Panel Penasihat Klinik Kesihatan Gombak Setia

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Gombak Setia

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Panel Penasihat Klinik Kesihatan Gombak Setia, Health/Beauty, Lorong Penghulu Mukim Setapak, Kuala Lumpur.

Photos from Panel Penasihat Klinik Kesihatan Gombak Setia's post 31/07/2026

Assalamualaikum wrt

Kepada semua yg berkenaan, boleh hubungi saya 0192252727 Tok Rosli UTK dapatkan peserta yang berkenaan dengan masalah kegemukan ini..

Scan QR code yg di beri...

Kerjasama semua saya bagi pihak Panel ucapkan jutaan terima kasih.

Muga program ini dapat memberi kesan dan impak yg positif untuk Panel Penasihat Klinik Kesihatan Gombak Setia kota, InshaAllah.

Pengerusi Panel Penasihat

28/07/2026

Jom kita dengar tentang ketenangan JIWA

24/07/2026

Terjemahan:

Semua kerosakan ini kembali kepada keluar daripada keseimbangan (اعتدال), iaitu:

bertambahnya sesuatu yang sepatutnya tidak bertambah,

berkurangnya sesuatu yang sepatutnya tidak berkurang,

terpisahnya sesuatu yang sepatutnya bersambung,

bersambungnya sesuatu yang sepatutnya terpisah,

meluasnya sesuatu melebihi kadar yang sepatutnya,

atau perubahan kedudukan dan bentuk sesuatu anggota daripada keadaan asalnya sehingga keluar daripada keseimbangannya.

Maka tugas seorang doktor ialah mengetahui perkara yang memudaratkan manusia, lalu:

memisahkan apa yang memudaratkan,

menggabungkan apa yang bermanfaat,

mengurangkan sesuatu yang berlebihan sehingga memudaratkan,

menambah sesuatu yang kurang sehingga memudaratkan.

Dengan itu dia mengembalikan kesihatan yang hilang atau mengekalkannya jika masih ada. Dia menghapuskan penyakit dengan lawannya, mengurangkan penyakit dengan lawannya, dan mencegah penyakit daripada berlaku melalui penjagaan (pencegahan).

Semua prinsip ini akan engkau dapati dengan sempurna dalam petunjuk Rasulullah ﷺ, dengan pertolongan, kekuatan, kurniaan dan bantuan Allah.

Bab

Antara petunjuk Rasulullah ﷺ ialah Baginda sendiri berubat dan memerintahkan orang yang sakit daripada kalangan keluarga dan para sahabat supaya berubat.

Namun, petunjuk Baginda dan para sahabat bukanlah menggunakan ubat-ubatan campuran yang kompleks (dipanggil Aqrabazin), sebaliknya kebanyakan ubat mereka ialah ubat tunggal (mufradāt). Kadang-kadang mereka hanya mencampurkan satu bahan lain bagi menguatkan kesan atau mengurangkan kesan sampingannya.

Inilah yang menjadi kebiasaan perubatan kebanyakan umat terdahulu seperti orang Arab, Turki dan penduduk pedalaman. Adapun penggunaan ubat-ubatan campuran lebih banyak diamalkan oleh bangsa Rom dan Yunani.

Manakala perubatan India p**a lebih banyak menggunakan ubat-ubatan tunggal.

Para doktor telah bersepakat bahawa:

"Selagi penyakit boleh dirawat dengan makanan, jangan beralih kepada ubat."

Dan:

"Selagi boleh dirawat dengan ubat yang ringkas (ubat tunggal), jangan beralih kepada ubat yang kompleks (campuran)."

Mereka juga berkata:

"Setiap penyakit yang boleh dicegah atau dirawat dengan pemakanan dan penjagaan (diet), jangan tergesa-gesa menggunakan ubat."

