Tips Kecantikan Wanita Asia

Tips Kecantikan Wanita Asia

Share

Tips Kecantikan Wanita Asia adalah sumber rujukan bagi mengetahui kaedah-kaedah kecantikan yang telah dilakukan oleh wanita Asia.

Tips Kecantikan Wanita Asia adalah sumber rujukan bagi mengetahui kaedah-kaedah kecantikan yang telah dilakukan oleh wanita Asia bagi mengekalkan kecantikan mereka. Segala tips yang diberikan tidaklah dapat dipastikan sejauh mana keberkesanannya, ianya hanyalah amalan wanita asia sejak turun temurun. Admin page tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau masalah yang menimpa anda dengan mengamalkan tips yang diberikan dan tiada jaminan keberkesanan diberikan.

06/03/2020
02/03/2020
02/03/2020
Photos 27/04/2016

7 TIPS PERCUMA PENJAGAAN MATA DARIPADA EYEBAG DENGAN MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI
==============================================
Hapuskan Eyebag Supaya Kembali Menjadi Orang

Eye Bag atau lingkaran hitam di bawah mata ini terjadi kerana kita mengabaikan tidur dan rehat yang mencukupi Bila kita tidak cukup tidur atau rehat, kita akan memaksa mata untuk bekerja lebih daripada biasa sehingga mewujudkan lingkaran hitam sekitar mata.

Kebiasaanya, apa sahaja cela pada wajah boleh ditutup dengan menggunakan sebarang Kosmetik, namun Eyebag pada wajah tidak boleh ditutup dengan apa-apa kosmetik. Jadi ianya akan kekal kelihatan dan orang sekeliling dapat melihat kesan Eyebag pada Wajah anda. Anda boleh menghilankan Eyebag dengan berehat, namun ianya mengambil masa yang agak lama. Bagaimana jika anda adalah seseorang yang perlu bertemu orang ramai seperti pelanggan atau kakitangan anda? Pasti anda tidak mahu Eyebag anda jelas kelihatan kan?

Berikut adalah cara yang mudah untuk kita cuba bagi mengatasi masalah ini.

✏ Lekapkan mata dengan tuala kecil yang direndam dengan air susu untuk mengurangkan kesan lebam di bawah mata.
✏ Basahkan kapas dengan air mawar lalu letakkan pada bahagian mata selama 10 minit.
✏ Parut kentang dan ambil jusnya lalu disapukan kepada sekitar mata.
✏ Bungkuskan kiub ais di dalam kain kapas bersih dan masukkan kedalam peti sejuk selama 1 jam. Keluarkan dan tekapkan pada bahagian mata selama 1 jam.
✏ Urut bahagian lingkaran bawah mata menggunakan krim pemutih lembut untuk menghilangkan lebam bawah mata.
✏ Sapukan jus timun pada bahagian mata setiap hari sebelum tidur.
✏ Kisarkan isi tomato bersama serbuk kunyit dan jus lemon lalu sapukan pada bahagian lingkaran bawah mata sehingga kering.

Sekian 7 tips menghilangkan eyebag dengan menggunakan bahan semulajadi, mudah kan?
Namun jika anda adalah seorang isteri yang bekerja atau melakukan bisnes, pasti anda tiada masa untuk merawat eyebag anda menggunakan bahan-bahan di atas. Nak tau tak Cara mudah untuk merawat Eyebag? Boleh hilang dalam masa 10 minit jer... Biar Betul? Jika guna bahan-bahan di atas, sekurang-kurangnya 2-3jam untuk menampakkan hasil!

Betul, ini bukan benda main2... :)
Dah ramai yang menggunakan cara ini dan ianya terbukti berkesan, Seawal 10 minit sahaja Eyebag Hilang.
Bukan sahaja cepat, anda juga tak perlu risau lagi, anda boleh bawa ia ke mana2 jer. Tak kotor pun. Letak dalam beg tangan pun boleh.

Nak Tahu tak apa rahsia tu?
Nanti dulu, Ada lagi nak cerita ni.

Orang yang mengetahui rahsia ini bukan sahaja dapat menghilangkan eyebag mereka, mereka juga dapat menghilangkan garis2 bawah mata, menghilangkan lingkaran hitam bawah mata, menghilangkan kedutan di sekekliling mata, dan mencantikkan kelopak mata.

