Kelas Terapi Anggun KEMAS AU4 Hulu Klang
Akademi Beauty & Therapy
07/01/2026
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
HARI PERTAMA PENDAFTARAN & TAKLIMAT PELAJAR KEMAS UNTUK SESI 2026.
Alhamdulillah, Terima kasih kepada semua pelajar baru yang datang ..
HARI PENDAFTARAN & TAKLIMAT PELAJAR BARU KEMAS GOMBAK UTK TAHUN 2026
6HB JANUARI 2026 (ISNIN)
ALHAMDULILLAH BERSAMBUNG UTK HARI ESOK
02/01/2026
Save the date..jommm
22/12/2025
Jom ramaiΒ²
21/12/2025
ALHAMDULILLAH,
3 HARI BERKAMPUNG DI JUALAN GAJI SYOK KEMAS @ KKDW PUTRAJAYA
Bermula dari 17 sehingga 19/12/2025 Usahawan2 dari Kelas Dandanan Diri KEMAS "TERAPI ANGGUN AU4 KERAMAT" sama bergabung buat servis. Paling top servis Refleksologi kaki dan Back Massage. Terima kasih kpd 3 usahawan terapis yang terlibat Ct Aida , Jemari Juna Mobile Spa dan Massherin Shufrin . Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Siap ada yang booking servis urutan fullbody di homestay..
TERIMA KASIH PADA SEMUA YANG TERLIBAT PADA PROGRAM KALI ..
Tq KEMAS SELANGOR
03/12/2025
Jom tempat terhad..
πΈ MESYUARAT FASILITATOR TERAPI ANGGUN GOMBAK β Disember 2025 πΈ
Alhamdulillah, selesai mesyuarat akhir tahun bersama semua fasilitator Terapi Anggun KEMAS Gombak.
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin untuk arwah Norlela Manan, sahabat fasilitator yang telah kembali ke rahmatullah pada hujung Oktober. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aamminn
Antara agenda utama hari ini:
β¨ Pengambilan pelajar baru 2026
β¨ Perbincangan jadual kelas Terapi Anggun sesi 2026
β¨ Jamuan akhir tahun & penyampaian cenderahati oleh Ketua Guru Dandanan Diri @ Zalina Gentam
Terima kasih semua fasilitator yang terus bersemangat dan menyokong perjalanan ilmu ini. Semoga sesi 2026 lebih mantap dan memberi manfaat kepada lebih ramai peserta yang berminat πΏπ
Tunggu kemunculan Fasi baru 2026..InSha Allah
10/01/2025
Syukur Alhamdulillah..
Hr pendaftaran intake Jan telah berjalan dengan jayanya..
Tq pd yg telah mendaftar pd tahun 2025 moga mendapat manfaat..In sha Allah
Tq pd penaja mkn & minum moga Allah melipat gandakan rezeki puan
Tq pd fasi Kelas Terapi Anggun KEMAS AU4 Hulu Klang yg masih setia dulu kini dan selamanya..luv uolls
02/01/2025
*PROMOSI KELAS KEMAHIRAN DANDANAN DIRI KEMAS TERAPI ANGGUN*
π£ Sertai dan Tingkatkan potensi diri anda dengan kemahiran baru melalui kelas-kelas eksklusif Di *KEMAS Terapi Anggun* dan anda juga berpeluang mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)!
π Kelas Ditawarkan:
1οΈβ£ *BEKAM*
Pelajari teknik bekam moden dan tradisional dengan kaedah yang selamat dan berkesan.
2οΈβ£ *URUT TERAPI*
Kuasai teknik urutan untuk pelbagai tujuan, termasuk pemulihan dan relaksasi.
3οΈβ£ *SPA TERAPI*
Pelajari rawatan spa seperti scrub badan, sauna, dan aromaterapi.
4οΈβ£ *JURUGAYA RAMBUT*
Kuasai kemahiran mencantikkan rambut seperti guntingan, pewarnaan, dan rawatan rambut.
Belajar teknik terkini yang sesuai untuk semua jenis rambut.
5οΈβ£ *BEAUTY ESTETIK*
Pelajari rawatan kulit, seperti facial dan penggunaan teknologi estetik terkini.
Tingkatkan pemahaman tentang penjagaan kulit dan kecantikan secara profesional.
6οΈβ£ *MAKEUP PRO*
Kuasai teknik solekan profesional untuk majlis perkahwinan, acara formal, dan komersial.
Tingkatkan kreativiti dan kepercayaan diri dalam bidang seni solek
7οΈβ£ *REFLEKSOLOGI*
Pelajari teknik terapi refleksologi untuk meningkatkan kesihatan secara semula jadi.
π Kelebihan menyertai Program Ini:
β
Sijil Diiktiraf: Program ini menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 1, 2 & 3) yang diiktiraf di peringkat nasional.
β
Tenaga Pengajar Berpengalaman: Dapatkan tunjuk ajar daripada pakar dalam setiap bidang.
β
Pelbagai Peluang Kerjaya: Prospek tinggi untuk bekerja di sektor kecantikan, kesihatan, atau memulakan perniagaan sendiri.
β
Yuran berpatutan, sesuai untuk semua golongan masyarakat.
π Lokasi: KEMAS TERAPI ANGGUN (BERSEBELAHAN TABIKA KEMAS)
AU4/9A, Tmn SERI KERAMAT TENGAH 54200 KUALA LUMPUR
π
Jadual: Fleksibel mengikut kesesuaian peserta.
π Maklumat lanjut & Pendaftaran hubungi :
Cikgu Zalina di 013 5129935
Cikgu Farah di 017 2381776
π Tingkatkan potensi, raih sijil, dan cipta masa depan yang lebih baik!
πΌ Daftar sekarang untuk mengubah hidup anda!
Mesyuarat AJK Kelas Terapi Anggun KEMAS AU4 Hulu Klang dimulakan dgn bacaan Yasin & tahlil aruah..moga Allah permudahkan segala urusan..Aamminn
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur
54200