Faedah penting

Imam Ibn al-Qayyim di sini meletakkan satu kaedah besar dalam perubatan:

1. Pencegahan lebih utama daripada rawatan.

2. Pemakanan yang betul didahulukan sebelum ubat.

3. Gunakan rawatan yang paling mudah dan ringan terlebih dahulu.

4. Jangan menggunakan ubat yang kuat atau kompleks jika rawatan yang lebih mudah sudah memadai.

Kaedah ini masih selari dengan banyak pendekatan perubatan moden yang mengutamakan perubahan gaya hidup, pemakanan dan rawatan paling minimum yang berkesan sebelum beralih kepada rawatan yang lebih kuat.

Photos from Panel Penasihat Klinik Kesihatan Gombak Setia's post 17/07/2026

Assalamualaikum wrt,

Printing Kad Appointment Klinik Kesihatan Gombak Setia. Menyerahkan pada Ketua Klinik Kesihatan Dr Chow... 17hb Julai 2026 @ 3:30ptg

Semuga bermanfaat buat pesakit.

23/06/2026
22/06/2026

Ini lah Persekutuan....

Photos from Panel Penasihat Klinik Kesihatan Gombak Setia's post 19/06/2026

Warga emas merupakan golongan yang semakin meningkat usia selaras dengan peningkatan jangka hayat dan taraf kesihatan masyarakat pada masa kini. Seiring pertambahan usia, warga emas memerlukan sokongan yang menyeluruh bukan sahaja dari aspek kesihatan fizikal, malah kesejahteraan mental, emosi dan sosial bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang aktif, sihat dan berkualiti.

Sehubungan itu, Klinik Kesihatan Gombak Setia dengan kerjasama Panel Penasihat Klinik Kesihatan Gombak Setia mengambil inisiatif menganjurkan Program Golden Wellness Day Tahun 2026 sebagai satu platform untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas melalui aktiviti rekreasi, senaman ringan, mini games serta aktiviti santai di luar klinik.

Program yang diadakan di Taman Layang-Layang Metropolitan ini juga bertujuan untuk meningkatkan interaksi sosial, mengurangkan risiko pengasingan sosial serta memberi peluang kepada peserta menikmati aktiviti riadah dalam suasana yang menyeronokkan dan kondusif. Selain itu, program ini diharap dapat meningkatkan motivasi warga emas untuk terus aktif dan berdikari dalam menjalani kehidupan harian.

Melalui penganjuran program ini, adalah diharapkan agar hubungan silaturahim antara warga emas, petugas kesihatan serta komuniti setempat dapat diperkukuhkan di samping mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap kesejahteraan golongan warga

Photos from Panel Penasihat Klinik Kesihatan Gombak Setia's post 19/06/2026

Program Mesra Rakyat, Kita Selangor anjuran Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN Gombak Setia di Resmikan oleh Tuan A Rahim Kasdi Penyelaras DUN Gombak Setia / SetPol Ahli Parlimen Gombak

Tarikh: 18hb Jun 2026
Jam: 3ptg
Tempat Dewan Beringin.

Ucapan terima Kasih pada Tuan A Rahim Kasdi atas sumbangan di hulur kepada PPKKGS

Turut hadir MA Zawawi Penyelia Kanan KKGS.

Harap Maklum

Pengerusi

14/05/2026

Assalamualaikum wrt.. Mesyuarat Program Team Building PPKKGS bersama staff KKGS memerlukan RM40,000.00 utk tujuan ini.

Kepada para dermawan di luar sana mohon bantu, realisasikan program yg julung² di laksanakan di KKGS ini.

Kerjasama semua rakan² saya ucapkan jutaan terima kasih.

Juga

Menyerah kan Sijil Please penghargaan pda Dr Amilin yg pernah beli tugas sebagai pakar perubatan Keluarga di KKGS & Selaku Timbalan Pengerusi PPKKGS dari 2018- 2023. SeMuga Dr Amilin sentiasa di rahmati dan di redha Allah SWT walau di mana berada.

Pengerusi PPKKGS

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Lorong Penghulu Mukim Setapak
Kuala Lumpur
53100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00