Eh, Betul ker ni?
Takpe, jangan percaya saya.

Ok, saya dedahkan jer rahsia ni kepada anda. Jika tak dedah, anda tak tahu kehebatannya. :)
Klik jer link ni untuk tahu rahsia tersebut.
http://bit.ly/RahsiaHilangEyebag

Photos 24/04/2016

Kenali Jenis-Jenis Jerawat
-----------------------------------------------
1. Jerawat Biasa - Terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

** Blackhead (bintik hitam) – Berbeza dengan bintik putih, bintik hitam ini terjadi kerana liang atas telah terbuka dan pigmen kulit telah teroksida dengan oksigen. Ianya belum dijangkiti kuman namun elakkan dari menggunakan scrub muka kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan.

** Whitehead (bintik putih) – Bintik putih ini berlaku kerana sebum telah memenuhi liang kulit muka dan menyebabkannya tersumbat dan kulit telah mati. Liang telah tertutup diatas dan memerlukan rawatan intensif.

** Papules – Liang kulit muka dan sekitar telah dijangkiti kuman dan berlaku radang.

** Pustules – Peringkat yang lebih kronik dari papules. Liang kulit muka juga telah diserang kuman dalam tempoh yang lama menyebabkannya radang mengeluarkan nanah dari liang kulit muka.

2. Jerawat Serius atau Acne Vulgaris

** Nodul -Lebih dikenali sebagai jerawat batu dalam masyarakat kita. Jerawat ini sakit bila disentuh. Kelihatan berbonjol dan bersaiz lebih besar dari jerawat biasa. Lazimnya, akan meninggalkan parut dimuka dan berulang-ulang di kawasan yang sama.

**Sista – Sista atau cyst ini terjadi akibat kombinasi jerawat-jerawat nodul yang bercantum antara satu sama lain sehingga membentuk sista yang besar. Jangan sesekali memicit jerawat ini kerana ianya akan menjadikannya lebih merebak dan meninggalkan parut yang tak diingini.

3. Jerawat Teruk atau Acne Rosacea

Masalah kulit muka ini sering disalahtafsir sebagai sejenis jerawat. Sebenarnya ia bukan jerawat dan sudah tentu rawatannya juga berbeza. Acne Rosacea ini wujud sebagai bonjolan bernanah berwarna merah dan tak mempunyai bintik hitam. Seolah-olah sama dgn acne vulgaris.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, anda berisiko menghadapi bengkak hidung. Disarankan untuk anda berjumpa pakar kulit untuk masalah ini.

4. Jerawat Kronik Lain

** Acne Conblongata – Tahap yang paling teruk bagi Acne Vulgaris. Biasanya menyerang lelaki. Meninggalkan kesan parut kekal dan menyerang kawasan muka, dada, belakang badan, atas tangan, punggung dan peha. Lazimnya menyerang belia berusia 10 tahun ke 30 tahun.

** Acne Fulminans – Masalah kulit ini ajan menyerang secara tiba-tiba selepas dijangkiti masalah acne conblongata. Biasanya akan dihadapi oleh golongan lelaki dan usia muda. Simptom-simptomnya diserang demam, gatal yang teruk dan tak bereaksi kepada antibiotik.

** Gram-Negative Folliculitis– diakiatkan oleh jangkitan kuman berkemungkinan kerana kesan dari rawatan antibiotik dalam jangkamasa lama untuk merawat jerawat pustules atau sista. Masalah kulit muka ini jarang berlaku dan boleh dirawat.

** Pyoderma Faciale (Rosacea Fulminans)– Hanya dihadapi oleh wanita berusia dalam lingkungan usia 20 ke 40 tahun. Simptom yang dihadapi adalah seperti jerawat batu (nodules) besar yang sakit, luka-luka. Menyerang secara mendadak dan berpotensi menyerang mereka yang tak pernah menghadapi masalah jerawat. Ianya akan berlarutan untuk beberapa tempoh tertentu dan akhirnya akan sembuh.

Disarankan berjumpa doktor pakar kulit bagi menyelesaikan masalah Jerawat yang kronik.

Share dan Tag Rakan2 anda yang mengalami masalah Jerawat.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Website

Address


Kuala Lumpur
50450