Pilih Halia (Zingiber Officinale)

Khasiat halia dalam perubatan tradisional Melayu

🌿 Membuang angin dalam badan – membantu mengurangkan kembung, sendawa, dan rasa tidak selesa di perut.

🌿 Melancarkan peredaran darah – menghangatkan tubuh dan meningkatkan tenaga, terutama bagi wanita selepas bersalin.

🌿 Melegakan sakit otot dan sendi – sifat panas halia membantu mengurangkan lenguh, sengal, dan keletihan badan.

🌿 Meningkatkan sistem penghadaman – merangsang pengeluaran enzim pencernaan dan mengurangkan rasa mual.

🌿 Merawat batuk dan selesema – air rebusan halia diminum untuk mencairkan kahak dan melegakan tekak.

🌿 Meningkatkan daya tahan badan – bersifat antioksidan dan antibakteria semula jadi untuk mencegah penyakit.

Halia ialah salah satu bahan yang banyak digunakan dalam produk NR 💚

29/10/2025

Kombo Rapi

Herbal Phytox + Phyto Fabales

28/10/2025

NR Pilih Kunyit (Curcuma Longa)

Khasiat kunyit dalam perubatan tradisional Melayu

🌿 Membersihkan darah – melancarkan peredaran darah dan menyingkirkan darah kotor.

🌿 Merawat luka dan bengkak – bersifat antiseptik dan anti-radang, mempercepatkan penyembuhan.

🌿 Menjaga kesihatan rahim – mengecutkan rahim, mengurangkan keputihan dan bau badan.

🌿 Melancarkan pencernaan – melegakan angin, kembung perut dan rasa mual.

🌿 Menyeri dan menghaluskan kulit – digunakan dalam lulur atau masker untuk mencerahkan dan merawat jerawat.

Produk NR yang mempunyai kandungan kunyit yang tinggi ialah Herbal Phytox 💛

26/10/2025

Apa itu Ramuan Bersalin ?

Sudah menjadi amalan turun-temurun dalam kalangan ibu-ibu Melayu selepas melahirkan anak untuk meminum ramuan ubat periuk sebagai sebahagian daripada penjagaan diri dalam tempoh berpantang. Ramuan ini dipercayai membantu mengeluarkan angin, lendir, dan darah kotor yang masih tertinggal di dalam badan selepas proses bersalin. Selain berfungsi membersihkan dalaman tubuh, amalan ini juga bertujuan menyegarkan kembali tubuh yang lemah, memulihkan tenaga yang hilang, serta mempercepatkan proses penyembuhan rahim agar dapat kembali berfungsi dengan baik.

Ubat periuk turut memainkan peranan penting dalam membantu melancarkan sistem perkumuhan dan pencernaan. Kandungan herba di dalamnya berupaya menyingkirkan sisa toksik serta membantu proses pembuangan lemak berlebihan yang terkumpul di dalam badan sepanjang kehamilan. Dengan pengambilan yang berterusan, ramuan ini bukan sahaja membantu menstabilkan kesihatan dalaman, malah memberi kesan positif terhadap bentuk tubuh dan keseimbangan hormon.

Secara tidak langsung, ia membantu wanita berasa lebih ringan, bertenaga, dan selesa sepanjang tempoh berpantang.
Kebiasaannya, bidan Melayu dahulu meramu serai, halia, cekur, dan daun senna sebagai bahan utama ubat periuk yang diamalkan setiap hari sepanjang berpantang.

Pada era moden ini, NR telah menghasilkan formulasi ramuan bersalin yang diperkaya dengan herba rempah-ratus tradisional Melayu dijadikan kaspul, dikenali sebagai Phyto Natal.

25/10/2025

Pembersih Dalaman - Lawas Kencang (Serbuk)

🧡 Secara tradisional membantu sistem pencernaan, membantu melegakan sembelit, flatulensi, dan membantu melegakan sakit kepala dan mual.

🧡 Juga bertindak untuk membantu melambatkan proses penuaan, menyahtoksik, dan membantu menggalakkan kulit yang bersih, licin dan halus.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Pusat Kesihatan Dan Kecantikan NR 12A Jalan Tun Mohd Fuad 1, Taman Tun Drive Ismail
Kuala Lumpur
60000

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 16:00